Anda di halaman 1dari 2

LANGKAH MENCEGAH OBESITI

4.3.1 Pengambilan makanan yang seimbang dan diet


Mengikut piramid makanan, kita dicadangkan untuk makan mengikut
keperluan kita. Makanan yang berada pada aras rendah seperti bijirin
harus diambil dalam bilangan yang banyak tetapi mengikut juga
keperluan kita. Lemak, minyak, garam dan gula tergolong dalam
makanan aras tertinggi dalam piramid makanan. Oleh itu, kita harus
kurang mengambil makanan yang tertakluk dalam kategori ini seperti
KFC, Pizza Hut dan Mc Donald. Makanan yang banyak mengandungi
serat, vitamin dan zat besi amat membantu dalam proses
pencernaan makanan dalam tubuh badan kita.

4.3.2 Elakkan pengambilan makanan ringan dan segera


Penjajahan Barat terhadap negara kita pada masa lampau bukan
sahaja mengongkong politik dan ekonomi negara kita supaya selaras
dengan mereka malah juga melibatkan budaya kita termasuklah
budaya pemakanan kita. Penjajah Barat menjadikan negara kita
sebagai tempat lambakan barangan negara mereka. Makanan ringan
dan makanan segera merupakan salah satu produk mereka.
Makanan dan minuman jenis ini mengandungi bahan-bahan yang
sudah diproses dan kehilangan keasliannya. Makanan dan minuman
jenis ini biasanya mengandungi kandungan gula dan lemak yang
tinggi serta pewarna dan perasa tiruan sehingga dapat menjejaskan
sistem pembesaran dan penghadaman badan dan seterusnya
mendatangkan masalah obesiti. Oleh itu, kita harus mengelakan
daripada mengambil makanan segera atau makanan ringan supaya
masalah obesiti dapat dikawal atau dikurangkan.

4.3.3 Aktiviti kecergasan fizikal


Kita dicadangkan untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya
seminggu 3 hingga 6 kali dan setiap kali dalam tempoh 20 hingga 30

minit bergantung kepada senaman yang dilakukan. Aktiviti yang


berlaku harus mula dari peringkat sederhana hingga ke peringkat
lasak. Selain daripada senaman, aktiviti seharian juga terkandung
dalam aktiviti kecergasan fizikal. Aktiviti seharian yang mudah seperti
naik turun tangga, berjalan dan buat kerja rumah juga terkandung
dalam aktiviti kecergasan fizikal. Lama-kelamaan, kesan dapat dilihat
dengan penurunan berat badan. Oleh itu, kita tidak harus malas
melakukan aktiviti kecergasan fizikal kerana satu tindakan yang
mudah mendatangkan kesan yang besar. Orang yang menghadapi
masalah obesiti amat digalakkan menurun berat badan dengan cara
ini kerana cara ini adalah paling sihat dan selamat.

Anda mungkin juga menyukai