Anda di halaman 1dari 2

ISLEKSIA

Definisi
Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil
gabuangan dua perkataan Greek iaitu Dys yang
bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud
perkataan atau dengan kata lain, kesukaran
menggunakan perkataan. Istilah buta huruf juga
digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor
Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang
pakar perubatan dan ophalomotologist telah
memperkenalkan perkataan Disleksia
(Hammond dan Hugges, 1996:3)
Disleksia ialah satu Disorder dalam kanakkanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak
memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis
dan ejaan yang setaraf intelek (World
Federation Of Neurology, 1968)
Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain
yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya
ialah;
Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia
yang bermasalah dalam pengiraan ataupun
matematik
Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis
yang bermasalah dalam bahasa
Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis
yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-matatangan
APA ITU DISLEKSIA
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu

kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis,


mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran
yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.
Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit
dan ia tidak memerlukan ubat untuk
mengubatinya, sebaliknya dengan program
pendidikan yang sesuai masalah ini dapat
dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan
kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi
seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu
dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia
menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak,
selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus
berkembang dalam diri seseorang dengan cara
yang berlainan.
SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar
belakang tanpa mengira umur, jantina atau
bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan
daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.
(Pengenalan Ke Dyslexia)

Anda mungkin juga menyukai