Anda di halaman 1dari 28

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

100

UNIT 7

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. 2. 3. 4. Menghuraikan dengan jelas konsep-konsep asas dalam pergerakan gimnastik. Mengenal pasti pola-pola pergerakan gimnastik. Membezakan jenis-jenis gimnastik Membina dan merancang aktiviti yang bersesuaian dengan pergerakan gimnastik

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

101

PENGENALAN

Pernahkah anda dengar tentang gimnastik?

imnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Gimnastik merupakan salah satu sukan yang terdapat di

Malaysia. Sejarah perkembangan awal sukan tersebut menunjukkan bahawa gimnastik pada mulanya berfungsi sebagai alat kecergasan badan dan akhirnya berkembang sehingga dipersembahkan pada masyarakat umum. Gimnastik dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu termasuklah gimnastik artistik, irama, trampolin, paparan/umum, aerobik dan akrobatik. Bagi menguasai setiap gimnastik, konsep asas gimnastik perlu dikuasai terlebih dahulu iaitu konsep imbangan, konsep kelenturan dan konsep koordinasi. Menerusi perkembangan sukan gimnastik yang semakin mendapat perhatian masyarakat dunia, pengaplikasiannya dalam bilik darjah merupakan langkah yang baik bagi mengasah bakat setiap individu pada peringkat awal khususnya pada kanak-kanak prasekolah.

KONSEP ASAS DALAM GIMNASTIK

Apakah konsep asas dalam pergerakan gimnastik ini?

imnastik pendidikan merupakan salah satu pendekatan dalam pendidikan di Malaysia. Pendidikan ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam pergerakan. Oleh yang demikian, beberapa konsep asas diterjemahkan dalam gimnastik pendidikan iaitu

koordinasi, kelenturan, dan imbangan. Ketiga-tiga konsep asas tersebut merupakan langkah awal untuk penilaian terhadap seseorang individu yang ingin melibatkan diri dalam sukan gimnastik.

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

102

Konsep Imbangan

mbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang samarata dikedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri-ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Imbangan juga boleh difahami sebagai kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika

dia berada dalam keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti. Contoh-contoh imbangan ialah seperti aksi-aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncar serta meluncur yang merupakan antara lakuan memindahkan beban yang lazim. Contoh lain ialah berjalan sambil menjengket di atas garisan lurus dan juga berjalan di atas bangku gimnastik.

Konsep Kelenturan

elenturan ialah keupayaan meregang otot beserta kebebasan seni bergerak dengan sepenuhnya. Contohnya membengkok badan ke hadapan. Menurut Safrit dan Wood (1995), kelenturan boleh didefinasikan sebagai julat pergerakan sesuatu sendi, iaitu pergerakan dari

fleksi ke eskstensi ataupun ekstensi fleksi. Fleksi adalah pergerakan menekuk atau membengkok. Eksetensi pula adalah pergerakan meluruskan. Contoh bagi teori ini ialah gerakan ayunan lutut pada kegiatan gerak jalan. Gerakan ayunan ke depan merupakan fleksi atau ayunan ke belakang disebut (retro) fleksi /ekstensi. Ayunan ke belakang yang lebih lanjut disebut hiperekstensi. Manakala menurut Johnson dan Nelson (1986), kebolehan anggota sendi bergerak melalui julat pergerakan tanpa tekanan yang berlebihan pada bahagian artikulasi dan penyambung otot.

Konsep Koordinasi

onsep koordinasi dapat dilihat melalui pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki dan badan. Koordinasi menyelaraskan sistem-sistem dan organ serta penting supaya setiap anggots badan dapat berfungsi secara bersepadu. Contoh aktivitinya ialah

melambung dan menyambut apabila besar atau pundi kacang yang memerlukan keselarasan mata, tangan,

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

103

kaki dan badan untuk melambung dan menyambut bola tersebut. Koordinasi badan terdiri daripada koordinasi kimia dan koordinasi saraf. Koordinasi kimia ialah bergandingan dengan koordinasi saraf serta dikawal oleh hormon dan kelenjar endokrin. Hormon ialah bahan kimia dalam badan yang mengawal aktiviti badan dan dihasilkan oleh bahagian badan yang disebut sebagai kelenjar endokrin. Kelenjar endokrin digelar kelenjar tanpa dktus kerana ia membebaskan hormone terus ke dalam aliran darah kita. Terdiri daripada enam jenis kelenjar endokrin utama iaitu pituatri, tiroid, adrenal, pankreas, ovari dan juga testis. Jika kuantiti hormon yang dikeluarkan dari pankreas tidak mencukupi seseorang akan menghidap kencing manis. Dengan ini, secara tidak langsung mengganggu koordinasi dalam melakukan aktiviti.

POLA PERGERAKAN GIMNASTIK

ola pergerakan dalam gimnastik terdiri daripada enam pola iaitu pergerakan statik, pergerakan pusingan/putaran, pergerakan hambur, pergerakan hayunan, layangan dan pergerakan ketika mendarat. Setiap pola pergerakan tersebut, hendaklah dikuasai oleh setiap individu yang ingin

berkecimpung dalam sukan gimnastik. Pergerakan statik ialah mengimbang di atas sesuatu bahagian badan atau membiarkan badan dalam kedudukan tergantung. Dalam pergerakan yang bercorak statik, pusat graviti peserta adalah dalam keadaan tetap. Manakala pergerakan pusingan/putaran ialah berguling menuju ke sesuatu arah atau bergerak secara berpaksi. Pergerakan hambur pula ialah melompat atau melonjak ke paras lain hasil daripada tolakan kaki, tangan atau bahagian badan yang lain. Pergerakan hambur memerlukan kekuatan dan kepantasan. Pola pergerakan seterusnya pergerakan hayunan iaitu menghayun badan dari bahagian hadapan menuju ke bahagian belakang ketika mendarat, individu perlu mengakhiri sesuatu layangan atau lompatan secara terkawal di atas lantai. Jelasnya, pola pergerakan merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Malah setiap jenis gimnastik terdiri daripada setiap pola pergerkan dan setiap pola pergerakan amat berkait rapat dengan tiga konsep asas dalam gimnastik iaitu imbangan, kelenturan, dan juga koordinasi. Keupayaan melakukan pusingan/putaran, hayuanan, layangan, dan hambur jelas merupakan salah satu aktiviti yang menekankkan konsep kelenturan itu sendiri.

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

104

JENIS-JENIS GIMNASTIK

Tahukah anda bahawa gimnastik ini pergerakannya mengikut jenis gimnastik tersebut?

erdapat enam gimnastik iaitu gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik trampolin, gimnastik paparan umum, gimnastik aerobik dan juga gimnastik akrobatik. Setiap daripada jenis-jenis gimnastik tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang dapat membezakan antara satu

dengan yang lain. Perbezaan dapat dilihat dari beberapa aspek iaitu termasuklah dari segi peralatan yang digunakan oleh ahli gimnastik, tempat aktviti, masa persembahan, pola pergerakan dan juga dari segi corak persembahan.

GIMNASTIK ARTISTIK

imnastik artistik merupakan aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal dan berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor halus dan kasar. Dalam aktiviti gimnastik artistik penekanan tertumpu kepada kekuatan daya tahan otot, kuasa,

fleksbiliti, imbangan, ketangkasan dan tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Aktiviti ini menekankan kepada tiga komponen utama iaitu imbangan, ketangkasan, dan lombolan. Ketiga-tiga komponen itu dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar. Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah pendaratan, statik, gerak edar, putaran, hamburan, ayunan.

erkara yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti ini ialah keupayaan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dalam aspek-aspek regangan, fleksbiliti, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan imbangan,kemahiran serta melombol. Kebolehan merangkaikan

imbangan, ketangkasan dan melombol dalam satu pergerakan. Meningkatkan keyakinan diri dalam

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

105

melaksanakan sesuatu pergerakan yang lebih sukar. Gimnastik artistik biasanya dibahagikan kepada gimnastik lelaki dan gimnastik wanita. Setiap kumpulan melakukan acara berlainan lelaki bersaing dalam melombol,palang sejajar, kuda berpelana, gelang roman,palang tunggal, dan senaman lantai. Manakala acara gimnastik wanita bersaing dalam melombol, palang bertingkat,batang titian dan senaman lantai.

Kemahiran Asas Dalam Gimnastik Artistik Senaman Lantai

Senaman lantai telah dianggap sebagai nadi pergerakan dalam sukan gimnastik. Hal ini disebabkan setiap kemahiran mula dipelajari dari senaman lantai yang kemudiannya mempengaruhi pergerakan di alatanalatan lain. Senaman lantai telah bermula sejak abad ke-18 iaitu beratus-ratus gimnas mengambil bahagian melakukan senaman secara beramai-ramai. Kini, senaman lantai telah dimodenkan dan diperkembangkan di peringkat antarabangsa.

Acara Lombol

Kekuda lombol merupakan salah satu daripada alatan yang direka oleh Ludwig Jahn yang dikenali sebagai bapa gimnastik moden. Kekuda lombol telah menjadi satu alatan untuk dilompat dan melepasinya, bukan untuk ditunggangi. Apabila melakukan lombol, gimnas lelaki dan wanita menggunakan papan anjal untuk mendapatkan anjalan yang lebih tinggi. Lombol mempunyai enam fasa iaitu larian penujuan, lonjakan, penerbangan awal, tunjalan, penerbangan akhir dan pendaratan.

Acara Palang

Palang sejajar dicipta bertujuan untuk membantu gimnas membina kekuatan lengan dan bahu bagi melakukan pergerakan di atas kekuda berpelana, tetapi kemudiannya telah menjadi satu acara tersendiri. Pergerakan ini tertumpu kepada pergerakan ayunan daripada pergerakan kekuatan.

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

106

Kekuda Berpelana

Alatan yang digunakan dalam acara kuda berpelana lebih sama bentuk dengan kekuda tombol, tetapi mempunyai dua pemegang kayu di atasnya digelar bonjol pelana. Peserta akan menggunakan bonjol pelana untuk memindahkan keseluruhan berat badannya keats sebelah atas atau kedua-dua lengannya. Kejayaan persembahan dalam acara kekuda berpelana bergantung kepada tumpuan, imbangan dan rentak.

Batang Titian

Batang titian merupakan satu alatan gimnastik yang membantu perkembangan pembentukan dirian tubuh ,dan gaya yang baik. Ciri-ciri penting dalam acara batang titian ialah pergerakan imbangan yang mesti dilakukan berhati-hati atas alatan yang lebarnya 10 cm.

Acara Gelang

Dalam acara gelang setiap gimnas akan dibantu oleh jurulatih untuk mendapatkan pegangan pertama. Jika peserta terjatuh, dia mempunyai 30 saat untuk naik semula. Semasa mendarat peserta tidak dibenarkan melangkah, tetapi boleh membetulkan imbangannya tanpa ditolak markah.

Acara Palang Tunggal

Acara palang tunggal merupakan acara terakhir dan merupakan acara yang mendapat perhatian. Acara ini bermula dengan pergerakan ayunan yang berturutan di atas palang tunggal dengan pertukaran hala dan cekak yang berlainan.

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

107

GIMNASTIK IRAMA

G S

imnastik berirama yang lebih dikenali sebagai gimrama merupakan satu sukan yang menggunakan elemen percampuran atau gabungan unsur-unsur balet, gimnastik, tarian dan kemahiran memanipulasi peralatan. Antara peralatan yang digunakan dalam sukan ini ialah

gelung, tali, reben, bola dan belantan. Menurut Lo Joo Sim (1995), sukan ini memerlukan kemahiran yang tinggi di samping tahap kelenturan dan koordinasi badan yang stabil dalam mencipta pelbagai gerakan yang menarik. epintas lalu mengenai gimrama, sukan ini merupakan salah satu disiplin sukan dalam acaraacara sukan seluruh dunia seperti Sukan Sea, Sukan Asia dan juga Olimpik yang diterajui oleh badan induk gimnastik iaitu Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Gimrama boleh

dilakukan secara individu mahupun berkumpulan dan boleh juga melakukannya tanpa menggunkan sebarang peralatan. Gimrama boleh diklasifikasikan sebagai salah satu tarian namun mempunyai ciricirnya yang tersendiri. Dalam kemahiran asas pergerakan gimrama, tiga komponen yang berkaitan rapat ialah pergerakan tubuh badan, alatan dan juga irama muzik. Melalui irama muzik ini, pelakuan yang kebiasaannya dipanggil sebagai gimnas akan melakukan pergerakan menggunakan alatan atau tanpa menggunakan alatan dengan mengikut irama tersebut supaya mereka mendapat rentak pergerakan tarian yang sesuai dengan muzik tersebut.

ergerakan ini telah bermula pada abad ke-19 yang lalu namun ketika itu, gimrama tidak lagi diiktiraf sebagai sukan dan hanya dianggap sebagai elemen yang terdapat dalam gimnastik artistik namun antara tokoh yang mengetengahkan sukan ini ialah Jacques Dalcroze yang

merupakan pengasas kepada pergerakan ini. Beliau merupakan seorang pensyarah berbangsa Swiss yang telah membuka dua buah akademik gimrama yang terletak di Switzerland dan Jerman. Beliau juga memperkenalkan pelbagai pergerakan kepada penuntutnya di akademik tersebut. Selain itu, terdapat juga dua orang tokoh dalam sukan ini iaitu Rudolph Bode (1881- 1970) dan Heinrich Medau (1890- 1974) yang juga membuka sekolah gimnastik untuk kaum wanita dan juga lelaki. Medau merupakan pengasas pergerakan gimrama menggunakan peralatan bola, gelung dan belantan.

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

108

Keperluan Asas Dalam Gimnastik Irama.

S
Pakaian

elain penggunaan alatan untuk gimrama, pergerakan ini juga memerlukan komponen asas yang lain iaitu dari segi pakaian, kasut, tempat latihan, dan jenis latihan.

ari segi pemakaian, menurut Lo Joo Sim (dalam bukunya yang bertajuk Gimrama) , untuk sesi pembelajaran dan latihan, pakaian yang sesuai ialah seluar trek ( track bottom) atau seluar pendek dengan baju T atau leotard dengan atau tanpa tights yang boleh dipakai. Namun,

apabila berada dalam pertandingan kebangsaan atau antarabangsa, peserta hanya perlu memakai leotard dan tights ataupun leotard sahaja.

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

109

Kasut

M T

anakala dalam penggunaan kasut pula, gimarama pula akan menggunakan kasut yang sama dalam acara gimnastik iaitu kasut yang diperbuat daripada kulit atau kain bagi mengelakkan sebarang kecederaan atau tergelincir semasa melakukan pergerakan ini. Kasut tersebut bagi

menghalang tergelincir kerana gimrama merupakan pergerakan yang dilakukan diats lantai dan bersifat licin iaitu pergerakan mestilah sentiasa berterusan dan hanya berhenti dalam masa yang ditetapkan sahaja atau sehingga muzik yang dipilih berhenti.

Tempat Latihan
empat yang sesuai untuk mempelajari dan berlatih untuk aktiviti ini ialah dewan yang tertutup dan mestilah kosong supaya tidak mengganggu sesi latihan tersebut. Strutruk dalaman bangunan tersebut mestilah mempunyai siling yang tinggi kerana untuk gimrama yang menggunakan

apparatus bola, gelung, dan belantan, gimnas yang sudah mahir akan membaling peralatan mereka dengan tinggi bagi membuat pergerakan menyambut balingan tersebut. Permukaan lantai pula mestilah bersih dan tidak licin. Tetapi dewan untuk latihan gimnastik kebiasaannya akan menyediakan sejenis permaidani ataupun tilam untuk membuat pergerakan yang agak sukar seperti gulingan.

Jenis-Jenis Latihan

ersediaan untuk melakukan latihan atau ketika bertanding, gimnas perlulah melakukan latihanlatihan yang sesuai untuk mengelakkan terjadinya sebarang kecederaan dan melatih otot badan untuk menjadi fleksibiliti dalam pelbagai jenis gerakan. Antara latihannya adalah warming- up,

kalistenik dan aerobik, regangan otot dan pelaziman.

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

110

Warming- up

D L

ikenali juga sebagai latihan pemanasan badan, latihan ini merupakan latihan yang penting dalam semua acara-acara sukan bagi menghalang otot daripada menerima kejutan daripada tekanan pergerakan yang dilakukan seterusnya boleh mengakibatkan kecederaan otot atau

terseliuh. Anggota badan yang perlu digerakkan ialah leher, lengan, bahu, pergelangan tangan, pinggang, punggung dan kaki yang merangkumi buku lali dan betis.

Kalistenik dan Akrobatik


atihan ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan daya kardiovaskular seperti aktiviti berjoging dan skipping tali.

Latihan Regangan Otot

egangan otot berfungsi untuk meningkatkan tahap kelenturan badan supaya sendi-sendi otot boleh menerima tekanan yang kuat dan dapat digerakkan ke tahap yang maksimum. Dalam gimrama, terdapat dua jenis latihan regangan iaitu aktif dan pasif. Regangan aktif adalah

regangan yang dilakukan sendiri oleh gimnas, manakala regangan pasif adalah regangan yang dilakukan dengan bantuan rakan atau jurulatih bagi mengelakkan kecederaan di bahagian tisu badan.

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

111

Latihan Pelaziman

atihan ini penting bagi gimnas meningkatkan daya fisiologi badan dalam memahirkan teknik-teknik pergerakan gimrama atau gimnastik irama. Penekanan latihan ini dilakukan terhadap perkembangan fizikal seperti kelenturan, kekuatan, ketahanan, kordinasi, muzik dan pencurahan

perasaan.

Kelenturan

M
Kekuatan

erujuk kepada jumlah pergerakan sendi-sendi badan, bahu dan tulang belakang.

ekuatan amat penting supaya badan dapat mengawal kelenturan dalam sesuatu pergerakan. Antara yang perlu diberi penekanan ialah kaki untuk lompatan, pusingan dan imbangan; tangan bagi membaling dan memanipulasi peralatan; belakang untuk kelenturan dan buku lali untuk

setiap pergerakan yang dilakukan kerana kebanyakan pergerakan banyak menggunakan bebola kaki.

Daya Tahan

aya tahan penting untuk gimnas mencapai tahap kemahiran yang maksimum. Antara latihan bagi meningkatkan daya tahan otot dan badan ialah berlari atau berjalan pantas, skip dengan tali, berenang atau berbasikal.

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

112

Kordinasi

K
Muzik

ordinasi penting kerana otak akan bertindak terhadap sesuatu ransangan untuk pergerakan badan dan memanipulasi peralatan seperti balingan dan menyambut alat.

M R

erupakan elemen yang penting dalam gimrama kerana pergerakan yang dilakukan adalah mengikut rentak irama dan gerakan yang sesuai mengikut rentak supaya pergerakan itu menjadi cantik.

Pencurahan Perasaan
elevannya penggunaan muzik dalam gimrama adalah untuk mereka mencurahkan perasaan berdasarkan muzik yang dipilih dan gerakan yang terhasil daripada rentak muzik tersebut.

GIMNASTIK TRAMPOLIN

imnastik trampolin terdiri daripada empat acara iaitu individu, berirama, double mini, power tumbling. Gimnastik ini banyak melakukan pergerakan-pergerakan individu melibatkan gimnas perlu melompat berulang kali untuk mencapai ketinggian yang berbeza dan semakin meningkat. gimnas turut

Pergerakan ini diikuti oleh 10 siri lompatan tanpa berhenti yang menuntut mempersembahkan kemahiran udara. Terdapat tiga kategori trampolin.

Apakah tiga kategori tersebut?

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

113

Trampolin Kecil Untuk Kanak-Kanak 3 Hingga 5 Tahun

rampolin ini dimainkan di dalam satu kelas yang meriah dimana kemahiran trampolin ini diperkenalkan kepada kanak-kanak prasekolah untuk belajar supaya badan berada dalam kawalan, kesedaran ruang dan bagaimana untuk mengikut arahan dengan permainan dan muzik.

Hal ini adalah eklas yang paling sesuai untuk kanak-kanak belajar gimnastik trampolin agar sentiasa bertenaga.

Junior Trampolin Untuk Kanak-Kanak 5 Hingga 8 Tahun

D K

i dalam kelas ini kerja kemahiran trampolin asas, latihan menyeronokkan dan pemula rutin diperkenalkan. Kategori gimnastik ini memerlukan ruang kelas yang sedikit besar untuk kanakkanak membina kekuatan kardivoskular dan kumpulan-kumpulan otot-otot. Kanak-kanak akan

mempelajari istilah yang betul tentang gimnastik, serta teknik yang betul, titisan dan lilitan.

Belia Trampolin Untuk Usia 8 Tahun dan Ke atas


elas ini mengajar asas kemahiran trampolin maju. Ia membenarkan pelajar untuk memajukan rutin melibatkan lilitan dan lambungan. Pengajaran termasuk keregangan, kekuatan diri, dan latihan fleksibiliti. Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk trampolin sukan bahkan

penyorak yang mahu membangunkan aksi runtuh.

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

114

GIMNASTIK PAPARAN/UMUM

eorang kanak-kanak itu akan dapat mengembangkan perkembangan motor kasar dan juga motor halus mereka. Hal ini demikian kerana, pergerakan dalam gimnastik berkaitan dengan pergerakan lokomotor dan juga pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor ialah

pergerakan yang melibatkan motor kasar. Pergerakan ini dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan di tempat asal. Manakala pergerakan bukan lokomotor atau pergerakan motor halus melibatkan keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih kedudukan. Kepentingan gimnastik lain ialah mencabar daya fikiran kanak-kanak.

pabila kanak-kanak melakukan pelbagai pergerakan, mereka akan berfikir secara lebih meluas untuk menambahkan lagi aksi atau pergerakan yang baru. Dalam erti kata lain, kanak-kanak berpeluang untuk meneroka kecergasan tubuh badan mereka sendiri. Di samping itu,

pergerakan gimnastik dapat bertindak atau menyelesaikan masalah secara kreatif dalam keadaan yang mereka mampu untuk melakukannya. Apabila kanak-kanak melakukan latihan mereka akan sanggup berkongsi peralatan dengan rakan-rakan yang lain. Hal ini akan mengeratkan hubungan persahabatan di antara kanak-kanak itu. Pergerakan gimnastik juga menjadikan kanak-kanak sebagai pemimpin yang cekap serta menjadikan alat kepada individu atau kelompok untuk bertindak dalam pelbagai situasi secara konstruktif dari segi fizikal, mental, dan juga sosial.

GIMNASTIK AEROBIK

imnastik aerobik ialah paling dinamik dan bertenaga dalam semua disiplin-disiplin jasmani. Gimnastik aerobik merupakan aktiviti senamrobik dimana ia memperlihatkan perkembangan kegiatan harian oleh individu tertentu sama ada dalam kumpulan atau persendirian. Sekiranya

ia dibentuk dalam bentuk kumpulan ia boleh terdiri daripada enam orang ahli dalam satu pasukan. Gimnastik ini menitikberatkan kekuatan, kelenturan, dan kesihatan seseorang yang melakukannya. Ia berbeza dengan gimnastik akrobatik kerana gimnastik akrobatik lebih mementingkan kemahiran dan keseimbangan.

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

115

D
statik.

i samping itu, gimnastik aerobik boleh dilakukan dalam kawasan yang kecil atau memerlukan penggunaan ruangan yang agak kecil. Masa yang digunakan juga hanya sedikit iaitu antara 6090 saat sahaja. Dalam pertandingan, hakim-hakim mencari kompleks, tinggi intensif, tari rutin,

dengan melakukan unsur-unsur secara sempurna. Rutin dijalankan untuk 'naik tempo' muzik dan ahli-ahli gimnastik menggunakan lompatan dinamik dan lompatan bagi kaki, pemisahan atau menaikkan sokongan

G
dunia.

imnastik aerobik juga menggunakan pelbagai jenis teknik menaikkan langkah-langkah dan kemahiran teknikal lain yang memukau. Gimnastik aerobik bukan sahaja sangat seronok untuk latihan dan tetapi juga untuk tontonan umum. Muzik optimistik sentiasa membuat penonton

berjaga-jaga dan terbabit dengan ahli gimnastik, ia bertujuan untuk memiikat keghairahan dan kedinamikan para penonton. Penonton sering tertarik dengan kelajuan dan kardiovaskular satu prestasi individu yang sentiasa berubah pola-pola pergerakan aerobik yang bertujuan memikat penonton-penonton di seluruh

GIMNASTIK AKROBATIK

imnastik akrobatik ialah sukan kumpulan kompetitif di mana pasangan atau pasukan ahli-ahli gimnastik menjalankan rutin akrobatik. Seperti banyak disiplin-disiplin jasmani lain, ia menggabungkan tarian dan gimnastik tradisional, tetapi ia menambah satu lagi tahap

kesukaran dengan kemasukan gerak akrobatik. Sukan ini juga dikenali sebagai ACRO dan telah diakui sejak 1999, autoriti antarabangsa untuk gimnastik kompetitif tetapi ia belum lagi satu acara Olimpik. Untuk menyertai gimnastik ini seseorang itu perlu mengikut peraturan-peraturan yang telah disediakan. Namun sekiranya mempunyai kumpulan sendiri mereka terbuka untuk memilih muzik dalam melakukan pergerakan mereka sendiri. Ia tidak terikat dengan dengan mana-mana peraturan untuk memilih muzik semasa melakukan gimnastik ini.

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

116

krobat harus mengadakan satu sama lain naik dalam aksi-aksi sukar dan formasi untuk rangka masa yang ditentukan dalam selari dengan muzik lebih perlahan. Terdapat pelbagai peringkat dan kumpulan umur terbabit dalam pertandingan. Kategori-kategori umur ialah kumpulan usia

untuk 11-16 tahun, tahap rendah berzaman 12-19 tahun, dan peringkat kanan bagi yang 15 tahun dan lebih tua. Terdapat kategori wanita, lelaki, dan bercampur pasangan antara lelaki dan wanita. Wanita mengumpulkan tiga penghibur, dan lelaki mengumpulkan empat ahli-ahli gimnastik. Bukan sahaja kumpulan perlu mempamerkan kepaduan dan kemesraan dalam prestasi mereka, tetapi mereka perlu juga menunjukkan satu rupa seimbang kerana hakim-hakim boleh tolak mata untuk terlalu banyak variasi dalam ketinggian.

APLIKASI GIMNASTIK DALAM PENDIDIKAN

Definisi Gimnastik Pendidikan

G G

imnastik pendidikan boleh didefinasikan sebagai satu pendekatan dalam pendidikan gimnastik. Gimnastik juga memberi tumpuan kepada pembelajaran dan juga perkembangan kanak-kanak.

Konsep Gimnastik Dalam Pendidikan


imnastik pendidikan boleh didefinasikan sebagai satu pendekatan dalam pendidikan di Malaysia. Gimnastik pendidikan memberikan tumpuan kepada kanak-kanak dari segi pembelajaran dan pengajaran yang unik dari beberapa segi iaitu gaya pergerakan,

pembelajaran dan perkembangan seseorang pelajar atau kanak-kanak. Konsep gimnastik pendidikan dilakukan dengan tujuan yang tertentu adalah untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam setiap pergerakan. Setiap pergerakan yang dibuat membolehkan kanak-kanak mempelajari sesuatu yang baru dalam pelajaran mereka. Selain itu, pendidikan gimnastik juga memberi peluang untuk melihat pergerakan yang dilakukan oleh murid. Kadang kala kanak-kanak tidak pasti yang dapat melakukan pergerakan-

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

117

pergerakan yang ditunjukkan oleh guru. Tetapi apabila kanak-kanak mencuba aktiviti yang dibuat, guru akan dapat mengenal pasti kebolehan kanak-kanak dalam gimnastik.

pabila kanak-kanak dapat melakukan pergerakan yang ditunjukkan oleh guru,mereka akan dapat menyelesaikan masalah-masalah pergerkan yang dihadapi. Hal ini demikian kerana tubuh badan tidak mengetahui sama ada dapat melakukan sesuatu pergerakan atau tidak melainkan

dengan membuat pergerakan etrlebih dahulu. Kanak-kanak juga perlu mengatasi rintangan dengan pelbagai cara pergerakan. Antara contoh pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah gulingkan badan dari depan ke belekanag dengan bertubi-tubi, bergerak setempat ke setempat yang lain. Peralatan yang digunakan dalam gimnastik ini ialah gelung, tilam, riben peti tombol ,bangku essex, pemidang taiping dan sebagainya.

APLIKASI PENDIDIKAN GIMNASTIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bagaimanakah mengaplikasikan gimnastik ini dalam pengajaran dan pembelajaran awal kanak-kanak?

Aktiviti 1

estabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak yang juga mempunyai ciri paksi menegak dan estetik yang menarik. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru ialah aksi berjalan, berlari, melompat, berguling, meloncat dan

meluncur mmerupakan antara lakuan memindahkan beban yang lazim.

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

118

Aktiviti 2

K P
G G

oordinasi bermaksud pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki dan badan. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru ialah menggolek gelung rotan, melambung dan menyambut bola besar atau pundi kacang.

Aktiviti 3
ermainan menggunakan riben yang membantu mengguatkan motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Permainan membantu daya imbangan dan koordinasi badan kanak-kanak. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru ialah membuat ombak menggunakan riben.

KEPENTINGAN GIMNASTIK DALAM PENDIDIKAN


imnastik dalam pendidikan pada hari ini mampu menyumbangkan pelbagai manfaat kepada kanak-kanak jika mereka didedahkan kepada sukan ini sejak awal usia. Sukan ini membuktikan bahawa ianya mampu membantu kanak-kanak dalam mengembangkan

pertumbuhan mereka baik dari segi kognitif dan fizikal. Gimnastik pendidikan ini mengandungi pembelajaran yang membantu mengembangkan lokomotor dan teknik keseimbangan dan juga kesedaran ruang. Oleh yang demikian, kanak-kanak boleh belajar untuk mengimbangkan tubuh badan mereka dan menggunakan ruangan yang ada di persekitaran mereka untuk bergerak. Selain itu, gimnastik membantu kanak-kanak meningkatkan pengurusan tubuh badan, kawalan tubuh badan di samping meningkatkan keupayaan teknik lokomotif, bukan lokomotif dan manipulatif mereka. imnastik juga mampu melatih daya kelenturan, daya kekuatan, daya fleksibiliti , daya ketangkasan dan daya koordinasi yang mampu menyumbang ke arah kesihatan dan kecergasan kanak-kanak. Sukan gimnastik ini boleh meningkatkan keupayaan kognitif kanak-

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

119

kanak dan juga kebolehan-kebolehan yang afektif dari segi penyelesaian masalah , pergerakan mekanikal tubuh badan dan estetika. Menambahkan pengalaman belajar kepada kanak-kanak untuk merasai suasana persekitaran yang berbeza. Nilai disiplin dan patuh kepada arahan dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak. Sikap sabar, tidak mudah patah semangat dan bekerjasama dapat dipupuk menerusi sukan gimnastik ini.

K
J

epentingannya yang lain ialah gimnastik pendidikan ini membantu mengembangkan bakat kanak-kanak supaya meminati sukan ini dan membantu bakat mereka di dalam bidang lain. Sebagai contoh, gimnastik juga membantu kanak-kanak berkembang dalam bidang tarian dan

juga renang. Gimnastik pendidikan ini seelok-eloknya diterapkan di dalam pendidikan jasmani di prasekolah.

KEPENTINGAN GIMNASTIK KEPADA KANAK-KANAK


ika diperhatikan terdapat banyak kepentingan gimnastik kepada kanak-kanak ini untuk perkembangan motor kasar dan motor halus mereka. Antara kepentingan gimnastik ini yang perlu diajar kepada kanak-kanak ialah dari aspek fizikal. Gimnastik ini dapat memperkembangkan lagi

fizikal mereka iaitu gimnastik ini dapat menguatkan otot apabila melakukan aktivit seperti melompat melentur dan menampung berat badan. Tulang juga akan menjadi sihat kerana gimnastik ini boleh membina tulang-tulang yang sihat dan kuat serta dapat melatih kelenturan tubuh iaitu dengan menggerakkan otot sehingga ke had yang maksimum.

epentingan gimnastik ini kepada kanak-kanak dari aspek kognitif pula, ia dapat melatih otak sama seperti melatih tubuh bdan kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak akan berfikir untuk melakukan gimnastik dan dan melatih tubuh mereka untuk menguasai gimnastik tersebut.

Kepentingan gimnastik dari segi sosial pula, kanak-kanak boleh berinteraksi dengan kanak-kanak dalam kerja berpasukan dan berpasangan. Mereka dapat berkongsi pendapat dan berkerjasama untuk menghasilkan dan melakukan gimnastik yang baik. Penglibatan secara konsisten mengelakkan mereka dari terlibat dari aktiviti yang tidak bermoral.

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

120

ALATAN YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK GIMNASTIK

Tali

alam sukan gimnastik, pelbagai alatan boleh digunakan sebagai bahan bantuan untuk menambahkan lagi kreativiti dalam pergerakan berbanding dengan pergerakan semata-mata. Ia juga membantu memperlihatkan kecantikan sesuatu pergerakan gimnastik yang dilakukan.

Antara alatan yang digunakan dalam sukan ini ialah tali. Tali sesuai digunakan oleh kanak-kanak prasekolah kerana banyak melibatkan penggunaan kaki dan tangan. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan aktiviti seperti menari dengan menggunakan tali. Aktiviti menggunakan tali ini membolehkan kanak-kanak menggunakan kemahiran motor kasar seperti bahagian kaki, tangan dan kepala. Hal ini kerana aktiviti menari menggunakan tali memerlukan seseorang bergerak dalam pelbagai aksi dan arah mengikut arah tali yang dilayangkan. Selain menari, aktiviti lain yang menggunakan tali ialah permainan lompat tali.

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

121

Gelung

elung (dahulunya digelar gelung rotan) sesuai dimainkan oleh kanak-kanak kerana ianya tidak mendatangkan bahaya kerana diperbuat daripada plastik yang ringan dan berbentuk bulat. Gelung ini boleh diperoleh dalam pelbagai warna yang menarik. Sukan gimnastik

menggunakan gelung dapat membantu kanak-kanak menguatkan bahagian tangan, kaki dan pinggang. Kanak-kanak juga dapat menguatkan kekuatan jari-jemari meraka untuk mengenggam gelung tersebut. Aktiviti yang dapat dilakukan menggunakan gelung contohnya aktiviti melambung gelung ke atas dan menyambutnya semula dan juga menggelek gelung di pinggang mereka untuk melatih kelenturan bahagaian pinggang.

Belantan

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

122

B
leher.

elantan digunakan dalam aktiviti senaman lantai dan senaman gimnastik untuk menghasilkan gerak yang lebih menarik. Belantan mempunyai bentuk yang besar di hujung manakala kecil di bahagian pangkalnya. Cara untuk menggunakan belantan ialah melontarkan ke atas dan

bergerak ke arah kiri dan kanan mengikut gerakan badan. Peralatan belantan ini sesuai digunakan dalam sukan gimnastik kanak-kanak prasekolah kerana permainan ini memerlukan badan mereka bergerak ke pelbagai arah dan sekaligus boleh membantu menguatkan motor kasar seperti bahagian kaki, tangan dan

Oktagon

latan oktagon digunakan bagi membantu para gimnas untuk melambungkan diri ke udara. Oktagon membantu ahli gimnastik memanaskan badan sebelum melakukan sesuatu pergerakan dalam sukan gimnastik. Kelebihan oktagon ialah dapat dapat membantu menguatkan motor

kasar kanak-kanak seperti bahagian kaki dan pinggang. Oktagon juga berfungsi melatih kelenturan badan kanak-kanak dan meminimakan kecederaan bahagian belakang.

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

123

Landing Mat

L
Bola

anding mat atau tilam lembut digunakan bagi membantu seseorang atlet semasa melakukan pergerakan gimnastik. Landing mat sesuai digunakan oleh guru prasekolah dalam melakukan setiap aktiviti kepada murid-murid. Landing mat berperanan sebagai pelindung dari sebarang

kecederaan dan perlu diletakkan di dalam kelas bagi mengelakkan kanak-kanak daripada mengalami kecederaan atau kemalangan semasa melakukan aktiviti di dalam kelas.

ola merupakan peralatan kegemaran dan sangat sesuai digunakan oleh guru untuk membantu perkembangan motor kanak-kanak. Permainan menggunakan bola dapat membantu meningkatkan perkembangan motor halus murid. Contoh aktiviti yang boleh guru dan murid-

murid lakukan ialah dengan menyuruh murid-murid memusing bola dengan menggunakan hujung jari. Aktiviti ini dapat membantu menguatkan otot jari dan motor halus mereka.

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

124

Reben

P F

ermainan yang menggunakan reben dapat membantu menguatkan motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Hal ini kerana permainan yang menggunakan reben memerlukan seseorang menggengam reben itu dengan baik. Permainan reben juga dapat membantu daya imbangan

dan koordinasi badan kanak-kanak itu. Sebagai contohnya, guru boleh mengajarkan kanak-kanak cara membuat ombak dengan menggunakan reben melalui alunan yang dihasilkan daripada reben.

KESELAMATAN DALAM GIMNASTIK PENDIDIKAN


aktor keselamatan amat penting dalam gimnastik pendidikan. Hal ini kerana untuk menggelakkan kanak-kanak dari berlaku kecederaan. Antara aspek keselamatan yang perlu diambil kira ialah peralatan yang dipilih perlulah mempunyai kualiti contohnya landing matt perlulah tahan lama dan

mudah menyerap. Peralatan yang besar seperti bangku, kotak perlu memenuhi syarat dan standard yang telah ditetapkan oleh pihak kilang. Peralatan perlu dipantau dan diperiksa dengan kerap oleh guru-guru. Selain itu, guru perlu memastikan peralatan yang digunakan tidak licin dan berada dalam keadaan teratur di tempat yang telah disediakan dan jangan biarkan ianya berterabur di tempat atau ruang untuk melakukan pergerakan.

spek pakaian juga penting dalam keselamatan gimnastik pendidikan. Pakaian yang hendak dipakai hendaklah bersesuaian untuk melakukan aktiviti ini. Pakaian yang dipakai tidak telalu ketat atau terlalu longgar agar mudah melakukan pergerakan.Contoh pakaian yang sesuai ialah

pakaian seragam gimnasium, kain nilon atau likra (lycra).

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

125

PANDUAN KESELAMATAN DALAM GIMNASTIK PENDIDIKAN

P L
kanak.

anduan keselamatan penting untuk guru dalam proses pemgajaran dan pembelajaran kanakkanak. Guru perlu mengajar kanak-kanak cara menggunakan perlatan dengan betul dan menyediakan panduan secara bertulis agar kanak-kanak dapat mengetahui cara menggunakan

setiap alatan itu. Gimanstik perlu dikendalikan didalam persekitaran yang sesuai. Hal ini kerana kebanyakan kecederaan yang berlaku kepada kanak-kanak disebabkan oleh mereka suka membuang masa atau berani mencabar rakan sebaya mereka. atihan perlulah dilakukan terlebih dahulu sebelum bertukar kepada kemahiran yang lebih sukar. Guru perlualh mengajar kemahiran yang senang dahulu, selepas itu sederhana dan akhirnya susah. Sebagai langkah kselamatan peralatan perlulah diperiksa selalu.Kawasan yang disediakan

perlu selamat iaitu landing matt perlu diletakkan sebagai pelapik dan kawasan tersebut perlu bebas daripada kaca atau benda tajam.

B
G

ilik yang cukup perlulah disedikan agar kanak-kanak dapat bergerak dengan selamat. Hal ini bertujuan agar kanak-kanak ini tidak terlanggar dinding, rakan-rakan atau perlatan yang terdapat di situ. Jika panduan ini diikuti, maka boleh mencegah dari berlaku kecedaraan kepada kanak-

KESIMPULAN
imnastik adalah salah satu cara bagaimana untuk menjadikan kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak menjadi semaikin berkembang. Gimnastik memerlukan latihan yang kerap dan amat sesuai dilatih kepada kanak-kanak kerana pada waktu ini otot dan sendi-sendi

mereka masih lagi lembut dan boleh dibentuk dengan mudah. Pergerakan gimnastik memerlukan kesabaran yang tinggi kerana latihannya mengambil masa yang panjang dan memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan dan juga jurulatih yang melatih kanak-kanak dalam pergerakan jenis ini.

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

126

urulatih juga perlu memahami keperluan kanak-kanak kerana lumrah kanak-kanak sememangnya mereka mempunyai karenah yang banyak. Kesabaran juga bukan sahaja diajar kepada kanakkanak dalam mendalami kemahiran ini bahkan juga melatih kesabaran yang tinggi kepada tenaga

pengajar mereka. Bimbingan ibu bapa dan juga guru terutamanya amatlah digalakkan bagi memastikan kanak-kanak mendapat input yang berguna selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

K K

eupayaan kanak-kanak dapat dikesan oleh pihak-pihak yang rapat dengan kanak-kanak itu sendiri seperti ibu bapa, guru dan juga masyarakat itu sendiri. Gimnastik yang digabungkan sekali dengan pendidikan merupakan satu rancangan yang bijak dalam melahirkan kanak-kanak

yang aktif, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan juga boleh dijadikan pelapis kepada atlet negara dalam menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mampu menyerlah dalam semua sukan yang disertai. Kerjasama yang baik selain mematuhi disiplin yang ditetapkan membuatkan kanakkanak ini menjadi remaja yang mempunyai jati diri yang tinggi serta berkeyakinan untuk berhadapan dengan cabaran pada masa akan datang. esimpulannya, gimnastik tidak hanya untuk melatih kanak-kanak menjadi seorang atlet yang boleh mengharumkan nama negara namun boleh menjadikan mereka menjadi insan yang boleh berdikari dan berani dalam menghadapi semua elemen yang wujud dalam unsur-unsur

kehidupan. Gabungan yang wujud antara berani dan yakin membolehkan kanak-kanak mempunyai pemikiran yang kreatif dan aktif dalam kehidupan mereka.

RINGKASAN
1. Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang,malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. 2. Gimnastik dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu termasuklah gimnastik artistik, irama, trampolin, paparan/umum, aerobik dan akrobatik.

PENDIDIKAN PERGERAKAN GIMNASTIK

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

127

3. Tiga konsep asas gimnastik yang perlu dikuasai terlebih dahulu iaitu konsep imbangan, konsep kelenturan dan konsep koordinasi. 4. Pola pergerakan dalam gimnastik terdiri daripada enam pola iaitu pergerakan statik, pergerakan pusingan/putaran, pergerakan hambur, pergerakan hayunan, layangan dan pergerakan ketika mendarat.

PENILAIAN KENDIRI
1. Pada pandangan anda, gimnastik manakah yang lebih sesuai untuk diajar kepada kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun? Jelaskan dan nyatakan rasional pernyataan anda.

Apakah kaitannya gimnastik pendidikan dalam membantu perkembangan psikomotor kanak-kanak di sekolah?

RUJUKAN
Heather C. Palmer (1961). Teaching ryhtmatics a development appropriate approach . Kinestetics Publishers INC. Loo Joo Sim (2000). Gimrama. Kuala Lumpur: Fajar Bakti SDN BHD Petter H.Wearev (1994). Teaching children gymnastics becoming master teacher. Human Shamsudin Bin Mohd Sharif, Shahrizad Binti Yusof, Mohd Sofian Bin Omar Fauzee (2002). Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Selangor Darul Ehsan: Karisma Production Sdn Bhd. Yusof Ismail (1992). Gymnastics. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai