Anda di halaman 1dari 12

Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok

etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri.

Persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi berkait rapat antara satu sama lain bagi memastikan pembangunan negara berjalan dengan rancak dan lancar tanpa sebarang gangguan.

Tenaga negara dapat dikerahkan sepenuhnya untuk pembangunan dan kemajuan negara daripada dibazirkan untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul hasil daripada kepelbagaian etnik yang ada di malaysia ini. Rakyat Malaysia hakikatnya masih belum mempunyai satu budaya nasional kukuh yang seharusnya menjadi asas bersama (13 MEI 1969).

Rakyat Malaysia ini mengalami gejala perbezaan dan pertentangan kepentingan yang agak ketara di antara satu kumpulan etnik dengan yang lain. Sebagai contoh, kita dapat melihat secara umumnya dalam aspek sosial bagaimana masyarakat Melayu hidup dengan haluan sendiri tanpa bergaul secara kerap dengan masyarakat yang lain. Begitu juga dengan masyarakat India dan Cina walaupun pada zahirnya kelompok-kelompok masyarakat ini hidup di dalam negara yang sama iaitu Malaysia.

Kumpulan-kumpulan etnik ini lebih selesa hidup dalam kalangan mereka sendiri sahaja di manamereka bebas mengamalkan agama, budaya dan adat resam mereka yang tersendiri tanpabantahan. Pandangan sesebuah kumpulan etnik yang percaya bahawa kebudayaan dankemasyarakatan etnik sendiri adalah lebih baik berbanding kumpulan etnik yang lain.

Ahli-ahli dalam sesebuah kumpulan etnik kebiasaannya cenderung untuk mengagungkan kumpulan etnik sendiri dan pada masa yang sama memandang kumpulan etnik yang lain sebagai lebih rendah dan nista.

Sistem pendidikan atau persekolahan yang berasingan.


Sistem pendidikan yang berasingan atau lebih

dikenali sebagai sistem pendidikan vernakular ini merupakan sistem persekolahan yang memisahkan para pelajar mengikut bahasa ibunda masing-masing.

Pengasingan sistem pendidikan ini

mengakibatkaninteraksi yang berlaku dalam kalangan para pelajar khususnya hanya berkisar dalam kalangankumpulan etnik yang sama.

Pengasingan ini bermula di peringkat sekolah

rendah danberlanjutan ke peringkat sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat Institut PengajianTinggi Awam (IPTA) serta Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Kurikulum yang digunakan oleh sekolah-sekolahini

juga tidak sama dan ada yang berpusat di negara asal mereka.

Kesannya : Pemisahan penempatan atau pemisahan fizikal Kurangnya interaksi antara sesebuah kumpulan etnik dengankumpulan etnik yang lain. Contohnya : Masyarakat Melayu contohnya lebih gemar menetap dan tinggal dikawasan perumahan yang dikelilingi oleh masyarakat Melayu yang lain.

Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan budaya yang berlainan di samping setiap kaum juga kebanyakannya mempunyai adat resam unik tersendiri yang diwarisi turun-temurun. Masing-masing kurang mengenali dan memahami agama, budaya dan adatresam kumpulan etnik yang lain.

Akhirnya, ahli-ahli dalam kumpulan etnik tersebut menganggapmereka adalah yang terbaik dalam aspek budaya dan adat resam khususnya.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai