Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tarikh : 20.9.2011 Hari : Selasa Masa : 8.30 9.

.30 pagi Kelas : 4 Dedikasi Umur : 10 tahun Bilangan Murid : 30 orang Tema : Hargai Pengorbanan Ibu Bapa Tajuk : Ibu Hasil Pembelajaran : Fokus Utama : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2(i) Membaca lancar bahan sastera dengan gaya dan penyampaian yang menarik. Fokus Sampingan :8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 1(i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. Objektif : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid-murid dapat :1. Mendeklamasikan sajak dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. 2. Menyatakan 7 makna perkataan yang dicari dengan betul. 3. Menulis sekurang-kurangnya lima ayat yang lengkap berkaitan dengan ibu. Pengisian Kurikulum: : Tatabahasa : Kata Seerti Kosakata : ratu,kini,dewasa,setulus,panjatkan,penghujungnya 2. Kemahiran Bernilai Tambah : Pembelajaran Kontekstual,KP:Verbal Linguistik,Kecerdasan Pelbagai-MuzikInterpersonal ,Kemahiran Berfikir-Menjana Minda 3. Pengisian Kurikulum : Penggabungjalinan Ilmu : Kajian Tempatan,Kesusasteraan Penggabungjalinan Kemahiran : Membaca dan Menulis Penyerapan Nilai : menyayangi, bersyukur, baik hati 4. Bahan Sumber : Petikan, Kad Perkataan, Lembaran Kerja,Kad Manila 1. Sistem Bahasa

5. Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengalami pengalaman hidup bersama ibu.

Langkah-langkah Pembelajaran dan Pengajaran

Langkah/masa Isi Pelajaran Set Induksi 5 minit Menyanyi lagu Ibu Ibu..ibu Engkaulah ratu hatiku Bilaku berduka Engkau selalu menghiburku.. Ibu..ibu Engkaulah ratu hatiku

Aktiviti 1.Murid melihat senikata lagu yang ditampal oleh guru di papan putih. 2. Murid menyanyi bersamasama dengan bimbingan daripada guru. 3.Murid memejamkan mata serta membayangkan ibu masing-masing. 4.Murid menjawab soalan guru berkaitan dengan ibu.

Catatan Senikata Lagu Pendekatan Kontekstual Kecerdasan Pelbagaiverbal Muzik

Langkah 1 15 minit

Mendeklamasikan Sajak Tajuk : Ibu

1. Murid menerima edaran petikan daripada guru. 2. Murid mendengar sajak yang dideklamasikan oleh guru. 3. Murid membaca sajak secara kelas,kumpulan dan individu. 1. Murid menjawab soalan guru tentang isi petikan. 2. Murid menyatakan perkataan berwarna merah yang terdapat

Petikan Kecerdasana PelbagaiVerbal Linguistik

Langkah 2 10 minit

-Bersoaljawab tentang isi petikan -Mencari makna perkataan

Kad perkataan Kecerdasan Pelbagaiverbal linguistik

dalam petikan. 3. Murid berbincang dengan guru tentang makna perkataan yang digelapkan. 4. Beberapa orang murid memadankan kad perkataan berkaitan kata seerti di papan putih.

Langkah 3 15 minit

-Melukis gambar ibu -Membina ayat berkaitan dengan ibu Nama: Umur: Bekerja: Sifat: Hobi:

1. Murid menerima lembaran aktiviti Lembaran daripada guru. Aktiviti 2. Murid mendengar arahan daripada -hadiah guru tentang aktiviti yang dilaksanakan. 3. Murid melukis gambar dan membina ayat tentang ibu masing-masing. 4. Beberapa orang murid ke hadapan kelas untuk menunjukkan hasil lukisan dan membaca ayat yang dibina. 5. Murid yang berani tampil ke hadapan kelas diberi hadiah oleh guru.. Kecerdasan Pelbagaivisual ruang Pembelajaran Kontekstual -mengaitkan pengalaman sedia ada

Langkah 4 (10 minit)

Menjawab soalan pemahaman 1. Siapakah ratu dalam hidup penulis?

1. Murid menerima lembaran kerja daripada guru. 2. Murid menerima arahan daripada guru.

Lembaran Kerja Kemahiran Berfikirmenjana

3. Murid menjawab soalan yang diberi oleh guru. 4. Murid menghantar tugasan kepada guru. Penutup 5 minit Menyanyi lagu: Ibu Rumusan: Nilai murni - menyayangi - bersyukur - baik hati 1. Murid melihat senikata lagu di papan putih. 2. Murid menyanyi bersama-sama dengan bimbingan guru. 3. Murid menyatakan pengajaran 4. yang boleh diperolehi daripada cerita itu.

minda

Senikata lagu Kemahiran Berfikirmerumus

LEMBARAN KERJA

Nama : Tahun : 4 Jawab semua soalan di bawah. 1. Siapakah ratu yang dimaksudkan oleh penulis?

Tarikh : ..

Ratu yang dimaksudkan oleh penulis ialah __________________ 2. Tuliskan tiga jasa ibu kepada anak. i. ii. iii. _________________________ _________________________ _________________________

3. Apakah yang dihadiahkan oleh penulis kepada ibu? ____________________ yang dihadiahkan kepada ibu. 4. Nyatakan maksud perkataan di bawah. i. ii. iii. iv. v. vi. ratu = ___________________ penghujung = _____________________ kini = ____________________ dewasa = ___________________ panjatkan = _______________________ setulus = _____________________

AKTIVITI Nama : ____________________ ________________ 1.Lukiskan wajah ibu yang kamu sayangi. Tahun : 4

2. Bina ayat tentang ibu yang kamu sayangi itu.

Baca puisi di bawah. Ibu Ibu Kaulah ratu hatiku Siang dan malam membelaiku Mencurahkan kasih sayangmu Yang tiada penghujungnya. Ibu Tanpamu tiadalah aku Pengorbananmu terlalu besar kerana Kaulah yang melahirkanku Kaulah yang membesarkanku Dan kau jugalah yang mendidikku Dari kecil hingga kini. Ibu Aku berjanji padamu Pabilaku dewasa nanti Akanku balas segala jasa dan budimu Kejayaanku jadi hadiah buatmu. Ibu Aku panjatkan doa Agar dirimu sejahtera selalu Dirahmati dan diberkati Ilahi Setulus kata kuucapkan buatmu Terima kasih ibu.

Baca puisi di bawah. Ibu Ibu Kaulah ratu hatiku Siang dan malam membelaiku Mencurahkan kasih sayangmu Yang tiada penghujungnya. Ibu Tanpamu tiadalah aku Pengorbananmu terlalu besar kerana Kaulah yang melahirkanku Kaulah yang membesarkanku Dan kau jugalah yang mendidikku Dari kecil hingga kini. Ibu Aku berjanji padamu Pabilaku dewasa nanti Akanku balas segala jasa dan budimu Kejayaanku jadi hadiah buatmu. Ibu Aku panjatkan doa Agar dirimu sejahtera selalu Dirahmati dan diberkati Ilahi Setulus kata kuucapkan buatmu Terima kasih ibu.

Rancangan Pengajaran harian dapat disediakan dengan lengkap dan sesuai dengan aras kebolehan murid.Tajuk yang dipilih adalah sesuai dengan pengalaman sedia ada murid. Aktiviti yang dilaksanakan di dalam Set Induksi menjurus kepada tajuk yang hendak diajar.Murid kelihatan gembira dan memberi respon yang baik semasa menyanyi.Aktiviti itu dapat menyediakan murid dalam keadaan bersedia untuk memulakan pembelajaran.Alat bantu mengajar pula dapat menambah pemahaman murid tentang kemahiran yang diajar pada hari itu. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan mendapat respon yang menggalakkan daripada murid.Murid begitu bersemangat semasa mendeklamasikan sajak dengan menggunakan sebutan , nada dan intonasi yang sesuai.Semasa proses pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan saya dapat mengawal kelas dengan baik.selain itu murid juga dapat mengikut arahan yang diminta oleh guru. Isi kandungan setiap langkah pengajaran disusun dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai