Anda di halaman 1dari 2

TAHUN PPKI DIBUKA : JANUARI 2011

SEJARAH PENUBUHAN PPKI :

SJKC Chong Kuang ditubuhkan pada tahun 1962. Lokasi sekolah ini hanya 5 km dari
Pejabat Pendidikan Daerah SPS. Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran
(PPKI) SJKC Chong Kuang bermula pada bulan Januari 2011. Penyelaras program adalah En.
Sarghuna Rao a/l Simaderey. Pn. Ko Yau Huang adalah Guru Besar pada masa itu.

Pada mulanya kelas PPKI ditempatkan di sebuah kelas prasekolah yang baru. Seramai 10
orang murid, 2 orang guru termasuk seorang penyelaras dan Pn Chang Siew Hon serta seorang
Pembantu Pengurusan Murid Pn. Siti Salmah binti Mat Said telah memulakan program ini.

Pada tahun 2012, kelas PPKI perlu dipindahkan ke bangunan lama prasekolah disebabkan
keperluan kelas yang sedia ada untuk menampung pertambahan murid prasekolah. Pada tahun 2012
murid bertambah menjadi 15 orang. Murid ditempatkan dalam 3 kelas mengikut keupayaan dan usia
mental mereka. Kebanyakkan murid terdiri daripada austistik dan hiperaktif. Seorang guru baru iaitu
Pn Lee Cheng Gim telah menjadi guru PPKI. Mulai tahun ini banyak aktiviti telah dirancang dan
dibuat setiap minggu untuk kepentingan kepada murid-murid Pendidikan Khas.

Pada tahun 2013 murid bertambah lagi menjadi 21 orang dan kebanyakkannya terdiri
daripada murid austistik, hyperaktif, slow learner dan sindrom down. Dua orang guru baru iaitu Pn
Leong Nyit Len dan Cik Siti Aishah Saidin telah lapor diri. Kini ada 5 orang guru dan kelas masih 3.
Kini keadaan kelas menjadi terlalu sempit kerana pertambahan murid dan 3 kelas ditempatkan dalam
satu kelas sahaja. Beberapa cadangan telah dibuat untuk mendapatkan bangunan baru bagi PPKI.

Pada tahun 2014 murid bertambah menjadi 23 dan guru 5 orang serta seorang PPM. Seorang
guru Pn. Leong Nyit Len bertukar semula ke prasekolah dan digantikan dengan Pn. Teoh Gaik Hiah.
Pada akhir 2014 satu bangunan baru telah dibina bersebelahan bilik komputer untuk menampung
murid-murid PPKI.

Pada tahun 2015, Pn Jamaah Kasim telah mengantikan En Sarghuna Rao sebagai penyelaras. Pada
tahun ini bilangan murid menjadi 15 orang dan 5 orang guru serta 2 orang PPM. Pn. Bangaunan baru
masih tidak digunakan kerana tiada partition .

Pada awal tahun 2016 partition dibina di kedua-dua bangunan PPKI. 3 bilik darjah dibina di
bangunan baru dan 3 kelas lagi dibangunan lama. Pada tahun ini bilangan murid menjadi 10 orang, 4
orang guru dan 2 orang PPM. Bilangan murid merosot kerana kebanyakkan murid telah berpindah ke
sekolah menengah dan ke sekolah yang berdekatan dengan mereka.

Pada tahun 2017 kerana kekurangan murid. Kelas jadi 2 kelas sahaja. Dalam masa yang sama
seorang guru bertukar ke sekolah lain termasuk seorang PPM.
Pada tahun 2018, bilangan murid bertambah secara mendadak sehingga 20 orang dan
menjadi 3 kelas semula. Bilangan guru dan PPM masih sama. Keadaan ini menyebabkan kesukaran
dalam menjaga tingkahlaku murid kerana kebanyakkannya adalah terdiri dari murid hyperaktif dan
austistik.

Pada tahun 2019, sesi persekolahan dimulakan dengan 24 orang murid serta 3 orang guru dan
seorang PPM. Pada 15/5/2019 En Sarghuna Rao Simaderey balik semula ke PPKI SJKC Chong
Kuang sebagai Penolong Kanandan beliau bertukar kembali ke Sk Sungai Bakap dan diganti dengan
En Zulkurnain Bin Razali dari Sk Alma. Kini PPKI terdiri dari 3 orang guru, Pn. Jamaah Kasim, Pn
Lee Cheng Gim dan Encik Tan Pin Hooi. Seorang PPM Pn Murni masih kekal disini. Guru Besar
pada masa ini ialah Cik Ooi Hooi Kiang.

Anda mungkin juga menyukai