Anda di halaman 1dari 12

1.1.

3 Struktur Organisasi Persatuan

Rajah 1.4 berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola sepak


Malaysia atau dalam bahasa Inggeris Football Association of Malaysia (FAM).

Rajah 1.4: Struktur Organisasi FAM

1.2 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Anda telah didedahkan tadi dengan sejarah asal usul bola sepak dan sejarah
perkembangannya di negara kita. Sekarang mari kita kaji pula tentang peraturan
dan undang-undang bola sepak. Undang-undang bola sepak digubal untuk
pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat
Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-undang tersebut
dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
(FIFA).

1.2.1 Undang-undang Permainan

Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda


memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi. Mutu permainan atau
pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda dapat
mempraktikkan undang-undang sukan bola sepak. Undang-undang permainan
bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan
sukan termasuk FIFA, iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan bola
sepak antarabangsa. Namun begitu, terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan
dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah.
Pengubahsuaian ini termasuklah saiz padang, saiz dan berat bola, saiz gawang,
bilangan pemain simpanan dan tempoh perlawanan. Mari kita mendalami ke
semua undang-undang ini.

Undang-undang 1: Padang Permainan


(a) Permukaan Padang
Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi atau
padang tiruan. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan.
(b) Ukuran padang
Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang
permainan adalah seperti berikut (juga lihat rajah 1.5 ):

Panjang : Minimum 90m (100 ela)


Maksimum 120m (130 ela)
Lebar : Minimum 45m (50 ela)
Maksimum 90m (100 ela)
Ukuran padang pertandingan antarabangsa:
Panjang : Minimum 100m (110 ela)
Maksimum 110m (120 ela)
Lebar : Minimum 64m (70 ela)
Maksimum 75m (80 ela)
(c) Kawasan padang
Untuk melancarkan permainan ini garisan perlu ditandakan di setiap kawasan
padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan
dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil
garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5
inci) lebar. Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui
garisan tengah di mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran
jejari 9.15m (10 ela).

Rajah 1.5: Ukuran kawasan padang bola sepak

(d) Kawasan gol


Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan
garisan gol masing-masing berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol.
(e) Kawasan penalti
Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol
dengan ukuran 16.5m (18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawasan penalti,
tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol. Lengkungan
bulatan berjejari 9.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan
penalti.

Rajah 1.6: Ukuran kawasan penalti

(f) Tiang bendera


Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan
di setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan
tengah dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang.
(g) Lengkungan sudut
Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang
bendera dibuat di dalam padang permainan.
(h) Tiang gol
Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol. Jarak
antara tiang gol ialah 7.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan
tanah ialah 2.44m (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah
tidak melebihi 12sm (5 inci).

Rajah 1.7 : Ukuran tiang gol bola sepak

Undang-undang 2: Bola
Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan
lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm
dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain
dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan
remaja. Berikut merupakan bentuk bola yang dimaksudkan.

Rajah 1.8: Bola yang digunakan dalam permainan bola sepak

Undang-undang 3: Bilangan Pemain


(a) Pemain
Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan
mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol. Perlawanan
tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang pemain.
(b) Perlawanan Rasmi
Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuanpersatuan di
bawah gabungannya, hanya 3 orang pemain sahaja dibenarkan untuk membuat
pertukaran. Peraturan pada setiap pertandingan mestilah menyatakan berapakah
bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3 hingga
7 pemain).
(c) Nama pemain gantian
Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada
pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak didaftarkan
tidak akan dibenarkan untuk bermain.
(d) Peraturan pemain gantian
Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenangwenangnya.
Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat. Pemain
gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang hendak digantikan
keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil. Proses
pertukaran lengkap apabila pemain gantian memasuki padang permainan dan
pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam
perlawanan tersebut.
(e) Pertukaran Penjaga Gol

Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu


sebelum pertukaran dibuat.

Undang-undang 4: Peralatan Pemain


(a) Keselamatan
Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh
membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain.
Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan.
(b) Peralatan asas
Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut adalah
peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain:
Jersi
Kasut bola
Seluar pendek
Stoking
Pelindung kaki
(c) Pelindung kaki (shin guards)
Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki atau shin
guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik
perlu dipakai di dalam stoking.
(d) Penjaga Gol
Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain,
pengadil dan pembantu pengadil.
(e) Pelanggaran Peraturan
Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar
peraturan. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan
meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang
sehingga diberitahu pengadil. Pengadil akan memeriksa pemain tersebut
sebelum dibenarkan meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan
memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang.

Undang-undang 5: Pengadil
(a) Kuasa pengadil
Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat
sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak.
(b) Tugas Pengadil
Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil:
Melaksanakan undang-undang perlawanan.
Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil.
Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat.
Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat
undang-undang 4.
Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa
permainan.

Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku


sebarang gangguan daripada pihak luar.
Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk
pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang.
Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka
meninggalkan padang. Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan
memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada pengadil.
Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan
lebih daripada satu kesalahan.
Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan
yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang.
Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal
kelakuan semasa perlawanan.
Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas
kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya.
Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.
(c) Keputusan pengadil
Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar
keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau
setelah berbincang dengan pembantu pengadil.

Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan


(a) Tugas
Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara tugas tugas
pembantu pengadil ialah:
Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan.
Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke
dalam padang.
Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan ofsaid.
Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di
luar pandangan pengadil utama.
(b) Pembantu
Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang
permainan bola sepak. Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada
pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila sesuatu
keadaan itu tidak boleh dikawal.

Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan


(a) Tempoh permainan
Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali terdapat
persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan keduadua pasukan.
Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan hendaklah dibuat
sebelum permainan itu dimulakan. Contohnya
mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit.
(b) Masa Rehat
Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa
pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.
(c) Masa tambahan

Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu


pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil
bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapakan
rawatan.
(d) Tendangan penalti
Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh masa
akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.
(e) Pemberhentian perlawanan
Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan
peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya.
Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan
(a) Permulaan perlawanan
Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol
atau memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling.
Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan pertandingan, sekiranya
pihak yang menang memutuskan untuk memilih kawasan gol manakala pasukan
yang menang lambungan syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh
masa kedua.
(b) Sepak mula
Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali
perlawanan pada separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula juga dibuat
selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa
semasa tambahan masa. Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah
sah.
(c) Prosedur
Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan lawan
hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) daripada bola, semasa
sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan pegun dan berada di
tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil memberi isyarat mula, pemain
tengah perlu membuat sepak ke hadapan untuk
dihantar kepada rakan pasukannya yang lain. Pemain yang mengambil sepakan
mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum ianya disentuh oleh
pemain lain. Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol, sepakan mula akan
diambil oleh pasukan lawan.

Undang-undang 9: Bola Masuk dan Keluar


Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang
apabila melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di udara
garisan padang. Permainan akan diteruskan kembali dengan:
(a) Perlawanan akan disambung semula dengan lambungan bola di mana tempat
terakhir bola terkeluar.
(b) Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di
dalam padang permainan.
(c) Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku Pelanggaran
undang-undang.

Rajah 1.15: Contoh keadaan bola masuk dan bola keluar

Undang-undang 10: Jaringan


Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang
gol dan di bawah besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang
tidak melempar, membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau
tangan.
Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan
paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan. Manakala
perlawanan akan dikira seri sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah
gol yang sama semasa tempoh perlawanan. Rajah di bawah menunjukkan contoh
keadaan bola bagi menentukan jaringan gol.

Rajah 1.16: Contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol

Undang-undang 11: Ofsaid


Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada
berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain
tersebut berada di separuh padang permainan pasukannya dan hanya terdapat

sekurang-kurangnya 2 pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka


bersama pemain itu sendiri.
Denda akan dikenakan jika pemain melakukan ofsaid. Sepakan percuma pula
akan diberikan kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku.

Undang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan Buruk


Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja
melakukan apa sahaja kesalahan akan dihukum. Sebagai hukuman, sepakan
percuma akan diberikan kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu
dilakukan. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan percuma ialah:
(a) menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan.
(b) memegang pemain pihak lawan.
(c) melompat ke atas pemain pihak lawan.
(d) menolak pemain pihak lawan.
(e) mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak
lawan menghalang pemain daripada mengambil bola.
(f) sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan.
(g) menyadung pemain pihak lawan.
(h) mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar
atau tidak sopan.
(i )membawa, menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan
lengan atau tangan (melainkan ia dilakukan penjaga gol di dalam kawasan kotak
penaltinya).

Undang-undang 13: Tendangan Percuma


Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung.
Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi
menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah
disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma
sebelum bola itu melepasi garisan gawang. Pemain pertahanan mestilah berada
sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat
tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain pertahanan boleh
berada dalam jarak kurang dari 9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang
diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang
pasukan pertahanan. Dalam situasi tersebut, pemain pertahanan boleh berdiri
pada gawang mereka untuk menghalang jaringan berlaku.
Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan
sekurangkurangnya
9.15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari kawasan
penalti mereka. Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak bergerak
apabila sepakan percuma diambil. Jika pemain yang mengambil sepakan

percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain menyentuhnya,
secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan percuma.

Undang-undang 14: Sepakan Penalti


Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di dalam
kawasan penalti.
Prosedur:
Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di
tengah-tengah gawang.
Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m di luar
kawasan
penalti kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti dan penjaga
gol.
Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol
dan
tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil.
Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil
sepakan
penalti dan tidak boleh menendang bola sekali lagi sehingga bola itu
disentuh oleh pemain lain.

Undang-undang 15: Balingan Masuk


Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir
sekali bola itu dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi; sama ada bola
meleret di atas padang atau di udara. Balingan masuk akan dilakukan oleh
pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang menyebabkan bola
terkeluar.
Prosedur:
Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian
belakang kepala. (Rajah 1.20)
Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah
menyentuh
garisan atau di luar garisan.
Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh
oleh
pemain lain.
Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira.

Undang-undang 16: Tendangan Gol


Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh
pemain yang membuat hantaran, terkeluar di belakang garisan gol sama ada
melalui leretan padang atau udara.

Prosedur:

Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan


atau
pun penjaga gol.
Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga
pemain lain menyentuhnya.
Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan
penalti.
Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa
tendangan gol diambil.
Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol.

Undang-undang 17: Tendangan Sudut


Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi
garisan belakang gol.
Prosedur:

Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung


padang bersebelahan dengan tiang bendera.
Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan.
Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola
sehinggalah tendangan sudut diambil.
Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga
pemain lain menyentuhnya.

PERLEMBAGAAN

BOLA SEPAK
SEK KEB PETALING 1

Anda mungkin juga menyukai