Anda di halaman 1dari 9

FORUM SOALAN (1) Bincangkan manakah anda,menerapkan prinsip Falsafah Pendidikan Khas dalam bilik darjah.

Pada pendapat saya, Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan biasa yang meliputi semua aspek pendidikan.Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran ,berdikari ,berhaluan boleh merancang mengurus kehidupan sendiri ,boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.Falsafah Pendidikan Khas dibina berdasarkan 3 prinsip utama iaitu pendidikan menyeluruh bersepadu,pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna serta pendidikan sepanjang hayat. Saya dapat menerapakan prinsip Falasafah Pendidikan Khas dalam bilik darjah dengan merancang kaedah-kaedah khusus yang dapat memenuhi keperluan murid-murid.Sebagai seoarang guru,sekiranya saya merancang kaedah-kaedah khusus dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah ia dapat menyeluruh dan bersepadu serta selaras dengan perkembangan potensi murid-murid dari asperk JERI ( Jasmani,Emosi,Rohani dan Intelek). Selain itu, pengajaran dan pembelajaran yang terancang juga dapat memupuk murid-murid golongan khas dapat berdikari sekitar mereka.Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terancang dapat mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Khas yang ditetapkan baai golongan seperti ini. Namun ,seorang guru harus mengekalkan suasana kelas yang ceria dan mesra supaya mereka dapat berinteraksi dan berhubung dengan fleksibel.Pengajaran dan Pembelajaran yang diberi dapat menggembirakan serta bermakna sepanjang hayat.Contohnya,seorang guru perlu mempunyai atau mengenali maklumat seseorang murid dengan terperinci.Ini memudahkan guru dapat melayan murid-murid mengikut keperluan mereka.Guru juga perlu menyediakan aktiviti-aktiviti mengikut kategori dan kesesuaian murid supaya mereka dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan baik.

Keadaan Pengajaran dan Pembelajaran yang dijalankan secara kondusif dapat memudahkan murid-murid golongan khas menyesuaikan diri mereka serta dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan terperinci.Oleh itu, sebagai seorang guru haruslah memberi tumpuan yang khas kepada golongan murid khas supaya dapat melahirkan seorang modal insane yang dapat mencapai prinsip Falsafah Pendidikan Khas.

FORUM SOALAN ( 2 ) Bincangkan 5 ciri bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran.


Kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah kanak-kanak yang dapat menjejaskan komunikasi berpunca daripada individu yang mempunyai struktur yang cacat untuk menghasilkan pertuturan yang normal.Pendekatan pengajaran bahasa bagi murid-murid bermasalah pendengaran dapat dilakukan dengan menggunakan pwlbagai cirri bagi mereka dapat berkomunikasi dengan orang lain.Ciri-ciri bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah komunikasi seluruh,bahasa isyarat,ejaan jari ,pertuturan kiu dan bacaan bibir. Komunikasi seluruh ialah tatacara pemikiran yang boleh melibatkan orang lain dengan menggunakan alat komunikasi semasa berkomunikasi.Kaedah ini member kanak-kanak Khas dapat berkomunikasi dan secara langsungnya mereka dapat bertukar idea,pendapat,maklumat serta dapat mengeratkan hubungan untuk mancapai matlamatnya.Komunikasi juga boleh dilakukan dengan sekumpulan isyarat(signal) yang member petunjuk atau melambang sesuatu mesej.Ini memudahkan mereka dapat menyampaikan sesuatu maklumat secara terperinci. Bahasa Isyarat adalah satu cirri bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran.Bahasa Isyarat terbahagi kepada 3 jenis iaitu Isyarat Natif,Bahasa Isyarat Amerika(ASL) dan Komunikasi Menyeluruh Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM).Ia merupakan satu system komunikasi visual dan pergerakan tangan.Selain itu, cirri bahasa seterusnya ialah Ejaan Jari.Ejaan jari merupakan bahagian mustahak dalam komunikasi untuk mengeja nama khas dan perkataan yang tidak ada kod tangan.Murid menggunkan cirri ini untuk mudah bertutur dengan orang lain. Seterusnya,Pertuturan Kiu ialah bahasa pertuturan yang diiringi dengan kiu tangan.Setiap kiu tangan terdiri daripada suatu bentuk tangan yang diletakkan pada posisi tangan yang khas.Ia mempunyai 8 bentuk tangan yang digunakan untuk bertutur antara satu sama lain.Namun,Bacaan Bibir ialah kebolehan memahami apa yang dikata dengan bibir.Bacaan Bibir dikenali sebagai LIP READING.Dengan cirri ini murid-murid golongan khas dapat memahami sesuatu pertuturan dengan terperinci.

Ahkirnya,cirri AUDITORI VERBAL ialah suatu alat pendengaran yang digunakan untuk menekankan kemahiran mendengar saki baki pendengaran secara lebih berkesan.Kaedah ini digunakan untuk mengajar kanak-kanak mengikut dengan proses normal dan memberi manfaat kepada orang yang bermasalah pendengaran yang ringan.Oleh itu, ciri ciri bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran dapat bertutur dan berkomunikasi mudah serta dapat menyampaikan sesuatu maklumat dengan mudah.

FORUM SOALAN ( 3 ) Sebagai guru apakah peranan anda dalam meningkatkan pencapaian akademik kanak-kanak spastik?
Spastik adalah satu kecacatan yang disebabkan pada bahagian korteksmotor yang boleh mengakibatkan kehilangan kawalan terhadap otot-otot yang boleh dikawal.Keadaan ini akan menyebabkan pergerakan menjadi susah dan ketidakseimbangan yang menghalang pergerakan yang sempurna dan lancer.Dalam hal ini, guru berperanan dan juga perlu peka dengan keperluan murid-murid disesuaikan dengan tahap umur mereka.Selain itu,guru perlu menyediakan persekitaran yang bebas untuk bergerak secara bebas di dalam kelas.Iaitu, guru perlu menyediakan persekitaran bilik darjah mengikut keperluan murid bagi mencapai pembelajaran efektif. Apatah lagi,guru juga berperanan untuk menyediakan kemudahan yang mudah dicapai, selamat,mudah digunakan oleh kanak-kanak spastic.Guru perlu menyediakan petunjuk atau melabelkan bahagian-bahagian di dalam bilik darjah mahupun sekolah bagi memudahkan kanak-kanak bergerak serta mengikutinya dengan berdikari.Keadaan ini lebih efektif kepada kanak-kanak spastik untuk mengurus diri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain. Selain itu, dalam pengajaran dan pembelajaran guru perlu menyediakan pengajaran yang meningkatkan akses terutamanya dalam aktiviti atau tugas serta membuat perubahan cara penyamapain pengajaran.Jesteru itu,guru perlu menyediakan keperluan atau kemahiran murid-murid bagi memudahkan untuk mencapai pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pendidikan dalam persekitaran yang tidak terhad dapat menggalakkan mereka menggunakan pengalaman di sekolah supaya lebih berdikari tanpa mengharap bantuan orang lain.Namun,guru sentiasa menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap kanak-kanak spastik serta mengawasi mereka dengan baik.Akhir kata,guru perlu memainkan peranan penting pada kanak-kanak keistimewaan ini.

FORUM SOALAN ( 4 ) Pada pandangan anda,apakah pendekatan yang sesuai mengajar kanakkanak yang mengalami masalah pelbagai kecacatan Fizikal.

Pada pandangan saya, pendekatan yang sesuai mengajar kanak-kanak yang mengalami masalah pelbagai kecacatan fizikal ialah sebagai seorang guru ,kita perlu peka dengan keperluan kanak-kanak seperti ini agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan tahap kemampuan untuk belajar.Contohnya,saya mengajar kanak-kanak yang mempunyai Muscular Dystrophy.Kanak-kanak yang mengalami masalah ini adalah kesukaran menguasai kemahiran motor,menyebabkan mereka sukar untuk menulis.Bagi kanak-kanak ini akan menyediakan pembelajaran yang sesuai dan mudah efektif untuk mencapai pembelajaran.Misalnya,saya akan menggunakan teknologi yang sesuai dan alat tulis yang sesuai untuk pergerakan tangan mereka. Seterusnya,saya akan menggunakan penggunaan ICT bagi murid-murid seperti ini kerana ianya dapat membantu mereka terutamanya adalam masalah menggunakan jari.Contohnya,matapelajaran matematik dalam topic mengira mereka menghadapi masalah mengira dengan menggunakan jari.Sekiranya guru menggunkaan ICT pada bahagian ini maka mereka dapat mengatasi masalah mereka dan dapat mencapai konsep pelajaran. Selain itu, saya akan menangani masalah pendidikan yang berkaitan dengan keperluan mereka.Saya akan sentiasa berubah persekitaran dan suasana kitaran yang sesuai untuk mudah memenuhi keperluan mereka.Contohnya, saya akan menyediakan petunjuk di dalam kelas dan kawasan sekolah bagi memudahkan mereka dapat mengurus diri dengan berdikari.Kaedah ini menjadi lebih bermakna kepada kanak-kanak seperti ini bagi mengurus diri mereka dengan sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.

