Anda di halaman 1dari 67

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

BUKU PANDUAN
PELAKSANAAN MENTOR MENTEE

1
1.0 Pendahuluan

Program Mentor-mentee merupakan program yang dibina khusus untuk


memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan membina dan melatih
pelajar membentuk sahsiah yang baik dan seimbang dari aspek emosi,
sosial, intelek, rohani dan jasmani. Di dalam Pelan Strategik Interim
KPM 2011-2020 di bawah inisiatif 1 perkara memartabatkan profesion
keguruan ada dinyatakan bahawa matlamatnya adalah untuk
meningkatkan kualiti guru dan pemimpin pendidikan bagi meningkatkan
kemenjadian murid. Bagi mencapai maksud ini, tujuh dimensi budaya
Institut Pendidikan Guru (IPG KPM) dijadikan teras untuk diterap dan
diamalkan oleh pelajar IPG KPM iaitu budaya ilmu, budaya kepimpinan,
budaya kerja profesional, budaya akhlak dan moral, budaya penyayang,
budaya hidup sihat dan budaya estetika. Dimensi tujuh budaya IPG
KPM ini diharap dapat melahirkan bakal guru yang berkualiti dan
kompeten. Oleh itu buku panduan ini telah dihasilkan bagi menjayakan
hasrat kerajaan melalui program khusus IPG KPM iaitu program
mentor-mentee. Dalam program pementoran ini tiga faktor menjadi
keupayaan untuk menjana Dimensi Budaya IPG ke arah melahirkan
modal insan yang berkualiti dan kompeten. Faktor tersebut adalah
faktor mentor, faktor mentee dan faktor proses.

1.1 Rasional

Arus pendidikan pada hari ini bersifat dinamik dan pragmatik seiring
dengan perubahan global. Justeru para guru perlulah mempunyai
kelayakan, kecekapan dan kemahiran di dalam bidang yang diceburi.
IPG KPM sentiasa berusaha melahirkan guru yang terlatih dan efektif
dalam memenuhi hasrat dan aspirasi negara. Pelajar yang dilatih harus
mempunyai kekuatan dan keupayaan dalam menghadapi cabaran dan
perubahan semasa. Bagi mencapai tujuan itu, program ini dirancang
sesuai dan selari dengan penentuan matlamat di atas. Pelajar
seharusnya perlu didedah dan diterapkan dengan Dimensi Budaya IPG
bagi membiasakan mereka dengan budaya pendidikan yang menjadi
matlamat dan dasar Kementerian Pendidikan. Pelajar perlu mempunyai
2
ketahanan dan keyakinan diri untuk menghadapi cabaran semasa di
institut dan seterusnya bersedia untuk menghadapi cabaran sepanjang
kerjayanya sebagai pendidik, oleh itu satu program mentor-mentee
yang berasaskan tujuh Dimensi Budaya IPG perlu diwujudkan.
Program ini akan dapat memberi peluang kepada mentor berinteraksi
dengan mentee dan dapat menerapkan nilai-nilai yang terdapat di
dalam dimensi budaya tersebut.

Dari segi keberkesanan pula, berdasarkan kajian yang dijalankan


beberapa penyelidik dalam pendidikan mendapati bahawa program
mentor-mentee banyak membawa kebaikan dan manfaat. Ia dapat
memberikan pengalaman dan pengembangan diri ke arah yang lebih
positif jika ia dapat dijalankan dengan sempurna. Kunci kepada
kejayaan program ini berasaskan kepada 3 faktor utama iaitu faktor
mentor, faktor mentee dan faktor proses. Pelaksanaannya pula, perlu
dijalankan dengan sistematik dan bersepadu. Akhirnya, program ini
diharap dapat melahirkan insan pendidik yang berkualiti dan kompeten.

1.2 Tujuan

Program Mentor-Mentee di IPG KPM bertujuan melahirkan modal insan


yang berkualiti dan kompeten ke arah proses kemenjadian guru
berasaskan tujuh Dimensi Budaya IPG .

Objektif

Program Mentor-mentee ini membolehkan pelajar:

1.2.1 meningkatkan ilmu, produktiviti, kreativiti, dan inovasi,

1.2.2 memupuk jati diri, memperkembang bakat kepimpinan dan


mempunyai wawasan,

1.2.3 memupuk sikap dedikasi dan akauntabiliti terhadap profesion


keguruan,

3
1.2.4 berakhlak dan bermoral yang sesuai dengan kehendak agama,
masyarakat dan negara,

1.2.5 meningkatkan semangat rasa kasih sayang terhadap diri dan


orang lain dan

1.2.6 mengurus keseimbangan emosi, sosial, intelek, rohani dan


jasmani,

1.2.7 menghargai persekitaran dan alam sekitar.

1.3 Kerangka Model Pementoran IPG KPM

Kerangka Model Pementoran IPG KPM ke arah mencapai modal


insan berkualiti dan kompeten ini dibina berasaskan kepada tiga
aspek keupayaan atribut. Tiga keupayaan atribut tersebut ialah
keupayaan atribut mentor, keupayaan atribut proses dan keupayaan
atribut mentee. Rajah 1 memaparkan ketiga-tiga atribut tersebut.

4
ATRIBUT ATRIBUT HASIL
ATRIBUT
MENTOR MENTEE
PROSES
ILMU, ILMU,
5 PAKSI

KEPIMPINAN, KEPIMPINAN,
Pernyataan Visi Misi
Membina Watak
KERJA PROFESIONAL, KERJA PROFESIONAL,
Disiplin Diri
AKHLAK/MORAL, Kerjasama Strategik
AKHLAK/MORAL, Modal Insan
Tindakan Secara
Berkualiti &
PENYAYANG, Istiqamah
PENYAYANG, Kompeten

HIDUP SIHAT, 4 TAHAP HIDUP SIHAT,


(aktiviti bermodul)
ESTETIKA Membina Hubungan ESTETIKA
Meneroka
Perkembangan
Pengekalan

Rajah 1: Model Pementoran IPG KPM

Atribut mentor merupakan keupayaan mentor memahami dan


menghayati tujuh Dimensi Budaya IPG serta mempunyai ciri-ciri
sebagai penggerak dan pembimbing kepada mentee. Atribut mentee
pula merupakan keupayaan mentee yang memerlukan pimpinan dan
bimbingan daripada mentor dalam suasana tujuh Dimensi Budaya IPG
ke arah menjadi insan yang berkualiti dan kompeten. Manakala atribut
proses pula akan melalui lima keupayaan sebagai paksi menjadi
saluran ke arah menghasilkan insan yang berkualiti dan kompeten.
Lima keupayaan paksi tersebut ialah pernyataan visi dan misi, membina
watak, disiplin diri, kerjasama strategik dan tindakan secara istiqamah.
Manakala empat tahap dalam proses interaksi antara mentor dan
mentee ialah membina hubungan, meneroka, perkembangan dan
tindakan. Empat tahap ini dilaksanakan melalui aktiviti Latihan Dalam
Kumpulan (LDK) pementoran.

Tiga atribut yang menjadi keupayaan kepada program ini ialah;

1.3.1 Atribut Mentor

5
Terdapat tujuh keupayaan dimensi budaya yang perlu difahami,
dihayati, diamalkan dan diterapkan oleh mentor. Tujuh
keupayaan dimensi tersebut ialah;
i. Mentor berupaya menghayati, mengamal dan
menerapkan budaya ilmu di kalangan mentee.
ii. Mentor berupaya menghayati, mengamal dan
menerapkan budaya kepimpinan yang berkesan kepada
mentee
iii. Mentor berupaya menghayati, mengamal dan
menerapkan budaya kerja secara profesional kepada
mentee.
iv. Mentor berupaya menghayati, mengamal dan
menerapkan budaya akhlak luhur dan moral yang tinggi
kepada mentee
v. Mentor berupaya menghayati, mengamal dan
menerapkan budaya penyayang kepada mentee
vi. Mentor berupaya menghayati, mengamal dan
menerapkan budaya hidup sihat kepada mentee,
vii. Mentor berupaya menghayati, mengamalkan dan
menerapkan budaya rasa estetik kepada mentee.

1.3.2 Atribut Mentee


Terdapat tujuh keupayaan dimensi budaya yang perlu diterima,
difahami, dihayati dan diamalkan oleh mentee. Tujuh keupayaan
dimensi tersebut ialah;
i. Mentee berupaya menerima, memahami, menghayati dan
mengamalkan budaya ilmu
ii. Mentee berupaya menerima, memahami, menghayati dan
mengamalkan budaya kepimpinan yang berkesan
iii. Mentee berupaya menerima, menghayati dan
mengamalkan budaya kerja secara profesional
iv. Mentee berupaya menerima, menghayati dan
mengamalkan budaya akhlak luhur dan moral yang tinggi
v. Mentee berupaya menerima, menghayati dan
mengamalkan budaya penyayang,
vi. Mentee berupaya menerima, menghayati dan
mengamalkan budaya hidup sihat dan
vii. Mentee berupaya menerima, menghayati dan
mengamalkan budaya rasa estetik kepada mentee.

6
1.3.3 Atribut Proses

Terdapat lima keupayaan yang menjadi paksi kepada atribut proses.


Keupayaan yang menjadi paksi kepada atribut proses ini ialah
pernyataan misi dan visi, membina watak, disiplin diri, kerjasama
strategik dan tindakan secara istiqamah.

i. Pernyataan visi dan misi.

Suatu proses mentor dan mentee dapat menghayati dan


memahami maksud tersurat dan tersirat misi dan visi
organisasi. Memahami visi dan misi penting kerana ia
merupakan satu ikrar komitmen ke arah hala tuju yang ingin
dicapai.

ii. Membina watak.

Suatu proses yang dapat memberi ruang kepada mentor dan


mentee berusaha ke arah membentuk personaliti dan watak
sebagai seorang pendidik yang berkualiti.

iii. Disiplin diri.

Suatu proses yang melibatkan mentee dididik ke arah


mempunyai disiplin yang tinggi terhadap profesion. Mentee
perlu dapat mempamerkan usaha yang penuh disiplin untuk
mendapat hasil terbaik.

iv. Kerjasama Strategik.

Suatu proses untuk menerapkan sifat ihsan dan rasa empati


terhadap keperluan orang lain. Dapat bekerjasama dengan
ahli dalam kumpulan mahupun dengan ahli di luar kumpulan.

v. Tindakan Secara Istiqamah

7
Suatu kesedaran bahawa mentee terlibat secara istiqamah
dalam dunia pendidikan dan bertanggungjawab terhadap
pembinaan diri insan yang berkualiti.

