Anda di halaman 1dari 10

Murid Berkeperluan Khas mempunyai ciri-ciri tersendiri bagi setiap kategori

ketidakupayaan. Berikan definisi dan ciri-ciri murid ketidakupayaan pertuturan dalam


sistem pendidikan di Malaysia. (10 markah)

Menurut Akta Pendidikan Khas 1996, murid berkeperluan Khas atau MBK didefinisikan
sebagai murid-murid yang memiliki kecacatan dari beberapa aspek iaitu pendengaran,
penglihatan atau masalah pembelajaran. Selain itu, Pindaan Akta Pendidikan 2013 juga
mendefinisikan golongan MBK ini sebagai murid yang telah di perakui ketidakupayaannya
oleh pengamal perubatan, ahli-ahli audiologi dan optik serta mana-mana pihak yang terlibat
sama ada daripada perkhidmatan kerajaan ataupun swasta. MBK juga dapat dibahagikan
kepada beberapa kategori iaitu ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan penglihatan,
bermasalah dengan pembelajaran, ketidakupayaan fizikal, ketidakupayaan pelbagai dan
ketidakupayaan pertuturan berdasarkan Peraturan Pendidikan Khas,2013. Selain daripada
itu, MBK juga dibahagikan lagi kepada 3 tahap iaitu tahap tinggi, tahap sederhana dan tahap
rendah yang dikategorikan berdasarkan potensi diri.

Setiap kategori ketidakupayaan memiliki ciri khas tersendiri tidak terkecuali kepada
MBK kategori ketidakupayaan pertuturan. Menurut Perkins, 1997 bermasalah dengan
pertuturan membawa maksud mereka yang tidak jelas dan tidak dapat difahami ketika
bertutur, tidak mahir dalam menggunakan mekanisme percakapan dan masyarakat tertentu
menganggap sebagai pertuturan abnormal. Ciri-ciri MBK ketidakupayaan pertuturan ini
boleh diklasifikasikan kepada beberapa masalah iaitu gagap, masalah artikulasi, masalah
suara atau tahun dan afasia.
Pertama, masalah gagap yang sering berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 3
hingga 4 tahun. Gagap ini juga bermaksud suatu gangguan kelancaran bercakap dengan
melibatkan cara percakapan dan gerakan atau kawalan pernafasan. Kebiasaannya, mereka
yang gagap memiliki nada suara yang tidak sempurna, memiliki kebiasaan bercakap
berhenti-henti, berulang-ulang disertai dengan tegangan otot dada dan tekak. Oleh itu,
faktor gagap adalah disebabkan oleh gangguan penyelarasan otot pertuturan (otot dada dan
tekak) yang tidak normal atau tidak sempurna. Selain itu, gagap juga wujud ketika kanak-
kanak menjadi lebih agresif dimana mereka akan merasa cemas dan tegang serta gagal
membentuk konsep dan bahasa. Gagap juga terbahagi kepada dua kumpulan iaitu
psikogenik dan organic.
Kedua, adalah artikulasi. Artikulasi bermaksud masalah pertuturan yang melibatkan
penghasilan bunyi dalam bertutur juga melibatkan otot-otot tertentu seperti otot bibir, lelangit
dan lidah yang dikenali sebagai Articulators Muscle. Sistem saraf otak berperanan penting
sebagai mengawal aktiviti Articulators terutamanya kepada bahagia otak yang mengambil
alih aktiviti koordinasi sistem pergerakan otot. Secara ringkasnya, jika baik sistem artikulasi
kanak-kanak, maka pertuturan mereka akan menjadi jelas dan tepat namun ianya berlaku
sebaliknya kepada artikulasi yang buruk.
Ketiga, masalah suara. Secara umumnya, suara adalah salah satu aspek yang
penting jika melibatkan aktiviti pertuturan. Suara juga sering dikaitkan dengan kekuatan
bunyi, nada, kualiti bunyi yang dihasilkan oleh peti suara. Mereka yang tidak dapat
mengawal alunan suara sehingga menghasilkan bunyi terlalu tinggi ataupun terlalu rendah
dan menghasilkan bunyi yang tidak teratur. contohnya seperti, menghasilkan bunyi yang
sengau, kasar, berbisik atau serak dan nyaring yang memberi kesan kepada proses
komunikasi yang berkesan. Masalah pertuturan adalah faktor masalah suara ini sukar untuk
dikenal pasti kerana sering disalah anggap sebagai penukaran suara menjelang peringkat
remaja terutamanya kepada kanak-kanak lelaki.

Keempat, masalah afasia. Masalah afasia ini berlaku Ketika kanak-kanak sukar
untuk menerima, memproses, menghantar dan memahami suatu konsep yang melibatkan
sistem simbol secara lisan, bukan lisan dan maklumat grafik. Punca berlaku masalah ini
terhadap seseorang individu adalah berlaku kecederaan pada bahagian otak semasa
dilahirkan atau berlaku ketumbuhan pada otak yang memberi kesan kepadaa
ketidakupayaan mereka dalam memperoleh, memperoleh dan mentafsirkan simbol-simbol
arbitrari.

Kesimpulannya, MBK ketidakupayaan pertuturan memiliki ciri khas yang tersendiri


yang mendorong kita menjadi lebih peka dan arif dalam mengenal pasti kanak-kanak MBK.
Oleh itu, Langkah-langkah awal pencegahan perlulah dilaksanakan secepat mungkin
kepadaa mereka yang terlibat terutamanya pihak ibubapa. Oleh itu, ibubapa seharusnya
menjaga kesihatan, menjaga pemakanan dan menjaga kesihatan mental semasa
mengandung bagi mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan anak dari segi mental dan
fizikal. Masyarakat juga hendaklah peka dan menerima baik golongan MBK di negara kita. .
Kanak-kanak MBK tidak memerlukan bantuan atau simpati daripada kita. Namun, mereka
memerlukan masa dan peluang untuk tumbuh sama seperti kanak- kanak normal yang
hidup berdikari.
Pendekatan pengajaran yang sesuai bagi Murid Berkeperluan Khas penting bagi
memastikan mereka dapat mengikuti pembelajaran bersama-sama murid tipikal di dalam
Program Pendidikan Inklusif (PPI).Huraikan strategi pengajaran yang dirancang oleh guru
bagi murid masalah pembelajaran spesifik disleksia dalam bilik darjah.(10 markah)

Disleksia merupakan suatu kecelaruan iaitu kanak-kanak yang gagal menguasai kemahiran
asas disekolah seperti menulis, mengeja dan membaca yang selaras dengan
perkembangan intelektual mereka walaupun mereka berpengalaman belajar dibilik darjah
berdasarkan World Federation of Neurology, 1968. Selain itu, masalah pembelajaran
disleksia pula didefinisikan sebagai murid-murid yang mengalami kesukaran dalam
kemahiran membaca, mengeja dan menulis dimana mereka memiliki tahap kecerdasan
mental yang sama atau melebihi pelajar normal di sekolah berdasarkan Kementerian
Pelajaran Malaysia. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran murid disleksia perlu
diberikan tumpuan dan perlu diasingkan Bersama dengan murid MBK yang lain bagi
memudahkan mereka berkembang lebih baik dengan menggunakan strategi yang terancang
dan teratur sehingga mereka layak menjalani program pendidikan inklusif, PPI. Menurut
peraturan-peraturan pendidikan khas,2013, PPI diertikan sebagai suatu program pendidikan
khusus kepada pendidikan khas yang terdiri daripada murid berkeperluan khas, MBK dan
murid normal menduduki kelas yang sama ada disekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan.

Memiliki stategi yang baik adalah suaut aspek yang sangat dititikberatkan dalam
pembelajaran dan pengajaran bukan sahaja kepada MBK juga kepada semua pelajar.
Startergi yang baik mendorong guru untuk fokus untuk menyampaikan ilmu kepada
muridnya demi meningkatkat perkembangan, bakat, kebolehan dan keupayaan MBK
memandang mereka memiliki kekuatan dan keistimewaan yang pelbagai. Terdapat tiga
strategi utama dalam pembelajaran mbk spesifik disleksia ini iaitu strategi pemusatan
guru,strategi pemusatan murid dan strategi pemusatan bahan pelajaran.

Strategi pemusatan guru adalah melibatkan interaksi dan komunikasi sehala antara
pendidik dan anak didik. Dalam strategi ini, peranan guru lebih diperuntukkan dimana guru
yang banyak memberikan pembelajaran sementara murid hanya mendengar. Dengan kata
lain, murid tidak diberikan peluang untuk berkongsi pendapat kerana gurulah yang akan
mengawal semua proses pembelajarannya secara ringkasnya guru mengajar dengan sifat
autokratik.

Selain itu, stratefi pemusatan murid. Strategi oemusatan murid adalah melibatkan
interaksi dan komunikasi dua hala antara pendidik dan anak didik. Tidak seperti stratergi
pemusatan guru, kaedah ini lebih praktikal kepada pelajar dimana mereka digalakkan untuk
memberikan dan berkongsi pendapat kepada guru dan rakan-rakan yang lain. Secara
ringkasnya, kaedah ini memfokuskan kepada para pendidik yang mengajar dengan sifat
demokratik.

Disamping itu, strategi pemusatan bahan pelajaran. Strategi ini memfokuskan


kepada tahap kemahiran dan tahap kecekapan dalam menggunakan bahan bantu
mengajar. Kaedah ini memerlukan kerjasama antara murid dan guru dengan mereka
hendaklah bergantung sepenuhnya kepada bahan bantu mengajar semasa proses
pembelajaran berlangsung untuk mencapai suautu objektif pembelajaran pada masa itu.

Terdapat beberapa kaedah atau strategi umum yang sering diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran kepada murid disleksia. Memiliki pelbagai strategi dalam
pembelajaran kepada MBK terutamanya masalah pembelajaran spesifik disleksia adalah
amat diperlukan disebabkan mereka memiliki tahap pembelajaran tertentu bermula dari
rendah, sederhana, dan tinggi secara umumnya. Antaranya adalah kaedah fonik, kaedah
VAK, kaedah terapi minda, kaedah cermin dan kaedah kinestatik.

Pertama adalah kaedah Fonik. Kaedah ini lebih mengutamakan kepada


menghubungkait pelbagai jenis bunyi bersama huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai
digunakan kepada pelajar disleksia terutamanya bagi kemahiran mengeja. Hal ini demikian
kerana, suku kata dalam Bahasa Malaysia mempunyai bunyi suku kata yang tetap. Menurut
kaedah ini, huruf tidak perlu dieja namun hanya terus dibunyikan begitu juga dengan huruf
seterusnya. Contohnya, perkataan bu + ku terus disebut sebagai [bu] + [ku] dan seterusnya
disebut sebagai [buku].

Kedua adalah kaedah VAK. Kaedah ini adalah menekankan murid untuk
menggabungkan dan menggunakan kedua-dua deria mereka iaitu deria penglihatan dan
pendengaran bersama dengan tulisan iaitu menggunakan pergerakan. Dalam kaedah ini,
murid diarahkan untuk melihat suatu perkataan lalu menyebutnya sambil tangan menulis
perkataan tersebut berdasarkan ingatannya. Untuk menjalankan kaedah pembelajaran ini,
terdapat beberapa prosedur perlu diikuti antaranya ialah murid diarahkan untuk memerhati
suatu perkataan lalu mereka perlu mencuba untuk menyebut perkataan tersebut dan
kemudian mereka dikehendaki untuk menulis perkataan tersebut ke atas kertas berdasarkan
ingatannya. Selepas itu, murid perlu membandingkan hasil tulisannya dengan perkataan
yang betul untuk menyedari jika terdapat kesalahan dengan hasil tulisannya. Selalunya,
kaedah ini dilakukan berulang kali bertujuan untuk membiasakan murid dengan huruf-huruf
sehingga berjaya mengingatnya dan menulis dengan betul.

Ketiga adalah kaedah terapi minda. kebiasaannya kaedah ini tidak memiliki
panduan khusus kerana para guru yang menciptakannya sendiri. Selain daripada itu,
kaedah ini juga lebih memfokuskan dalam penggunaan peralatan contohnya treadmill.
Secara umumnya, pelajar disleksia mudah bosan jika diberikan suatu aktiviti yang berulang
seperti aktiviti pembelajaran. Oleh itu, kaedah treadmill sangat sesuai digunakan kep ada
mereka terutamanya untuk mengembalikan semangat mereka untuk belajar. Secara
ringkasnya, treadmill memberikan mereka ruang untuk berehat sejenak sebelum fokus
untuk Kembali belajar. Selain daripada itu, kaedah ini dapat membantu para guru untuk
menggerakkan kemahiran psikomotor murid-murid disamping dapat meningkatkan
kecergasan tubuh dan kecerdasan otak mereka. Ironinya, murid akan dapat menjalankan
sesi pembelajaran dengan lebih efektif dan proses pengajaran dapat disampaikan dengan
sempurna.

Keempat adalah kaedah cermin. Semestinya, peralatan yang diperlukan untuk


menjalankan kaedah ini adalah sebuah cermin. Caranya adalah dengan mengarahkan murid
untuk berdiri berhadapan cermin lalu guru memberikan suatu idea seperti menyebut suku
kata, huruf atau satu perkataan kepada murid. Kemudian, murid perlu mengulang idea yang
disebut oleh gurunya. Dalam pada masa itu, guru berperanan untuk mendengar dan
memerhati sebutan daripada murid dengan melihat pergerakan bibir mereka. Kaedah ini
bertujuan untuk mengajar murid menyebut suatu perkataan dengan cara yang betul dengan
memerhati dan meniru pergerakan bibir betul oleh guru

.Kelima adalah kaedah kinestatik. Kaedah kinestatik adalah kaedah yang


memerlukan pergerakan murid itu sendiri dimana proses pembelajaran tidak bergantung
kepada satu kaedah sahaja seperti penulisan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk menarik
minat murid Kembali segar untuk belajar dengan diberikan pendedahan yang pelbagai
dalam proses pembelajaran terutamanya dalam aspek membaca, menulis dan mengeja.
contohnya, mempelajari sesuatu dengan kaedah melukis, menampal atau menggantung
dan sebagainya mengikut kreativiti seseorang guru tersebut. ironinya, tahap kreativiti
pelajar dapat ditingkatkan dan dapat mengembangkan bakat mereka masing-masing.

Kesimpulannya, masalah pembelajaran disleksia dapat diatasi jika strategi pembelajaran


dalam bilik darjah adalah bersesuaian kepada situasi mereka dan mendapatkan guru
bimbingan yang berpengalaman dan profesional. Mentaliti sebahagian masyarakat
mengatakan kanak-kanak disleksia tidak dapat diubati adalah salah kerana disleksia
bukanlah dikategorikan sebagai suatu penyakit namun hanya merupakan suatu kecelaruan
pendidikan kepada kanak-kanak. Oleh itu, tumpuan dan bantuan dengan kadar yang segera
perlu dijalankan kepada mereka agar mereka dapat menyelaraskan tahap pendidikan sama
dengan pelajar yang lain.
Bahan sokongan yang sesuai perlu disediakan oleh guru bagi membantu melicinkan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas di sekolah.
Bahan yang sesuai juga dapat membantu guru menyusun kaedah penyampaian yang
berkesan dan lebih sistematik. Huraikan alat sokongan yang sesuai bagi murid
ketidakupayaan penglihatan dalam bilik darjah inklusif. (10 markah )

Menurut program pendidikan inklusif, PPI, MBK ketidakupayaan penglihatan boleh


dikategorikan kepada dua bahagian iaitu penglihatan terhad atau rabun dan buta. Menurut
aspek pekermbangan kognitif, MBK kategori ketidakupayaan penglihatan menggunakan
deria pendengaran dan deria sentuhan dalam mengenalpasti stimuli dipersekitaran mereka.
Selain itu, mereka juga menggunakan deria sentuhan dan pendengaran dalam mencapai
impian sama seperti kanak-kanak yang lain. Perkembangan kognitif yang terbantut sering
berlaku kepada mereka yang buta sejak lahir lagi. Walaubagaimanapun, perkembangan
kognitif ini akan beransur pulih dan bekembang pesat ketika mereka mencecah umur sekitar
7 tahun. Menurut WHO, masalah penglihatan diklarifikasikan berlandaskan kepada tahap
gangguan visual yang dihadapi oleh seseorang individu. Malahan, tahap masalah
penglihatan ini diukur berdasarkan ketajaman menghasilkan visual yang dapat dikenelpasti
secara kuantitatif oleh pakar-pakar oftalmologi. Secara umumnya, ketidakupayaan
penglihatan dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu buta, B1, cacat penglihatan
kefungsian, B2 dan penglihatan terhad atau rabun teruk, B3. Oleh itu, alat-alat bantu
mengajar telah diciptakan khusus kepada MBK ketidakupayaan penglihatan antaranya ialah
Braile, peralatan optic, scanner dan CCTV.

Pertama, alat sokongan Braile. Braille adalah salah satu alat bantu mengajar yang
wajib digunakan semasa belajar terutamanya kepada ketidakupayaan penglihatan jenis
buta, B1 dan kepada rabun, B3. Braille untuk golongan kebutaan memiliki perisian
penterjemahan yang memudahkan tugasan penghasilan buku Braille berjalan dengan
pantas juga memiliki perisian suara dimana mesin akan mengeluarkan suara yang dapat
membaca suatu perkataan secara satu-satu persi seperti didalam buku. Braille untuk B3
terdiri daripada enam titik yang timbul yang dinomborkan dimana setiap titik tersebut
mewakili simbol dan makna yang berbeza sama seperti huruf alpabet dan nombor. Braille
juga memiliki kod-kod khusus untuk memudahkan MBK mempelajaranya. Contohnya,
perkataan orang disingkatkan kepada org. Disebabkan tulisan dan simbol braillie
memperuntukkan ruang yang banyak, penggunaan bahasa singkatan dapat menjimatkan
ruang pada buku dan kertas braille.
Kedua, peralatan optic. Peralatan optic ini terdiri daripada kanta, cermin mata atau
magnifier yang dapat membantu MBK menigkatkan penghasilan visual penglihatan.
Penggunaan semua jenis peralatan optic ini diaplikasikan bergantung kepada tahap
penglihatan MBK terutamanya kepada kanta dan cermin mata. Rignkasnya, pemilihan alat
bantu mengajar yang salah tidak dapat membantu MBK dalam proses membaca namun
menambah merosotkan penglihatan mereka. Kanta adalah digunakan kepada mereka yang
memiliki %low vision. Kanta digunakan kepada MBK untuk memudahkan proses membaca
dengan membesarkan saiz tulisan sesuai dengan kebutuhan mereka.

Ketiga, scanner. Alat ini dapat membantu MBK penglihatan untuk membaca teks. Iainya
berfungsi dengan mengimbas sebarang bahan bacaan lalu membaca perkataan pada
bahan bacaan tersebut. semasa menggunakannya, pelajar boleh membaca suatu bahan
bacaan dengan mendengar, meniru lalu mengeja teks tersebut bersama dengan scanner.
alat ini juga dapat menyimpan sebarang teks yang sudah diimbas pada bahagian folder
scanner. Ianya juda dapat membaca dan mengimbas sehingga helaian teks dan boleh
menyimpan pada satu masa yang lama..

