Anda di halaman 1dari 4

REBRAL PALSY

CEREBRAL ialah OTAKPALSY bermaksud KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL


PERGERAKAN OTOT
Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakan pada kawasan motor
dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan
tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di
peringkat awal bayi dilahirkan ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.
Sebelum Kelahiran
1. Jangkitan dalam rahim
2. ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung
3. pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung
Semasa Proses Kelahiran
1. Kelahiran tidak cukup bulan
2. kecederaan semasa lahir
3. lemas semasa lahir
4. jangkitan semasa lahir
Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)
1. meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) demam kuning
2. Jaundis yang teruk (kemicterus)
3. Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.
Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina,
kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.
Punca-punca :
1. kekurangan bekalan oksigen (anoxia) punca utama.
2. perkembangan otak yang tidak normal.
3. rembesan (intraeraneal bleeding).
4. demam kuning.
5. terhentak / terhempas / kejutan.
6. serangan kuman / penyakit.
Tanda-tanda :
1. bayi kelihatan lembik
2. lewat perkembangan
3. menggunakan sebelah tangan (hand preference)
4. masalah menyusu
5. kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak
balas rangsangan
6. refleks primitive yabg kekal
7. sembelit
8. cepat marah
Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy
1. bagi kanak-kanak yang menghidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih
awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti
ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.
Umur
Tahap Perkembangan
0 10 bulan
1. kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanakkanak normal seperti meniarap, duduk mengesot dan sebagainya.

11 bulan
1. mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari
ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.
1 3 tahun
1. 1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.
2. Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku di samping berlakunya kekejangan
terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak
dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila dia menarik nafasnya dan
menangis, warna di mukanya kembali cerah semula.
8 tahun
1. Belum boleh bercakap
Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti :
1. rencatan akal (kurang kecerdasan)
2. kerencatan pertuturan
3. rencatan penglihatan
4. rencatan pendengaran
5. sawan (epilepsy)
6. kecacatan anggota
7. kecacatan gigi
8. masalah mengenai pernafasan
9. masalah mangenai pemakanan
10. masalah untuk buang air besar atau kecil.
Jenis-Jenis Cerebral Palsy
1) Spastic - Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah
kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut.
2)Athetoid.- Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary
movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka.
3) Ataxia - Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanakkanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan koordinasi otot,
bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu
berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu
mendapat keseimbangan postur tersebut.
1. Hypoytonik otot lembik.
2. Campuran sifat-sifat di atas.
Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy.
1. Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi,
sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun
mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara
beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke
Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin.
2. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga
untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi
mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok.
3. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist,
Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah.
4. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka
perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.
Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama. Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa
penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secara langsung melibatkan otak. Tiada
kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat. Terdapat tiga bentuk

utama kelumpuhan otak iaitu :


1. Spasticity
2. Athetosis
3. Ataxia
Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum
sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic.
Cortex atau Lapisan Luar Otak
Cortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan sensasi. Kanak-kanak
yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan
otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan
di bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya.Kerosakan
bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah
bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan.
Basal Ganglia
Bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Basal ganglia dan serebelum
membantu mengorganisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat teratur, harmoni
(bersantun) dan lebih ekonomikal. Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan
berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis. Ciri utama yang dihadapi olah athetosis
ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal
dalam tubuh manusia.
Serebelum
Serebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini berperanan mentadbir
fungsi tubuh manusia seperti koordinasi pergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum
dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf
tulang belakang.
Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian
serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang
badan.
Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daripada satu kategori asas
biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat.
Mengesan Kanak-kanak Spastik.
Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan :
a)Kesukaran sewaktu makan
Kanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah
makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta
menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk dikeluarkan
semula.
b)Masalah pernafasan
Kanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan
bising.
c)Masalah tidur.
Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering
menangis.
d)Masalah pertuturan.
Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleh memanggil ibu
bapanya ataupun mengeluarkan babbling sound. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang
dikatakan kepadanya.
e)Masalah pendengaran.
Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak
bertindak balas langsung terhadap bunyi.

f)Masalah penglihatan.
Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata
yang berterusan.
g)Reaksi yang tidak normal
Kanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanakkanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).
Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.
Kanak-kanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah
tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat
terhadap keadaan sekelilingnya.
Program Kanak-kanak Spastik dalam Kelas Pendidikan Khas.
Kelas khas ini diwujudkan sejak tahun 1992. Kelas ini meliputi pelbagai aspek yang bukan
berkaitan dengan pelajaran. Kelas ini dinamakan kelas kemahiran yang menempatkan pelajar
yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Kelas Pembangunan bagi pelajar berumur dua belas
tahun ke atas serta Kelas Pendidikan Khas untuk kanak-kanak berumur sembilan tahun ke atas.
Kanak-kanak dalam kedua-dua kelas Kemahiran dan Pembangunan diberikan latihan fizikal yang
berkesan, pembentukkan pemikiran dan kedua-duanya sekali. Mereka ini didedahkan kepada
komunikasi antara masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai