Anda di halaman 1dari 1

Sepertimana yang dinyatakan dalam FPN, matlamat pendidikan di Malaysia adalah

untuk melahirkan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pendidik untuk
memperkembangkan aspek-aspek tersebut melalui sistem persekolahan. Untuk menentukan
sejauh mana aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani diperkembangkan,satu sistem
penilaian yang sesuai perlu diwujudkan.
Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran dan ia bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja.
Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi
pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk
mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar.
Modul ini membincangkan perbezaan konsep antara pengukuran dan penilaian; peranan dan
fungsi pengujian dan penilaian; penilaian dan objektif pengajaran; pembinaan jadual penentuan
ujian; pemarkahan dan markat ; jenis penilaian; pembinaan item ; kesahan dan
kebolehpercayaan ujian; kaedah penilaian bahasa; dan alat atau instrumen penilaian bahasa.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini anda seharusnya dapat:
1.

membezakan konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran;

2.

mengenal pasti objektif pengujian dan penilaian;

3.

mengenal pasti peranan serta fungsi jenis penilaian;

4.

membina jadual penentuan ujian;

5.

mengenal pasti peraturan memberi markah;

6.

membentuk pelbagai jenis item yang sah dan boleh dipercayai;

7.

mengenal pasti kaedah penilaian bahasa dan cara melaksanakannya; dan

8.

mengenal pasti alat atau instrumen penilaian bahasa dan cara menggunakannya.

Anda mungkin juga menyukai