Anda di halaman 1dari 21

ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONALIME GURU (EDU 3108)

TAJUK: INTEGRITI GURU


NAMA PENSYARAH : PN. SARINA BT MOHD YASSIN AHLI KUMPULAN: ASMAH BT AHMAD MEGAWATI BT JALALUDIN NORZILA BT SABAN NORAINI BT HASBI ZAHARAH BT ABDUL RAZAK ZAINON BT SURAT

Definisi Integriti Nasional East View Dictionary memberi maksud integriti sebagai keikhlasan, keutuhan, ketulusan, kejujuran, atau 'complete honesty and goodness'. Kamus Dwibahasa terbitan DBP mengertikan integriti sebagai kejujuran dan ketulusan. Buku Pelan Integriti Nasional, Kerajaan Malaysia (2004), Putrajaya, telah menafsirkan integriti sebagai satu kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi.

Cuba lihat dan hayati sikap guru kita. Adakah mereka memiliki integriti diri?

Situasi 1:
Terdapat guru yang sering mencuri tulang ketika waktu mengajar. - membuat kerja lain - menyiapkan tugasan - melayari internet / facebook

Situasi 2
Perkara ini juga berkaitan dengan masa yang sering tidak ditepati terutamanya ketika menghadiri kursus atau mesyuarat. Sering kali guru yang hadir ke mesyuarat lewat sepuluh minit, dua puluh minit, malah setengah jam.

Situasi 3
Di dalam kelas, terdapat segelintir guru yang tidak memberi perhatian kepada murid mereka.
Kesusahan hidup Ketidakfahaman tentang pelajaran Masalah peribadi Masalah emosi

Situasi 4:
Terlibat dalam masalah rasuah yang semakin meruncing - Dalam urusan membeli barang / keperluan sekolah - Mengubah anggaran perbelanjaan ketika membuat kertas kerja

Situasi 5
Guru menggunakan bahasa yang kasar dan tidak sesuai. - Mengherdik - Marah - Mencaci / menghina - Memerli - Menggunakan perkataan tidak sesuai

Situasi Lain :
Guru merokok di sekolah Guru menjalankan perniagaan Guru ini tidak memberikan contoh yang baik kepada anak murid mereka

Situasi 6
Di kantin/kafetaria/kursus Ada guru yang tidak berintegriti yang tidak beratur atau memotong barisan ketika membeli makanan. Meja dikotorkan dengan tumpahan makanan, begitu juga sinki dan lantai.

Itukah sikap majoriti guru Malaysia hari ini ???

Kita dapat menilai tahap atau gambaran integriti guru-guru. Semua ini menggambarkan betapa pentingnya integriti kepada seseorang guru. Integriti bagi masyarakat guru itu penting kerana ia boleh mencerminkan imej agama, bangsa, dan negara. Persoalannya, adakah kita juga tergolong di kalangan guru yang tidak berintegriti?

Faktor yang menyebabkan tahap integriti merosot :


1) Individu sendiri ~ tidak mengawal tindakan, tingkah laku dan akhlak 2) Kepimpinan ~ Tidak cekap ~ Lemah dari segi kepimpinan ~ Tidak menunjukkan teladan yang baik ~ Menerima rasuah ~ Tidak adil ~ Bersikap mementingkan kroni

3) Sistem dan prosedur kerja ~ beri ruang / peluang untuk berlakunya penyelewengan (rasuah) 4) Budaya ~ mementingkan kebendaan
~ fesyen pakaian yang

Langkah-langkah Untuk Meningkatkan Tahap Integriti Guru

PELAN INTEGRITI NEGARA


PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara. PIN juga memupuk, menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika, sekaligus negara yang berintegriti. PIN merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. Kerjasama antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambah baik nilai dan amalan masyarakat serta institusinya. Pendekatan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan pemantapan integriti.

Objektif Umum PIN


Untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Objektif khusus PIN adalah seperti berikut:


1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika; 2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;

3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab dalam kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti; 4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan

5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

Langkah lain yang boleh diambil:


1) Penuhi rohani dengan iman dan takwa. 2) Menganggap kerja adalah satu ibadah. 3) Wujudkan keharmonian di sekolah. 4) Tingkatkan ukhuwah dalam kalangan guru, pentadbir, PIBG dan masyarakat. 5) Meningkatkan ilmu pendidikan 6) Beri / tingkatkan ganjaran (gaji/anugerah)

Rumusan:
Integriti guru harus ditingkatkan demi melahirkan guru yang berkualiti seterusnya menjamin kecemerlangan anak muridnya.

Anda mungkin juga menyukai