Keempat, CCTV. CCTV merupakan satu peralatan yang menyerupai computer namun
memiliki fungsi yang berbeza. CCTV ini digunakan fokus kepada MBK ketidakupayaan
penglihatan terhad dimana ianya dapat membantu membaca suatu bahan ilmiah mengikut
kesesuaian penglihatannya. Alat ini berfungsi dengan mengimbas test menggunakan
kamera yang akan memaparkan imejnya pada satu skrin. Saiz teks yang dipaparkan boleh
diubah suai sesuai dengan tahap penglihatan pelajar itu sendiri/ selain pengubahsuaian
teks, CCTV juga boleh mengubah contrst skrin yang dapat membantu pelajar mendapat
penglohatan secara maksimal.

Kesimpulannya, MBK ketidakupayaan penglihatan dapat dibahagikan kepada beberapa


bahagian mengikut tahap mereka menghasilkan visual. Secara umumnya, tidak dapat
dinafikan lagi bahawa pelajar MBK memiliki kesulitan yang ketara dalam prosesn
pembelajaran mereka. Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011) telah menyatakan
bahawa MBK penglihatan lazimnya akan mengalami masalah dalam membina pengalaman,
keupayaan untuk bergerak bebas dan interaksi dengan alam persekitaran. Disebabkan itu,
mereka memerlukan alat bantu mengajar yang bersesuai bagi memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh sebab itu, pihak yang berkuasa hendaklah
turun padang untuk membantu anak-nak MBK demi mencapai impian dan dapat bersaing Bersama-
sama pelajar yang lain.
Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) merupakan satu badan sokongan yang
penting bagi membantu pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah.
Bincangkan jenis khidmat sokongan yang boleh disediakan bagi pembelajaran murid
berkeperluan khas dalam bilik darjah inklusif.

mendefinisikan khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara langsgsung sekurang-
kurangnya antara dua kumpulan yang bersetuju dalam membuat keputusan untuk mencapai
matlamat yang sama. (Cook & Friend,1991)

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) merupakan pusat khidmat setempat yang
menyediakan perkhidmatan sokongan berbentuk intervensi, rehabilitasi dan konsultasi dalam
bidang khusus iaitu Audiologi, Psikologi, Patalogi Pertuturan Bahasa, Terapi Carakerja dan
Peripatetik. Sokongan 3PK bertujuan meminimakan impak ketidakupayaan Murid Berkeperluan
Khas (MBK) bagi membolehkan MBK menjalani proses pembelajaran dengan lebih baik selain
membimbing MBK ke arah hidup berdikari serta bermakna. Pengurusan 3PK negeri berada di
bawa seliaan Cawangan Latihan dan Khidmat Bantu (CLKB), Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan Malaysia. 

1. Melaksanakan program saringan kepada murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan


khas.
2. Melaksanakan ujian/penilaian dengan menggunakan peralatan khas/instrumen standard
bagi mengenal pasti masalah-masalah spesifik yang dihadapi oleh kanak-kanak dan
MBK.
3. Melaksanakan program intervensi/rehabilitasi bagi meminimakan impak ketidakupayaan
kanak-kanak dan MBK.
4. Melaksanakan program intervensi awal dari aspek domain-domain perkembangan bagi
kesediaan kanak-kanak ke alam persekolahan.
5. Menyediakan perkhidmatan konsultasi mengikut bidang khusus iaitu Peripatetik,
Audiologi, Patalogi Pertuturan Bahasa, Terapi Carakerja dan Psikologi bagi menyokong
pendidikan MBK secara menyeluruh.

Anda mungkin juga menyukai