Anda di halaman 1dari 7

2

1.0 Pengenalan

Sukan merupakan satu aktiviti fizikal yang dilakukan oleh manusia dengan pelbagai tujuan

contohnya untuk kesihatan, pendidikan, pertandingan dan sebagainya. Kemahiran bersukan

adalah kemahiran tubuh badan manusia dalam meningkatkan daya kerja otot, kestabilan dan

fleksibiliti sehingga mencapai tahap yang tertentu bergantung kepada jenis sukan yang

dimainkan. Kemahiran ini juga boleh dikuasai dalam satu tempoh tertentu mengikut jenis sukan

tersebut berdasarkan tahap kesukarannya. Pada era globalisasi ini, perkembangan sukan di

negara Malaysia bergerak seiring dengan kemajuan dunia sehingga menjadikannya salah satu

sumber ekonomi terpenting negara. Selain itu, rakyat Malaysia pada zaman kini menjadikan

beberapa sukan sebagai suatu ikutan yang terkenal seperti aktiviti maraton, berbasikal dan

banyak lagi. Menurut Sabahriah Yusof1, Mohd Radzani Abdul Razak dan Erwan Ismail (2021)

“Penglibatan aktiviti fizikal yang sistematik dan secara berterusan memberikan banyak manfaat

ke atas kecergasan fizikal dan kesihatan” (ms. 38). Oleh itu, penglibatan yang aktif dalam sukan

telah banyak membawa manfaat kepada diri sendiri, masyarakat dan negara.

2.0 Faedah - faedah Bersukan dalam Kalangan Masyarakat di Malaysia

2.1 Dapat meningkatkan kesihatan diri

Dapat meningkatkan kesihatan diri juga adalah salah satu faedah bersukan dalam kalangan

masyarakat di Malaysia. Bersukan merupakan aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan

kesihatan tubuh badan manusia. Mempunyai kondisi tubuh badan dan otak yang cerdas dan

cergas membolehkan kita melakukan sebarang pekerjaan atau aktiviti dengan lebih berkesan

atau efektif tidak kira pekerjaan tersebut susah ataupun mudah. Tambahan pula, sukan juga

secara langsung dapat menjimatkan tenaga dan masa individu tersebut. Wan Rezawana Wan

Daud, Tajul Arifin Muhamad dan Melor Md Yunus menjelaskan bahawa:

Keterlibatan individu dalam aktiviti sukan merupakan satu sumbangan ke arah gaya

hidup yang sihat. Gaya hidup yang sihat ini adalah penentu kepada tahap kesihatan
3

individu. Kesihatan secara umumnya bukan sahaja diukur melalui pemakanan, malah

turut melibatkan keterlibatan individu dalam aktiviti sukan (41).

Peningkatan kesihatan tubuh badan ini juga berkait rapat dengan pengurangan tekanan atau

stress yang dialami oleh seseorang terutamanya masyarakat Malaysia masa kini iaitu memliki

pekerjaan yang berat dari aspek fizikal dan juga mental. Stress berlaku apabila seseorang

individu melakukan pekerjaan tanpa rehat yang cukup sehingga mengalami gejala kurang tidur

atau insomnia, pening atau migrain pemakanan harian tidak teratur dan sebagainya. keadaan ini

memberi kesan bukan sahaja kepada diri juga menjejaskan tempat bekerja terutamanya dari segi

suasana ruang kerja yang kondusif.

Oleh itu, masyarakat Malaysia digalakkan bersukan bertujuan untuk memberi rehat

yang cukup kepada otak bagi mencapai tahap mental dan fizikal yang stabil. Memiliki tubuh

badan yang sihat juga penting bagi menjalankan kehidupan seharian yang lancar. Selain itu, kita

juga dapat mengisi masa yang terluang bersama keluarga dan sahabat disamping dapat

membawa mereka bersama-sama menjalani kehidupan yang sihat sepanjang hari. Merujuk

kepada Arnida Anuar, Mohd Mahzan Awang dan Abdul Razaq Ahmad:

Hasil kajian menunjukkan bahawa aktiviti pasif seperti tidur tidak mempunyai

hubungan yang signifikan dengan kesejahteraan pelajar. Manakala bagi aktiviti

kekeluargaan, sukan dan rekreasi, ilmiah dan sosial berhubungan secara positif dan

signifikan dengan kesejahteraan pelajar dengan kekuatan hubungan pada tahap lemah.

Kesimpulannya, aktiviti yang dilakukan oleh pelajar pada masa senggang atau waktu

lapang mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesejahteraan hidup pelajar secara

menyeluruh (16).

2.2 Dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat

Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat juga adalah salah satu faedah

bersukan dalam kalangan masyarakat di negara kita. Malaysia telah menerapkan sukan sebagai
4

alat perpaduan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kumpulan etnik. Pola fikiran ini

terwujud kerana kebanyakan aktiviti sukan di Malaysia adalah berasaskan permainan

berkumpulan yang menerapkan ataupun mengasah nilai kerjasama dan komunikasi yang dapat

meningkatkan semangat perpaduan dan dapat mencegah sebarang isu berkaitan kaum di

Malaysia. Contohnya, sukan bola sepak, bola jaring, bola tampar atau tarik tali antara sukan

yang terkenal di negara kita.

Perpaduan antara pelbagai kaum dapat dipupuk melalui aktiviti sukan dan permainan.

Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa aktiviti sukan dan permainan dapat

mengeratkan hubungan di antara mereka. Oleh yang demikian, kita dapat mengetahui

bahawa aktiviti sukan dan permainan ini merupakan suatu elemen yang penting dalam

memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat (Hasnul Husna Hussien

& Mohd Syariefudin Abdullah, 2018).

Jelaslah bahawa amalan bersukan dapat memupuk nilai kekitaan atau perpaduan dalam

kalangan masyarakat Malaysia. Semangat yang lahir dalam kalangan masyarakat dapat

mengelakkan dan membanteras berlakunya perselisihan faham dan diskriminasi sama ada dari

aspek kaum, jantina, umur dan sebagainya yang menjadi isu hangat dipersoalkan di negara kita.

Oleh itu, masyarakat akan hidup aman dan harmoni serta kemakmuran negara terjamin jika

semangat perpaduan ini terus ditanam dalam jiwa setiap rakyat Malaysia dan lebih dibanggakan

lagi jika nilai ini mengalir hingga ke generasi seterunya.

2.3 Sukan sebagai kerjaya

Antara faedah-faedah bersukan dalam kalangan masyarakat di Malaysia adalah sukan juga dapat

dijadikan sebagai kerjaya. Bidang sukan telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk

meneruskan kerjaya mereka dalam industri sukan dengan diberikan ganjaran setimpal.

Tamsilnya, wakil negara Datuk Lee Chong Wei iaitu atlet badminton negara dan Datuk Nicol

David atlet squash negara adalah salah satu pemain Malaysia yang telah menduduki peringkat
5

dunia dan telah mencapai banyak kemenangan peringkat pertama adalah salah satu atlet negara

yang mendapat nilai gaji tertinggi di Malaysia sesuai pencapaian mereka.

Seterusnya, dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat dari segi ekonomi. Sukan

adalah tapak pencarian rezeki ataupun pendapatan bukan sahaja kepada para atlet tetapi juga

kepada beberapa golongan masyarakat di Malaysia. Contohnya, hasil daripada pembelian tiket

pertandingan bola sepak dan hasil penempahan hotel kepada pelancong. Asiah Mohd Pilus,

Rosli Saadan, Salleh Aman dan Mohd Nizam Nazarudin(2012) menjelaskan bahawa

“Keusahawanan dan pengurusan industri sukan adalah bidang penting yang menyediakan

pasaran pekerjaan serta berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara” (ms,

10).

2.4 Dapat membanteras gejala yang tidak sihat

Faedah bersukan dalam kalangan masyarakat juga adalah dapat membanteras gejala yang tidak

sihat. Contoh gejala tidak sihat adalah melepak, lumba harap dan dadah. Terdapat banyak gejala

yang tidak sihat di Malaysia dan lebih merunsingkan apabila gejala ini sering dikaitkan dengan

golongan remaja masa kini yang diharapkan menjadi model insan negara. Oleh itu, salah satu

langkah untuk membanteras isu yang serius ini adalah dengan memberikan pendedahan kepada

golongan remaja bahawa amalan bersukan untuk mengisi masa yang terluang lebih berfaedah

daripada mengisi masa rehat dengan perkara sia-sia.

Bersukan pada waktu senggang dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara

yang tidak berfaedah adalah cara terbaik untuk mengalihkan pandangan golongan remaja dalam

mendekatkan diri dengan gejala tidak sihat seperti amalan melepak, lumba haram, gejala sosial

dan lebih teruk adalah pengaruh dadah. Merujuk Syed Lamsah Syed Chear, Mohd Imran Mohd

dan Sareena Hanim Hamzah (2018), “Para pelajar menyedari bahawa aktiviti fizikal memberi

faedah iaitu mengawal berat badan (95.1%), meningkatkan keyakinan bagi penampilan di

khalayak (88.5%), pencegahan penyakit dan penjagaan kesihatan (98.3%)” (ms. 29).
6

Kesimpulan

Kesimpulannya, sukan baik untuk menjaga kesihatan diri daripada sebarang penyakit tidak kira

ianya penyakit ringan ataupun teruk. Memiliki tubuh badan yang cergas dan cerdas adalah

impian semua individu bukan hanya untuk mencapai kesihatan yang maksimal juga untuk

kepentingan kehidupan seharian yang memberi pengaruh yang kuat dalam menghasilkan

pekerjaan yang lebih efisien. Selain daripada memberikan manfaat dari segi kesihatan, terdapat

banyak lagi kebaikan sukan kepada semua orang yang mereka tidak sedari.

Kebaikan bersukan juga boleh dikelaskan kepada beberapa aspek iaitu dari aspek

ekonomi, perpaduan rakyat Malaysia dan masalah golongan remaja. Setiap aspek ini

memberikan kebaikan kepada diri individu, keluarga dan rakyat Malaysia. Jika kepentingan

bersukan ini tidak lagi diendahkan oleh rakyat Malaysia, sudah pasti masalah-masalah kesihatan

seperti obesiti, masalah ekonomi seperti pengangguran dalam bidang sukan, masalah

persepaduan kaum dan gejala tidak sihat akan meningkat lebih daripada yang kita jangkakan.

Oleh itu, kita haruslah bersukan untuk menjamin kesejahteraan negara kita Malaysia.
7

RUJUKAN

Arnida Anuar, Mohd Mahzan Awang & Abdul Razaq Ahmad (2021) Aktiviti Masa

Senggangkan Hubungannya dengan Kesejahteraan Hidup Pelajar Universiti. Journal of

Sosial Science Humanity, 1(1), 16. Diperoleh daripada file:///C:/Users/mohamad

%20nulhafizi/Downloads/45793-147600-1-SM.pdf

Asiah Mohd Pilus, Rosli Saadan, Salleh Aman & Mohd Nizam Nazarudin. (2012). Kesediaan

Atlit Universiti Terhadap Kerjaya Usahawan Industri Sukan. Journal Of Human

Capital Development, 5(2), 9-17. Diperoleh daripada

https://journal.utem.edu.my/index.php/jhcd/article/view/2303.

Hasnul Husna Hussein & Mohd Syariefudin Abdullah. (2018). Keberkesanan Rancangan

Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Dalam Memupuk Kesepaduan Sosial.

Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, 28, 33-49. Diperoleh daripada

http://mjs.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/12322.

Sabahriah Yusof, Mohd Radzani Abdul Razak, Erwan Ismail. (2021). Hubungan antara

Penglibatan Aktiviti Fizikal dengan Tahap Kecergasan Fizikal Semasa Pandemik

COVID-19 dalam kalangan Pelajar Kolej Profesional MARA. Jurnal Dunia

Pendidikan, 1(1), 38. Diperoleh daripada file:///C:/Users/mohamad

%20nulhafizi/Downloads/12554-1405-41579-1-10-20210225.pdf

Syed Lamsah bin Syed Chear, Mohd Imran bin Mohd & Sareena Hanim Hamzah. (2018).

Kepentingan Aktiviti Fizikal Dalam Membina Personaliti dan Meningkatkan Prestasi

Akademik. Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani, 7(1), 21-33. Diperoleh

daripada https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSSPJ/article/view/697.

Wan Rezawana Daud, Tajul Arifin Muhammad & Melor Md Yunus, (2020). Hubungan dan

Pengaruh personaliti Big Five kepadaa Sikap Terhadap Sukan dalam Kalangan Pelajar

Pintar Cerdas Akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia, 3(1), 41. Diperoleh daripada

file:///C:/Users/mohamad%20nulhafizi/Downloads/34309-129376-1-PB.pdf
8

Anda mungkin juga menyukai