Gimnas
Gimnas
0 PENGENALAN
Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Gimnastik merupakan salah satu sukan yang terdapat di Malaysia. Sejarah perkembangan awal sukan tersebut menunjukkan bahawa gimnastik pada mulanya berfungsi sebagai alat kecergasan badan dan akhirnya berkembang sehingga dipersembahkan pada masyarakat umum. Gimnastik dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu termasuklah gimnastik Artistik, Irama, Trampolin, Paparan/Umum, Aerobik dan juga gimnastik Akrobatik. Bagi menguasai setiap gimnastik, konsep asas gimnastik perlu dikuasai terlebih dahulu iaitu konsep, imbangan, kelenturan dan konsep koordinasi. Menerusi perkembangan sukan gimnastik yang semakin mendapat perhatian masyarakat dunia, pengaplikasiannya dalam bilik darjah merupakan langkah yang baik bagi mengasah bakat setiap individu pada peringkat awal khususnya pada kanak-kanak prasekolah.
Perdebatan tentang tafsiran gimnastik Jerman yang lebih kepada pergerakan di alatan dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan dibandingkan dengan penberian relative Swedish yang berdasarkan pergerakan berirama telah diperkatakan beberapa tahun kemudian. Pergerakan ini telah merebak ke Negara Inggeris di mana Skim Latihan Jasmani Tentera Bersekutu telah di tubuhkan dalam tahun 1860 yang lebih dikenali sebagai Staf Gimnastik Tentera. Kemudian daripada itu, Persekutuan Amatur Ginmastik telah ditubuhkan dalam tahun 1888. Perkembangan sukan ini terus mendapat sambutan dan pada tahun 1908, Alberto Braglia dari Itali telah memenangi johan keseluruhan acara gimnastik di Sukan Olimpik di London. Selepas Perang Dunia Pertama, sambutan dan perkembangan gimnastik di England telah merosot disebabkan tanggapan bahawa ia berasal dari Jerman. Kemudian pihak berkuasa pendidikan pula telah mengharamkan pengajaran yang menggunakan alatan. Bagaimanapun selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan Inggeris telah memberikan sokongan, dan pengaruh yang dimainkan oleh televisyen telah mengembalikan kepopularan sukan gimnastik ini. Walau bagaimanapun, di Negara-negara asal di mana gimnastik mula berkembang tetap terus maju dan menjadi sukan yang popular dan membawa kemegahan di peringkat Olimpik
Konsep koordinasi dapat dilihat melalui pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki, dan badan. Koordinasi menyelaraskan sistem-sistem dan organ serta penting supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu. Contoh aktiviti,ialah melambung dan menyambut bola besar atau pundi kacang yang mana memerlukan keselarasan mata, tangan,kaki dan badan untuk melambung dan menyambut bola tersebut. Koordinasi badan terdiri daripada koordinasi kimia dan juga koordinasi saraf. Koordinasi kimia ialah bergandingan dengan koordinasi saraf serta dikawal oleh hormon dan kelenjar endokrin. Hormon ialah bahan kimia dalam badan yang mengawal aktiviti badan dan dihasilkan oleh bahagian badan yang disebut sebagai kelenjar endokrin. Kelenjar endokrin digelar kelenjar tanpa duktus kerana ia membebaskan hormon terus ke dalam aliran darah kita. Terdiri daripada enam jenis kelenjar endokrin utama iaitu pituitari, tiroid, adrenal, pankreas, ovari dan juga testis. Jika kuantiti hormon ini tidak seimbang ia akan mencacatkan aktiviti badan dan contohnya ialah jika hormon yang dikeluarkan dari pankreas tidak mencukupi seseorang akan mengidap kencing manis. Dengan ini, secara tidak langsung mengganggu koordinasi dalam melakukan aktiviti.
JENIS-JENIS GIMNASTIK
Secara umumnya, gimnastik dapat dibahagikan kepada enam jenis iaitu Gimnastik Artistik, Gimnastik Irama, Gimnastik Trampolin, Gimnastik Paparan Umum, Gimnastik Aerobik dan juga Gimnastik Akrobatik.Setiap daripada jenis-jenis gimnastik tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang dapat membezakan antara satu dengan yang lain. Perbezaan dapat dilihat dari beberapa aspek iaitu termasuklah dari segi peralatan yang digunakan, bilangan ahli gimnastik, tempat aktiviti, masa persembahan, pola pergerakan dan juga dari segi corak persembahan.
kelahiran mereka. Gimnast lazimnya memulakan latihan pada usia sangat muda dan mereka yang berada pada terbaik lazimnya adalah pada lewat remaja atau awal dua puluhan. Kejohanan terbesar dalam sukan ini adalah Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, dan Kejohanan Grand Prix. Gimnastik berirama yang berkembang daripada idea bagi I.G. Noverre (17221810), Francois Delsart (18111871), dan R. Bode (1881), yang kesemua mempercayai dalam pernyataan pergerakan, di mana seseorang menggunakan tarian untuk meluahkan diri sendiri dan bersenam pelbagai bahagian tubuh. Peter Henry Ling seterusnya mengembangkan idea dalam sistem latihan bebas Sweden abad ke-19, yang melayakan aesthetic gymnastics, di mana pelajar menyatakan perasaan-perasaan mereka dan emosi melalui pergerakan menyeluruh. Idea ini telah dilanjutkan oleh Catharine Beecher, yang mengasaskan Western Female Institute di Ohio, Amerika Syarikat, pada 1837. Gimnastik berirama kompetitif bermula dalam 1940-an dalam Kesatuan Soviet. FIG mengiktiraf disiplin ini pada 1961, pertama seperti gimnastik moden, kemudian sebagai gimnastik berirama sportive, dan akhirnya sebagai gimnastik berirama. Kejohanan Dunia pertama untuk gimnas individu mengambil tempat pada 1963 di Budapest, Hungary. Kumpulan telah diperkenalkan pada tahap yang sama pada 1967 di Copenhagen, Denmark. Gimnastik berirama telah ditambah di Sukan Olimpik Musim Panas 1984 di Los Angeles, dengan pertandingan Individual All Around. Bagaimanapun, banyak persekutuan daripada negara-negara Eropah Timur telah dipaksa untuk memulau. Lori Fung dari Kanada adalah gimnas berirama pertama untuk mengondol satu pingat emas Olimpik. Pertandingan kumpulan telah ditambah ke Sukan Olimpik Musim Panas 1996 di Atlanta, Georgia. Disiplin gimnastik berirama adalah hanya disaingi oleh wanita (walaupun terdapat versi baru disiplin ini untuk lelaki dipelopori di Jepun, lihat gimnastik berirama lelaki), dan melibatkan prestasi lima rutin berasingan dengan penggunaan lima apparatus bola, reben, gelung, belantan, tali - di kawasan lantai, dengan penekanan lebih hebat lagi di keindahan berbanding akrobatik.
power tumbling melibatkan, atlet melakukan satu siri lambungan meletup dan putaran jatuh pada trek lompatan tumbling. Permarkahan adalah menyerupai trampolining.
6.4.2 Peralatan
Antara peralatan yang digunakan bagi menjalankan aktiviti gimnastik termasuklah tilam/ carpet, gelung, bola, dan reben/tali. Peralatan yang digunakan hendaklah selamat untuk
digunakan iaitu bukan terdiri daripada benda yang boleh membahayakan kanak-kanak itu sendiri semasa menggunakannya. Contohnya, peralatan yang runcing atau tajam.
lain. Mereka dapat berinteraksi antara satu sama lain. Antara aktiviti yang dapat kita lihat, ialah mereka bebas melakukan aktiviti mengikut kemampuan dan citarasa bersama. Dengan ini, secara tidak langsung mereka dapat menyelesaikan masalah melalui pergerakan kreatif di samping menekankan konsep asas dalam gimnastik iaitu konsep, kelenturan dan konsep imbangan. Iaitu, aktiviti menggerakgerakkan anggota tubuh badan, membongkokkan badan dapat meningkatkan keupayaan mereka dalam konsep kelenturan. Corak persembahan mereka iaitu, melakukan sesuatu aktiviti dengan mengekalkan posisi badan sama ada tetap atau melakukan aktiviti juga dapat meningkatkan kemahiran konsep imbangan gimnastik. Selain itu, aktiviti aplikasi daripada gimnastik paparan tersebut juga dapat meningkatkan kemahiran kesedaran perkaitan dengan orang lain. Kemahiran ini penting dalam usaha kanakkanak berinteraksi bersama rakan-rakan yang mana seseorang kanak-kanak melakukan pelbagai pergerakan bersama rakan-rakan
7.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, dapatlah disimpulkan bahawa jenis-jenis gimnatik tersebut dapat kita bezakan melalui ciri-ciri yang terdapat pada setiap jenis gimnastik tersebut. Konsep kelenturan, imbangan dan koordinasi perlu diterapkan terlebih dahulu bagi melahirkan ahli gimnastik yang cemerlang. Jenis-jenis gimnastik tersebut dapat diaplikasikan dalam konteks pendidikan yang mana dapat memberi peluang kepada setiap individu untuk berjaya dalam hidup khususnya mereka yang memiliki kecerdasan kinestetik. Dengan pengaplikasian dalam bilik darjah, dapat memberi ruang dan peluang seseorang individu yang memiliki kecerdasan tersebut untuk mengasah dan mempertingkatkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka tanpa mereka sedari. Setiap individu yang dilahirkan memiliki kelebihan dan kecenderungan masing-masing. Oleh itu, pengaplikasian jenis-jenis gimnastik amatlah wajar untuk diaplikasikan dalam bilik darjah ekoran pelbagai manfaat dapat diperoleh. Sesungguhnya, ukuran pencapaian seseorang individu tidak terletak pada pencapaian akademik semata-mata.