Terdapat empat tahap untuk menerapkan lima keupayaan yang


menjadi paksi kepada atribut proses. Empat tahap tersebut ialah;

i. Membina Hubungan. Mentor berupaya mewujudkan


hubungan yang baik dan mesra dengan mentee.
ii. Meneroka. Mentor berupaya meneroka ke dalam diri
setiap mentee untuk memahami aspek mental dan emosi
mentee.

iii. Perkembangan. Mentor berupaya memahami kekuatan,


kelemahan dan keperluan mentee untuk membimbing
mentee berkembang maju.

iv. Pengekalan. Mentor dapat menerapkan budaya dan


seterusnya menyelia, memantau, menilai dan mengambil
tindak susul agar ada pengekalan dan peningkatan dalam
diri mentee.

Empat tahap ini boleh berlaku secara makro iaitu tahap-tahap yang
berlaku secara keseluruhan dalam satu semester ataupun pada tahap
mikro iaitu tahap-tahap yang berlaku dalam setiap sesi aktiviti mentor-
mentee.

1.3.4 Hasil.

Modal Insan Berkualiti dan Kompeten (MIBK) ke arah


kemenjadian guru adalah hasil daripada tiga atribut proses yang
terdapat di dalam pelaksanaan program mentor mentee di IPG
KPM digambarkan di dalam Kerangka Model Pementoran IPG
KPM.

1.4 Tatacara Pelaksanaan Program Mentor-mentee

8
Terdapat empat langkah tata cara pelaksanaan program mentor-
mentee di IPG KPM. Langkah-langkah tersebut ialah;
i. KJ HEP mencadangkan kepada pengarah nama-nama
pensyarah untuk dilantik sebagai mentor.
ii. Pengerusi (KJ HEP) mengadakan mesyuarat dan taklimat
kepada mentor.
iii. Jadual pelaksanaan program mentor-mentee diedarkan
kepada semua mentor.
iv. Program mentor-mentee dijalankan pada waktu yang
ditetapkan oleh pihak pentadbiran IPG KPM berpandukan
Buku Panduan Mentor-Mentee.

1.5 Peranan Mentor

Mentor boleh berperanan seperti berikut;

i. Fasilitator
ii. Penasihat
iii. Pembimbing
iv. Pakar rujuk
v. Role Model
vi. Pendidik

1.8 Tugas-Tugas Mentor Secara Umum

Terdapat beberapa tugas mentor secara umum iaitu;

i. Mengendalikan pendaftaran pelajar baru.


ii. Mengendalikan LDK semasa Minggu Pengurusan
Pelajar Baharu.
iii. Mengemas kini rekod pelajar sepanjang berada di
IPG KPM.
iv. Menyemak dan menyelia kehadiran kuliah, gerko,
program mentor-mentee dan semua aktiviti rasmi.
v. Merancang dan melaksanakan aktiviti kumpulan
dalam sesi perjumpaan mentor-mentee.

9
vi. Merekodkan aktiviti setiap sesi mentor-mentee
yang dijalankan dalam borang laporan perjumpaan
mentor-mentee.
vii. Merujuk kepada kaunselor mengenai kes yang
memerlukan khidmat kaunseling.
viii. Membimbing dan mengikuti perkembangan diri
pelajar sepanjang menjalani kursus di institut.
ix. Menjalankan penilaian pencapaian pelajar dalam
program Bina Insan Guru.
x. Membuat penilaian dan laporan sebelum
peperiksaan/penempatan pelajar.
xi. Mengurus rekod kehadiran kuliah bagi kumpulan
akademik masing-masing.
xii. Mengisi borang rumusan kehadiran kuliah bulanan.
xiii. Mengisi Borang Maklumat Salah Laku Pelajar jika
pelajar melakukan kesalahan tatatertib dan perlu
dikenakan tindakan tatatertib.
xiv. Menyediakan laporan akademik dan sahsiah.

1.10 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee

Buku Panduan ini disediakan untuk memberi kemudahan kepada


mentor melaksanakan Program Mentor Mentee di IPG KPM. Mentor
diharap dapat melaksanakan program mentor-mentee berasaskan
aktiviti yang dicadangkan di dalam buku panduan ini. Terdapat tujuh
tema yang berasaskan tujuh dimensi budaya IPG yang perlu
dilaksanakan sepanjang pengajian pelajar.

1.10.1 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

 Istilah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dalam Buku


Panduan Program Mentor-mentee ini merujuk kepada
satu bentuk latihan dalam kumpulan yang melibatkan
mentor dan mentee. Mereka bekerjasama melaksanakan,
menjana idea, dan berinteraksi berasaskan aktiviti yang
disediakan.

10
 Aktiviti dalam kumpulan membolehkan ahlinya
bekerjasama mencapai suatu tujuan dengan
menggunakan potensi, bakat dan kebolehan masing-
masing.

 LDK merupakan makmal manusia yang menawarkan satu


persekitaran yang membolehkan semua ahli kumpulan
meluahkan perasaan dan pemikiran masing-masing.

LDK dilaksanakan dalam 4 tahap. Tahap tersebut ialah;

i. Membina hubungan

ii. Penerokaan

iii. Perkembangan

iv. Tindakan dan Pengekalan

Empat tahap ini boleh berlaku secara makro iaitu tahap-tahap yang
berlaku secara keseluruhan dalam satu semester ataupun pada
tahap mikro iaitu tahap-tahap yang berlaku dalam setiap sesi aktiviti
mentor-mentee.

Pada peringkat makro, tahap membina hubungan dilaksanakan


pada awal pengajian iaitu PPISMP dan Semester 1 dan Semester 2
PISMP. Tahap meneroka dilaksanakan pada peringkat pertengahan
semester iaitu Semester 3 dan 4 PISMP. Tahap perkembangan
dilaksanakan pada semester 5 dan 6 PISMP. Manakala tahap
pengekalan boleh dilaksanakan pada peringkat akhir pengajian iaitu
Semester 7 dan 8.

Pada peringkat mikro pula, membina hubungan berlaku pada


awal sesi dalam interaksi kelompok, penerokaan dan perkembangan
berlaku pada peringkat pertengahan sesi, manakala pengekalan
berlaku pada akhir sesi.

11
1.10.2 Peranan Mantee Dalam LDK

Antara peranan yang boleh dimainkan oleh mentee dalam LDK ialah;

 melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan,

 memberikan pandangan atau pendapat,

 mendengar secara aktif,

 memberikan sumbangan yang membina untuk membantu ahli


lain,

 berinteraksi berasaskan etika pementoran.

1.10.3 Peranan Mentor Dalam LDK

Mentor melaksana dan menguruskan sekumpulan mentee


berasaskan cadangan aktiviti yang ada dalam buku panduan.
Aktiviti yang terdapat dalam LDK menyasarkan beberapa objektif
untuk dicapai oleh ahli kumpulan.

Antara peranan yang boleh dimainkan oleh mentor dalam LDK ialah;

 sebagai fasilitator,

 sebagai ayah/ Ibu angkat/ abang/ kakak/ rakan,

 sebagai pemangkin, pencetus, perangsang, penasihat dan


penggerak,

 mewujudkan hubungan mesra dan saling mengenal dalam


kalangan mentee.

 membina kepercayaan, keyakinan, ukhuwah antara mentee,

 memupuk tujuh nilai budaya dalam kalangan mentee,

12
 memotivasikan mentee ke arah melaksanakan tindakan yang
dipersetujui dan

 mengekalkan dan memperkembangkan tindakan mentee.

1.10.4 Peranan Mentor Sebelum Sesi

Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh mentor sebelum


menjalankan sesi ialah;

 mengetahui objektif dan falsafah aktiviti yang akan


dilaksanakan,

 pilih tempat yang sesuai, selesa dan kondusif untuk menjalankan


aktiviti,

 bahan-bahan dan peralatan disediakan secukupnya,

 melaksanakan aktiviti berdasarkan cadangan buku panduan,

1.10.5 Peranan Mentor Semasa Sesi

Antara peranan mentor semasa menjalankan sesi ialah;

• mengendalikan sesi agar matlamat tercapai,

• menggalakkan penyertaan mentee secara aktif,

• memberi peluang kepada mentee mengeluarkan pendapat


sendiri secara terbuka dan selesa,

• mentor memaklumkan kepada mentee tentang:

 matlamat perjumpaan dan hasil yang diharapkan daripada


penglibatan mereka,

 pentingnya keikhlasan dan kejujuran ahli,


13
 maklumat yang dibincangkan adalah rahsia,

 peraturan, hak dan batas tingkah laku,

 bertindak adil dan menolong ahli mengatasi perselisihan


pendapat secara membina.

1.10.6 Peranan Mentor Selepas Sesi

Antara peranan mentor selepas menjalankan sesi ialah;

• menyemak pencapaian matlamat kumpulan,

• mendapatkan maklum balas dari ahli kumpulan,

• membuat refleksi dan penambahbaikan dan,

• melengkapkan borang laporan mentor-mentee.

1.10.7 Kemahiran Fasilitator

Antara kemahiran fasilitator yang perlu ada pada seorang mentor ialah;

 Kemahiran melayan

o Ekspresi wajah yang mesra

o Kedudukan jarak yang sesuai

o Gaya duduk yang positif

o Nada suara yang sesuai

 Kemahiran mendengar

o Mendengar secara berfokus

o Mendengar isi pernyataan yang diucapkan

14
o Mendengar isi perasaan yang diluahkan

o Mendengar makna yang cuba disampaikan

 Kemahiran memberi maklum balas

o Menyebut semula butiran pernyataan (para frasa)

o Membuat refleksi isi pernyataan dan perasaan

o Soalan terbuka dan tertutup

 Kemahiran merumus

 Minta penjelasan

 Menyemak persepsi/ interpretasi

 Unsur kecindan

1.10.8 Ciri-Ciri Fasilitator Berkesan

Terdapat 3 ciri penting yang perlu ada pada fasilitator. Ciri tersebut
ialah;

 dapat menerima ahli tanpa syarat

o menerima ahli seadanya

o melayan ahli secara adil dan saksama

 empati terhadap ahli

o dapat merasakan perasaan yang dilalui oleh ahli

o dapat memahami dan memberi maklum balas yang


sesuai

15
 jujur semasa berinteraksi dalam sesi

o dapat memberi maklum balas yang sebenarnya

o dapat menimbulkan kesedaran secara bertanggungjawab

1.10.8 Etika Pementoran

Mentor yang berintegriti akan patuh kepada etika pementoran demi


memastikan tugas pementoran yang dilaksanakan berupaya
memberikan bimbingan yang berkesan kepada mentee. Antara aspek
yang perlu diberi perhatian oleh mentor ialah;

1. Aspek perhubungan

Mentor menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan mentee


mengikut cara-cara jalinan hubungan yang sihat. Mentor perlu
memahami latar belakang budaya yang berbeza di kalangan
mentee.

a. Menjaga kebajikan mentee

Mentor bertanggung jawab untuk menghormati maruah


dan menjaga kebajikan mentee. Mentor menyimpan
maklumat mentee secara bertanggung jawab dan
berusaha untuk membentuk perancangan untuk
melaksanakan program mentor mentee secara bersepadu
dan menaksir keberkesanan setiap aktiviti.

b. Peka terhadap pelbagai budaya

Mentor hendaklah menjalankan aktiviti dengan cara yang


sesuai dari segi tahap perkembangan dan budaya
mentee.

c. Kerahsiaan

Maklumat peribadi mantee perlu dirahsiakan kecuali


kepada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan

16
pentadbiran terhadap maklumat berkaitan. Isu peribadi
yang timbul dari peluahan dalam kumpulan perlu dikongsi
hanya oleh ahli di dalam kumpulan.

2. Komunikasi dan batasan

Mentor perlu sedar bahawa kepercayaan adalah tunjang kepada


hubungan dua hala mentor-mentee. Oleh itu, mentor hendaklah
berusaha mewujudkan rasa percaya mentee melalui jalinan
perkongsian yang berterusan dalam batas sempadan yang
sesuai.

a. Menghormati hak mantee

Mentee diberi peluang untuk bercakap dan memberi


pandangan. Mereka juga diberi peluang untuk memberi
komen dan boleh tidak bersetuju dengan ahli lain.

b. Penjelasan mengenai batasan

Terdapat batasan-batasan yang perlu diketahui oleh


mentee. Kejayaan aktiviti hanya akan berlaku jika semua
menyedari tentang kemampuan, kekuatan dan kelemahan
masing-masing.

c. Kemudaratan dan keperluan peraturan

Jika berlaku apa-apa kemudharatan kepada mentee maka


mentor boleh membawa isu ini kepada pihak yang lebih
atas untuk tindakan selanjutnya mengikut keperluan dan
peraturan.

3. Tanggungjawab Profesional
Mentor perlu menjalankan amalan mereka dalam suasana yang
tidak diskriminatif dalam lingkungan sempadan profesional dan
kompetensi peribadi.
a. Kompetensi profesional
Mentor hendaklah memperoleh ilmu pengetahuan dan
kesedaran yang berkaitan dengan bidang-bidang yang
berkaitan dengan kepakarannya.
b. Pendidikan berterusan

17
Mentor perlu sedar tentang pentingnya memperoleh dan
memperkembangkan pendidikan berterusan.
c. Kemahiran bimbingan
Mentor perlu ada ilmu kemahiran membimbing yang
paling asas untuk membantu dan membimbing mentee ke
arah pembinaan diri yang positif.
4. Hubungan Dengan Organisasi
a. Hubungan dengan rakan sejawat
Mentor berupaya untuk menjalin hubungan dengan rakan
sejawat demi kepentingan dan kebajikan mentee.
b. Hubungan dengan majikan
Mentor berupaya menjalin hubungan yang baik dengan
majikan agar mentee dapat dibantu dan dapat
ditingkatkan keperibadiannya.
c. Kerja pasukan antara jabatan
Mentor berupaya menjalin hubungan dengan setiap
jabatan dalam soal pengurusan akademik, kokurikulum
dan kebajikan mentee
5. Perundingan
a. Kompetensi mentor
Keupayaan mentor untuk membuat perundingan dengan
(pengarah, pensyarah, ibu bapa, dan pegawai lain yang
berkaitan) berhubung dengan perkara/ isu-isu mentee.
b. Matlamat perundingan
Mentor mempunyai tanggungjawab untuk membuat
laporan secara lisan atau bertulis bersesuaian dengan
keperluan dan kepentingan mentee.
6. Latihan, Pengajaran dan Pentafsiran
Apabila mentor menggunakan alat, ujian, modul dan aktiviti
sebagai satu komponen dalam proses pelaksanaan mentor-
mentee, mentor perlu mengambil kira konteks;
a. Hubungan berpotensi memberi faedah
Mentor hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan
instrumen, ujian, modul dan aktiviti adalah sesuai dan
memberi faedah kepada mentee.
b. Kompetensi multi-budaya
Mentor hendaklah berhati-hati semasa memilih instrumen,
ujian, modul dan aktiviti bagi kumpulan mentee yang
pelbagai budaya untuk mengelak daripada salah
pentafsiran dan persepsi.

18
BUDAYA IPGM

Budaya IPG adalah suatu jenama untuk membentuk dan melahirkan


guru yang mengamalkan tujuh dimensi budaya berikut:

Budaya Ilmu

 Pembelajaran sepanjang hayat


 Berilmu pengetahuan luas, mendalam dan terkini (syumul)
 Menguasai, mengamal, menghayati, dan berkongsi ilmu
 Menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu
 Mengamalkan penyelidikan.

Budaya Kepimpinan

 Kebolehan membuat keputusan


 Pemikiran reflektif
 Menghayati Visi dan Misi IPG serta aspirasi negara
 Mempunyai idea-idea yang bernas
 Bermotivasi tinggi untuk menggerakkan perubahan
 Berupaya menyelesaikan masalah
 Menjalin kejelekitan di antara warga IPG
 Membimbing warga IPG ke arah pengurusan kendiri yang
berkesan
 Menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan
 Menetapkan ekspektasi dan pencapaian yang tinggi
 Mengorientasikan kurikulum dengan piawai pencapaian
 Mewujudkan komuniti belajar sepanjang hayat
 Menyediakan pelbagai cara untuk mentafsir dan menilai
pembelajaran
 Menyediakan sumber dan sistem untuk membantu dan
menyokong pembelajaran
 Kesetiaan kepada organisasi.

19
Budaya Kerja Profesional

 Mendokong Visi dan Misi organisasi


 Meletakkan kerja sebagai amanah dan ibadah
 Bersikap proaktif, kritis, kreatif, dan inovatif
 Optimis dan komited dalam pekerjaan
 Mementingkan kualiti dan menepati piawaian yang
ditentukan
 Kepuasan pelanggan sebagai sasaran utama kerja
 Menepati masa, cekap, tepat, dan mematuhi prosedur
 Menitikberatkan kerja sepasukan dalam menjayakan aktiviti
organisasi.

Budaya Akhlak dan Moral

 Sentiasa bersyukur
 Merendah diri (tawadhuk)
 Redha dengan Qada dan Qadar
 Taqwa
 Ikhtiar dan Doa
 Mematuhi etika.

Budaya Penyayang

 Keprihatinan dengan makhluk


 Sayang akan diri, keluarga, dan masyarakat
 Sayang akan profesion
 Sayang akan warga dan organisasi
 Sayang akan alam sekitar
 Sayang akan negara.

Budaya Hidup Sihat

 Kesihatan dan kecergasan fizikal

20
 Kematangan emosi
 Ketenangan rohani dan bertaqwa
 Keterbukaan minda, positif, matang, dan rasional
 Persekitaran mesra.

Budaya Estetika

 Kehalusan budi
 Keunggulan peribadi
 Kesempurnaan kerja
 Kecantikan dan keindahan seni dan karya
 Keindahan kebudayaan dan bangsa
 Keindahan persekitaran.

TAARUF

T1 TEPUK KERAMAT
T3 NAMA BERANTAI
T4 LOGO DIRI
T5 BINGO
T17 BURSA SAHAM

T1 Tepuk Keramat

21
60 minit

Alatan: Tiada

Objektif:

1. Mentee mempamerkan pergerakan aktif.


2. Mentee menunjukkan air muka yang gembira dan ceria.
3. Mentee mampu menggunakan kesemua deria dan berdasarkan
arahan.
4. Mentee memperlihatkan unsur bekerjasama dalam aktiviti yang
dilaksanakan.

Langkah-langkah:

1. Mentor menerangkan cara aktiviti dilaksanakan.


2. Membuat tunjuk cara

Cara: Bilangan tepukan 3 kali

 Tepuk dengan 5 jari tunjuk 5


 Tepuk dengan 4 jari tunjuk 4
 Tepuk dengan 3 jari tunjuk 3
 Tepuk dengan 2 jari tunjuk 2
 Tepuk dengan 1 jari tunjuk 1

(Nota: Aktiviti dilaksanakan mengikut kreativiti mentor masing-masing)

Natijah:

1. Kesepaduan menjadikan kita kuat


2. Tepukan yang sama rentak menunjukkan ada kerjasama
persetujuan / konsesi antara ahli-ahli
3. Kesilapan boleh merosakkan keseluruhan organisasi / sistem.

(Nota: Dapatkan pandangan dan pendapat daripada ahli kumpulan)

T3 Nama Berantai

60 minit

Alatan: Tiada

Objektif:
1. Menghilangkan perasaan malu dan mewujudkan kemesraan.
2. Mendidik mentee kaedah mengingati fakta.
3. Membentuk jalinan mesra dan memupuk kepercayaan antara
mentor dan mentee.

Langkah-langkah:
1. Mentee duduk membuat satu bulatan yang cantik sehingga
semua Mentee dapat berpandangan semasa berinteraksi.
22
2. Mulakan dengan bertanyakan khabar mentee dan perasaannya
ketika permulaan kursus. Gunakan ganti nama diri yang mesra
contohnya, Abang Long, Kak Cik, Kekanda dan sebagainya.
3. Semasa pusingan pertama aktiviti tukarkan abjad pangkal
mentee dengan nama haiwan, buah-buahan atau barangan
yang mudah. Contohnya, Rusman (Rusa), Amri (Angsa) atau
Ramlan (Rambutan), Amri (Anggor). Sebut nama sendiri dan
ulang dari sebutan nama pertama sehingga ahli terakhir
kelompok. Mentor meminta mana-mana mentee mengulangnya
sekali lagi.
4. Pusingan kedua mentor boleh menggunakan perkataan yang
lebih sukar contohnya istilah-istilah sains atau teknologi, doa-
doa dan sebagainya.
1. Mentor perlulah menerang dan menekankan etika kerahsiaan
dalam kelompok. Pesan pada mentee agar setiap yang disebut
dan yang berlaku dalam kelompok hendaklah dirahsiakan dan
tidak dihebahkan di luar kelompok.

Natijah:
1. Mengulang-ulang sesuatu sebutan akan memudahkan
seseorang itu untuk mengingat.

T4 Logo Diri

120 minit

Alatan: Pensel, Kertas A4

Objektif:

1. Melatih diri mentee dapat membuat pendedahan kendiri


dengan lebih terbuka dan mendalam.
2. Mentee dapat memahami dan menghargai maklumat orang
lain.

Langkah-langkah:

1. Mentee diberi sehelai kertas A4 dan pensil.


2. Arahkan mentee melukis logo diri di atas kertas
Lukis sebarang simbol untuk melambangkan diri pelatih
sekarang.

3. Setiap mentee secara bergilir diminta mempamerkan logo diri dan


menjelaskan maksud logo yang dilukiskannya tidak lebih dari 3
minit.

23
4. Dalam proses persembahan itu, mentee lain digalakkan untuk
bertanya.

Falsafah:

1. Menerusi simbol / logo mentee lebih terikat untuk menjelaskan


dirinya dengan lebih terbuka.
2. Menggalakkan mentee membuat pendedahan kendiri tanpa
batasan.
3. Meluaskan ruang untuk mentee bertanya.

T5 Bingo

60 minit

Alatan: Kertas edaran

Objektif:
1. Kenal mengenali antara rakan sekumpulan.
2. Membina keyakinan diri.
3. Menyertai dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang
dijalankan.

Langkah-langkah:
1. Mentor memilih mana-mana lima item daripada senarai dalam
Lampiran A.
2. Meminta mentee mengisi maklumat mengikut keperluan.
3. Mentor menerangkan kepada mentee perkara berikut:
a. Mentor meminta seorang demi seorang menceritakan
mengenai diri masing-masing. Semasa seorang mentee
bercerita, jika terdapat persamaan maklumat, mentee
lain akan berkata ‘ BINGO ’ dengan jelas dan kuat.

b. Mentor menggalakkan mentee membuat penerokaan


secara ringkas.
4. Perbincangan / rumusan: Mentor memberi peluang kepada mentee
menyoal dan berbincang mengenai perasaan masing-masing
dan membuat rumusan.

Natijah :

1. Setiap manusia ada persamaan di samping perbezaan.


2. Persamaan dan perbezaan merupakan asas individu untuk
bekerjasama.

24
Lampiran – Kertas edaran

25
Senarai tajuk mengenai diri

1. Nama : ______________________________

2. Tarikh Lahir : _________________________

3. Negeri Asal : _________________________

4. Bilangan Adik Beradik : _________________

5. Pekerjaan ibu / bapa : __________________

6. Hobi : _______________________________

7. Makanan yang digemari : _______________

8. Kenangan manis : _____________________

9. Permainan : __________________________

10. Cita-cita : ____________________________

T17 Bursa Saham

60 minit
26
Alatan: Kertas A4

Objektif :

1. Menambah kejelekitan kelompok.


2. Membina hubungan mesra dalam kalangan mentee.

Langkah-langkah:

1. Mentor mengedarkan sekeping kertas A4 kepada setiap


mentee.
2. Mentor mengarahkan mentee melipat kertas berkenaan kepada
enam (6) bahagian yang sama saiz.
3. Mentor akan mengambil beberapa contoh lipatan kertas
tersebut dan menunjukkan kepada mentee.
4. Walaupun kesemua contoh berkenaan betul tetapi masih
terdapat perbezaan kerana hakikatnya manusia mempunyai
tanggapan yang berbeza terhadap sesuatu arahan.
5. Mentor meminta mentee mengoyak lipatan tersebut dan
mencatatkan nombor 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 pada helaian berbeza.
6. Mentor mengarahkan mentee untuk menulis:
Helaian 1 - Nama penuh

Helaian 2 - Nama Glamour*

Helaian 3 - Tarikh Lahir*

Helaian 4 - Nama Sahabat*

Helaian 5 - Makanan Kegemaran*

Helaian 6 - Minuman Kegemaran.*

(Boleh diubah mengikut kesesuaian)

7. Mentor mengarahkan mentee melipat/menggulung setiap


helaian tersebut. Helaian 1 diserahkan kepada kepada mentor.

8. Mentor menyediakan 5 pusat (check point) di tengah-tengah


bulatan mentee dan mengarahkan mentee meletakkan setiap
lipatan/ gulungan kertas tadi ke pusat yang disediakan:
Helaian 2 pada post 1

Helaian 3 pada post 2

Helaian 4 pada post 3

Helaian 5 pada post 4

Helaian 6 pada post 5.

27
9. Setelah semuanya selesai, mentor mengarahkan mentee
mengambil pada setiap post satu helaian secara rambang.
10. Dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh mentor, mentee
diminta mengembalikan helaian tersebut kepada tuan asalnya.
11. Mentor membuat rumusan:

Natijah :

1. Berkawan Biar Seribu, Berkasih Biar Satu

T18 Selamat Hari Lahir

60 minit

Alatan: Hadiah yang bersesuaian

Objektif:

1. Saling memahami antara satu sama lain.


2. Keperihatinan terhadap rakan sekuliah.
3. Merapatkan jalinan kemesraan dan kekitaan.

Langkah-langkah:

1. Mentor kenal pasti terlebih dahulu mentee yang dilahirkan pada


bulan ini.
2. Mentee yang tidak dilahirkan pada bulan tersebut datang lebih
awal untuk buat persediaan.
3. Mereka yang akan diraikan dijemput dengan kereta.
4. Lakukan suatu kejutan, agar mentee merasai kemeriahan
sambutan.
5. Mentee yang tidak dilahirkan pada bulan tersebut dikehendaki
menulis kata hikmah untuk mereka yang diraikan.
6. Mereka yang diraikan dijemput untuk berucap.
7. Mentor menyoal mentee perasaan mentee apabila dihargai
sebegini.

Natijah:

1. Manusia sebenarnya suka dihargai dan diraikan. Pujian dan


kata-kata semangat memberi momentum untuk mengeratkan
hubungan. Jika kita menghargai orang lain, suatu hari nanti
orang akan menghargai kita tanpa kita minta.

BUDAYA ILMU
28
I1 SMS KEKASIHKU
I2 GURU DAHULU,GURU
HARI INI
I3 UTAMAKAN YANG UTAMA
I8 PEMIKIRAN KREATIF DAN
INOVATIF
I12 SEBELUM DAN SELEPAS

I 1. SMS Kekasihku
60 minit
Alatan : Hand Phone
Objektif :
1. Memilih telefon bimbit yang sesuai mengikut keupayaan.
2. Memanfaatkan komunikasi berkesan..
3. Berwaspada semasa melakukan komunikasi

Langkah-langkah:
1. Mentee dikehendaki menghantar kata-kata hikmah kepada 2 rakan
anda yang berada di dalam kelas. Masa diberikan selama 7 minit.
2. Perhatikan apa tindak balas rakan anda. Adakah membisu atau
mengucapkan terima kasih atau ap-apa penghargaan lain kepada
anda.
3. Setiap orang cuba bacakan kata-kata hikmah tersebut. Apa
perasaan anda apabila membaca sms tersebut?
4. Adakah selama ini kita memberi kata hikmah kepada orang
tersayang seperti ayah dan ibu, suami atau isteri, keluarga atau
saudara terdekat.
5. Walaupun hanya sms tetapi ia memberi makna yang cukup bernilai.
6. Mentee cuba sms kepada orang tersayang dan lihat reaksi
penerima.
29
7. Mentor membuat refleksi bersama mentee.

Natijah :
1. Saling menghargai sesama saudara.
2. Adap semasa menghantar sms.
3. Mengeratkan tali persaudaraan.

I 2 Guru Dahulu, Guru Hari Ini

60 minit
Alatan : Gambar Kartun Guru-rujuk lampiran
Objektif :
1. Sentiasa bersedia fizikal dan mental.
2. Bertolak ansur dalam keadaan kritikal.
3. Berfikir sebelum bertindak.

Langkah-langkah :
1. Mentor menunjukkan gambar kartun situasi guru dahulu dan guru
sekarang.
2. Mentee diminta memberi ulasan berkenaan situasi tersebut.
3. Mentee mengimbas kembali pada zaman persekolahan dahulu tentang
pengalaman mereka melihat atau mendengar situasi tersebut.
4. Sekiranya mentee sebagai guru, bagaimana anda menyelesaikan
masalah tersebut.
5. Jika anda melihat rakan sekerja anda dalam situasi tersebut, apakah
yang akan anda lakukan.
6. Mentee lakonkan situasi guru dahulu dan situasi guru hari ini seperti
gambar kartun.
7. Buat rumusan aktiviti ini bersama mentor dan mentee.

Natijah:
1. Bertindak mengikut peraturan dan undang-undang.
2. Guru hendaklah banyak bersabar dalam mendidik.
3. Bersedia menghadapi dugaan

30
Lampiran I 2

Cikgu buat le apa saje, Look! What have you done


jangan patah riuk udah le. to my son! See you in court.

Guru dahulu Guru sekarang

I 3. Utamakan Yang Utama


60 minit
Alatan : kertas A4,
Objektif :
1. Melaksanakan perkara yang penting mengikut keutamaan.
2. Menilai dan membuat perubahan diri.
3. Menghasilkan kerja yang produktif.

Langkah-langkah:
1. Mentor mengedarkan kertas A4 kepada mentee.
2. Senaraikan 5 perkara penting yang anda lakukan setiap hari.
3. Perkara penting dan tidak mustahak, perkara tidak penting dan
mustahak, perkara tidak penting dan tidak mustahak.
4. Setiap individu sila senaraikan aktiviti yang dilakukan setiap hari
berdasarkan
empat kuadran tersebut.
5. Pilih mentee secara rawak dan bacakan tugasan tersebut dan
bincangkan.
6. Mentor menyoal pelajar, apakah yang anda dapat daripada aktiviti ini.

31
Pengajaran:
1. Dalam pekerjaan kita harus mengetahui yang manakah perkara yang
patut diutamakan.
2. Pelajar dapat menguruskan masa dengan baik.
3. Melakukan aktiviti yang mendatangkan faedah sahaja.

Lampiran I 3
Isikan aktiviti anda dalam borang ini .

COVEY IMPORTANT NOT IMPORTANT


WINDOW

URGENT

NOT
URGENT

Contoh

COVEY IMPORTANT NOT IMPORTANT


WINDOW
Exam Pergi ke tandas
Study Pinjaman peribadi
URGENT Solat Tempahan tiket bola
Homework sepak
Tempahan kereta
sewa

Buat nota Menonton wayang


Tidur Melepak dipasaraya
Baca surat khabar Berangan-angan

32
NOT Bersukan Chating/facebook
URGENT Hobi

I 8. Pemikiran Kreatif dan Inovatif


60 minit
Alatan : Kertas A4
Objektif :
1. Menjana pemikiran kreatif dan inovatif.
2. Menghasilkan sesuatu yang menarik.
3. Implementasi dalam kehidupan seharian.

Langkah-langkah:
1. Mentee dibahagikan kepada beberapa kumpulan, terpulang
kebijaksanaan
mentor sama ada dibuat secara individu atau kumpulan.
2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu objek/binatang
yang digemari.
3. Berdasarkan objek tersebut hasilkan beberapa jenis barang-
barang lain contohnya seperti keychain, tabung, bentuk
rumah, bekas makanan dan lain-lain mengikut kreativiti
masing-masing.
4. Hendaklah dihasilkan dalam bentuk lukisan sahaja.
5. Pamerkan hasil kreativiti yang menarik dan minta mentee lain
berikan komen-komen .
6. Buat sedikit kesimpulan daripada aktiviti tersebut.

Natijah:
1. Sentiasa berfikir secara kreatif dan inovatif.
2. Pemikiran kreatif dan inovatif individu menjana pemikiran
kreatif dan inovatif masyarakat.
3. Pemikiran kreatif dan inovatif masyarakat membantu
pembangunan negara.
33
Lampiran I 8

I 12. Sebelum dan selepas

60 minit
34
Alatan : kentang, telur
Objektif :
1. Jangan mudah mengalah.
2. Jangan terlalu awal membuat persepsi.

Langkah-langkah:
1. Mentor meminta mentee melakarkan poteto dan telur ayam.
2. Mentee diminta memilih sama ada poteto atau telur ayam.
3. Mentee hendaklah memberi alasan mengapa membuat pilihan
tersebut.
4. Mentor mengandaikan bahawa bahan tersebut iaitu poteto dan
telur
direbus, yang manakah semakin direbus akan menjadi lebih keras
dan
yang mana akan lembut.
5. Minta mentee beri komen dan pandangan.
6. “Ibarat telur dan poteto setelah direbus akan berubah daripada
asal”.
Manusia yang lemah menerima tekanan sama seperti poteto
setelah
direbus menjadi lembut. Manusia yang tabah sama seperti telur
selepas
direbus, semakin panas ia semakin keras.

Natijah:
1. Jangan memandang rendah orang lain.
2. Dalam keadaan tertentu seseorang itu mempunyai kelebihan.
3. Tidak semestinya orang yang nampak hebat, mempunyai segala-
segala kehebatan.
Contoh lain: Batu berlian terbentuk hasil pemanasan dan tekanan yang
tinggi. Berlian disukai ramai dan bernilai tinggi.

35
BUDAYA KEPIMPINAN

K2 SUB-CONCIOUS POWER
K4 BERSATU KITA TEGUH
K5 KAPAL KARAM
K6 BULATAN KERUSI
MANUSIA
K14 SIAPA HEBAT

K2 Sub-Concious Power
60 minit

Alatan : Muzik dan lagu bertemakan kesedaran kendiri.


Objektif :
1. Mengetahui dan mengikuti perkembangan isu-isu semasa.
2. Mengwujudkan celik akal dan kesedaran kendiri.
3. Menghayati dan mengamalkan sifat-sifat positif dalam diri.

Langkah-langkah :
1. Mentor bertanyakan khabar kepada beberapa mentee dalam
versi Inggers, How are you today? Kebanyakan akan
menjawab “I’m Fine”, “I’m Well”, “I’m OK” dan sebagainya.
2. Mentor meminta mentee menjawab dengan jawapan yang lebih
mantap dan lebih hebat dari orang biasa iaitu ungkapan
“FANTASTIC” dengan lantang.
36
3. Selepas itu mentor meminta mentee bersalaman seberapa
ramai rakan sambil bertanya ”How are you today ” dan minta
rakan menjawab “FANTASTIC”. Biar aktiviti berjalan selama 3
hingga 4 minit.
4. Setelah itu mentor menerangkan konsep Shaker. (LampiranK
20).
5. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan hebat,
Mentor mengajak dan menyeru semua mentee untuk menjadi
golongan SHAKER.
Natijah:

1. Mengetahui dan mengikuti perkembangan isu-isu semasa.


2. Mengwujudkan celik akal dan kesedaran kendiri.
3. Menghayati dan mengamalkan sifat-sifat positif dalam diri.

Lampiran K 20
 Shaker - orang yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa
sehingga mengetahui apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan
yang akan berlaku serta tahu mengambil keputusan dan bertindak
dengan betul dan tepat.
 Shakee - orang yang sentiasa menanti dan menerima sahaja
apa
yang berlaku tanpa ada usaha untuk bertindak aktif dan mengambil
bahagian.
 Shake What- orang yang tidak berapa ambil peduli apa yang
berlaku dan tidak mengetahui apa yang sedang terjadi. Mereka
terpaksa bertanya dahulu sebelum dapat melakukan sesuatu atau
mengetahui sesuatu isu.
 Shake-Shake lah - golongan manusia yang sentiasa mengikut
sahaja apa orang lain lakukan tanpa mengambil tahu apa-apa
tentang perkara itu.

K4 Bersatu Kita Teguh

60 minit

Alatan : Wisel

37
Objektif:

1. Melahirkan semangat kerja berpasukan bagi mencapai satu


matlamat.
2. Membina kesepakatan dalam melaksanakan sesuatu tugas.

Langkah-langkah:

1. Tentukan garisan permulaan dan garisan penamat (lebih


kurang 9 meter / 30 kaki).
2. Semua mentee dikehendaki berdiri dalam satu barisan di
belakang garisan permulaan.
3. Setiap peserta akan bergerak seorang demi seorang dari
garisan permulaan ke garisan penamat dengan gaya yang unik
dan tersendiri. Contohnya berjalan dengan sebelah kaki sahaja,
berjalan seperti aksi penguin dan sebagainya.
4. Proses ini diulang secara berpasangan dan berkumpulan.
Akhirnya semua ahli berjalan dengan gaya yang sama ke
garisan penamat.
5. Mentor dan mentee membincangkan pengajaran aktiviti ini.

Natijah:

1. Kerja berpasukan lebih baik hasilnya berbanding kerja


perseorangan.
2. Melakukan secara berkumpulan lebih menyeronokkan.

K5 Kapal Karam

60 minit

Alatan: Lampiran K 2

Objektif:

1. Mentee dapat membuat keputusan yang terbaik secara individu


dan kolektif.
2. Mentee menggunakan elemen ”consider all factors” (CAF) dalam
membuat dan mempertahankan keputusan.
3. Mentee dapat meyakinkan dan mempengaruhi orang lain dengan
keputusannya.

Langkah-langkah:

1. Mentor membahagikan mentee kepada tiga kumpulan.

38
2. Mentor mengedarkan petikan ’Kapal Karam’ kepada mentee.
3. Mentee membaca situasi pada petikan dan berbincang untuk
menyelesaikan permasalahan yang diberikan secara individu dan
berkumpulan.
4. Wakil kumpulan diminta membentang hasil keputusan kumpulan
masing-masing.
5. Ketiga-tiga kumpulan itu dibenarkan untuk mempertahankan
keputusan kumpulan mereka dan berhujah dengan kumpulan lain.
6. Kesemua kumpulan itu akhirnya diminta membuat satu keputusan
secara ”konsensus” /bersama/diterima.

Natijah:

1. Setiap permasalahan perlu dihadapi dengan cara yang


tenang dan rasional (hikmah).
2. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, justeru satu
prosedur umum perlu untuk menyelesaikan sebarang bentuk
masalah iaitu:
 Mengenal pasti masalah yang utama.
 Memikirkan cara-cara terbaik mengatasi masalah
(CAF).
 Memilih alternatif yang terbaik (alternative possible
choice).
 Bertindak menyelesaikan masalah.
 Mempertahankan hak/keputusan yang telah dibuat.
3. Masalah adalah lumrah dalam kehidupan. Jangan jadikan
masalah sebagai satu halangan untuk bergerak maju dalam
hidup.
4. Jadilah orang yang bijak kerana orang yang bijak banyak
membuat pertimbangan sebelum membuat sesuatu keputusan
atau tindakan.

Lampiran K
2

Kapal Karam

Pada satu hari anda menaiki sebuah kapal peranginan yang cantik. Di dalam
kapal itu terdapat seorang warga tua yang kaya, seorang kanak-kanak,
seorang lelaki buta, seorang peguam, seorang doktor, orang yang alim, dan
seorang perempuan yang sangat cantik.

Di tengah perjalanan, anda dikejutkan dengan satu gegaran yang kuat. Anda
mendapat tahu kapal itu telah terlanggar sebuah kubah ais yang sangat besar
dan kapal itu akan karam.

Terdapat hanya sebuah sampan kecil yang boleh memuatkan tiga penumpang
sahaja. Kesemua penumpang merayu-rayu dan menangis supaya mereka
diselamatkan. Semua penumpang berjanji akan memberikan sesuatu yang
amat bernilai jika mereka diselamatkan.

39
Sekiranya anda seorang nakhoda,

a.
Apakah tindakan anda untuk menyelamatkan diri?
b.
Siapakah yang akan anda selamatkan dahulu?
c.
Kenapakah anda membuat keputusan itu?
d.
Adakah anda akan tuntut janji penumpang yang
diselamatkan?
K6 Bulatan Kerusi Manusia

60 minit

Alatan : Jam Randik (stopwatch)

Objektif:

1. Dapat menyerlahkan semangat berpasukan mentee


2. Dapat menanam semangat saling percaya dalam menjalinkan
hubungan kemanusiaan di tempat kerja

Langkah-langkah:

1. Semua mentee membentuk satu bulatan yang besar dan berdiri


seberapa rapat yang boleh. Asingkan kumpulan mentee lelaki
dan perempuan.
2. Mentor mengarahkan semua mentee dalam bulatan itu
berpaling ke kanan. Seterusnya rapatkan kedudukan dengan
rakan-rakan di sebelah menyebelah.
3. Setiap mentee dikehendaki menyediakan kerusi untuk rakan
mereka yang berada di depan mereka dengan menggunakan
kaki bahagian lutut sebagai kerusi. Setiap mentee akan
mempunyai sebuah kerusi yang disediakan oleh rakan-rakan
mereka.
4. Mentor memberi arahan supaya duduk atas kerusi manusia itu
dan terus bertahan sehingga tutor memberikan arahan
berhenti. Ambil masa mungkin 10 – 15 minit. Lebih lama
mereka boleh bertahan lebih baik lagi, untuk menguji kesetiaan
dan daya tahan individu dan pasukan.

Natijah:

1. Memberi kesedaran tentang kepentingan sumbangan setiap


mentee dalam pembentukan bulatan kerusi manusia.
2. Pembentukan pasukan adalah suatu perkara yang mencabar
kesabaran

K14 Siapa Hebat

60 minit

Alatan : Tiada

40
Objektif:

1. Dapat mengesan potensi setiap ahli.


1. Dapat menimbulkan semangat berpasukan.

Langkah-langkah:

1. Mentee berada dalam kumpulan berempat/ berlima.


1. Setiap kumpulan memberi nama kumpulan serta melantik ketua
dan pencatat.
2. Mentor bertindak sebagai panel hakim memilih juara bagi
setiap kategori pertandingan “Siapa Hebat”.
3. Pertandingan “Siapa hebat” meminta kumpulan menghantar
ahli mereka yang menepati kategori. Contoh:

Kategori 1 - kuku paling bersih

Kategori 2- pakaian paling kemas

Kategori 3- kasut paling bersih

4. Mentor mengumumkan kumpulan yang menjadi juara.


5. Mentor mengajak ahli menceritakan pengalaman dan perasaan
melalui aktiviti yang dijalankan.

Natijah:

1. Pentingnya mengenal potensi ahli dalam kumpulan.


1. Setiap orang harus menerima diri masing-masing seadanya.
2. Menghormati dan menghargai potensi orang lain.

BUDAYA KERJA
PROFESIONAL
P13 MENGGAPAI IMPIAN
P14 SEMANGAT BERPASUKAN
P15 BINAAN KU

41
P19 MAJLIS-MAJLIS
AKADEMIK
P20 ETIKA BERPAKAIAN
PENJAWAT AWAM

P13 Menggapai Impian

60 minit

Alatan : Kotak/pembalut yang boleh digantungkan


kostum pada diri sendiri, bahan di persekitaran
dan jam randik

Objektif :

1. Menerapkan sikap optimis dan komited dalam melakukan


pekerjaan/ aktiviti
2. Meningkatkan kerjasama berpasukan dalam menjayakan
aktiviti organisasi

Langkah-langkah:

1. Mentee dikehendaki berbaris. Mentor akan menggantung


kotak impian di suatu tempat yang tinggi atau meletakkan di
suatu tempat yang jauh jaraknya (lebih tinggi dan lebih jauh
jaraknya lebih mencabar dan lebih menguji kewibawaan
mentee)
2. Minta mentee menyusun strategi bagaimana untuk mencapai
kotak impian yang digantungkan oleh mentor tersebut
3. Mentor memberikan masa anggaran 30 minit untuk
menyempurnakan gapaian impian tersebut.

Natijah:

42
1. Dalam mengejar impian kita, jangan sampai mengorbankan
maruah dan keimanan.
2. Untuk mencapai impian, kita perlu melakukan pengorbanan
namun harus ada pertimbangan yang seadil-adilnya.
3. Dalam mengejar impian, kadangkala kita memerlukan
sokongan orang lain. Oleh itu belajarlah menghargai orang lain
walaupun kita lebih baik daripada mereka.

P14 Semangat Berpasukan 1

60 minit

Alatan : Kad Manila / kertas lukisan / kertas mahjung

(3 keping untuk satu kumpulan), pen marker,


paku tekan dan masking tape.

Objektif :

1. Membina dan memupuk semangat kerjasama dalam kerja


berpasukan.
1. Merancang pembahagian tugas dan tanggungjawab secara adil
dan saksama.
2. Bersedia menerima dan mempertimbangkan semua
pandangan dan pendapat.

Langkah-langkah:

1. Mentor mengedarkan arahan dan meminta setiap kumpulan


berbincang dan melaksanakan tugasan yang diberi (3
kumpulan kecil)
Arahan:

“Selaku Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar institut, anda


telah diberi peruntukan wang sebanyak RM3,000.00 untuk satu
program meningkatkan profesionalisme guru-guru pelatih”.
Sediakan satu perancangan lengkap bagi menjayakan program
tersebut.
43
1. Setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk merancang dan
menghasilkan perancangan program tersebut
2. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan perancangan
program masing-masing.
3. Kumpulan lain dikehendaki memberi komen kekuatan dan
kelemahan perancangan berkumpulan.
4. Kumpulan yang membentangkan hasilan perlu
mempertahankan program itu secara berkumpulan.

Natijah:

1. Semangat Kerja Berpasukan perlu dalam menjayakan sesuatu


perancangan.
2. Boleh menerima kritikan membina dan tidak hanya melihat
kelemahan-kelemahan lain.
3. Perancangan yang tersusun akan membuahkan hasil yang
produktif.

P15 Binaanku

90 minit

Alatan : Batu-bata, cellotape, dua rim kertas A4.

Objektif :

1. Dapat bekerjasama dalam kumpulan.


2. Membentuk sikap kekitaan (Weness & Usness) dalam kumpulan.
3. Memahami unsur-unsur kepimpinan serta kepengikutan yang
cemerlang dalam sesuatu kumpulan
Langkah-langkah:

1. Mentor membahagikan mentee kepada dua atau tiga kumpulan.


2. Mengedarkan bahan/ alatan/ bahan kepada setiap kumpulan.
3. Mentor mengarahkan setiap kumpulan menghasilkan satu binaan
yang meggambarkan ciri-ciri kumpulan berasaskan bahan-
bahan yang disediakan.

44
4. Mentor membuat pemerhatian sejauh mana unsur kepimpinan dan
kerjasama yang wujud dalam kumpulan.
5. Pembentangan dan perbincangan mengenai falasafah binaan dan
cabaran ketika pembinaan dilakukan.

Natijah:

1. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


2. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

P19 Majlis–majlis Akademik

60 minit

Alatan/ Bahan: Kertas sebak, Pen marker

Objektif:

1. Dapat membezakan jenis-jenis majlis rasmi, keperluan majlis,


pengisian majlis dan perjalanan majlis-majlis tertentu.
Langkah

1. Kumpulan mentee dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk


membincangkan definisi, keperluan, pengisian, dan perjalanan
majlis
ini:

Kumpulan 1 – Diskusi

Kumpulan 2 – Persidangan

Kumpulan 3 – Simposium

Kumpulan 4 – Seminar

Kumpulan 5 – Kolokium

2. Mentee boleh mencari bahan tambahan dari internet bagi


menjawab perbincangan di atas.
3. Setiap kumpulan memilih seorang ahli untuk membuat
pembentangan.
4. Semasa sesi pembentangan, sesi soal jawab boleh dijalankan.
5 Selesai aktiviti, mentor akan mengemukakan soalan
a) Apakah perbezaan bagi majlis-majlis akademik?
b) Apakah keperluan majlis akademik kepada guru?

45
Natijah :

1. Guru profesional perlu tahu majlis-majlis ilmu yang membolehkan


mereka meneruskan pembelajaran sepanjang hayat dalam
memperkayakan ilmu.

P20 Etika Berpakaian Penjawat Awam

60 minit

Alatan : bahan rujukan bercetak mahupun capaian


internet

Objektif :

1. Mengetahui kod etika berpakaian bagi penjawat awam.


2. Mematuhi kod etika berpakaian penjawat awam ketika berkerja
dan menghadiri majlis rasmi.

Langkah-langkah:

1. Mentor berbincang dengan mentee tentang kepentingan


berpakaian mengikut kod etika berpakaian penjawat awam.
2. Mentee dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan
ditugaskan untuk mengumpulkan gambar etika berpakaian
penjawat awam:
 Pemilihan pakaian yang sesuai bagi wanita
 Pemilihan pakaian yang sesuai bagi lelaki
 Pemilihan kasut, stoking dan aksesori
 Penggayaan rambut dan alat solek
3. Setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan.
4. Perbincangan mengenai bentuk pakaian yang dibenarkan.

Natijah:

1. Pakaian melambangkan peribadi individu dan juga organisasi.


2. Pakaian kemas juga menjadi lambang personaliti seseorang
penjawat awam.

Rujukan/ Sumber maklumat:

46
1. Surat Pekeliling “Profesional” Kementerian Pelajaran Bil.
13/69http://selubc.wikispaces.com/file/view/pakaian+guru.pdf
2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1974
http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/pekeliling/SP74/SP74Bil0
1/SP74Bil01.htm

3. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985


http://www.scribd.com/doc/70458657/Pekeliling-an-Bil-2-Tahun-
1985

4. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008 –


http://www.jpa.gov.my/docs/spp/2008/01/spp012008.pdf
5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001
http://selubc.wikispaces.com/file/view/pakaian+guru+2007.pdf
6. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006
www.jpa.gov.my/pekeliling/spp06/bil01/spp0106.pdf

7. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008 –


http://www.jpa.gov.my/docs/spp/2008/01/spp012008.pdf

47
BUDAYA
AKHLAK DAN MORAL

AM 4 ADAB BERKAWAN
AM 5 SAYANGI IBUBAPA
AM 6 SI TUKANG KAYU
AM 9 ETIKA DI MEDIA SOSIAL
AM20 DUIT! DUIT!

AM 4 Adab Berkawan
60 minit
Alatan : komputer dengan capaian internet
Objektif :
1. Mengetahui adab dalam berkawan.
2. Mengamalkan adab berkawan dalam kehidupan.

Langkah-langkah:
1. Mentor bertanyakan soalan.
a. Siapakah kawan baik mentee?
b. Mengapa memilihnya sebagai kawan baik?
c. Apakah adab-adab dalam berkawan?
2. Mentee mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar.
3. Mentee diminta menyenaraikan jawapan terhadap soalan yang
diberikan.
4. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
5. Mentee membuat rumusan.
48
Natijah:
1. Beradab dalam kehidupan membawa kesejahteraan dan
keharmonian.
2. Memilih rakan yang boleh membawa berkat.

AM 5 Sayangi Ibubapa
60 minit
Alatan : Video Iklan Raya Petronas 2006, LCD
http://www.youtube.com/watch?v=WKBwvpCeo5A
Objektif:
1. Memahami peranan anak terhadap ibu bapa.
2. Melahirkan rasa sayang kepada ibu bapa.

Langkah-langkah:
1. Mentor menayangkan video.
2. Mentor dan mentee membincangkan isu dalam tayangan video.
3. Mentee diminta mencipta sesuatu untuk menggambarkan kasih
sayang untuk didedikasikan kepada ibu atau bapa mereka.
4. Mentee diminta membuat persembahan hasil ciptaannya.
5. Mentor membuat ulasan dan rumusan aktiviti.
Natijah:
1. Mengasihi ibu bapa adalah tanggungjawab seorang anak.
2. Melahirkan rasa terima kasih kepada kedua ibu bapa.
3. Kasih sayang boleh diluahkan dalam pelbagai cara.

AM 6 Si Tukang Kayu
60 minit
Alatan : Kertas sebak, kertas pendua dan pen marker
Objektif:
1. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.
2. Membuat keputusan yang bijak.
3. Bertanggungjawab ke atas perbuatan yang kita lakukan.

Langkah-langkah:

49
1. Mentor mengedarkan bahan lampiran cerita pendek kepada
mentee.
2. Mentee diberi masa yang sesuai untuk menghabiskan bacaan.
3. Mentee diberi masa memahami isi penceritaan, pengajaran dan
moral.
4. Mentor meminta mentee memberikan ulasan cerita ini dalam
bentuk perbincangan.
5. Mentor dan mentee mengaitkan cerita ini dengan profesion
perguruan.

Natijah:
1. Melaksanakan kerja dengan sepenuh hati.
2. Pertimbangan yang menyeluruh sebelum membuat keputusan.

Lampiran AM 6

Si Tukang Kayu

Pada satu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia.
Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang
bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam
fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan
sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan
menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan
keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang
hasratnya tersebut.

Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman


itu, dia merasa sedih dan juga memujuk tukang kayu tersebut agar menarik
balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap
dengan niat untuk bersara. Justeru itu, majikannya bersetuju dengan
keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir
majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali
terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah
ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi
semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah
yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa
penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu
berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.

Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama

50
rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata
"Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak
menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah
untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan
rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan
membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang
bermutu tinggi.

Pengajaran
Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. Hidup ini
boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk kegunaan dan
kemudahan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah dengan
kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa berada
di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah kita
apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup
kita? Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI. Belajarlah bertanggungjawab dan
bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar
bersungguh-sungguh dengan cita-cita untuk menjadi seorang manusia
berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.

AM 9 Etika di media sosial


60 minit
Alatan : Kertas A4, pen berwarna
Objektif :
1. Mengetahui adab dan etika semasa berada di media sosial.
2. Menyediakan maklumat tentang etika di media sosial.

Langkah-langkah:
1. Mentor bertanyakan media sosial yang dikunjungi oleh mentee.
Contoh: Skype, Facebook, Instangram, Linked, Twitter dsbnya.
2. Mentor bertanyakan apakah adab yang mereka praktikkan semasa
berada di media sosial.
3. Mentee dalam kumpulan kecil diminta membincangkan dan
menyenarai adab ketika berada di media sosial. Setiap kumpulan
diminta menyediakan maklumat yang dibincangkan.
4. Setiap kumpulan diminta membentangkan maklumat masing-
masing. Mentor dan mentee membuat ulasan.

Natijah:
1. Kita perlu beradab di media sosial.
51
2. Adab menggambarkan ketinggian personaliti seseorang.

AM 20 Duit!! Duit!!
60 minit
Alatan : Tiada
Objektif :
1. Memberi kesedaran tentang kesedaran isu kewangan .
2. Memberi kesedaran integriti dalam diri.

Langkah-langkah:
1. Mentee di minta membuat kumpulan kecil.
2. Mentee memberikan isu kewangan dan meminta mentee
membincangkannya. (Lampiran AM20)
3. Setiap kumpulan di minta membentangkan hasil perbincangan
kumpulan.
4. Mentor membuat rumusan dengan membincangkan isu dari sudut
pekeliling kewangan, integriti dan rasuah.

Natijah:
1. Matlamat tidak menghalalkan cara.
2. Integriti amat penting dalam memartabatkan diri dan profesion.

Lampiran AM 20

Situasi:
Anda adalah guru penolong kanan di sekolah. Encik Zakaria adalah seorang
pembekal buku dan alatulis telah menemui anda untuk membekalkan
peralatan di sekolah anda. Encik Zakaria menawarkan pemberian sebanyak
10% dari pesanan barangan sebagai saguhati. Apa yang akan anda lakukan?
Bincangkan.

52
BUDAYA PENYAYANG

S1 ANAK KUCING
S2 SAYANGI BUMI
S3 TETAMU KU
S6 KELUARGAKU SAYANG
S11 KAD UCAPAN

S1 Anak kucing

60 minit
Alatan : Lampiran S1

Objektif :
1. Mentee memahami konsep menyayangi haiwan.

2. Menanamkan rasa sayang terhadap binatang.

Langkah-langkah :
1. Seorang mentee diminta membaca lampiran S19.

2. Mentee diminta memberi respon terhadap situasi tersebut.


3. Mentor memproses respon mentee dan menanamkan semangat
sayangkan terhadap binatang.
4. Setiap individu diminta menyatakan binatang yang disukainya dan

mengapa?
Natijah:

1. Bertanggungjawab terhadap binatang.


53
2. Binatang juga adalah makhluk ciptaan tuhan.

3. Setiap makhluk saling memerlukan.

Lampiran S1

“Suatu pagi di Pekan Kundasang ketika Pak Burhan ingin ke tempat kerja,
tiba-tiba melintas seekor anak kucing dihadapan keretanya. Pak Burhan
tersentak lalu memberhentikan keretanya. Anak kucing yang baru pandai
berjalan itu melangkah perlahan-lahan dan terketar-ketar melintas jalan.
Beliau sudah terlambat dan kenderaan juga banyak. Anak kucing itu betul-
betul berada di atas garisan pembahagi jalan”.

S2 Sayangi Bumi
60 minit

Alatan : Gambar tempat pembuangan sampah / pembakaran


terbuka

Objektif :
1. Mentee memahami konsep menyayangi alam sekitar

Langkah-langkah:
1. Mentor menunjukkan beberapa gambar mengenai tempat
pembuangan
sampah, pembakaran terbuka atau yang berkaitan dengan
kerosakan alam sekitar.
2. Mentee diminta untuk memberi ulasan mengenai gambar-gambar
tersebut.
a. Mentee diminta untuk menyenaraikan kerosakan alam

sekitar yang sering berlaku dan sebab-sebabnya.


b. Mentee diminta mencadangkan cara-cara untuk mengurangkan

kerosakan alam sekitar.


c. Mentee sebagai bakal guru menyenaraikan peranan yang

boleh dimainkan untuk mencegah berlakunya kerosakan alam


sekitar.

Natijah:
1. Kerosakan alam sekitar berpunca dari perbuatan manusia sendiri.

2. Manusia bertanggungjawab memulihara alam sekitar.

54
S3 Tetamu Ku

60 minit
Alatan : Kain penutup mata dan pen

Objektif :
1. Membina perasaan empati kepada yang kurang bernasib baik.

2. Memberi bimbingan secara jujur dan ikhlas.

Langkah-langkah:
1. Dua orang mentee dipilih untuk melakonkan watak tuan rumah
dan tetamu buta.
2. Ahli lain berperanan sebagai pemerhati dan pencatat.

3. Situasi lakonan adalah seperti berikut:


”Tetamu buta menyatakan hasrat kepada tuan rumah untuk
mencari rumah saudaranya tetapi disebabkan dia merasakan
hari sudah petang dan meminta izin hendak menumpang tidur”
4. Mereka diberi masa untuk melakonkan watak secara serius.
5. Mentee lain diminta memberikan perhatian kepada setiap tutur
kata dalam lakonan tersebut.
6. Mentee membuat refleksi.

Natijah:

1. Kehidupan ini seperti roda, ada masa senang


dan ada masa susah.

2. Berani menyampaikan hasrat untuk meminta bantuan.

S6 Keluargaku Sayang

60 minit
Alatan : Kertas A4, alat tulis dan potret keluarga.

Objektif :

55
1. Meningkatkan perasaan kasih sayang terhadap keluarga.

2. Meningkatkan hubungan silaturahim dalam keluarga.

Langkah-langkah :
1. Mentee menunjukkan gambar keluarga masing-masing.

2. Mentee disusun duduk mengikut bilangan adik beradik dari sedikit


ke banyak.

3. Mentee berkongsi cerita, pengalaman dan perasaan sebagai anak


ke .... dalam keluarga mereka.

4. Mentee berkongsi cerita mengenai adik beradik yang lain.


5. Mentee juga diminta berkongsi cerita, pengalaman dan perasaan
mengenai ibubapa / datuk nenek mereka sama ada masih hidup
atau telah meninggal dunia.

6. Mentee diminta menyenaraikan sifat/sikap baik yang perlu ada dan


sifat/sikap buruk yang perlu dibuang ketika berinteraksi sesama
keluarga.
7. Mentor memberikan ulasan dan rumusan.

Natijah:

1. Menghormati yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda.


2. “Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga”
3. “Air dicincang tidak akan putus”

S 11 Kad ucapan

60 minit
Alatan : kad ucapan

Objektif :
1. Dapat menyemai kasih sayang dalam kalangan ahli.
2. Dapat menghargai rakan-rakan.

Langkah-langkah :
1. Mentee dikumpulkan dalam bulatan.

56
2. Mentor menyediakan kad ucapan untuk setiap mentee. Mentee
menuliskan nama di belakang kad ucapan tersebut.
3. Mentee menyerahkan kad ucapan kepada rakan di sebelah kanan.
Setiap mentee yang menerima kad tersebut dikehendaki mencatat
kata-kata hikmah.

4. Aktiviti diulang sehingga setiap ahli telah membuat catatan.


5. Kad ucapan diserahkan semula kepada pemilik.

6. Mentee secara sukarela membaca kad ucapan yang diterima.


7. Mentor membuat rumusan aktiviti.

Natijah :

1. Menghargai rakan-rakan dengan membudayakan pemberian kad


ucapan.

2 .Banyakkan melihat perspektif positif individu.


3. Amalkan rasa kasih sayang dalam kalangan ahli

BUDAYA
HIDUP SIHAT

H4 PENGURUSAN KONFLIK
H13 KESIHATAN MENTAL
H14 PENJAGAAN BAU BADAN
H17 10,000 LANGKAH SEHARI
H18 KOLESTEROL

57
H4 Pengurusan Konflik

60 minit

Alatan : Papan tulis dan pen marker

Objektif:

1. Menambahkan kesedaran tentang punca wujudnya konflik


dalam perhubungan manusia
2. Memahami strategi mengurus konflik

Langkah-langkah:

1. Mentor meminta mentee secara sukarela menceritakan


peristiwa dalam hidup, di mana berlakunya perselisihan, konflik
dan akibat daripada peristiwa tersebut
2. Mentor mencatat senarai konflik dan akibatnya pada papan
tulis.
3. Mentor meminta ahli berbincang sebab dan musabab
berlakunya konflik
4. Mentor merumuskan dengan mengemukakan lima sebab asas
berlakunya konflik:
 Perbezaan sahsiah
 Perbezaan nilai
 Perbezaan pendapat
 Perbezaan matlamat
 Perbezaan budaya
5. Mentor meminta ahli berbincang dan merancang bagaimana
mengurus konflik yang dihadapi setelah mengetahui punca
konflik
6. Mentor membuat rumusan dengan memberi lima cara
bagaimana manusia bertindak balas terhadap konflik (Rujuk
nota)

58
Natijah:

1. Konflik adalah lumrah dalam kehidupan


2. Individu yang cekap berkebolehan untuk menguruskan konflik

Lampiran H4

Konflik wujud ketika keperluan, kehendak dan nilai antara dua pihak yang
terlibat bertembung. Akibat pertembungan ini manusia bertindak balas
terhadap konflik dengan lima cara seperti berikut:

Persaingan

Persaingan bercirikan keperluan untuk menang dengan apa-apa cara


sekalipun. Hal ini adalah keadaan menang – kalah(win-lose).

Kolaborasi

Kolaborasi bercirikan kehendak untuk memuaskan hati semua pihak


yang terlibat. Hal ini adalah keadaan menang-menang.

Mengelak

Usaha untuk menolak atau tidak menghiraukan langsung isu tersebut.

Mengalah

Usaha untuk memuaskan hati orang lain dengan mengorbankan


keperluan/kehendak diri sendiri.

Kompromi

Usaha menyelesaikan konflik dengan mencari jalan tengah. Kedua-dua pihak


yang terlibat mencapai kepuasan sederhana dan bukannya kepuasan
menyeluruh

H13 Kesihatan Mental

60 minit

Alatan: Komputer dengan capaian internet

59
Objektif:

1. Menyedari kepentingan menjaga kesihatan mental.

2. Mengetahui teknik menjaga kesihatan mental

Langkah-langkah:

1. Mentor menyatakan bahawa kesihatan mental adalah berbeza


dengan sakit mental.

2. Mentee diagihkan kepada kumpulan kecil.

3. Mentee diminta mencari maklumat tentang kesihatan mental dari


internet.

4. Mentee membincangkan teknik menjaga kesihatan mental.

5. Mentor membuat rumusan.

Natijah:

1. Tiada harta yang lebih berharga melainkan kesihatan mental.

2. Mental sihat jiwa selamat

H14 Penjagaan Bau Badan

60 minit

Alatan: Video dari ‘youtube’ tentang bau badan, LCD

Objektif:

1. Mengetahui badan juga mengeluarkan bau.

2. Menyedari bau badan boleh menyebabkan ketidakselesaan diri dan


orang lain

3. Mengetahui pelbagai kaedah untuk mengawal bau badan.

60
Langkah-langkah:

1. Mentor menayangkan video iklan bau badan.

2. Mentee membincangkan isu yang dipaparkan dalam tayangan


video.

3. Mentee membincangkan pengalaman mereka berhadapan dengan


individu yang mempunyai bau badan yang kurang menyenangkan.

4. Mentee membincangkan kaedah untuk mengawal bau badan (nama


produk, cara pemakaian dsbnya).

5. Mentor membuat rumusan perbincangan.

Natijah:

1. Perlu sentiasa menjaga kebersihan diri.

2. Kebersihan itu sebahagian dari iman.

H17 10,000 langkah sehari

60 minit

Alatan : Risalah program 10,000 langkah sehari

Objektif:

1. Menyedari kepentingan menjaga kesihatan.

2. Mengetahui program 10,000 langkah sehari

Langkah-langkah:

1. Mentor dan mentee membincangkan program 10,000 langkah


sehari.

2. Mentee diagihkan dalam kumpulan kecil.

61
3. Setiap kumpulan diminta membincangkan aktiviti yang boleh
dijalankan di kampus dalam menjayakan program 10,000 langkah
sehari.

4. Setiap kumpulan membentangkan aktiviti yang mereka cadangkan.

5. Mentor membuat rumusan.

Natijah:

1. Tiada harta yang lebih berharga melainkan kesihatan badan.

2. Kesihatan adalah anugerah Allah yang perlu disyukuri

H18 Kolestrol

60 minit

Alatan: Kertas pendua, komputer riba

Objektif:

1. Mengetahui diet pemakanan seimbang.


2. Memahami kesan buruk akibat pengambilan makanan yang
tidak seimbang.

Langkah-langkah:

1. Mentor membahagikan mentee kepada beberapa kumpulan


kecil.
2. Mentee mengarahkan mentee untuk mengakses bahan
berkaitan makanan seimbang.
3. Mentee mengelompokkan jenis-jenis makanan mengikut
kategori.
4. Mentor dan mentee berbincang mengenai amalan makanan
seimbang.

Natijah:
62
1. Tiada Kolestrol tiada penyakit
2. Amalkan permakanan seimbang

BUDAYA
ESTETIKA

E3 KEINDAHAN KAMPUSKU
E8 MALAYSIA TRULY ASIA
E9 PAKAIAN KAUM
KEBANGGAAN KU
E14 MUTIARA KATA
E15 BAKATKU?

E3 Keindahan Kampusku

60 minit

Alatan: Kamera, LCD, telefon bimbit

Objektif:

1. Memberi peluang menghayati keindahan alam dalam bentuk


fotografi.

2. Menghayati keindahan foto sebagai teknik terapi.

Langkah-langkah:

63
1. Mentee diberi arahan awal untuk membawa bersama kamera.
Kamera di telefon bimbit juga boleh digunakan.
2. Mentee diminta mengambil gambar keindahan kampus. Mentee
bebas bergerak ke seluruh kawasan kampus.
3. Mentee diminta memilih satu foto yang menarik.
4. Mentee memberi ulasan tentang keindahan foto pilihan mereka.
5. Mentee membuat rumusan perbincangan.

Natijah :

1. Keindahan alam tidak semestinya wujud di tempat pelancongan,


keindahan sebenar berada di sekeliling kita.
2. Manusia suka melihat sesuatu yang menarik.

E8 Malaysia Truly Asia

120 minit
Alatan /Bahan : Komputer riba dan LCD

Objektif:
1. Memahami tentang budaya kaum-kaum di Malaysia.
2. Mengamalkan perpaduan kaum di Malaysia.

Langkah-langkah:

1. Mentor menayangkan filem / sedutan filem yang berlatar


belakangkan budaya hidup rakyat Malaysia (Filem Nasi Lemak ,
Sepet, Estet dan lain-lain).
2. Mentor dan mentee membincangkan latar belakang dan budaya
rakyat Malaysia yang ada dalam filem tersebut.
3. Mentee yang terdiri dari berbilang kaum boleh membantu memberi
lebih pemahaman kepada rakan mentee yang lain tentang budaya
mereka.
4. Mentor membuat rumusan perbincangan.

Natijah :

1. Kita mesti memahami budaya kaum lain untuk mewujudkan


kesepaduan.
64
2. Kesepaduan akan membentuk toleransi dan seterusnya keamanan
Negara.
3. Malaysia adalah Negara yang unik atas kepelbagaian kaum yang
tinggal harmoni bersama.

E9 Pakaian Kaumku Kebanggaanku

60 minit

Alatan: Foto pakaian kaum-kaum di Malaysia

Objektif :

1. Memberi pemahaman tentang budaya kaum lain di Malaysia.

2. Mengetahui identiti pakaian kaum-kaum di Malaysia.

Langkah-langkah:

1. Mentor menayangkan slaid foto-foto pakaian kaum-kaum di


Malaysia.
2. Mentor dan mentee membincangkan tentang pakaian kaum-kaum
tersebut.
3. Mentee yang terdiri dari berbilang kaum boleh membantu memberi
lebih pemahaman kepada rakan mentee yang lain tentang pakaian
mereka.
4. Mentor membuat rumusan perbincangan.
* Aktiviti ini juga boleh dijalankan dengan meminta mentee membawa
foto mereka memakai pakaian kaum mereka.

Natijah :

1. Kita mesti memahami budaya kaum lain untuk mewujudkan


kesepaduan.
2. Kesepaduan akan membentuk toleransi dan seterusnya keamanan
Negara.
3. Malaysia adalah negara yang unik dengan kepelbagaian pakaian
kaum.

E 14 Mutiara Kata

60 minit

65
Alatan : Buku skrap, akhbar

Objektif:

1. Memberi pendedahan tentang indahnya mutiara kata.

2. Mengambil natijah daripada mutiara kata

Langkah-langkah:

1. Mentor membacakan/menayangkan mutiara kata.


2. Mentor dan mentee membincangkan makna yang tersurat dan
tersirat dalam mutiara kata tersebut.
3. Mentee membincangkan mutiara kata lain yang mereka tahu. Juga
boleh dilakukan secara sumbangsaran.
4. Mentee diberi tugasan berbentuk projek untuk mengumpulkan
mutiara kata dalam bentuk kumpulan. Mutiara kata boleh
dikoleksikan secara buku skrap, persembahan powerpoint, poster
atau mengikut kreativiti kumpulan.
5. Mentor membuat rumusan perbincangan

Natijah:

1. Mutiara kata boleh dijadikan panduan hidup.

2. Mutiara kata boleh memberi motivasi.

E 15 Bakatku?

60 minit

Alatan : LCD, muat turun dari Youtube, komputer.


Objektif:

1. Menghargai bakat orang lain.

2. Meneroka bakat diri sendiri.

Langkah-langkah:

1. Mentor menayangkan rakaman-rakaman dari youtube tentang


bakat yang ada pada kanak-kanak.
66
2. Mentor dan mentee membincangkan bakat yang ada pada kanak-
kanak tersebut.
3. Mentee membincangkan bakat yang ada pada diri mereka.
4. Mentee diminta menunjukkan bakat yang ada dalam kumpulan.
5. Mentor membuat ulasan bahawa bakat yang ada pada diri adalah
satu anugerah dan patut dihargai dan dipupuk.
6. Mentor membuat rumusan perbincangan.

Natijah:

1. Seni juga satu anugerah.


2. Hargai bakat kurniaan tuhan.

Lampiran E 15

Alamat URL untuk rakaman:

http://www.youtube.com/watch?v=OaiYV0x1qtkc

http://www.youtube.com/watch?v=nWOfkDUYZT4&feature=fvwrel

http://www.youtube.com/watch?v=724T9x-4VVo&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=B-HK0dPd5gU

http://www.youtube.com/watch?v=7SS-XzT7Y1k

67

Anda mungkin juga menyukai