Anda di halaman 1dari 3

Integriti bermaksud kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan, keutuhan berdasarkan Kamus Dwibahasa

Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu, integriti juga dibahagikan kepada dua bahagian iaitu integriti
individu yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip berpegang teguh kepada nilai kejujuran dan nilai
moral yang tinggi dan integriti organisasi yang membawa maksud suatu panduan dalam pelaksanaan
kod etika, sistem dan proses kerja juga kepada kepatuhan mengamalkan amalan cemerlang. Memiliki
para pendidik yang berintegrasi adalah suatu aspek yang wajib untuk mencapai tahap guru yang
profesional. Dan guru yang profesional dapat dicapai dengan berlandaskan keperibadian yang
beretika, bermoral, kompeten, inovatif dan kreatif.
Etika didefinisikan sebagai prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Etika berperanan penting kepada warga pendidik dalam
memastikan isu integriti seseorang guru tidak dipersoalkan. Dengan kata lain, kod etika adalah suatu
garis panduan yang perlu dipatuhi oleh para pendidik untuk menjaga tingkah laku guru, memahami
tanggungjawab terhadap para pelajar, golongan ibubapa, rakan sejawat mahupun negara. Guru yang
berintegriti dan beretika merupakan sosok pendidik yang sangat diperlukan agar dapat melahirkan
pelajar yang berkualiti pada masa akan datang. Oleh itu, guru seharusnya bertanggungjawab dalam
memastikan perkembangan pembelajaran anak didiknya pada tahap yang terbaik dengan
berkolaborasi bersama golongan ibubapa dan komuniti setempat.
Moral membawa maksud senarai nilai-nilai murni iaitu merendah diri, baik hati dan belas
kasihan. Selain itu, moral juga sering dikaitkan dengan beberapa peraturan seperti tatahukum,
tatasusila, tatatertib, kepercayaan, undang-undang, nilai tradisi dan adat dalam mana-mana
masyarakat. Oleh itu, Integrasi moral pula merupakan tekad seseorang dalam melakukan sesuatu
aktiviti yang bersesuaian dengan peraturan dan norma sesuatu perkara. Aspek moral sangat dititik
beratkan kepada profesi perguruan disebabkan mereka berperanan penting dalam membentuk sahsiah
pelajar yang cemerlang. Dengan kata lain guru berfungsi sebagai role model kepada para pelajar, jika
baik guru, baiklah anak muridnya. Menurut Keohane, 1999, seseorang yang memiliki karakter
integriti moral dalam konteks akademik dapat mewujudkan sistem pendidikan yang baik.
Menurut Sufean Hussin, 2001, inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi atau membaiki
idea, ilmu, benda dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu
atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu. Manakala kreatif didefinisikan
sebagai penemuan baru dimana ianya menuju ke arah yang lebih realiti. Dengan kata lain, kreatif dan
inovatif berfungsi sebagai pemuda cara proses pembelajaran pelajar yang mencakupi aspek
psikomotorik, afektif, dan kognitif. Selain itu, iainya juga berperanan dalam memudahkan proses
pembelajaran dengan dapat merangsang siswa untuk lebih berfikir secara ilmiah juga memudahkan
proses pengajaran terutamanya pada subtopik yang susah. Kreativiti dan inovasi merupakan aspek
yang berpengaruh besar dalam mencapai guru profesional yang memiliki integriti yang tinggi. Hal ini
demikian kerana, para pendidik bukan hanya dituntut untuk menguasai ilmu yang akan dikongsikan
kepada anak didik namun juga untuk dapat menampilkan keperibadian yang mampu menjadi teladan
bagi pelajarannya.
Kompeten bermaksud cekap, layak dapat menjalankan tugas dengan sempurna, berhak atau
berkuasa melakukan atau memutuskan sesuatu perkara menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.
Dengan itu, guru kompeten pula ditafsirkan sebagai mereka yang memiliki kemahiran dan kecekapan
dalam bidang pendidikan serta mereka yang sudah terlatih iaitu guru yang berpengalaman dan cekap
mengurus PdPc dan pakar mengendalikan tugasan yang melibatkan organisasi, perkeranian dan bijak
menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling. Berdasarkan Mulyasa, 2011, kompeten adalah
kriteria yang utama untuk mencapai guru yang profesional. Oleh itu, kompeten juga adalah salah satu
kriteria yang utama untuk mencapai nilai integriti terbaik kepada para pelajar.
Pendidik yang berintegriti merupakan prasyarat bagi seorang guru yang profesional. Keperibadian
yang beretika, bermoral, kompeten, inovatif dan kreatif akan sangat  berdampak pada setiap anak
didiknya. Disebabkan itu, seorang guru haruslah menjadi sosok yang dapat digemari, dihormati, ditiru
dan dapat dijadikan teladan dalam semua aspek kehidupan demi menjanjikan masa depan yang cerah
kepada para pelajar.
FORUM 2
Malaysia merupakan salah satu negara yang menawarkan pendidikan sebagai salah satu kursus yang
boleh dipilih samada pelajar luar dan dalam negara. Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI adalah
institut berasaskan pendidikan yang pertama di Malaysia. Oleh itu, sudah pasti calon-calon guru yang
dihasilkan bermutu tinggi yang merangkumi kriteria peribadi, pengetahuan dan kemahiran,
komunikasi, berpotensi dan personaliti unggul.
Kriteria utama yang perlu ada pada setiap produk UPSI ialah berkeperibadian cemerlang
Kecemerlangan peribadi merupakan seorang guru yang memiliki sahsiah yang terpuji,
berketerampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan perkhidmatan awam. Selain itu,
guru yang berkeperibadian cemerlang juga perlu prihatin dan peka terhadap perkembangan
pembelajaran anak didiknya.
Berpengetahuan dan berkemahiran juga adalah sangat dititik beratkan dalam menghasilkan
para pendidik yang cemerlang. Dengan kata lain, guru yang cemerlang sewajarnya dapat menghayati
dan menguasai kandungan bidang pengkhususannya agar sesi pengajaran dapat berjalan dengan lebih
lancar. Selain itu, para pendidik juga perlu bijak mengurus masa dan berkebolehan menyelesaikan
sebarang masalah dengan membuat keputusan yang bersifat rasional dan objektif.
Komunikasi juga kriteria penting kepada tenaga pengajar. Hal ini demikian kerana, mahir
berinteraksi dengan pelbagai jenis individu merupakan kunci utama sebagai pendidik terutamanya
apabila berkongsi kan ilmu kepada anak-anak didiknya. Antara kesan cemerlang komunikasi adalah
berjaya menyampaikan suatu mesej atau idea dengan berkesan, berkeupayaan memelihara hubungan
dengan setiap lapisan masyarakat justeru dapat menghormati warga sekolah tidak kira agama dan
budaya.
Berpotensi dan berpersonaliti unggul juga target utama dalam mewujudkan guru cemerlang.
Guru yang berpotensi sering dikaitkan dengan mereka yang berwawasan, proaktif, mempunyai
inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik. Manakala
mereka yang memiliki personaliti unggul pula merupakan mereka yang menerapkan nilai sabar, adil,
tegas, mesra, kesungguhan, prihatin , kerjasama, bertanggungjawab, menepati masa dan berakhlak
mulia sesuai untuk dijadikan role model kepada para pelajar di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai