Anda di halaman 1dari 10

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT
1.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA JARING.................................................................2
2.0 PERALATAN.................................................................................................................... 5
2.1 Bola.............................................................................................................................. 5
2.2 Tiang Gol...................................................................................................................... 5
2.3 Gelanggang.................................................................................................................. 6
2.4 Pakaian......................................................................................................................... 6
3.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN BOLA JARING..................................7
a) Melakukan Hantaran.......................................................................................................7
i) Hantaran Aras Dada.....................................................................................................7
ii) Hantaran Aras Bahu....................................................................................................7
iii) Hantaran Atas Kepala.................................................................................................8
iv) Hantaran Sisi.............................................................................................................. 8
v) Hantaran Lantun.........................................................................................................8
b) Menerima Bola...............................................................................................................9
c) Mengelak........................................................................................................................ 9
d) Menghadang...................................................................................................................9
e) Gerak Kaki.................................................................................................................... 10
f) Menjaring....................................................................................................................... 10

1.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA JARING


Permainan bola jaring merupakan sukan yang dimainkan dalam kalangan wanita.
Bola jaring menjadi permainan pilihan bagi pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah,
menengah, maktab dan institut pengajian tinggi. Perkembangan dan pembangunannya yang
pesat telah meletakkannya sebagai salah satu sukan bertaraf antarabangsa yang diminati
khasnya di negara-negara Komanwel. Permainan bola jaring dipercayai berasal daripada
permainan bola keranjang yang dipelopori oleh Dr. James Naismith di Springfield,
Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun 1891. Permainan tersebut mengalami banyak
perubahan. Perubahan-perubahan ini dilakukan untuk menyesuaikan peraturan permainan
serta peralatan yang digunakan oleh para pemain, yang rata-ratanya adalah kaum wanita.
Pada asalnya, bola jaring telah diperkenalkan di Tanah Melayu oleh mubaligh-mubaligh
Kristian dari England kepada pelajar-pelajar sekolah rendah Inggeris di negeri-negeri Selat
pada zaman pemerintahan British. Pada lewat 1960an, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia (MSSM) ditubuhkan dan di bawah kepimpinan Pengerusi Teknik Puan Teh Gin
Sooi, bola jaring mula berkembang dengan meluas. Dari 1970an hingga lewat 1980an, bola
jaring di Malaysia telah dimainkan dalam kalangan pelajar wanita di sekolah, kolej, universiti
serta jabatan kerajaan dan kelab.
Pada tahun 1901, sebuah buku rasmi tentang peraturan permainan bola jaring telah
diterbitkan di England. Peraturan ini dibuat bagi membezakan permainan ini dengan bola
keranjang. Skor atau mata dikira setiap kali jaringan dibuat. Gol ditukar kepada jaring dan
saiz bola dikecilkan sebesar bola sepak. Permainan ini kemudian dipopularkan oleh negaranegara Tanah Jajahan British. Pertandingan bola jaring di peringkat antarabangsa pertama
kali diadakan pada tahun 1949. Pada tahun 1960, Persatuan Bola jaring Antarabangsa telah
ditubuhkan. Serentak dengan itu, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan
permainan bola jaring dibuat dengan lebih terperinci. Pada tahun 1895, Dr. Isles dari
Amerika Syarikat melawat sebuah maktab pendidikan jasmani iaitu Madame Bergman
Osterbergs Physical Training College di Hampstead, London dan telah mengajar permainan
bola jaring di sana. Di Hampstead, permainan ini dimainkan di gimnasium dengan
menggunakan dua buah bakul sampah yang digantung di hujung dinding sebagai gol dan
dinding gimnasium sebagai garisan. Justeru, bola tidak keluar dari kawasan permainan.

Permainan ini dipanggil basketball kerana asal gelang gol (goal rings) ialah bakul. Ini
bermakna pengadil dikehendaki memanjat tangga untuk mendapatkan bola balik selepas
setiap jaringan. Pada masa tersebut, terdapat tiga set peraturan di Amerika Syarikat iaitu:
i.

