Anda di halaman 1dari 1

Guru novis juga dikenali sebagai guru baharu atau guru permulaan yang

dikategorikan daripada tahun pengajaran sekitar sejak bermula mengajar sehingga


tahun pertama. Guru ini biasanya baharu sahaja menamatkan pengajian dan kursus
ihtisas bidang perguruan seperti yang ditawarkan di universiti pendidikan atau di
institut pendidikan guru. Guru haruslah mempunyai kelayakan ihtisas dalam bidang
keguruan dan pendidikan supaya layak untuk mengajar pelajar atau individu lain.

Pada peringkat ini, guru baru memperoleh pengetahuan dan ilmu secara
akademik dan telah didedahkan dengan pelbagai kaedah dan teori pengajaran dan
pembelajaran. Guru mempunyai literasi keguruan yang tinggi dan mempunyai
potensi yang penuh serta bakat yang boleh diserlahkan dalam bidang pendidikan
dan

pengajaran.

Guru

perlu

mempunyai

daya

usaha

yang

tinggi

untuk

mengaplikasikan pengetahuan dan ilmu yang diperoleh untuk membolehkan guru


menyesuaikan diri untuk menghadapi situasi sebenar pengajaran dan pembelajaran
murid di sekolah. Guru novis harus berusaha membentuk suatu pandangan yang
lengkap dalam menghuraikan

konsep menjadi seorang guru dalam setiap

perbuatan, percakapan dan gaya hidup guru tersebut. Setelah didedahkan dengan
situasi di sekolah, guru permulaan berpeluang memperolehi kemahiran-kemahiran
hands-on pengajaran, mempelajari istilah-istilah baharu berkenaan profesion serta
berupaya menjana idea-idea dan daya usaha awal yang baharu dalam
melaksanakan tugas-tugas pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai