Anda di halaman 1dari 2

.

0 IMPLIKASI
Implikasi cabaran yang dihadapi oleh guru akan meningkatkan lagi tahap
profesional guru tersebut. Tahap ini dapat ditingkatkan apabila guru mula mengutip
pengalaman semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Apabila pelbagai
pengalaman telah dilalui, maka pelbagai perubahan yang baru akan dapat dibuat
seiring dengan perubahan murid dan masa. Selaian itu, tahap profesioanalisme dapat
ditingkatkan apabila guru mula memikirkan cara untuk mendapatkan ilmu sama ada
menyambung pengajaran, menghadiri kursus, membaca dan sebagainya. Kemahirankemahiran baru juga akan dapat dikumpul melalui aktiviti yang dijalankan.
Selain itu, penyampaian pengajaran guru akan menjadi sesuatu yang menarik
dan pelbagai. Penyampaian yang menarik sangat diperlukan supaya murid tidak
merasa bosan sekaligus tidak ingin hadir ke sekolah. Untuk menjadikan pengajaran
sesuatu yang menarik, guru mestilah menyediakan perancangan pengajaran terlebih
dahulu sebelum menyampaikannya. Bukan sahaja perancangan pengajaran malah
bahan bantu mengajar juga akan disediakan bagi menjadikan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran akan berkesan dan menarik.
Etika guru akan terjaga dengan baik apabila menjadi guru pendidikan khas.
Disebabkan guru memerlukan sikap sabar, penyayang, jujur serta bertanggungjawab
maka, keperibadian guru akan meningkatkan ke tahap yang lebih baik. Selain daripada
itu, percakapan yang lembut dan sifat memujuk mampu menjadikan seorang guru
pendidikan khas sebagai guru yang baik dan menjaga tingkahlaku.
Walaubagaimanapun anak-anak murid yang diterima, hubungan guru dengan
ibu bapa akan terjaga dengan baik. Ini adalah kerana interaksi dua hala yang dijalinkan
mampu membina hubungan yang mesra. Dapat dilihat bahawa guru dan ibu bapa akan
sentiasa berhubungan antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat dan juga
membuat perbincangan tentang sesuatu perkara.
Pembentukan tingkahlaku positif dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial
dapat dipupuk. Apabila nilai-nilai murni sering diterapkan dalam diri murid, maka
mereka akan mengaplikasikannya dengan orang persekitaran. Murid juga akan belajar
melalui tingkahlaku dan cara guru mengajar dan mendidik mereka. Ini disebabkan oleh
salah satu dari pembelajaran murid adalah melalui pemerhatian dan peniruan.
4.0 CADANGAN
Cadangan pertama untuk guru menghadapi murid-murid ini ialah guru
seharusnya memperkasa emosi dalam membentuk sikap pelajar. (Abdul Ghani
Abdullah & Abd. Rahman Abd. Aziz, 2009). Kamus Dewan edisi ke-4 mentakrifkan
emosi sebagai perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih dan marah. Oleh itu, emosi
adalah ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan yang berpunca daripada
psikologi, tingkahlaku dan naluri manusia. Guru haruslah mempunyai kesedaran kendiri
yang tinggi untuk menangani ketidakstabilan emosi yang berpunca daripada tekanan
dengan positif. Tanpa kesedaran kendiri, individu itu tidak mampu untuk membina
makna hasil tindakan dan reaksinya pada persekitaran. Disebabkan itu, guru

memerlukan dorongan diri ataupun motivasi yang tinggi dalam kawalan kecenderungan
emosi yang dapat memandu ataupun memudahkan pencapaian matlamat dan kejayaan
orang lain.

Anda mungkin juga menyukai