Jesteru itu, saya akan menyediakan penyediaan bilik darjah yang kondusif bagi memduahkan pergerakan kanak-kanak seperti ini.Saya juga menyediakan bilik darjah dalam keadaan ceria bagi member kanak-kanak dapat akses pengajaran dan pembelajaran dengan mudah.Kemudahan yang disediakan mudah digunakan di dalam kelas atau sekolah oleh kanak-kanak itu.Keadaan ini menjadi lebih bermakna pada mereka untuk mengurus diri mereka dengan gembira tanpa mengharap bantuan orang lain.

Peranan dan pendekatan seseorang guru amat penting bagi kanak-kanak golongan Khas untuk mencapai satu prinsip pembelajaran yang bermakna.

FORUM SOALAN ( 5 ) Bagaimanakah anada menangani kanak-kanak pintar cerdas yang cepat bosan?
Kanak-kanak Pintar Cerdas ialah kanak-kanak yang mempunyai satu kepintaran yang lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi,membentuk dan memilih keadaan yang menjurus kepada sesuatu maklumat.Bagi kanak-kanak pintar cerdas saya akan menangani masalah cepat bosan dengan menggunakan pelbagai kaedah yang mencabar dalam pengajaran dan pembelajaran.Saya akan menyediakan bahan-bahan kandungan pengajaran yang sesuai dan menyediakan aktiviti-aktiviti pelajaran yang aras kesukaran yang meningkat dan kompleks. Selain itu, kaedah pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan samaada di dalam atau di luar bilik darjah.Misalnya,aktiviti lawatan ,aktiviti yang merancang dapat menangani cepat bosan .Akitiviti diluar bilik darjah seperti mencarai harta kanun dan sebagainya dapat mencabar diri mereka untuk bertindak dengan lebih pantas tanpa mengganggu orang lain.Dengan kaedah ini kanak-kanak ini dapat menonjolkan bakat dirinya di kalangan rakannya. Apatah lagi, aktiviti-aktiviti sasaran bahasa yang mencabar juga sesuai bagi kanak-kanak ini .Mereka dapat melibatkan diri dan mengamalkan sikap kerap membaca dengan meluas serta dapat memiliki tatabahasa yang tinggi.Selain itu, guru perlu menyediakan latihan yang secukupnya agar dapat mengawal golongan daraipada menggangu rakan setelah siap kerja. Jesteru itu, kanak kanak juga boleh ditangani dengan member soalansoalan aras tinggi ( IQ TEST) yang mencabar .Kaedah ini sesuai pada diri mereka kerana mereka dapat berfikir dengan lebih mendalam serta mereka ini adalah golongan kanak-kanak yang mempunyai kepintaraan daipada murid-murid normal.Contoh aktiviti aras tinggi seperti SCORE A,TUTOR NET dan menyediakan pelbagai aktiviti yang menggunakan rangkaian internet juga menjadi akitviti mencabar pada diri mereka serta dapat mencegah diri daripada cepat bosan.

Namun,saya akan menggunakan kaedah lain itu mengeluarkan murid-murid daripada kelas untuk subjek-subjek spesifik.Murid-murid dapat diberi ransangan bahasa yang perlu dilakukan di luar bilik darjah bagi mengelakkan cepat bosan.Rancangan ini dapat membantu kanak-kanak mempelajari sesuatu kemahiran dengan cepat dan mudah berbanding dengan rakan sebaya. Oleh itu, guru-guru boleh menangani masalah ini dengan menggunakan pendekatan yang efektif pada diri muridnya bagai melahirkan satu generasi yang berkarlibel.

Anda mungkin juga menyukai