Anda di halaman 1dari 4

Sumber dari http://istimewapendidikankhas.blogspot.my/2009/12/apa-itu-pendidikan-khas.

html

Pendidikan Khas ialah suatu program pengajaran yang direka bentuk berpandukan ciri-ciri

individu untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas. Matlamat paling penting dalam

pendidikan khas ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas.

Pengajarannya yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan

dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak

disediakan dalam kurikulum biasa atau perkhidmatan sekolah biasa.

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi

keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas ( Hallahan &Kaufman 2000)

Mengikut Heward (2000) pula pendidikan khas boleh diterangkan dalam pelbagai perspektif.

Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus

atau mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif dalam

sekolah atau masyarakat. Oleh itu Pendidikan Khas secara umumnya didefinisikan sebagai kaedah-

kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai

kecacatan / kurang upaya. Ia merupakan satu program pendidikan yang ditujukan kepada golongan

kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya yang tidak mengalami pertumbuhan

dan perkembangan yang normal.

SIAPAKAH KANAK-KANAK KHAS?

Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak yang sederhana ataupun biasa ( 1) dalam ciri-ciri

mental ( 2) keupayaan deria ( 3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal ( 4) dalam tingkah laku social-

emosi ( 5) dalam keupayaan komunikasi atau ( 6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia

memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas supaya ia

boleh berkembang sehingga kemampuan maksima.

VISI PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah

kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


MISI PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan

mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada

masyarakat dan negara.


PERISTIWA PENTING YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS

1)DEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT ( 1948) meliputi hak bagi setiap individu

mendapat pendidikan yang menekankan ‘ keperluan –keperluan pembelajaran untuk orang kurang

upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan

akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu

dalam sistem pendidikan.

2)Pada tahun 1959 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB) telah mengisytiharkan HAK

KANAK-KANAK SEDUNIA dimana mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan

mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi kanak-kanak normal.

3)AKTA PELAJARAN 1961 dalam bahagian 1 ( tafsiran)- dinyatakan bahawa sekolah khas bermakna

sekolah yang menyediakan layanan yang khas untuk kanak-kanak kurang upaya.

4)LAPORAN JAWATANKUASA KABINET ( 1978)- mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran melalui

PERAKUAN 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan

yang jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Di mana tanggungjawab kementerian

tertentu adalah sebagaimana berikut:


 Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak yang bermasalah

penglihatan, pendengaran, pembelajaran( terencat akal ) yang boleh didik.


 Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang

upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastic.
 Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti diperingkat awal dan menyaring

kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan yang berisiko

Selain daripada itu dalam Laporan jawatankuasa Kabinet tersebut juga Akta Pelajaran 1961 telah

disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.

SIAPAKAH KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


Kanak-kanak lazimnya setelah melalui suatu program pendidikan, jurang perbezaan penguasaan
mereka dapat dikurangkan. Namun terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak di mana cirri-ciri mental,
fizikal atau emosi mereka yang berbeza daripada norma sehingga mereka memerlukan program
pendidikan yang khusus iaitu Pendidikan Khas. Ini termasuklah juga kanak-kanak yang mempunyai
kebolehan yang jauh tinggi dari norma umur mereka. Kumpulan pelajar ini merupakan kanak-kanak
berkeperluan khas.

SIAPAKAH KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


Kanak-kanak lazimnya setelah melalui suatu program pendidikan, jurang perbezaan penguasaan
mereka dapat dikurangkan. Namun terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak di mana cirri-ciri mental,
fizikal atau emosi mereka yang berbeza daripada norma sehingga mereka memerlukan program
pendidikan yang khusus iaitu Pendidikan Khas. Ini termasuklah juga kanak-kanak yang mempunyai
kebolehan yang jauh tinggi dari norma umur mereka. Kumpulan pelajar ini merupakan kanak-kanak
berkeperluan khas.

JENIS-JENIS MASALAH MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS


Kerencatan akal

Masalah Penglihatan

Masalah Pendengaran

Masalah tingkah laku/emosi

Masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

Palsi Serebral

Masalah pembelajaran spesifik

Masalah komunikasi dan bahasa

Masalah Autisme

Masalah pintar cerdas

PELAKSANAAN PENDIDIKAN KHAS

PENYAMPAIAN
Penyampaian pembelajaran dengan menggunakan kaedah tertentu. Contohnya penggunaan bahasa
isyarat.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Strategi pengajaran yang khusus yang sesuai dengan jenis ketidakupayaan murid.

PERALATAN
Alat yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran bagi kanak-kanak pekak
dan mesin Brailler bagimereka yang buta.

BILANGAN PELAJAR DALAM KELAS


Bilangan pelajar dalam kelas Pendidikan Khas di Malaysia ialah 5-10 orang murid dan jumlah ini
dalam proses penambahbaikan sehingga menjadi nisbah guru-murid 1:1 pada masa akan datang.
GURU PENDIDIKAN KHAS TERLATIH
Guru-guru dilatih khas untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas seperti masalah
pembelajaran, masalah penglihatan dan masalah pendengaran.
PENGUBAHSUAIAN KURIKULUM
Kandungan kurikulum diubahsuai dengan mengambil kira jenis keupayaan murid.

AKTIVITI KOKURIKULUM
Diubahsuai dengan jenis murid berkeperluan khas

Anda mungkin juga menyukai