Peraturan-peraturan rasmi untuk pemain-pemain lelaki.

ii.

Peraturan-peraturan Inter-Collegiate (juga digunakan oleh pemain lelaki).

iii.

Peraturan-peraturan Splading untuk pemain-pemain wanita.


Beberapa perubahan dibuat pada tahun 1898 untuk permainan basketball dan ini

mewujudkan perubahan dalam asal usul permainan netball. Antara perubahan yang
dilakukan ialah:
a)

Bilangan pemain ditambah menjadi sembilan orang.

b)

Saiz bola dikecilkan kepada saiz bola sepak.

c)

Gelanggang dibahagikan kepada tiga kawasan.

d)

Gelang-gelang gol dikecilkan daripada 4.5 cm kepada 3.75 cm.

e)

Tiang gol ditinggikan kepada 3 meter.

f)

Skor:
i.
ii.

Satu mata jika gol dijaringkan daripada gelanggang/ kawasan tengah.


Dua mata jika jaringan dilakukan daripada kawasan tengah.

Pada tahun 1901, sebuah buku rasmi peraturan bola jaring diterbitkan di England. Peraturan
tersebut dibuat bertujuan untuk membezakan permainan ini dengan bola keranjang.
Pengiraan skor dilakukan setiap kali bola dimasukkan ke dalam jaring. Permainan ini secara
rasmi dinamakan bola jaring apabila gol yang berbentuk gelung besi ditukar kepada jaring.
Terdapat banyak Negara seperti Australia, New Zealand, India dan Fiji mengekalkan nama
basketball dan tidak menukarkan namanya sehingga selepas beberapa tahun. Di peringkat
antarabangasa, sukan bola jaring dikawal oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola
Jaring (International Federation of Netball Associations) yang ditubuhkan pada tahun 1960 di
Sri Lanka.

Pada tahun 1963, Kejohanan Bola Jaring Dunia telah dilangsungkan di England
dengan pasukan dari Australia telah muncul sebagai johan. Walaupun permainan bola jaring
mempunyai ramai peminatnya, terutamanya di negara Komanwel, ia belum lagi diterima
sebagai satu sukan dalam Sukan Olimpik, Sukan Asea dan Sukan SEA. Di Malaysia,
Persatuan Bola Jaring Malaysia yang ditubuhkan pada 1978 adalah majlis yang mengawal
dan mengawasi perjalanan kegiatan bola jaring di seluruh negara. Di peringkat sekolah,
Majlis

Sukan

Sekolah

Malaysia

(MSSM)

melalui

program

pertandingan

dan

perkembangannya telah memajukan permainan bola jaring dalam kalangan pelajar sekolah.

2.0 PERALATAN
2.1 Bola

Berukuran standard dan disediakan sendiri oleh pihak penganjur kejohanan.


Biasanya, bola saiz 5 yang juga seperti saiz bola keranjang digunakan. Ukur lilit bola
adalah lebih kurang 99sm-102sm dan beratnya dianggarkan seberat 6.35 - 7.26 kg
(perlu disemak). Bola ini diperbuat daripada kulit atau getah.

2.2 Tiang Gol

Kedua-dua belah gelanggang akan dipasang dengan tiang gol setinggi 3.05m (10
kaki). Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Ukur lilit bulatan besi berjaring
yang diletakkan di bahagian atas tiang ialah 38sm. Tiang gol ini hendaklah
dicacakkan dengan teguh di kawasan jaringan (kawasan D) supaya tidak condong.

2.3 Gelanggang

Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Bola jaring juga boleh dimainkan di
gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan
gelanggang simen atau parket sekiranya dimainkan di dalam dewan yang tertutup.
Garisan sepanjang 30.50m dinamakan garisan tepi manakala garisan 15.25m
dinamakan garisan gol. Gelanggang terbahagi kepada 3 sempadan utama, 1 bulatan
tengah dengan jejari 45.7sm dan dua separa bulatan yang dipanggil kawasan
menjaring ataupun kawasan D di mana tiang gol didirikan pada pusat bulatan.

2.4 Pakaian

Setiap pemain mempunyai posisi sendiri dan perlu memakai tanda posisi sendiri.
Pakaian yang sesuai mestilah digunakan( tidak ketat dan boleh menyerap peluh).
Kasut pula perlulah sesuai untuk mengelakkan kecederaan (Kasut sukan)

3.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN BOLA JARING


Pada asasnya, permainan bola jaring memerlukan kemahiran melakukan hantaran
dan menerima bola. Namun begitu, seseorang pemain perlu menguasai kemahiran yang
lain seperti mengelak, menghadang, menjaring dan gerak kaki.
a) Melakukan Hantaran
Pelbagai jenis hantaran boleh dilakukan sama ada menggunakan sebelah tangan
atau kedua-dua belah tangan. Cara melakukan hantaran bergantung

kepada

kedudukan rakan yang akan menerima bola. Jenis hantaran yang biasa dilakukan
ialah hantaran aras dada, hantaran aras bahu, hantaran atas kepala, hantaran sisi
dan hantaran lantun.
i) Hantaran Aras Dada
Hantaran aras dada dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.
Tujuan melakukan hantaran aras dada adalah untuk membuat hantaran cepat dan
tepat pada jarak yang dekat.
Teknik melakukan hantaran aras dada:
1. Kedudukan bersedia iaitu berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
2. Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan hampir ke dada, jaring menghala ke
atas dan kedua-dua ibu jari di belakang bola.
3. Kaki belakang melangkah ke arah hantaran. Sambil itu luruskan tangan dan tolak
bola dengan pergelangan tangan dan ibu jari ke sasaran pada aras dada.
ii) Hantaran Aras Bahu
Hantaran aras bahu dilakukan dengan sebelah tangan. Hantaran ini bertujuan untuk

1.
2.
3.
4.
5.
6.

membuat hantaran laju dan tepat pada jarak jauh.


Teknik melakukan hantaran aras bahu:
Kedudukan bersedia iaitu berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
Pegang bola pada aras bahu dengan sebelah tangan.
Badan mengiring ke sisi, bawa bola ke belakang.
Angkat tumit kaki belakang.
Tolak bola ke hadapan dengan bantuan bahu, siku, pergelangan tangan dan jari-jari.
Ikut lajak.

iii) Hantaran Atas Kepala


Hantaran atas kepala dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.
Hantaran ini digunakan untuk melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh pemain

1.
2.
3.
4.

lawan.
Teknik melakukan hantaran atas kepala.
Kedudukan bersedia iaitu berdiri dengan sebelah kaki di hadapan
Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan tinggi di atas kepala.
Ledingkan badan ke belakang sedikit.
Bengkokkan siku dan bawa bola ke hadapan kepala. Sambil itu tolak bola ke
hadapan dengan meluruskan tangan. Ikut lajak.

iv) Hantaran Sisi


Hantaran sisi dilakukan untuk membuat hantaran cepat menggunakan sebelah
tangan atau kedua-dua belah tangan.
Teknik melakukan hantaran sisi menggunakan kedua-dua belah tangan:
1. Kedudukan bersedia iaitu berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
2. Bengkokkan sedikit lutut hadapan, bawa bola dengan kedua-dua belah tangan ke
belakang.
3. Luruskan kaki hadapan dan bengkokkan lutut belakang. Sambil itu ayunkan tangan
ke hadapan dan tolak bola ke sasaran.
4. Ikut lajak.
v) Hantaran Lantun
Hantaran lantun digunakan apabila pemain lawan terlalu hampir atau terlalu ramai

1.
2.
3.
4.
5.

permain berhampiran.
Teknik melakukan hantaran lantun:
Kedudukan bersedia iaitu berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
Pegang bola dengan kedua-dua tangan dan bawa bola ke aras pinggang.
Pindahkan berat badan ke kaki hadapan.
Luruskan tangan dan tolak bola rendah dengan kuat.
Ikut lajak.

b) Menerima Bola
Kemahiran menerima bola memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik.
Teknik menerima bola:
1. Mata sentiasa memandang ke arah bola datang.
2. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
3. Hulurkan tangan ke hadapan dengan jari dan kedu-dua tapak tangan menghadap
satu sama lain.
8

4. Terima bola dengan ibu jari sentiasa di belakang bola.


5. Semasa bola menyentuh jari, bengkokkan siku, bawa bola ke badan.
6. Semasa menerima bola, pindahkan berat badan ke kaki belakang.
c) Mengelak
Mengelak ialah kemahiran yang membolehkan seseorang pemain bebas daripada
kawalan pemain lawan dan berpeluang untuk melakukan tindakan selanjutnya. Cara
mengelak seharusnya tidak melanggar undang-undang permain.
Terdapat beberapa asas mengelak, iaitu
i)
Berlari ke arah yang sesuai.
ii)
Berlari laju dan berhenti dengan mengejut.
iii)
Berlari perlahan-lahan dan tukar kepada berlari laju.
iv)
Mengacah dan bergerak ke suatu arah.
d) Menghadang
Menghadang adalah asas bertahan. Kemahiran ini bertujuan untuk menghalang
pemain lawan daripada menerima bola, melakukan hantaran dan menjaring gol.

1.
2.
3.
4.

Bagaimanapun, pemain tertakluk kepada undang-undang dan peraturan.


Terdapat empat posisi asas menghadang iaitu;
Berdiri menghadap permain lawan.
Berdiri membelakangkan pemain lawan.
Berdiri di sisi pemain lawan.
Berdiri di belakang pemain lawan.

e) Gerak Kaki
Dalam permainan bola jaring, ketangkasan pemain adalah sangat penting.
Ketangkasan pergerakan memerlukan kemahiran

gerak kaki tanpa melanggar

undang-undang permainan.
Kemahiran gerak kaki penting semasa seseorang itu menerima bola sebelum
dihantar kepada rakan, sebelum menjaringkan gol atau semasa menangkap bola di

1.
2.
3.
4.

udara.
Gerak kaki yang dibenarkan olah undang-undang adalah dalam keadaan berikut:
Semasa menerima bola dan kedua-dua belah kaki di atas tanah.
Setelah menerima bola dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
Setelah menerima bola dan mendarat dengan sebelah kaki.
Semasa menerima bola dan berpaksi pada sebelah kaki.

f) Menjaring
Kemahiran menjaring adalah penting kerana kemenangan sesebuah pasukan

ditentukan oleh jumlah jaring.


Jaringan dikira apabila penjaring gol atau penyerang gol berjaya memasukkan bola

ke dalam jaring.
Setelah menerima hantaran dan tidak melanggar undang-undang gerak kaki,

1.
2.
3.
4.
5.

penjaring dibenarkan melakukan jaringan dalam kedudukan berikut:


Menjaring pada kedudukan statik.
Melangkah setapak ke hadapan dan menjaring.
Melangkah setapak ke belakang dan menjaring.
Melangkah setapak ke sisi dan menjaring.
Melompat dan menjaring.
Menjaring pada kedudukan statik menggunakan sebelah tangan adalah teknik asas

menjaring.
Bagaimanapun, menjaring menggunakan kedua-dua belah tangan boleh juga
dilakukan.

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Teknik menjaring pada kedudukan statik:


Kedudukan bersedia.
Berdiri, sebelah kaki di hadapan.
Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
Jari dibuka dan melengkung, ibu jari di belakang bola.
Bengkokkan siku dan bawa bola ke atas kepala sambil membengkokkan lutut.
Luruskan lutut, tolak bola ke sasaran dengan meluruskan tangan dan dibantu oleh

pergelangan tangan serta jari-jari.


7. Ikut lajak.

10

Anda mungkin juga menyukai