Anda di halaman 1dari 3

Bitara membawa maksud memiliki ciri-ciri unik, unggul, tiada tolok bandingnya serta

lain dari yang lain. Ada enam nilai yang dapat membentuk personaliti Bitara ini. Nilainilai ini terbentuk melalui pendidikan, latihan, ekonomi, budaya, pengalaman,
kepercayaan, masyarakat dan juga persekitaran.
Nilai-nilai yang membentuk personaliti Bitara ini ialah intergriti, profesional,
semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta kreatif
dan inovatif. Keenam-enam nilai ini akan dapat menjadikan personaliti Bitara menjadi
realiti.
Keenam-enam nilai Bitara ini seharusnya menjadi panduan kepada guru bagi
membentuk

sahsiah

mereka.

Guru

seharusnya

memahami

dan

melaksanakan

tanggungjawab mereka tanpa mengenepikan aspek pembangunan sahsiah guru. Nilai ini
bukan setakat diketahui tetapi harus jua difahami dan diaplikasikan dalam kehidupan
seharian, bukan sahaja di sekolah malah sepanjang masa.
Dalam konteks dunia pendidikan yang serba mencabar dewasa ini, guru-guru
perlu peka dan beriltizam untuk menjadikan mereka dan juga produk mereka mendapat
pengiktirafan. Oleh itu nilai-nilai Bitara ini perlu dikuasai oleh guru-guru ini. Proses
pengajaran dan pembelajaran haruslah konsisten dengan halatuju dan falsafah pendidikan
negara. Dalam menuju negara maju tahun 2020 dan pembelajaran bertaraf dunia, para
guru haruslah mempunyai sikap dan semangat yang tinggi serta bersifat proaktif dalam
menjayakan iltizam dan harapan bangsa.
ETIKA Perguruan
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion
perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam
profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab
guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih
faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini
menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.

Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini
ataupun di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini
dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat
menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan
dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion
perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat
untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan
menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.
Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang
diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama
dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN,
1991).

Kepentingan sahsia
Sifat peribadi dalam konteks mengenal diri amat kompleks.
Ingin mencapai prestasi terbaik merupakan suatu perkara yang
perlu di bangunkan dalam diri sendiri, dan bukan dari
desakan pihak lain. Kesedaran perlu datang dengan sendiri,
dan jika perlu di bantu ia adalah pada tahap minima.
Kepentingan pembangunan sahsiah diri bukan sahaja baik untuk
peribadi diri, malah juga persepsi masyarakat sekeliling.
Softskill ini boleh di bina, di bangunkan dan ia merupakan
kelebihan dalam apa jua tujuan.
Justeru, pembangunan sikap dan sahsiah ini perlu di bentuk sejak
dari awal supaya ia sebati dengan diri kita. Individu yang sedar
akan

hal

ini,

akan

cuba

memperbaiki

sedaya

upaya

supaya

menjadikan diri mempunyai kelebihan berbanding yang lain.

Jika dilihat, dalam program pembelajaran semua aspek dan


elemen ini telah diserapkan, samada kita sedar atau tidak.
Disiplin
dalam
menjaga
masa,
pengurusan
diri
serta
berkomunikasi dengan baik merupakan elemen terpenting dalam
pembangunan diri.

Anda mungkin juga menyukai