Anda di halaman 1dari 2

Jamal: Zamri, Joe. Tak sangka kamu akan menziarahi saya di hospital.

Zamri: Kalau kawan sakit, kami hendaklah menziarahinya. Joe: Kami membawa sedikit buah tangan untuk awak. Jamal: Terima kasih Joe: Bagaimanakah keadaan awak sekarang? Jamal: Dah beransur baik. Saya tidak demam lagi dan badan saya dah kurang sakit. Zamri: Baguslah itu. Semalam lagi seorang penduduk kampung kita dimasukkan ke hospital kerana terkena demam denggi. Jamal: Nampaknya lapan orang penduduk kampung kita telah telah diserang demam denggi. Keadaan ini memang serius. Joe: Ya, memang serius. Mengikut pegawai Jabatan Kesihatan yang membuat pemeriksaan di kampung kita , banyak terdapat tempat pembiakan nyamuk di kampung kita. Oleh itu, Jabatan Kesihatan akan mengadakan operasi pembersihan pada hujung minggu ini. Jamal: Baguslah itu, Mungkin kampung kita telah menjadi sarang nyamuk Aedes. Joe: Memang begitu. Mengikut pegawai Jabatan Kesihatan, banyak longkang di sekitar kampung yang tersekat oleh sampah sarap. Terdapat juga tin-tin kosong dan tayar-tayar buruk dibuang di pinggir kampung.

Zamri: Air yang bertakung di dalam longkang yang tersumbat dan di dalam tin kosong serta tayar buruk itu telah menjadi tempat pembiakan nyamuk. Jamal: Nampaknya saya tak dapat menyertai operasi pembersihan itu. Mengikut doktor, saya terpaksa tinggal beberapa hari lagi di sini. Joe: Awak berehatlah. Cepatlah sembuh supaya dapat kembali ke sekolah. Zamril: Hari dah lewat. Kami minta diri dulu. Jamal: Baiklah. Selamat jalan.

Anda mungkin juga menyukai