Anda di halaman 1dari 21

Dikenali juga sebagai Attachment merupakan satu hubungan yang rapat dan mesra dengan orang-orang istimewa dalam

kehidupan kita. Mereka berupaya menenangkan hati kita apabila berada dalam keadaan tertekan. Seawal usia 6 bulan, seorang bayi sudah mula menunjukkan attachment kpd individu yang menjaga keperluan asas mereka. Contoh, bayi apabila melihat ibunya,terus tersenyum dan minta didukung dan akan berpaut rapat dengan ibunya. John Bowlby (Berk, 2003), membuat kajian dan mendapati terhadap implikasi yang jelas daripada hubungan ini terhadap perasaan selamat dan kepercayaan seseorang kanak-kanak. Mempunyai tarikan semula jadi.

Fasa I (dari lahir hingga 6 minggu)


Peringkat membina hubungan. Membina hubungan dengan senyuman,gapaian,tangisan atau renungan. Tindak balas penjaga seperti mendakap,memeluk dan berada berdekatan dengannya akan menimbulkan perasaan selamat dan selesa kepada bayi. Dapat mengenal bau penjaganya tapi masih tidak berlakunya attachment

Fasa II ( 6 minggu hingga 6-8 bulan)

Mula memberi tindak balas yang berbeza terhadap penjaga berbanding dengan orang yang tidak dikenali. Mereka lebih senang dipujuk,terseyum dan ketawa. Mereka mula belajar bahawa tindakan mereka lakukan akan mempengaruhi orang di persekitaran. Walaupun dipisahkan dari ibu bapa, masih tidak menunjukkan protes.

Fasa III (6-8 bulan hingga 18 bulan 2 tahun)

Perlekatan

sudah terbentuk. Menunjukkan keresahan apabila dipisahkan. Keresahan ini bergantung pada keadaan dan tingkah laku orang di sekeliling. Menunjukkan tingkah laku ingin rapat dengan penjaga seperti mengekor penjaga dan ingin didukung oleh penjaga.

Fasa IV (18 bulan hingga 2 tahun ke atas)

Kemahiran

berbahasa menolong kanak-kanak memahami situasi antara mereka dan penjaga. Mereka mula memahami sebab mereka ditinggalkan. Sudah boleh bertolak ansur dengan penjaga.

John

Bowlby, selepas melalui empat fasa ini, kanak-kanak mula membentuk satu hubungan mesra dengan penjaga. Hubungan ini akan memberi mereka asas perlindungan dan harapan apabila mereka ditinggalkan. Penjaga akan menjadi model dan pendorong kepada hubungan akan datang.

mendefinisikan perlekatan sebagai kemesraan yang terjalin antara ibu atau penjaga dengan bayi. Beliau membuat kajian tentang kekuatan perlekatan hubungan ibu dengan bayi melalui eksperimen strange situation. Eksperimen ini akan menimbulkan situasi keresahan kepada bayi tersebut.
Mary Ainsworth

Kanak-kanak

akan dibiarkan mengalami keresahan apabila ditinggalkan oleh ibu dan hasilnya akan mencirikan jenis perlekatan yang dialami oleh kanak-kanak tersebut.

Menurut

Mary Ainsworth (Berk, 2003), sekiranya perkembangan perlekatan berlaku dengan baik, bayi dan kanak-kanak akan menjadikan ibu bapa sebagai asas untuk merasa selamat dan yakin dalam sesuatu situasi.

Perlekatan yang membawa kepada rasa selamat dan yakin ( secure attachment)

Bayi menggunakan penjaga sebagai asas untuk merasa selamat. Apabila mereka ditinggalkan mereka mungkin akan menangis dan apabila penjaga kembali dan memujuknya, tangisan mereka akan berkurangan. Jenis perlekatan ini biasanya ibu bapa lebih banyak meluangkan masa dengan anak-anak. Menurut kajian,kanak-kanak yang mempuyai perlekatan yang selamat akan lebih mempunyai rasa empati, kurang agresif dan lebih matang.

Perlekatan penghindaran (Avoidant attachment)

Kurang menunjukkan tindak balas dengan penjaga. Apabila mereka ditinggalkan mereka tidak akan menangis, dan apabila mereka dipujuk oleh penjaga mereka menghindari atau mengambil masa yang perlahan untuk membina semula hubungan dengan penjaga. Kanak-kanak yang mempunyai perlekatan ini selalunya akan mencuba menghindari ibu bapanya. Mungkin disebabkan mereka diabaikan atau ditinggalkan dalam jangka masa yang lama.

Perlekatan penolakan (resistant attachment) Bayi menunjukkan hubungan rapat dengan penjaga dan tidak mahu bermain. Bila penjaga masuk kembali selepas ditinggalkan, bayi menunjukkan perasaan marah dan akan bertindak agresif. Kanak-kanak jenis ini mempunyai keresahan yang tinggi dengan orang luar. Corak perlekatan jenis ini dikaitkan dengan kurang keupayaan ibu menunjukkan perasaan keibuan terhadap anak. Kanak-kanak menjadi tidak boleh berdikari.

Perlekatan yang kucar-kacir (disorganized attachment)

Menunjukkan tahap perasaan yang tidak selamat pada peringkat paling tinggi. Apabila penjaga kembali semula, bayi menunjukkan tingkahlaku yang berlawanan dan mengelirukan. Mereka akan memandang tempat lain apabila didukung oleh penjaga atau mendekati penjaga dengan emosi hambar. Tingkahlaku yang berbeza-beza ini terhasil akibat daripada jagaan yang tidak konsisten yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Contoh,kadang-kadang mereka disayangi tetapi ada masa mereka dimarah atau didera.

PELUANG UNTUK PERLEKATAN

Kehadiran penjaga tetap dan memberi sepenuh perhatian memberi kesan yang baik terhadap perlekatan. Sebaliknya sekiranya penjaga tidak memberi perhatian atau kerap bertukar penjaga peluang untuk perlekatan akan berkurangan.

KUALITI ASUHAN

Mengikut kajian, bayi yang dijaga oleh ibu yang prihatin. Dengan jagaan konsisten dan sesuai dengan keperluan bayi serta selalu mendakap bayi dengan mesra membawa kepada perasaan selamat dan yakin (perlekatan yang selamat) berbanding dengan ibu yang jarang jarang memeluk, bersikap negatif, pemarah akan menghasilkan kanak-kanak yang mempunyai rasa tidak selamat dan tidak yakin diri (perlekatan yang tidak selamat

KELAKUAN BAYI

Bayi pramatang, mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan penjagaan rapi boleh mengakibatkan perlekatan sukar dijalinkan. sekiranya ibu bapa memahami keadaan bayi, mempunyai masa dan kesabaran, melayan bayi dengan penuh kasih sayang dan tidak membezakan bayi, perlekatan yangs selamat dapat dihasilkan.

Tetapi,

SITUASI KELUARGA
Keluarga yang berpendapatan rendah dan tertekan boleh membawa kepada rasa tidak selamat kepada bayi. Emosi ibu bapa yang marah, kecewa dan stress akibat masalah keluarga akan menimbulkan rasa tidak selamat pada diri bayi. Ia akan membawa kesan yang lebih buruk terhadap anak-anak sekiranya ibu bapa melepaskan emosinya terhadap anak-anak mereka

PENGALAMAN IBU BAPA


Pengalaman/sejarah perkembangan ibubapa mempengaruhi hubungan ibu bapa dengan bayi. Ibubapa mempunyai sejarah perkembangan yang baik dan hubungan yang baik dengan ibubapa mereka sendiri akan memberi layanan yang sama kepada bayi mereka. Pada zaman kanak-kanak ibubapa ini mempunyai perlekatan yang selamat, oleh itu ibubapa mereka juga akan menunjukkan hubungan yang sama dengan bayi mereka. Bayi mereka berasa selamat dan terjamin.

Perkembangan

moral melibatkan perubahan pemikiran, perasaan dan tingkahlaku terhadap nilai kebenaran atau kesilapan. Ia mempunyai dimensi intrapersonal yang melibatkan regulasi dalaman seseorang individu dan dimensi interpersonal yang melibatkan interaksi sosial dengan orang lain di persekitaraan mereka. Pemikiran tingkah laku, perasaan dan personaliti seseorang saling berkait rapat dalam penilaian moral seseorang individu.

UMUR

PERINGKAT

CIRI-CIRI

4-7 TAHUN

PERINGKAT MORAL HETERONOMUS

PERINGKAT PERTAMA PERKEMBANGAN MORAL


KANAK-KANAK MELIHAT PERATURAN SEBAGAI SESUATU YANG DITETAPKAN DAN TIDAK BOLEH DIUBAH MEREKA MENILAI SESUATU TINDAKAN MELALUI AKIBAT. CONTOHNYA: MEREKAMENGEMAS BARANG PERMAINAN KERANA TAKUT DIMARAHI

7-10 TAHUN

PERINGKAT TRANSISI

MEMPUNYAI CIRI-CIRI PERINGKAT PERTAMA TETAPI SUDAH MULA BERALIH KEPADA CIRI-CIRI PERINGKAT SETERUSNYA

10 TAHUN DAN KE ATAS

PERINGKAT MORAL AUTONOMUS

MULA SEDAR BAHAWA PERATURAN DAN UNDANGUNDANG DICIPTA OLEH MANUSIA DAN BUKAN SESUATU YANG MUTLAK MULA MENILAI SESUATU TINDAKAN BERDASARKAN NIAT DAN AKIBAT
BOLEH MEMPERTIMBANGKAN SESUATU PERLAKUAN MORAL BERDASARKAN ASPEK-ASPEK SEPERTI NIAT, PERASAAN, KEADILAN DAN TINGKAHLAKU

Anda mungkin juga menyukai