Anda di halaman 1dari 1

1.

1 TUJUAN
Program ini diadakan adalah bagi memenuhi sukatan pelajaran PKB 3112
(Pemulihan Dalam Komuniti). Melalui program ini guru pelatih akan mendekati
pelatih-pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti iaitu dengan menyelami masalahmasalah yang dihadapi oleh golongan yang kurang bernasib baik melalui
pemerhatian yang dijalankan ini. Melalui pemerhatian tersebut, guru dapat melihat
gambaran sebenar tentang pengurusan pelatih-pelatih tersebut dalam menjalani
kehidupan seharian mereka di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ini. Di samping itu,
ia memberi peluang kepada guru untuk mengenali dan membezakan pengurusan
aktiviti yang dijalanakan oleh Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dengan
Program Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di sekolah.

2.0 MATLAMAT
Di akhir lawatan program :
2.1 Untuk melahirkan guru Pendidikan Khas yang lebih berpengetahuan dan
berkemahiran dalam bidang yang diceburi.
2.2 Memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan pasukan dan organisasi
yang terlibat.
2.3 Memupuk rasa cinta kepada profesion perguruan amnya dan sebagai guru
Pendidikan Khas khususnya.
2.4 Mengeratkan hubungan antara guru dengan warga Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti.

Anda mungkin juga menyukai