Anda di halaman 1dari 3

DISLEKSIA

Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan


Yunani iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud
perkataan.

Dengan kata lain, disleksia membawa maksud kesukaran

menggunakan perkataan. Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategori


ini. Perkataan dislekia telah diperkenalkan oleh seorang professor, yang
juga merupkan seorang pakar perubatan dan ahli ophthalmologi, dari Berlin
pada tahun 1887. (Hammond dan Hugges, 1996 dalam SpeEd, 2007)
Menurut World Federation Of Neurology (1968), disleksia ialah satu
gangguan dalam kanak-kanak yang telah menerima pendidikan biasa namun
tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang
setaraf umurnya. (SpeEd, 2007)
Selain disleksia, terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan
dengan disleksia. Antaranya ialah diskalkulia, disgrafia dan diapraksia.
Diskalkulia terjadi apabila kanak-kanak bermasalah dalam pengiraan ataupun
matematik.

Manakala disgrafia berlaku apabila kanak-kanak bahasa dan

dispraksia terjadi apabila kanak-kanak bermasalah dalam koordinasi motormata-tangan.


Menurut Sariah Amirin (2000) kanak-kanak disleksia membingungkan.
Mereka dilihat cerdik dan berkemampuan, segar dan berminat, mempunyai
kemahiran lisan yang baik
tetapi kemahiran membaca dan menulis mereka lemah daripada yang
dijangkakan. Biasanya kanak-kanak ini akan dianggap tidak menumpukan
perhatian, malas atau cuai.
2.1
Definisi Disleksia
Disleksia membawa maksud yang berbeza bagi setiap orang. Terdapat
penulis atau pengkaji yang mendefinisikan disleksia dari segi semua aspek
bahasa, iaitu dari segi pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan.
Terdapat juga yang memberi maksud disleksia dari segi pembacaan sahaja.
Kebayakkan

penulis

dan

pengkaji

menakrif

disleksia

dari

segi

pembacaan. Orton (1937) mendefinisikan disleksia sebagai satu keadaan di


mana pembacaan kanak-kanak tidak sama seperti kanak-kanak yang lain,
iaitu kanak-kanak tersebut membaca lebih lambat daripada kanak-kanak
yang sebaya dengannya. Cara pembacaan kanak-kanak disleksia termasuk
pembacaan terbalik dan juga keliru antara perkataan-perkataan yang biasa.

Beliau memberi contoh perkataan saw akan dibaca sebagai was.


Disebabkan

kanak-kanak

disleksia

sering

membaca

terbalik,

beliau

mencadang perkataan strephosymbolia yang membawa maksud simbol


terbalik. (Goldberg et al., 1983) Hien dan Lundberg (1989) juga memberi
maksud yang hampir sama, iaitu disleksia merupakan kekurangan fonologik
khusus yang dicirikan dengan kelambatan yang luar biasa dalam penukaran
ortografi bahasa tulisan kepada fonologi yang setara. (Hugdahl & Heiervang,
2003)

Ortografi melibatkan satu sistem yang mengaitkan bunyi dengan

simbol-simbol penulisan. Ia merupakan kajian bahasa yang melibatkan hurufhuruf dan ejaan. (Merriam-webster, 2008) Harm dan Seidenberg (1999) juga
mengaitkan disleksia dengan pembacaan.

Mereka menyatakan bahawa

disleksia merupakan kegagalan untuk memperoleh kemahiran-kemahiran


membaca yang setaraf umur kanak-kanak walaupun terdapat peluangpeluang pembelajaran. Menurut mereka, definisi ini mencadangkan bahawa
disleksia adalah jelas apabila pembacaan dan ejaan tidak berkembang
dengan sepenuhnya atau berkembang dengan susah. (Breznitz et al., 2003)
Menurut Cspe (2003) disleksia, yang juga dikenali sebagai reading
disorder (RD), merupakan kecacatan khusus dalam kemahiran membaca.
Menurut beliau lagi, kebanyakkan kes disleksia mempunyai kesan yang
berpanjangan sepanjang hidup seseorang individu. Pakar psikiatrik kanakkanak, Dr. Tjhin Wiguna juga menyatakan bahawa disleksia merupakan salah
satu jenis kesulitan pembelajaran spesifik yang juga disebut sebagai kesulitan
membaca. (Kompas CyberMedia, 2004)
Namun begitu, terdapat juga penulis dan pengkaji yang mendefinisikan
disleksia dari sudut semua kemahiran bahasa, iaitu dari segi pendengaran,
pertuturan, pembacaan dan penulisan.

Tetapi jarang pendengaran akan

termasuk dalam definisi disleksia. Namun, menurut Goldberg et al. (1983)


disleksia merupakan satu gangguan dalam satu atau lebih proses psikologi
asas yang melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa; sama ada
pertuturan atau penulisan; dan juga ketidakupayaan untuk mendengar,
berfikir, bercakap, menulis, mengeja atau pengiraan.

Kanak-kanak yang

mempunyai gangguan pembelajaran ini mungkin mempunyai perbezaan


antara pencapaiannya dan kebolehan mental dari segi bercakap, mendengar,
menulis, kemahiran asas membaca, pemahaman, pengiraan matematik dan
penaakulan matematik.
pembelajaran

iaitu

Selain itu, disleksia juga adalah satu masalah

kesukaran

mengenal

huruf,

membaca,

menulis,

mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang


budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan

ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program


pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan
disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang
disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. (SpeEd, 2007)
Pada

kebiasaanya,

disleksia

tidak

akan

termasuk

masalah

pendengaran. Biasanya, selain pembacaan, ejaan dan penulisan juga yang


termasuk

dalam

definisi

disleksia. Seperto

definisi

disleksia

menurut

Critchley (1970), disleksia adalah kesulitan untuk membaca, menulis, dan


mengeja, tanpa gangguan sensori perifer. Tanpa gangguan sensori perifer
bermaksud kanak-kanak disleksia tidak mempunyai kekurangan pendengaran
atau penglihatan, kognitif yang rendah, masalah emosi atau kurang
bermotivasi.

(Kompas

CyberMedia,

2004)

Thomson

(1990)

juga

mendefinisikan disleksia sebagai masalah perkataan yang tidak terhad


kepada pembacaan sahaja tetapi merangkumi masalah ejaan, menulis dan
aspek bahasa yang lain. Menurut Pierangelo (1996) disleksia merupakan
kesukaran

menggunakan

perkataan.

Beliau

juga

menyatakan

bahawa

disleksia ialah golongan yang sukar dalam mengenal huruf, membaca,


menulis mengeja dan memahami teks bacaan. Ia merupakan ketidakupayaan
atau masalah pembelajaran yang khusus dan teruk. (Sri Cempaka, 2007)
Word Federation of Neurology (1998) pula menyatakan bahawa disleksia ialah
satu disorder dalam kanak-kanak yang telah menerima pendidikan biasa,
tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan dan ejaan yang setaraf intelek.
Walaubagaimana pun, terdapat juga kenyataan bahawa kanak-kanak
disleksia mempunyai kemahiran dan bakat-bakat lain disebalik malasah
pembelajaran mereka tersebut.

Sariah Amirin (2000) memberi maksud

disleksia sebagai kesukaran pembelajaran yang spesifik yang disebabkan oleh


kelewatan

perkembangan

menyeluruh.

Kanak-kanak

disleksia

susah

menguasai kemahiran membaca dan menulis, tetapi merek memiliki bakat,


kepintaran, atau kecerdasan yang lain. Hal ini disebabkan oleh perbezaan
dalam cara otak memproses maklumat, terutama sekali berkenaan dengan
bunyi, simbol dan makna. Untung S. Drazat (2006) menyatakan bahawa
disleksia adalah sejenis kesulitan pembelajaran yang ditanda dengan
kesulitan membaca. Beberapa kanak-kanak yang mengalami disleksia juga
berkemungkinan

mengalami

kesulitan

kesulitan berbicara atau berhitung.

menulis,

dan

kadang-kala

juga

Beliau menyambung bahawa ramai

kanak-kanak disleksia mempunyai potensi untuk berprestasi yang amat luar


biasa dan mempunyai kecekapan mental yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai