Anda di halaman 1dari 1

KAEDAH INTERVENSI

Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal


lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang
bagi mengembangkan potensi diri mereka.
Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang
tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak
bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan
kolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani & Soon 2004).
Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak
berkeperluan khas antaranya ia dapat member pendekatan penambahan komunikasi.
Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada
bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur
disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi
yang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya.
Di Amerika syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara
agensi seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah,
latihan dan kaunseling ibu bapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi, program
kebudayaan dan kesenian, terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan.
Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah
laku akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya.
Oleh itu guru perlu bijak menyusun teknik dan strategi untuk membentuk tingkah laku
positif dari murid-murid berkeperluan khas ini.
Dari aspek bahasa pula, cadangan kaedah intervensi adalah dari
segi fonologi,langkah intervensi yang boleh diambil ialah dengan menjalankan terapi
pertuturan seperti meniup belon, meniup ke dalam air dengan menggunakan straw,
menjilat lolipop menggunakan lidah, menjilat ais krim serta pernafasan iaitu dengan
menahan nafas di dalam air. Teknik ini secara tidak langsung sebagai senaman untuk
menguatkan otot mulut.
Bagi morfologi pula, intervensi yang hendak dilakukan perlu mengambil kira
kecerdasan dan masalah tingkah laku. Tujuan utama adalah untuk membantu
perkembangan bahasa kanak-kanak yang lambat adalah dengan mengubahsuai
kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan alat bantu mengajar yang
pelbagai. Antara kaedah intervensi untuk morfologi adalah:

Anda mungkin juga menyukai