Anda di halaman 1dari 122

DISEDIAKAN OLEH:

JOHAN BIN ZAKARIA


RASNAN HELMY BIN CHE RAMLI
MAIZULHISHAM BIN MAT JUSOH
PIRDAUS BIN ABDUL HAMID

KERJA KURSUS MAJOR
PENDIDIKAN JASMANI
KURIKULUM
PENDIDIKAN JASMANI
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
DI MALAYSIA

Pendidikan jasmani merupakan salah satu matapelajaran teras di
sekolah-sekolah di Malaysia. Ianya diajar selama 11 tahun yang
merangkumi aspek-aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan
sukan serta kesihatan. Menurut Lawson dan Placek (1996),
pendidikan jasmani yang diajar disekolah perlu merangkumi 8 aspek
iaitu, perkembangan motor, anatomi kinesiologikal, biomekaniks,
fisiologi latihan, kesihatan, pedagogi sukan, psikologi sukan serta
pekembangan dan kawalan motor. Walaupun tidak dinyatakan
dengan jelas, kesemua aspek-aspek tersebut ada diterapkan dalam
tunjang pembelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan di Malaysia
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi
keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi
memebentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif.
Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran

iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini
membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.

Pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan
gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Pelajar diorientasikan
dengan ilmu dan amalan pendidikan Jasmani bagi membentuk
sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup. Kurikulum
Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif
dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.


MATLAMAT PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikan Jasmani bertujuan membantu pelajar menjadi cergas melalui
pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Rajah 1 menerangkan
secara konseptual matlamat yang boleh dicapai melalui program pendidikan
sukan dan rekreasi di Universiti Kebangsaan Malaysia dan hubungannya
dengan pembentukan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi,
rohani, sosial dan intelek.

Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani
Diantara objektif yang dibentuk bagi kurikulum pendidikan jasmani ialah:
1. mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan
kesihatan dan perlakuan motor.
2. menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut
kemampuan diri.
3. melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
4. mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa
menyertai pelbagai kegiatan fizikal.
5. membentuk sahsiah diri; dan
6. membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

KEMAHIRAN PROFESSIONAL

PENDIDIKAN PERGERAKAN
KEMAHIRAN PROFESSIONAL
PENDIDIKAN PERGERAKAN
Pendidikan pergerakan ialah satu pendekatan
pendidikan yang bertujuan untuk memudahkan
cara tindak balas pergerakan melalui tema-tema.
Ia membolehkan kanak-kanak menyedari
perkaitan antara pergerakan dengan tubuh
badan,ruang,masa,beban,daya,ritma,aliran dan
kesinambungan pergerakan.
(Dauer&Pangrazi,1983;Laban 1979)
OBJEKTIF PENDIDIKAN PERGERAKAN
Meningkatkan kesedaran dan kefahaman kanak-kanak
mengenai tubuh badan sebagai perantaraan untuk
pergerakan
Memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk
mencurah perasaan dan idea melalui perantaraan
tubuh badan
Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
mereka cipta,menjadi kreatif,menghadapi
cabaran dan meneroka pergerakan-pergerakan
yang melibatkan tubuh badan
Meningkatkan kecergasan fizikal kanak-kanak
Pergerakan Kreatif
Gimnastik Pendidikan
Gimnastik Artistik
Gimnastik Irama
4 KOMPONEN
PENDIDIKAN PERGERAKAN
Kreativiti merujuk kepada daya cipta seseorang untuk
mencipta bentuk atau idea baru;menyusun objek,pola
atau idea yang sedia ada untuk diintegrasikan ke dalam
masyarakat,(Murray,1980)
Pergerakan Kreatif adalah bentuk penyataan kendiri
yang unik iaitu kanak-kanak akan menggunakan
pergerakan- pergerakan berentak untuk meluahkan
perasaan,pemikiran idea (Lloyd,1990).
PERGERAKAN KREATIF
TUBUH BADAN
Bahagian luaran badan seperti
kepala,bahu,tangan termasuk tapak,jari
dan lengan,torso,kaki,tapak kaki serta
jari kaki. Idea-idea pergerakan
diluahkan dengan menggunakan
bahagian-bahagian badan,permukaan
badan (depan,belakang,sisi)dan bentuk
yang dibentuk oleh badan
KOMPONEN PERGERAKAN KREATIF
MASA
Masa merujuk kepada
tempo,denyutan,aksen,tempoh
.Pola-pola rentak adalah hasil
gabungan elemen-elemen ini
RUANG
Ruang diri,ruang am atau ruang
persekitaran.Ruang diri ialah ruang
di sekeliling individu yang
membolehkan individu
membengkokkan badan,meregang
atau membuat jangkauan tangan.
Ruang am adalah seperti
gimnasium,padang,bilik darjah iaitu
tempat aktiviti pergerakan berlaku.
DAYA
Digunakan di dalam semua pergerakan dan
dikategorikan dari lemah hingga kuat.Penggunaan
tenaga dalam suatu pergerakan menggambarkan
daya lemah atau kuat
ALIRAN
Aliran pergerakan merujuk kepada pergerakan mula
hingga pergerakan akhir.Pergerakan mula bila tubuh
badan tidak seimbang dan berhenti bila seimbang
1.Aliran bebas- pergerakan yang melibatkan anggota
tubuh badan secara serentak; pergerakan ini sukar
dihentikan seperti pergerakan lompatan,pusingan
dan gulingan
2.Aliran terikat- pergerakan yang boleh dihentikan
dengan mudah dan cepat
CONTOH PERGERAKAN KREATIF
GIMNASTIK ARTISTIK
Gimnastik artistik ialah seni pergerakan tubuh
badan.Tiga aktiviti utama yang terlibat ialah
imbangan,ketangkasan,dan melombol
Aktiviti ini mempunyai enam pola pergerakan
yang dominan iaitu pendaratan,statik,gerak
edar,putaran,hamburan dan hayunan
IMBANGAN
Imbangan ialah kebolehan mengawal
atau mengekalkan diri dengan stabil
semasa melakukan aktiviti.
Menampung berat badan merupakan
aspek asas imbangan (Williams,1987)
AKTIVITI-AKTIVITI IMBANGAN
DIRIAN TANGAN
DIRIAN KEPALA
IMBANGAN DEKAM
IMBANGAN V
DIRIAN TANGAN
1.Dua tangan seluas bidang bahu
2.Tapak-tapak tangan menapak
awal di lantai
3.Ibu-ibu jari rapat dengan muka
4.Mata rapat ke arah tangan
5.Lengan lurus
6.Pinggul di atas bahu
7.Badan tegak dan lurus
DIRIAN KEPALA
1.Kepala dan dua tapak tangan dalam bentuk tiga segi di lantai
2.Dahi di lantai
3.Kedua-dua belah kaki digerakkan dengan jari-jari kaki ke arah tangan
4. Kepala dan tangan dalam bentuk tiga segi,tolak dengan tangan dan
angkat kaki dari lantai

5.Luruskan belakang dengan kaki masih dilipat

6.Meluruskan kedua-dua belah kaki

IMBANGAN DEKAM/KATAK
1.Dua tangan diletakkan di antara dua
kaki lebih kurang sama luas dengan
bidang bahu
2.Dalam keadaan cangkung
3.Kedua-dua lutut rehat di kedua-dua
siku
4.Tangan bengkok dan badan
condong ke hadapan
5.Dongak kepala sedikit dengan mata
melihat ke hadapan sedikit
IMBANGAN V
1.Duduk berlunjur di lantai,dua
tangan menyokong di belakang
2.Lipat lutut dan angkat kaki ke
atas
3.Luruskan kaki dan tangan ke
sisi
MELOMBOL
LOMBOL TEGAK KANGKANG
1.Penujuan mestilah licin
2.Tangan lurus semasa menahan
di atas peti lombol
3.Kaki kangkang luas dan lurus
semasa fasa layangan
4.Mata pandang ke hadapan
5.Bengkokkan lutut semasa
mendarat
LOMBOL TEGAK LALU
1.Kedua-dua belah tangan dibuka seluas bidang
bahu
2.Tangan menahan mestilah lurus
3.Kaki lurus ke hadapan
4.Mendarat dengan membengkokkan kaki
LOMBOL PENCURI
1.Penujuan tidak teragak-agak dan licin
2.Melonjak dengan sebelah kaki
3.Kedua-dua belah tangan hentam kuat bahagian
atas peti lombol selepas kedua-dua belah kaki
melepasi peti lombol
4.Kedua-dua belah kaki diluruskan ke atas dan
bersudut
GULINGAN
AKTIVITI-AKTIVITI GULINGAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
GULING DEPAN
1.Mula dengan membengkokkan badan
2.Tapak tangan di lantai,jarak antara tapak
seluas bidang bahu,jari-jari tangan ke
hadapan
3.Tolak dengan kaki dan dagu rapatkan
kepada bahagian dada semasa mengguling
4.Lutut ke dada dan bulatkan belakang

5.Letak tapak-tapak kaki rapat pada pinggul,hulur
tangan ke hadapan dan ke atas
6.Terus berdiri apabila berat badan di bebola tapak kaki


GULING BELAKANG
1.Mula dengan membengkokkan
badan
2.Tapak-tapak tangan di atas lantai
rapat dengan kepala,ibu-ibu jari rapat
dengan telinga
3.Lutut ke dada dan bulatkan
belakang
4.Tolak dengan kuat dengan
tangan,masih dalam kedudukan lutut
dilipat ke dada
5.Kekalkan tolakan dan mendarat
dengan bebola tapak kaki
GULING SISI
1.Melutut dengan kaki kiri,kaki kanan lurus
dan tangan dibuka luas
2.Jatuhkan bahu kiri ke lantai,kaki kanan
lurus dihayun ke atas
3.Baring dengan kedua-dua tangan didepa
dan kaki lurus serta kangkang luas
4.Lipat kaki kanan dan hayun kaki kiri ke
arah kaki kanan
5.Kaki kiri sentuh lantai,tangan-tangan
menolak supaya badan tegak
6.Kedudukan akhir dengan melututkan kaki
kanan dan meluruskan kaki kiri iaitu suatu
posisi yang bertentangan dengan kedudukan
permulaan
PENDARATAN
Pola pergerakan ini menekankan
penyerapan daya sewaktu mendarat
Mendarat dari lompatan hadapan
di atas peti lombol
1.Berdiri tegak di atas peti
lombol dan lompat ke hadapan
2.Mendarat dengan menggunakan
bebola kaki
3.Semasa mendarat,bengkokkan lutut
untuk menyerap daya
4.Berdiri tegak sambil
meluruskan tangan ke atas
PERGERAKAN STATIK PERGERAKAN STATIK
Pergerakan statik lebih tertumpu kepada aspek
kestabilan.Kestabilan ialah keupayaan badan
berada dalam posisi yang seimbang
i.Skala Depan
Berdiri tegak,sebelah kaki
melangkah ke hadapan
Angkat tangan dan lentikkan badan
Angkat sebelah kaki ke belakang
sambil merendahkan badan ke
hadapan
ii.Dirian Y
Berdiri tegak,rapatkan kaki,dan
pandang ke hadapan

Luruskan kedua-dua belah tangan ke
atas

Berdiri atas bebola kaki

Turunkan tumit kaki dan berdiri
tegak

RANGKAIAN PERGERAKAN
Beberapa kemahiran boleh digabungkan untuk
membentuk rangkaian pergerakan. Pergerakan
ini hendaklah dilakukan berterusan
Berdiri tegak di atas bangku gimnastik
sambil mendepangkan tangan
Bergerak beberapa langkah ke hadapan
Lakukan pergerakan skala depan
Kemudian lompat ke hadapan dan
mendarat dengan kedua-dua belah kaki
HAMBUR
HAMBUR KEPALA
1.Melonjak dengan dua kaki
2.Hayun kaki lurus
3.Lentik ke belakang
4.Tolak kuat dengan tangan
5.Tolak pinggul ke hadapan dan
mendarat dengan bebola kaki

HAMBUR TANGAN
1.Dada ke arah lantai
2.Kaki tendang kuat
3.Tolak kuat dengan tangan,bahu,kaki-
kaki disatukan
4.Badan lurus dan pinggul digerakkan di
hadapan
5.Mendarat dengan bahagian bebola kaki

GIMNASTIK PENDIDIKAN

Gimnastik pendidikan ialah pendekatan
pergerakan yang tidak formal,yang dilakukan
secara individu,berpasangan atau
berkumpulan.Pergerakan ini juga melibatkan
perhubungan dengan alat yang digunakan sebagai
halangan
OBJEKTIF GIMNASTIK PENDIDIKAN
Memberi pendedahan kepada murid-murid kepada pelbagai
pengalaman pergerakan
Meningkatkan kesedaran tentang tubuh badan dan konsep tubuh
badan
Memupuk kenikmatan dan penghargaan estetik pergerakan yang
baik
TEMA GIMNASTIK PENDIDIKAN
KESEDARAN TUBUH BADAN
KESEDARAN RUANG
KESEDARAN MASA
KESEDARAN BEBAN
KESEDARAN ALIRAN
KESEDARAN PERKAITAN ORG LAIN
KESEDARAN RITMA
KESEDARAN PERKAITAN ANTARA
PELBAGAI BHGN TUBUH BADAN
GIMNASTIK
PENDIDIKAN
Bergerak ke Pebagai Arah
Bergerak ke Pelbagai
Aras
Pelbagai Ekstensi
GIMNASTIK
PENDIDIKAN
Membuat Pelbagai Bentuk
Pelbagai Laluan
I X Y L O
Membentuk huruf abjad
GIMNASTIK
IRAMA
Gimnastik irama ialah pergerakan berkoordinasi yang bersifat estetik.Ia
dilakukan dengan iringan irama dengan alatan atau tanpa alatan
Terdapat tujuh pergerakan dalam
gimnastik irama:
1.Imbangan
2.Melentik
3.Meringkuk dan melunjur
4.Gerak edar
5.Pusingan badan

6.Lompatan

7.Ketangkasan

IMBANGAN ATAS DUA KAKI
1.Berdiri tegak
2.Langkah ke hadapan
2.Depangkan tangan
3.Rapatkan kedua-dua belah kaki
sambil berdiri atas bebola kaki

4.Luruskan badan

5.Berdiri tegak semula

1.IMBANGAN
GIMNASTIK IRAMA TANPA ALATAN
IMBANGAN ATAS SATU KAKI
1.Berdiri tegak
2.Langkah ke hadapan sambil
mendepangkan tangan
3.Berdiri atas sebelah kaki dengan
tangan didepangkan
4.Turunkan kaki dan berdiri tegak
MELUTUT
1.Melutut dengan sebelah kaki
dilunjurkan ke hadapan dan tangan
didepangkan
2.Naikkan kaki yang dilunjurkan ke
atas
3.Turunkan kaki sambil
menyilangkan tangan ke dada
IMBANGAN V ATAS PUNGGUNG
1.Duduk tegak dengan
membengkokkan lutut dan
mendepangkan tangan
2.Angkat kedua-dua belah kaki
serentak ke atas secara perlahan-lahan
3.Imbangkan badan atas punggung
4.Turunkan kedua-dua belah kaki
serentak secara perlahan-lahan
2. MELENTIK
MELENTIK KE SISI
1.Berdiri tegak dengan tangan di
sisi
2.Langkah ke hadapan sambil
mendepangkan tangan
3.Berdiri tegak semula sambil
mendepangkan tangan
4.Lentikkan badan ke kiri
5.Tegakkan badan
6.Lentikkan badan ke kanan
7.Kembali ke kedudukan tegak
GIMNASTIK IRAMA MENGGUNAKAN ALATAN-TALI
1.Melompat melepasi tali yang pendek
2.Melontar dan menangkap tali
3.Memusing tali dengan membuat
bulatan di atas kepala
MENGGUNAKAN GELUNG
1.Memusing gelung-gerakkan pergelangan
tangan untuk memusingkan gelung
2.Memutarkan gelung pada satu paksi
3.Mengguling gelung di hadapan badan,ke kiri
dan ke kanan
4.Melambung dan menyambut gelung secara
statik
5.Melambung gelung ke hadapan,berlari dan
menangkap gelung(ulang latihan 4)
6.Lambung gelung,lompat dan tangkap gelung
MENGGUNAKAN KAIN
1.Menghayun selendang
2.Mengubah bentuk,melambung dan
menyambut selendang
3.Membuat corak kecil
4.Menyebat selendang
6.Membuat figure 8
5.Membuat ombak
KEMAHIRAN PROFESSIONAL

KEMAHIRAN ASAS OLAHRAGA
KEMAHIRAN PROFESSIONAL
KEMAHIRAN ASAS OLAHRAGA

Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang
bersifat saingan.Merangkumi beberapa
acara berlainan yang berasaskan kepada
pergerakan-pergerakan semula jadi
seperti berlari,melompat,dan membaling.
Bentuk awal olahraga yang dikelolakan
secara tersusun telah dikenali berlaku
pada zaman klasikal terutamanya Sukan
Olimpik Kuno
ACARA OLAHRAGA
Olahraga meliputi acara trek dan padang,larian di jalan raya,jalan kaki
dan larian merentas desa.
Acara olahraga dibahagikan kepada tiga kategori:

ACARA
OLAHRAGA
ACARA TREK
ACARA PADANG
ACARA KHUSUS
ACARA TREK
Jarak Dekat-100m,200m,400m
Jarak Sederhana-
800m,1500m
Jarak Jauh-3000m,
5000m,10000m
Lari Berganti-ganti-
4X100m,4x200m,4x400m
Lari Berhalangan-3000m
LARI PECUT
Lari pecut didefinisikan sebagai berlari dengan kelajuan maksimum.
Acara-acara lari pecut termasuklah 100 meter, 200 meter dan 400 meter.
Acara 100 meter
Untuk acara 100 meter, larian ini boleh dibahagikan kepada empat fasa:
1. Mulaan
2. Penambahan kelajuan (pick-up)
3. Pelajuan (acceleration)
4. Kelajuan Maksimum
Contoh permulaan
untuk Lari Pecut
Mulaan

Untuk mulaan, atlit akan menukar dengan cepat dari posisi pegun ke aksi larian.
Tujuannya adalah untuk mencapai langkah pemecutan seberapa cepat yang boleh.

1. Penambahan Kelajuan (Pick-Up)
Tujuh hingga lapan langkah yang pertama dipanggil penambahan kelajuan kerana
posisi yang diambil oleh atlit dalam fasa ini adalah nyata berbeza daripada
permulaan larian.

2. Pelajuan (Acceleration)
Kelajuan atlit bertambah sebanyak lebih kurang 30 35 meter selepas fasa Pick-Up.

3. Kelajuan Maksimum
Adalah di mana kelajuan atlit masih terkawal, iaitu dia tidak terlebih berlari dan aksi
lariannya adalah mudah dan licin.
Selepas mencapai kelajuan maksimum, dia harus meneruskan lariannya dengan
tenang untuk mengekalkan kelajuan yang telah dicapai sehingga tamat larian.
Acara 200 meter
Acara 200 meter merupakan acara yang dilakukan dengan usaha sepenuhnya
tetapi dalam keadaan terkawal. Perbezaan yang ketara di antara acara 100
meter dan 200 meter adalah daya ketahanan kelajuan yang boleh didefinisikan
sebagai keupayaan mengekalkan kelajuan tinggi merentasi jarak yang lebih jauh.
Untuk acara 200 meter, atlit mesti memperolehi teknik larian yang betul pada
bahagian selekoh kerana jarak 100 meter pertama akan dilarikan di atas selekoh.
Mulaan
Oleh kerana mulaan dimulakan dari bahagian selekoh, blok-blok mulaan akan
ditempatkan berhampiran garisan luar yang membatasi lorong larian supaya
mengikut satu trajektori permulaan yang bertangen pada selekoh; iaitu 5 6
meter melepasi garisan permulaan.
1. Berlari Atas Selekoh
Apabila meningkatkan kelajuan di bahagian selekoh, daya emparan
(centrifugal force) mudah menyebabkan atlit tergelincir keluar.
Untuk mengatasi daya ini, atlit akan condong ke selekoh dan memusingkan
sedikit tubuh badan untuk mendahulukan bahu kiri. Ini akan menolong seluruh
badan atlit bergerak dalam gaya yang lebih berkoordinasi.

2. Berlari Di Lorong Lurus
Bahagian kedua perlumbaan 200 meter dilarikan di atas lorong lurus.
Lebih kurang antara 80 120 meter dari garisan permulaan, iaitu antara
bahagian selekoh dan bahagian lurus, atlit akan mencapai puncak
kelajuannya.
Dia harus mengekalkan posisi larian yang betul di bahagian selekoh dengan
bahu kiri sedikit mendahului bahu kanan supaya dia tidak tergelincir tetapi
dapat berlari dengan bersahaja menuju ke lorong lurus dan mengekalkan
kelajuan yang telah dicapai.
Acara 400 meter juga diklasifikasikan sebagai lari pecut kerana ia masih
memerlukan keupayaan atlit mencapai puncak kelajuannya. Dalam acara
400 meter, pelari-pelari berlari dalam satu pusingan trek.

Teknik Berlari Dalam Acara 400 Meter

Teknik untuk larian 400 meter adalah berbeza daripada teknik yang
digunakan oleh pelari-pelari yang berlari dalam jarak yang lebih pendek.
Langkah pelari 400 meter harus panjang dan kendur dengan usahanya
bertambah secara beransur-ansur.Perlumbaan 400 meter bermula di atas
selekoh, oleh itu tidak perlu berusahauntuk mendapatkan suatu kelajuan
tinggi yang tertentu dalam jarak 100 meter pertama.

Usaha harus bertambah secara beransur-ansur supaya kelajuan maksimum
dicapai dalam bahagian kedua di lorong lurus yang pertama (di antara 150
meter dan 200 meter).Atlit kemudiannya memasuki selekoh kedua dengan
langkah terkawal.Atlit hendaklah menumpukan perhatian supaya tidak
kehilangan kelajuan serta berusaha mengekalkannya walaupun ini amat
sukar dilakukan.
ACARA 400 METER
ACARA LARI BERGANTI-GANTI

Acara-acara lari berganti-ganti biasanya adalah puncak dalam sesuatu
temasya sukan. Kemahiran yang ditunjukkan dan ketepatannya semasa
menukar baton mewujudkan suatu suasana yang menguja dan tidak dapat
diduga dalam perlumbaan. Adalah penting supaya pasukan yang terlibat
dalam perlumbaan lari berganti-ganti adalah merupakan pasukan yang pantas
dan berkoordinasi serta tepat dalam penukaran baton. Acara lari berganti-ganti
yang biasa dipertandingkan adalah 4 X 100 meter, 4 X 200 meter dan 4 X 400
meter.
Contoh pemberian dan penerimaan baton untuk Larian Berganti-Ganti
Zon Penukaran Baton
Pada tanda 100 meter, 200 meter dan 300 meter di balapan 400 meter,
ditandakan tiga zon penukaran baton. Setiap zon berukuran 20 meter
panjang. Baton mesti bertukar tangan di antara dua pelari di dalam zon
ini.

Satu zon lagi yang dipanggil zon pemecutan ditandakan pada 10 meter
di belakang zon penukaran baton. Pelari yang akan menerima baton
boleh mula berlari dalam zon pemecutan, tetapi baton mesti diterima di
dalam zon penukaran baton.
Untuk acara 4 X 100 meter, pelari-pelari berlari dalam lorong-lorong di atas
balapan bulat berukuran 400 meter yang mengandungi lapan lorong. Pelari
pertama daripada setiap pasukan memulakan perlumbaan daripada garisan
permulaan yang diatur secara berganjak. Peserta berlari di selekoh dan
menghantar baton kepada pelari kedua dalam pasukannya dan seterusnya.
ACARA 4 X 100 METER
Menghantar Baton
Cara popular menghantar baton ialah gaya selang-seli, iaitu baton ditukar di
antara tangan kanan dan tangan kiri oleh keempat-empat pelari dalam satu
pasukan. Dua cara menghantar baton ialah:
1. Pergerakan ke bawah (Downsweep)
2. Pergerakan ke atas (Upsweep)

Gaya Pergerakan Ke Bawah
a)Pelari dengan baton menghayun baton ke bawah untuk memukul tapak
tangan penerima yang terbuka.
b)Penerima memegang hujung baton semasa menerimanya.
Poin Penukaran
Untuk memastikan baton bertukar tangan dengan seberapa cepat yang
mungkin, penukaran harus dilakukan apabila pelari yang membawa baton
telah menyaingi pelari keluar. Secara umum, penukaran baton yang baik
berada lebih kurang 2 3 meter melepasi pertengahan zon penukaran
baton.
Setiap pelari dalam acara 4 X 400 meter berlari dalam satu pusingan lengkap
trek. Untuk acara ini, tidak ada zon pemecutan seperti dalam acara 4 X 100
meter. Untuk peringkat pertama, keseluruhan perlumbaan dilakukan di dalam
lorong dan kali pertama baton ditukarkan juga mesti di dalam lorong.

Selepas pelari kedua menerima baton, dia berlari dalam lorongnya dan
memotong masuk pada lorong pertama di hujung selekoh. Di atas trek, yang
bersempadan dengan garisan kemasukan semula terdapat satu garisan
yang menandakan penghabisan larian mengikut panduan. Daripada point ini
dan seterusnya, atlit-atlit berlari dalam jarak yang sama. Dua bendera
diletakkan bersebelahan trek sebagai penanda jelas untuk poin-poin
kemasukan semula. Pertukaran baton kali kedua dan kali ketiga di garisan
penamat dalam zon 20 meter.

Susunan Pasukan
Seperti dalam acara 4 X 100 meter, pilihan susunan pelari-pelari juga adalah
penting. Secara idealnya, pelari pertama berkebolehan memberi peluang
kepada pelari kedua mendahului pelari lain semasa dia meluru masuk ke
lorong dalam. Contoh susunan pasukan ialah:
ACARA 4 X 400 METER
ACARA LARI BERPAGAR

Pada asasnya, lari berpagar adalah memecut melompat pagar-pagar. Tujuannya
ialah melepasi pagar-pagar dengan sedikit sahaja gangguan dalam ritma
pecutan semula jadi. Ini bermakna, pagar-pagar hendaklah dilintasi dengan aksi
`langkah lepas` dan bukan dengan lompatan. Pergerakan haruslah secara
lembut sepenuhnya.

Semua acara lari berpagar dijalankan dalam lorong. Acara 100 meter dan 110
meter dijalankan di lorong lurus dan acara 400 meter dijalankan di balapan
selekoh. Setiap perlumbaan melibatkan sepuluh pagar. Tinggi pagar berbeza
mengikut jarak perlumbaan.


Teknik Larian Berpagar
Acara Tingginya Pagar
110 meter (L) 106.7 sm (3 kaki 6 inci)
100 meter (W) 84.0 sm (2 kaki 9 inci)
200 meter (L) 76.2 sm (2 kaki 6 inci)
400 meter (L)
91.4 sm (3 kaki)
400 meter (W)

76.2 sm (2 kaki 6 inci)
KETINGGIAN PAGAR BAGI SETIAP
ACARA LARIAN BERPAGAR
Penempatan Pagar-pagar

Sepuluh pagar digunakan untuk setiap perlumbaan tetapi jarak dari
garisan permulaan ke pagar pertama, jarak di antara pagar-pagar
dan jarak dari pagar terakhir ke garisan penamat berbeza-beza untuk
setiap acara.
Acara JarakDari Mulaan
Ke Pagar Pertama
Jarak Di Antara
Pagar
Jarak Dari Pagar
Terakhir Ke
Garisan Penamat
1. 100 meter (W) 13.00 meter 8.50 meter 10.50 meter
2. 110 meter (L) 13.72 meter 9.14 meter 14.02 meter
3. 200 meter (L) 18.29 meter 18.29 meter 17.10 meter
4. 400 meter (L) 45 meter 35 meter 40 meter
5. 400 meter (W) 45 meter 35 meter 40 meter
LOMPAT JAUH

TEKNIK LATIHAN KEMAHIRAN ASAS

Tujuan utama lompat jauh ialah mencapai jarak lompatan meksimum mengikut
peraturan yang telah ditetapkan. Jarak ini dapat dicapai dengan membuat larian
pantas dan disusuli dengan lonjakan kuat dan tinggi. Seseorang pelompat jauh
haruslah berupaya berlari dengan pantas, melompat dengan kuat, dan mempunyai
kelenturan badan serta daya koordinasi yang baik.

LOMPATAN
Teknik Lompat Jauh
- Gerakkan badan ke hadapan supaya pelompat tidak terjatuh ke belakang,
iaitu dengan mengayunkan tangan ke hadapan serta bengkokkan kaki
semasa tumit pelompat mula mencecah pasir

- Dalam acara lompat jauh terdapat 4 aspek penting yang harus diberi
perhatian utama iaitu fasa penujuan, fasa lonjakan, fasa
penerbangan/layangan dan fasa pendaratan.

Teknik-teknik dalam lompat jauh adalah seperti berikut:

-Larian menuju ke papan lonjak (papan permulaan) hendaklah cukup
pantas dan terkawal
-Lakukan lonjakan yang kuat dengan lutut kaki diangkat tinggi
semasa
melonjak
-Kedua-dua belah tangan hendaklah diayunkan ke atas bertujuan
membantu lonjakan
-Semasa di peringkat layangan, pandangan pelompat hendaklah
tepat ke
hadapan
-Lunjurkan kedua-dua kaki ke hadapan badan semasa dalam
kedudukan
bersedia untuk mendarat
Fasa penujuan
Terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari dari tempat
permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris
atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah
pertama dari titik permulaan mestilah bermula dengan kaki melonjak.
Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat
wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar.

Penentuan titik mula
Pelompat bermula di papan lonjak, kira 11-15 langkah dan letakkan tanda.
Ulang larian dari titik mula ke papan lonjak untuk memastikan kaki lonjak
adalah pada papan lonjak. Jika perlu ubahkan tanda untuk mendapatkan jarak
yang betul.

Fasa lonjakan
Setibanya di papan lonjak, pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian
maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit
untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan ditegakan
dengan mengangkat dada ke atas.
Fasa penerbangan/layangan

Dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan
kederasan. Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke belakang.
Untuk gaya tending kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal.

Fasa pendaratan

Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan, tangan dan kaki
digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan
digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan.
LOMPAT TINGGI
TEKNIK LOMPAT TINGGI
Kepantasan masa penujuan hendaklah terkawal.
Gunakan tandaan semak supaya langkah-langkah larian seragam.
Melonjak cara meledak dan angkat kedua-dua belah tangan ke atas.
Lutut kaki bebas diangkat dan melintangi badan sebaik sahaja pelompat
melonjak.
Lentikkan badan semasa melepasi palang.
Buka kaki sedikit semasa meluruskannya ke atas.
-Peserta boleh membuat antara 15 hingga 20 langkah atau antara 2
hingga 2.5 meter suatu langkah, untuk berlari di dalam lorong larian.

-Peserta harus mendapatkan ketepatan dari segi jumlah langkah wajar
supaya kaki tidak melepasi papan pelepas ketika membuat lonjakan
daripada larian. Peserta boleh membuat titik-uji atau cheak mark pada
jarak antara 4 hingga 6 langkah daripada papan pelepas.

-Peserta bebas melakukan larian, asalkan tidak melanggari aturan dan
undang-undang lompat kijang.Peserta hendaklah memastikan kakinya
tidak melepasi papan pelepas, semasa membuat lonjakan daripada larian itu.
LOMPAT KIJANG
Teknik Lompat Kijang
Fasa Pelepasan

Pada pelepasan pertama, peserta hendaklah membahagikan keupayaan
tangannya kepada nisbah tertentu, bagi menseimbangkan tenaga antara
komponen momentum menegak dan mendatar.

Pelepasan peringkat kedua merupakan pijakan kaki yang sama peserta di
dalam lorong lompat kijang untuk melakukan lonjakan selanjutnya. Caranya
ialah dengan melepaskan kaki secepat mungkin daripada sentuhan ke tanah,
dan dengan bantuan hayunan tangan peserta akan dapat melakukannya.

Selepas peserta melonjakkan kakinya ke udara, dia akan mendarat pada
sebelah kakinya yang lain daripada langkah sebelumnya, dengan cara dan
kekuatan yang sama. Ini diikuti dengan pijakan kaki peserta ke tanah untuk
melakukan lompatan sebenar.
Fasa Lonjakan
Lonjakan pertama dibuat hasil daripada pelepasan pertama. Ada
sesetengah peserta walaupun sudah berpengalaman, sering
memperlahankan kelajuan semasa melakukan lonjakan akibat pelepasan
yang terlalu berhati-hati. Seharusnya peserta dapat memahirkan kaki untuk
maksud ini, tanpa mengurangkan kepantasan pergerakan.

Lonjakan kedua yang dilakukan pada kaki yang sama dengan lonjakan
pertama dilakukan tanpa penggunaan papan pelepas. Ini bermakna peserta
akan membuat lonjakan daripada tanah, yang mungkin tidak sekuat
lonjakan pertama. Tujuan utama lonjakan ini ialah untuk membantu
lompatan peserta seterusnya, yang kemudiannya akan mendarat sementara
pada kaki yang sebelah lagi.
BALINGAN
ACARA-ACARA BALINGAN
Setiap peserta diberikan antara 3-6 lontaran/balingan.
Jarak kelayakkan haruslah ditentukan dan lontaran kelayakkan sebanyak tiga kali
diadakan sebelum pertandingan sebenar.

Peserta-peserta tidak boleh;
Meletakan tanda isyaratdalam kawasan mendarat( sektor).
Memakai sarung pelindung kecuali dalam acara melontar tukul besi.
Mangalas tangan untuk membuat sokongan.

Semua pertandingan,alatan yang digunakan hendaklah mematuhi spesifikasi
IAAF.Hanya alatan yang mempunyai sijil IAAF shj boleh digunakan.
Alatan Wanita
remaja/junior/
senior
Lelaki remaja Lelaki junior Lelaki senior
Peluru 4.000kg 5.000kg 6.000kg 7.260kg
Cakera 1000kg 1.5000kg 1.750kg 2.000kg
Tukul Besi 4000kg 5.000kg 6.000kg 7.260kg
Lembing 600g 700g 800g 800g
Peserta-peserta boleh:
Menggunakan cara sendiri dan dipersetujui oleh pengadil.
Menggunakan bahan seperti tepung di tangan untuk mengukuhkan pegangan.

MELONTAR PELURU
Peluru dilontar dari bahu dengan sebelah tangan shj.
Peluru mestilah menyentuh @ rapat dengan leher @ pipi dan tangan tidak boleh
direndahkan daripada paras ini semasa melontar.
Peluru tidak boleh dibawa ke belakang garisan bahu.
Ukuran papan penahan berwarna putih,berbentuk lengkok bulatan.
Diletak ditengah-tengah di antara kedua-dua garisan sektor dan dibuat supaya
terletak dengan kukuh.
Pengkhususan berat berikut adalah digunakan mengikut kumpulan umur:



Bawah 15
tahun
15-17 tahun 17-19 tahun Dewasa
Lelaki 4kg 5kg 6.25kg 7.257kg
Wanita 3.25kg 4kg 4kg 4kg

MERENJAM LEMBING
Lembing hendaklah di pegang pada bahagian pemegang. Ia hendaklah direjam dari
atas bahu@dari bahagian atas lengan yang membaling dan tidak boleh dibimbit @
dijinjing.
Satu renjaman hanya dikira jika hujung kepala logamnya menujah bumi sebelum
bahagian-bahagian lainnya sampai.
Tidak dibenarkan sama sekali peserta pusing membelakangkan lengkok balingan
melainkan lembing telah dilepaskan.

MELEMPAR CAKERA
Garisan pusat dalam bulatan ialah 2.5m. Tidak ada papan penahan digunakan.
Sektor jatuhannya mengikut sudut 45 darjah.
Bawah 15 15-17 17-19 Dewasa
Lelaki 1.25kg 1.5kg 1.75 2kg
Wanita 1kg 1kg 1kg 1kg
TEKNIK LEMPAR CAKERA
TEKNIK LONTAR PELURU
TEKNIK MEMEGANG CAKERA
TEKNIK MELEMPAR CAKERA
TEKNIK MEREJAM LEMBING
LARIAN JARAK SEDERAHANA DAN JARAK JAUH
Acara 1000 meter merupakan salah satu acara balapan.
Acara ini tergolong sebagai acara lari jarak sederhana.
Oleh kerana jarak sesuatu pusingan balapan adalah 400
meter, maka seseorang pelari 1000 meter perlu berlari
dua pusingan balapan dan diikuti dengan jarak 200 meter
lagi. Ini bermakna, pelari dikehendaki berlari sejauh 2
pusingan. Permulaannya ialah 200 meter dari garisan
penamat balapan. Pelari akan berlari mengikut lorong
masingmasing untuk pusingan pertama, dengan
permulaan seperti dalam acara 400 meter. Pelari
dibenarkan memotong masuk kelorong paling dalam
selepas suatu jarak yang ditetapkan.
Pelari tidak dibenarkan keluar meninggalkan balapan
sebelum menamatkan larian, cuba menghalang pelari lain
atau merempuh pelari lain ketika sama-sama berlari.
Pelari hendaklah berlari setelah isyarat dan arahan
diberikan oleh pegawai pelepas.
Aksi peserta menamatkan larian Contoh pergerakan semasa larian.
Teknik mengikut rentak lawan
Mengekalkan larian
dengan langkah yang
panjang
Mengawal larian dengan berlari Memecut untuk
secara tenang menamatkan larian
langkahan yang panjang sambil
mengekalkan kepantasan,
Memecut ke garisan penamat
ACARA LARI JARAK JAUH 5000
METER
Acara lari jarak jauh 5000 meter ini dijalankan
dalam 12 pusingan balapan bersaiz 400
meter. Ini bermakna pelari akan berlari sejauh
lima kilometer. Oleh sebab jumlah keseluruhan
pusingan ialah 12 pusingan, ini bermakna
permulaan untuk acara ini ialah pada tempat
permulaan 200 meter, tetapi garisan permulaan
tidaklah seperti dalam acara 200 meter.
B) PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
Pelari akan berlari sebanyak 12 pusingan balapan bersaiz 400 meter.
Pelari akan berlari tanpa mengikut lorong tertentu.
Pelari hendaklah bermula dari mula hingga tamat larian untuk memenangi
sebarang kedudukan. Pelari yang menarik diri akan dikira batal dan terkeluar dari
perlumbaan.
Pelari dibenarkan berjalan sebentar jika perlu dan kemudian meneruskan larian,
tetapi dia mesti berada di dalam balapan dan tidak mengganggu peserta lain.
Pegawai perlumbaan akan membunyikan isyarat (biasanya loceng) atau siren
apabila pelari mempunyai baki satu pusingan lagi untuk menamatkan lariannya.
Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai,baru dibenarkan berlari.
Pelari boleh berlari sama ada dengan memakai kasut, spikes ataupun tanpa
berkasut, tetapi pastikan kasut itu tidak mendatangkan masalah atau
kemungkinan mendapat kecederaan.
Pelari hendaklah berlari dengan mematuhi aturan dan undang-undang yang
ditetapkan oleh IAAF.
Pelari tidak dibenarkan melakukan sesuatu kepada pelari lain dengan niat untuk
menghalangnya berlari, mencederakan atau membatalkan lariannya. Pegawai
perlumbaan akan memberi isyarat batal jika terdapat pelari yang bertindak
demikian.
PERMAINAN
BOLA baling
DAN HOKI
BOLA BALING
SEJARAH DI MALAYSIA
Diperkenalkan di Malaysia pada 1976 oleh
En.Lim Hock Han, Pengarah Unit Sukan
Universiti Malaya, setelah balik dari sukan
olimpik pada 1976 dan membawa balik
rakaman permainan disana.
Kemudian memberi kursus asas permainan
ini kepada sekumpulan guru pendidikan
Jasmani dan Kesihatan di negeri selangor
da wilayah persekutuan Kuala Lumpur pada
tahun itu.


Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang
pertama diadakan untk 60 orang guru seluruh Malaysia di
Selangor. Pada tahun yang sama, permainan bola baling
telah diadakan di Stadium Negara sebagai permainan
pertunjukan sempena Hari Anugerah Olahragawan dan
Olahragawati kebangsaan pada 3 Jun 1978.

Persekutuan Bola Baling Malaysia ( MAHF ) telah
dibentuk pada tahun 1985 dan presiden MAHF yang
pertama ialah En.Cheah Hai Su dan Setiausaha Kehormat
yang dilantik ialah EN. Kan Tong Leong.

Pada 27 mei 2000, Persekutuan Bola Baling Malaysia
telah berdaftar dengan Persuruhanjaya Sukan Malaysia
dibawah Akta Sukan Kebangsaan 1997.
Presiden MAHF memegang jawatan ini sejak tahun 2000
ialah Y.Bhg.Dato Haji Suhaimi bin Hj. Yakob dari
Kelantan.

SEJARAH ANTARABANGSA
Diperkenalkan oleh Konrad Koch, jurulatih gimnastik
Jerman pada penghujung abad ke-19

Diperkembangkan oleh Federik Knudsen pada 1911 di
Denmark

2 versi Denmark -7 pemain,versi Jerman-11 pemain

Perlawanan antarabangsa pertama (lelaki) pada 1925-
jerman & Belgium (wanita)pada 1930-Jerman & Austria.
Persekutuan Bola Baling Amatur
Antarabangsa ditubuh 1928 semasa
sukan Olimpik Amsterdam

Bola baling menjadi acara dalam sukan
Olimpik bagi acara lelaki pada 1972 di
Munich, pada 1976 untuk wanita di
Montreal.

PERALATAN

Bola ( diperbuat kulit atau bahan sintetik) tidak
terlalu licin atau berkilat, lelaki ( 58-60cm), wanita
(54-56cm)

Uniform (Kasut, seluar, stoking, dan baju)

Tidak boeh memakai barangan kemas

Tiang Gol ( tinggi 2m, lebar 3m )




KEMAHIRAN ASAS
HANTARAN BOLA
1. Prinsip asas hantaran bola
i) suai-masa(timing)-bilakah bola patut dilepaskan?

ii) Ketepatan - adakah bola menuju kearah sasarannya.

iii) Arah kemana bola dihantar supaya permainan menjadi
positif.

iv) Kekuatan sekuat manakah bola patut dibaling supaya
sesuai dengan jarak & kedudukan pemain yang menerima bola.
Hantaran Bahu
Paling mudah dan sering digunakan oleh
pemain.

Sesuai untuk jarak yang agak jauh

Hantaran menggunakan sebelah tangan

Kelebihan Mengelirukan pihak lawan dengan
menghantar kepada rakannya atau mengubah
arah, memusingkan badan atau membuat
jaringan.
Dalam setiap gelanggang terdapat empat zon, iaitu zon depan, zon
belakang, zon servis dan zon penggantian.

Zon depan dihadkan oleh paksi garisan tengah dan garisan
serang3m ke belakangdari paksi tersebut (termasuk lebarnya). Zon
depan dikira terus memanjang tanpa had selepas garisan tepi

Zon belakang bermula dari garisan serang hingga garisan belakang
(6m).

Zon servis memanjang hingga ke garisan belakang zon bebas. Zon
penggantian dihadkan oleh pemanjangan kedua-dua garisan serang
sehingga ke meja pencatat skor.
Hantaran Lantun
Jarang digunakan dalam permainan
sebenar
Diamalkan apabila membuat hantaran
mengejut
Hantaran biasanya menggunakan sebelah
tangan
Kelemahan dapat disekat oleh lawan
yang bertindak balas pantas kerana bola
hantaran lantun agak perahan.
Hantaran Aras Dada
Sesuai untuk hantaran jarak dekat diaras
dada ketika melakukan pergerakan dalam
larian

Caranya ialah pemain memegang bola
pada kedua-dua belah tangan dengan
merapatkan bola ke dada, lalu
menolaknya kearah yang dikehendaki.
Hantaran Lompat
Dilakukan apabila seorang penyerang
melompat untuk menjaring tetapi tda
berpeluang berbuat demikian, lalu
membuat hantaran terus kepada
kawannya supaya bola tdak terlepas
kepada pihak lawan.
Hantaran Sisi
Digunakan untuk menghantar bola merentasi
padang untuk jarak dekat yang memerlukan
pergeraa pantas

Pemain tidak perlu memusingkan badan untuk
menghadap ke arah penerima hantaran.

Banyak melibatkan pergerakan pergelangan
tangan dan memang sesuai bagi pemain yang
mempunyai tapak tangan yang kuat
MENYAMBUT BOLA
Prinsip asas menyambut bola;

I. Menyerap kepantasan bola

I. Menguasai dan mengawal bola

I. Memindahkan bola ke kedudukan yang
sesuai

Cara menyambut bola;
I. Dengan kedua-dua belah tangan bola
aras muka
II. Dngan kedua-dua belah tangan- Bola
rendah
III. Menyambut bola dengan sebelah
tangan
IV. Menyambot bola tinggi.

PERMAINAN HOKI
1. MENGELECEK
2. KEMAHIRAN MENOLAK\
3. MENIMANG BOLA
4. HANTARAN (PUKULAN)
5. MENYERKAP / MENAHAN BOLA
6. MENGUIT/MENGUIS
7. MENJAGA GOL
8. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
HOKI
KEMAHIRAN MENGELECEK
Kemahiran ini merupakan satu teknik kawalan
bola dengan pergerakan pantas.
Ia menolong pihak lawan atau mengumpan
pihak lawan keluar tanpa kehilangan bola.
Ia juga menolong membuka atau mewujudkan
sudut-sudut hantaran bola. Ia
membantu mengelakkan hantaran kepada
pemain sepasukan yang berada dalam
keadaan Ofsaid. Kemahiran ini amat penting
apabila hendak men gatasi pihak
bertahan tanpa kehilangan bola.
CARA-CARA MENGGELECEK
Menggelecek longgar

Kemahiran menggelecek ini ( open / loose dribble )
digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola
dengan cepat, dengan tujuan :-
- melepaskan diri dengan bola daripada pemain lawan
- berlari dengan bola ke arah gol
KEMAHIRAN MENOLAK
Menolak adalah cara penghantaran yang paling pantas
kepada seorang rakan.
Sasaran bola disembunyikan sehingga saat-saat akhir
untuk mengelirukan pihak
lawan. Dalam keadaan tertekan ia merupakan
penghantaran yang paling selamat dan
boleh dibuat dengan mudah.
TEKNIK-TEKNIK MENOLAK
Antaranya:-

1. Gaya bersedia - dua belah kaki dijarakkan dan badan direndahkan.
2. Menolak bola - bahu kiri ke arah sasaran dan berat badan
dipindahkan ke kaki depan ketika meleretkan kayu untuk menolak
bola.].
3. Pergerakan ikut lajak. Mata terus mengikut pergerakan bola. Bahu
kanan menunjuk ke arah sasaran
MENIMANG BOLA

Menimang bola adalah satu kemahiran yang boleh membantu
kordinasi mata serta tangan dan memperkenalkan bahagian kayu
yang patut digunakan.

Ia jugamenggalakkan pemain memandang bola dan
memperkenalkan pegangan ( grip ) asas.

Pegang kayu dengan tangan kiri dibahagian atas dan tangan kanan
dipertengahan batang kayu. Tangan di sebelah bawah hendaklah
dalam posisi untuk mengawal kayu.

Ketuk bola ke udara dengan bahagian muka rata kayu. Jangan
ketuk bola lebih tinggi dari 25 cm.
HANTARAN (PUKULAN)
Hantaran dengan pukulan merupakan satu cara
hantaran yang kuat kerana bola itu bergerak dengan
pantas ke arah yang diperlukan.

Ketepatan arah yang boleh dicapai dengan latihan-
latihan yang kekal dan ini sentiasa perlu ditekankan.
MENYERKAP / MENAHAN BOLA
Menyerkap bermakna manahan bola. Kemahiran ini
merupakan kemahiran yang paling penting dalam
permainan hoki (memiliki bola).

Pemain-pemain harus menguasai kemahiran menyerkap
bola di atas permukaan padang yang berlainan kerana
permainan hoki dimainkan di atas padang rumput dan
juga astroturf.

Pasukan - pasukan yang boleh menyerkap bola dengan
baik akan menguasai dan dapat menentukan corak
permainan.

Pemain boleh melakukan kemahira n menyerkap dalam
keadaan statik atau sedang bergerak semasa bola
dihantar.
MENGUIT/MENGUIS
Untuk menjaringkan gol kemahiran menguit adalah
penting kerana ia tidak memerlukan pergerakan
persediaan untuk menguit bola dengan terkawal.

Ia jugaboleh mengelirukan pemain lawan ke mana bola
akan dihantar.

Kemahiran menguit adalah sangat berguna untuk
melepaskan bola daripada kayu pihak lawan dan
menghantar hantaran jauh kepada pemain depan
pasukan sendiri.

Kemahiran menguit adalah strok tolakan yang dinaikkan
dan selalu berpusing.
MENJAGA GOL
Selain kemahiran asas yang lain, kemahiran menjaga gol juga patut
diberi perhatian supaya para pemain didedahkan kepada teknik-
teknik asas kemahiran menjaga gol.

Demi keselamatan dan pembinaan keyakinan para pemain, jurulatih
hendaklah menitik beratkan cara-cara latihan yang beransurmaju.

Di peringkat awal, bola tenis boleh digunakan untuk latihan
menendang bola dan menahan bola dengan tapak tangan.

Begitu juga, bola digolekkan ke pintu gol dan tidak dipukul pada
peringkat awal.

Kemahiran asas menjaga gol:
Menahan bola dengan pelapik kaki-dua belah dan sebelah.
Menggelongsor untuk menahan bola
Menendang bola

UNDANG-UNDANG
PERMAINAN HOKI
a. Undang-undang dari sudut kejurulatihan hoki.
b. Strategi untuk memperkenalkan undang-
undang.
c. Undang-undang berkaitan.
d. Menendang bola
e. Pukulan belakang kayu
f. Halangan
g. Pukulan bebas / pukulan sudut.
h. Pukulan sudut penalti.
i. Penalti strok
j. Permainan bahaya.
k. Penjaga gol.

Anda mungkin juga menyukai