Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

TEMA KELUARGAKU SAYANG


TAHUN 4 Ibunu-Sina
TAJUK Nyanyian 1,2,3,4 (Aris ariwatan)
MASA 8.15 9.15 pagi
STANDARD
PEMBELAJARAN
4.1.1
Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi nilai dan
pengajaran yang dipersembahkan melalui nyanyian didik hibur.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Menyebut lirik lagu yang mengandungi nilai dan pengajaran.
ii. Membaca lirik lagu dengan nada yang kuat dan intonasi yang
betul.
iii. Menyenaraikan lima nilai daripada lirik lagu.
AKTIVITI

1. Murid menonton tayangan video iklan Hari Raya Menitis Air Mata
sebagai set induksi.
2. Sumbangsaran antara murid dengan guru mengenai tayangan
video.
3. Murid mendengar lagu 1,2,3,4 nyanyian daripada Aris Ariwatan.
4. Murid membaca lirik lagu mengikut kumpulan masing-masing.
5. Murid menyanyi secara kumpulan dengan kuat serta gaya yang
bersesuaian.
6. Murid menyebut lirik lagu yang mengandungi nilai.
7. Murid menyenaraikan lima nilai daripada lirik lagu
8. Murid menyanyi secara kelas dengan kuat.
Pemulihan
Murid melengkapkan ayat dengan nilai murni yang sesuai secara
berpandu.
Pengayaan
Murid membina ayat daripada lima nilai daripada lirik lagu.
PENGISIAN
KURIKULUM
Ilmu : Muzik
Nilai : kasih sayang, menghormati, bertanggungjawab, rajin dan tabah
EMK : TMK
KB : Menjana Idea, menaakul
BCB : Kecerdasan pelbagai
BAHAN BANTU
BELAJAR
Tayangan video iklan Hari Raya, Komputer riba, LCD, video lagu dan
lembaran kerja
PENILAIAN
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN
/ PENTAKSIRAN
Murid menyatakan lima nilai daripada lirik lagu yang mengandungi
nilai.
REFLEKSI
100% murid dapat menyebut dan memahami lirik lagu yang
mengandungi nilai.
LIRIK LAGU 1,2,3,4 (ARIS ARIWATAN)

(*)
Satu.. kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga.. lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat.. mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
(Ulang dari *)
Ibu, ku ingat dahulu
Menyisir rambutku, kemas selalu
Ayah, menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang itu bidalan
Harus kau renungkan
Andai, Kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai, Kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara

rajin
AKTIVITI PEMULIHAN
Nama :................................................... Tahun : ..........................
Latihan : Lengkapkan ayat di bawah dengan nilai yang sesuai berdasarkan gambar.

menghormati kasih sayang bertanggungjawab

1.



Aini sentiasa ..................................... ibunya kerana dia akan bersalaman dengan ibunya
sebelum ke sekolah.

2.



Ahmad .............................. membantu ibu sebagai tanda menghargai jasa ibunya.
3.




Ayah seorang yang ................................. Beliau akan menghantar dan menjemput aku dari
sekolah.
4.







Dari kecil ibu memberi ................................ kepada anak-anaknya.
AKTIVITI PENGGAYAAN

Nama : . Tahun :.

Latihan : Bina lima ayat daripada nilai yang diperoleh daripada lirik lagu tersebut.

1.

.

3

..

4.

..

Anda mungkin juga menyukai