Anda di halaman 1dari 5

1

MINI PROPOSAL
KAJIAN TINDAKAN





NAMA : SYAZANA BINTI ABDUL RAZAK
NO I/C : 890519-02-5480
SEKOLAH : SK NYIOR CHABANG 07000 LANGKAWI, KEDAH







2

MINI PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

1.0 Tajuk kajian :

Meningkatkan ketepatan kemahiran menjaring bola hoki di
bawah tajuk menjaring dalam mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dalam kalangan responden tahun 3 Bijak
menggunakan kaedah permainan sasaran (Target Games).


2.0 Dikemukakan oleh :


Nama Guru : Syazana binti Abdul Razak
Sekolah : SK Nyior Chabang 07000 Langkawi, Kedah


3.0 Latar Belakang
Kajian :

Secara umumnya kemahiran murid dalam menjaring bola
ke arah jaring atau sasaran berada pada tahap sederhana
rendah. Ini kerana murid ini tidak pernah didedahkan
dengan permainan khususnya permainan hoki.
Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan,
didapati murid lemah dari segi menjaring bola ke arah
jaring. Oleh itu, satu kajian tindakan dirasakan perlu
dilaksanakan bagi mengenal pasti punca masalah dan
seterusnya mengatasinya.


4.0 Pernyataan Masalah:

Masalah yang dikaji ialah ketepatan murid dalam menjaring
bola hoki ke arah sasaran agak lemah. Masalah ini
berpunca daripada :
i. Murid tidak didedahkan dengan permainan
khususnya permainan hoki.
ii. Teknik perlakuan yang tidak betul.
iii. Tidak ada permainan kecil yang boleh
mendorong murid berasa seronok untuk bermain.
Jika masalah ini dapat diatasi, maka :
i. Murid dapat menguasai kemahiran menjaring
bola hoki.
3

ii. Murid lebih seronok mengikuti P&P.
iii. Teknik perlakuan murid dapat dipertingkatkan.


5.0 Objektif Kajian :

Objektif Umum
Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan ketepatan
kemahiran menjaring bola hoki dalam kalangan responden
Tahun 3 Bijak dengan menggunakan kaedah Target
Games.
Objektif Khusus
i. Meningkatkan ketepatan menjaring bola dalam
kemahiran asas menjaring menggunakan kaedah
TGFU (Target Games).
ii. Memantapkan teknik responden dalam melakukan
kemahiran menjaring bola dalam permainan hoki.


6.0 Kumpulan Sasaran :

Tahun : 3 Bijak
Bilangan pelajar : 25 orang ( L = 12, P = 13 )


7.0 Prosedur Kajian :
7.1 Tinjauan Awal :

1.Ujian pra yang menggunakan instrumen yang telah
digariskan oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Program Mengenal
Pasti Bakat Sukan (TID) melalui Bateri Ujian Hoki.


7.2 Merancang
Tindakan :

Tindakan yang dirancang ialah melaksanakan permainan
sasaran (Target Games) sebagai rawatan kepada
responden. Antaranya ialah :
i. Bowling Hoki
ii. Tolak sampai kena
iii. Permainan hoki mini
Bahan yang diperlukan : botol, kayu hoki plastik, bola hoki,
4

field marker
Instrument yang disediakan : borang markah


7.3 Melaksanakan
Tindakan :

Tindakan intervensi ini dilaksanakan dengan cara :
i. Murid akan menjalani ujian pra terlebih dahulu
untuk mengesan masalah yang berlaku sebelum
diberi kaedah rawatan.
ii. Setiap kali waktu mata pelajaran PJ, semua
murid akan diberi kaedah rawatan iaitu pelbagai
permainan sasaran (Target Games) selama 4
minggu.
iii. Selepas melakukan rawatan menggunakan
kaedah Target Games, pengkaji akan
melakukan ujian pos untuk melihat sama ada
terdapat peningkatan yang berlaku dalam
kalangan murid dalam ketepatan melakukan
kemahiran menjaring bola hoki ke arah sasaran.


7.4 Menilai Tindakan

Penilaian keberkesanan tindakan akan dibuat dengan
menjalankan ujian pos, menggunakan ujian yang sama
seperti ujian pra iaitu instrumen yang telah digariskan oleh
Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam Program Mengenal Pasti Bakat
Sukan (TID) melalui Bateri Ujian Hoki. Rekod penguasaan
ujian pos akan dibandingkan dengan rekod tinjauan awal.


7.5 Refleksi Kajian :

Refleksi keberkesanan tindakan adalah berdasarkan :
i. Pemerhatian sikap murid semasa P&P.
ii. Keupayaan murid melakukan kemahiran
menjaring bola hoki.
iii. Penguasaan murid dalam kemahiran menjaring
selepas diberikan rawatan.
5

iv. Kepuasan guru dalam kitaran pertama kajian ini.

8.0 Jadual Pelaksanaan
Kajian :
Bil Butiran MINGGU
1 2 3 4 5 6 7 8
1 Refleksi X
2 Tinjauan awal X
3 Menentukan fokus kajian X
4 Merancang tindakan X
5 Melaksanakan tindakan X X X X
6 Memerhati dan menilai X X X X
7 Mereflek keberkesanan
tindakan
X
8 Menulis laporan X

Anda mungkin juga menyukai