Anda di halaman 1dari 1

JAWATANKUASA

PROGRAM PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSUAL


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS
PAHANG
________________________________________________________________________
Tarikh : 14 November 2019

Kepada: _____________________________

YB Dato / Datin / Tuan / Puan,

PERMOHONAN SUMBANGAN PROGRAM PEMBELAJARAN SECARA


KONTEKSUAL AMALAN KAUNSELING TERBAIK, IPGK TENGKU AMPUAN
AFZAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami berhasrat mengelolakan


program di atas pada 27 dan 28 Februari 2020 bertempat di Sekolah
Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) dan Sekolah Kebangsaan Putrajaya
Presint 9 (1), melibatkan seramai 60 siswa guru dan pensyarah.

3. Program tersebut bermatlamat memberi pendedahan secara hands on


perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, di samping membugarkan
pengetahuan serta kemahiran sedia ada siswa guru dalam melaksanakan
program kaunseling kepada murid.

4. Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik pihak


Dato/Datin/Tuan/Puan kiranya dapat menghulurkan sumbangan ikhlas untuk
menjayakan program ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi SDR.AAA
(012578920)

5. Sumbangan YB/Dato/Datin/Tuan/Puan amat dihargai dan didahulukan


dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

(WAN KAMARULZAMAN B. WAN YUSOFF)


Penyelaras
Program Pembelajaran Secara Konteksual Amalan Kaunseling Terbaik
IPGK Tengku Ampuan Afzan

s.k fail

Anda mungkin juga menyukai