Anda di halaman 1dari 2

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran MBK Ketidakupayaan Penglihatan

PERBINCANGAN DASAR-DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF MENYOKONG PENGAJARAN DALAM


PENDIDIKAN INKLUSIF

Strategi guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran MBK di kelas inklusif

1)permainan(mengasah minat)

2)gabungjalin pelajaran dengan muzik(muzik, tarian, nyanyian)

3)multi sensori(merangsang minda murid melalui deria)

4)pemudahcara(menyediakan aktiviti yg mencabar sesuai dgn tahap murid)

5)peneguhan positif (pujjan,ganjaran)

Penggunaan bahan pengajaran interaktif mengikut keupayaan pelajar.

Cth : penggunaan cermin mata , saiz tulisan dibesarkan , penggunaan projektor untuk skrin besar,
warna terangn

- kalau rabun , guna alat pembesar (kanta)

✨Pengubahsuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan tulisan Braille.

✨Perlaksanaan proses pembelajaran dengan mempraktikkan kemahiran mendengar dan pelbagai


deria lain.

Secara umumnya, pendidikan inklusif ini melibatkan individu yang bekeperluan khas dari segi fizikal
ataupun mental seperti ketidakupayaan penglihatan.

Matlamat Pendidikan Inklusif ini adalah untuk meningkatkan penerimaan dan kesedaran orang
awam tentang kepelbagaian keupayaan MBK dan membantu membina keyakinan MBK agar potensi
yang optimum dapat tercapai (Mohd Suhaimin Isnen, 2017). Kenyataan ini disokong oleh Nordin
Tahir (2013), yang mengatakan bahawa Pendidikan Inklusif bermatlamat untuk mendapatkan hak
sama rata untuk belajar dalam persekitaran seperti murid arus perdana.

Sebagai contoh, MBK dapat belajar tanpa halangan atau limitasi terutamanya dalam penggunaan
peralatan pembelajaran. Seterusnya, membolehkan 1

MBK menyesuaikan diri dalam semua aspek kurikulum dan kokurikulum sejak dari awal. Dengan itu,
mereka boleh membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang
setanding dengan rakan-rakan yang normal. Lee Kok Cheong (2017) menyatakan bahawa matlamat
Pendidikan Inklusif adalah supaya MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi
meningkatkan kemahiran kehidupan harian. Secara tidak langsung, dapat juga memastikan proses
penyesuaian diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan kemahiran komunikasi,
perbincangan dalam urusan kehidupan seharian mereka. Bukan itu sahaja, Pendidikan Inklusif juga
dapat menempatkan MBK dalam persekitaran yang seakan normal mengikut kesesuaian pendidikan
2.0 Huraian Secara Kritis Pelaksanaan Dan Faktor Kritikal Yang Mempengaruhi Pendidikan Inklusif Di
Sekolah Antara faktor kritikal pelaksanaan

Pendidikan Inklusif ialah dari segi persekitaran. Hal ini kerana, persekitaran dapat memaksimumkan
penglibatan MBK dalam bilik darjah. Hal ini bermakna, tumpuan yang khusus harus diberikan
terhadap khidmat sokongan yang dapat mengehadkan didikan mereka bersama dengan murid-murid
lain. Kajian telah menunjukkan bahawa kewujudan Pendidikan Inklusif berlaku apabila keperluan
murid tersebut tidak dapat dipenuhi dalam persekitaran biasa (Sukumaran, Loveridge & Green,
2014). Oleh yang demikian, perkhidmatan sokongan dalam konteks ini dapat memainkan peranan
iaitu dengan memastikan MBK diberikan peluang yang sama rata. Hal ini bersesuaian dengan dasar
Pendidikan Inklusif iaitu mementingkan perhidmatan sokongan dari aspek peralatan dan
infrastruktur. Secara tidak langsung, dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan.
Contohnya, penyediaan mesin braille dan kanta pembesar membantu dalam pelaksanaan aktiviti
PdP murid bermasalah penglihatan. Begitu juga dengan faktor infrastruktur dan prasarana di mana
adanya kemudahan asas seperti kerusi, rak buku, almari dan meja yang mencukupi serta susun atur
yang memudahkan pergerakan MBK.

Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuk semua
kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu bapa yang
gagal mendaftar anak dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh didakwa. Dasar ini
diperkukuhkan lagi oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia mengenai ‘Disabled Person Act 2002’
serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi antarabangsa iaitu deklerasi Education for All
(EFA) 2000 dan Biwako Millenium Framework 2002. Ini bermakna kerajaan bertanggungjawab
menyediakan pendidikan bersesuaian mengikut keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk
golongan yang mempunyai kecacatan/ketidakupayaan. Untuk memenuhi tanggungjawab tersebut
maka KPM dan kementerian-kementerian lain yang dinyatakan di atas, memainkan peranan dalam
menyediakan kemudahan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Menurut Clough dan Lindsay (1991) untuk meminimumkan kesan negatif ke atas pendidikan inklusif,
perubahan tidak boleh dibuat secara mendadak atau mengambil kira satu pandangan sahaja
(immediately or unilaterally).

Anda mungkin juga menyukai