Anda di halaman 1dari 9

NUR LYIANA BT HAMZAH PISMP BM UNIT 3 SEM2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Tahun: 3 Bestari Tarikh: 26 Ogos 2011 Masa: 8.00-9.00 pagi Bilangan Murid: 30 orang Tema: Keluargaku Tajuk: Ibu Ratu Hatiku

Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1. Bercerita semula kisah yang terdapat dalam video cerita pendek bertajuk Kasih Ibu dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. 2. Membaca lancar teks sajak Sajak Ibu dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul. 3. Membina 5 ayat berdasarkan kata kerja yang terdapat dalam petikan teks sajak Sajak Ibu.

Hasil Pembelajaran: Fokus utama: 2.1Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. Aras 1 (i) Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul

NUR LYIANA BT HAMZAH PISMP BM UNIT 3 SEM2

Fokus sampingan: 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.

Kemahiran Bahasa: Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Sistem bahasa: Tatabahasa: Membina ayat menggunakan kata kerja tidur, membimbing, memberi, menasihati, mengadu.

Pengisian kurikulum: Ilmu: Moral dan Muzik Nilai: Kasih sayang, bersyukur, prihatin.

Kemahiran bernilai tambah: Kemahiran berfikir: menghubungkait, menjana idea Kecerdasan pelbagai: muzik, visual ruang, interpersonal

Pengetahuan Sedia Ada: Pernah dan tahu: - membina ayat - ibu yang melahirkan kita Bahan bantu mengajar: Klip Video Cerita Pendek Anak Derhaka, Petikan Teks Sajak Buat Ibu, lagu Ibu Ratu Hatiku.

NUR LYIANA BT HAMZAH PISMP BM UNIT 3 SEM2

Masa / Langkah Set induksi ( 5 minit)

Isi Pelajaran Tayangan Cerita Pendek Kasih Ibu

Aktiviti P&P 1.Guru menayangkan klip video cerita pendek Kasih Ibu. 2.Guru meminta murid menghayati dengan teliti klip video cerita tersebut 3. Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran.

Catatan BBM: - Klip video cerita pendek Kasih Ibu KBT: Kecerdasan pelbagai Kemahiran berfikir

Langkah 1 (15 minit)

Soalan: 1. Siapa sayang ibu masingmasing? 2. Apakah panggilan yang kamu semua gunakan untuk panggil orang yang telah melahirkan kamu? 3. Apakah kisah yang telah dipaparkan tadi? 4. Apakah nilai dan pengajaran yang boleh diambil daripada kisah tersebut?

1.Guru bersoal jawab dengan murid. 2. Guru memilih 3 orang secara rambang untuk menceritakan semula kisah yang telah dipaparkan tadi.

KBT: Kecerdasan pelbagai.

3. Guru bertanyakan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam klip video cerita tersebut.

NUR LYIANA BT HAMZAH PISMP BM UNIT 3 SEM2

Langkah 2 (20 minit )

Petikan Teks Sajak Sajak Ibu

1. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan. 2.Guru mengedarkan petikan teks sajak Sajak Ibu 3.Guru membaca petikan tersebut secara kuat, terang dan jelas dengan intonasi dan gaya penyampaian yang betul 4.Murid mengajuk bacaan guru secara kuat, terang dan jelas dengan menggunakan intonasi dan gaya penyampaian yang betul. 5. Guru meminta 5 wakil setiap kumpulan membaca petikan teks sajak tersebut dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.

BBM: Petikan Sajak Sajak Ibu

Nilai: kasih sayang, prihatin

NUR LYIANA BT HAMZAH PISMP BM UNIT 3 SEM2

6. Guru memberi hadiah kepada kumpulan yang terbaik dalam penyampaian sajak tersebut.

Langkah 3 (15 minit)

Menggariskan kata kerja melalui petikan teks sajak Sajak Buat Ibu Menjaga Membelai Mendidik Melayan Memberi

1. Guru mengarahkan murid berbincang dalam kumpulan dan menggariskan kata kerja dalam petikan teks sajak tersebut. 2. Guru meminta murid membina ayat berdasarkan 5 kata kerja tersebut dalam kumpulan.

KBT: Kontekstual Kemahiran berfikir.

Sistem bahasa: Kata kerja

3.Guru meminta wakil setiap kumpulan untuk menulis semula ayat yang telah dibincangkan tadi di papan tulis..

NUR LYIANA BT HAMZAH PISMP BM UNIT 3 SEM2

4.Guru berbincang jawapan dengan murid.

Penutup (5 minit)

Soalan: 1. Apa jasa ibu yang telah ibu beri pada kita? 2. Selepas ini, siapa yang akan sayang ibu masingmasing dan akan balas jasa bila dewasa nanti?

1.Guru merumuskan P&P dengan sesi soal jawab bersama murid. 2.Guru memasang lagu Kekasihku oleh Azzam Idola Kecil 3.Murid dan guru menyanyikan lagu tersebut bersamasama.

BBM: Lagu Ibu Ratu Hatiku KBT: Konstruktivisme Kecerdasan Pelbagai

NUR LYIANA BT HAMZAH PISMP BM UNIT 3 SEM2

NUR LYIANA BT HAMZAH PISMP BM UNIT 3 SEM2

SAJAK IBU

Ibu Bagiku dirimu tiada dalang gantinya Kerna kucintai ibu selalu Ibu yang selalu menjaga diriku Dan membelaiku penuh kasih sayang Bagai membelai sekuntum mawar merah

Ibu Demi anakmu Dirimu sanggup kau korbankan Sedangkan dirimu telah terkorban Dirimu memberikanku segalanya Walaupun dirimu tak punya apa-apa Ampunilah dosaku ibu Kiranya menyakiti hatimu

Ibu Sedari kecil aku selalu disampingmu Dikau menjagaku Mendidikku Dan beri segalanya buat keperluanku Tanpa menerbitkan rasa jemu dihati

Ibu Dikaulah insan teladan Kerna kesabaranmu yang menebal di dalam hati Menjaga anak-anakmu yang berbagai ragam Melayan kenakalan mereka Yang sering menyakiti hatimu

NUR LYIANA BT HAMZAH PISMP BM UNIT 3 SEM2

Ibu Dikaulah ratu dihatiku Yang ku ingat selalu Tanpa kasih sayangmu Tidaklah ku mengenali siapa diriku Bagiku dirimu selalu ada disampingku Walaupun dirimu telah lama pergi

Ibu Hanya doa yang mampu ku kirimkan Buat dirimu Kasihku takkan putus terhadapmu selamanya Ku sayang ibu Itulah kata yang teragung Dariku buat dirimu Terima kasih ibu

Anda mungkin juga menyukai