Anda di halaman 1dari 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

KOD KURSUS: HBEF1503


SEMESTER SEPTEMBER 2011
TAJUK: MASYARAKAT DAN TAMADUN
____________________________________________________________
Disediakan Oleh:
MOHD IMRAN BIN NORDIN
No. Matrik
820109035949001
No. Kad Pengenalan
820109035949
Email :
imran3576@yahoo.com.my
No. Telefon :
014-8111311

Tarikh Hantar: 13 November 2011

ISI KANDUNGAN
BIL

PERKARA

MUKA SURAT

Sains Dalam Dunia Keilmuan Islam

Dasar Sains Islam

Etika Islam Dalam Sains

Kepentingan Etika Islam Dalam Sains

Kesan Pengabaian Etika Dalam Sains dan

2-3

Teknologi
6

Isu-isu Etika Dalam Sains

Cabaran Sains Ke Atas Umat Islam

9
10

Rumusan
Rujukan

7-8
9
10
11

Tamadun manusia terbina sesudah kebudayaan manusia itu melalui tempoh


tertentu setelah mengalami pelbagai rintangan atau cabaran serta peningkatan dalaman
dan luaran. Maka budaya mempunyai pertalian dalam pembentukan sesuatu tamadun itu.
Perkataan tamadun berasal dari perkataan Arab iaitu Maddana yang bererti kehalusan
budi bahasa dan kesopanan tingkahlaku. Ia juga membawa maksud membuka bandar.

Dari perkataan maddana, terbit pula perkataan madinah yang bermaksud bandar dan juga
madani iaitu orang yang berkelakuan seperti orang bandar yang bersifat halus dalam
berbudi bahasa dan beradap sopan dalam tingkah laku. Teuku Iskandar mencatatkan
pengertian tamadun sebagai kebudayaan, peradaban dan kemajuan sopan santun dan
sebagainya ( Kamus Dewan ).
Abu Bakar Hamzah dalam bukunya Sejarah dan Kebudayaan Islam menjelaskan
bahawa perkataan tamadun berasal daripada perkataan Arab yang telah diterima sebagai
sebahagian dari pembendaharan kata bahasa Melayu. Tamadun itu sendiri lahir serentak,
seiring dan sejalan dengan perkembangan kehidupan manusia dari masa ke semasa dalam
bentuk pemikiran dan kebendaan.
Mahmood Mohd Taib al Najmi dalam bukunya Sejarah Tamadun Islam
mendefinisikan tamadun sebagai peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia
menambah hasil pengeluarannya samada dari segi pemikiran atau kebendaan.
Jurji Zaidan pula menyatakan maksud tamadun ialah tahap perkembangan yang
tinggi bercirikan bentuk negara dengan pentadbiran yang tersusun rapi, kehidupan
bandar, sains, teknologi, pendidikan yang mencapai perkembangan, arkitektur yang
membina monumen dan bangunan besar dan aktiviti kesenian yang berkesan.
Ibnu Khaldun dalam kitabnya al- Muqaddimah menggunakan istilah umran dalam
abad 14 yang menyamai dan menepati maksud perkatan tamadun. Selain itu, Ibnu
Khaldun juga pernah menggunakan perkataan hadharah pada abad ke 20 yang sama
makna dengan umran yang bermaksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu
tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian.
Daripada huraian yang tersebut di atas, dapat disimpulkan bahawa tiga istilah
pernah digunakan untuk menghuraikan tamadun iaitu kebudayaan, peradaban dan
tamadun. Walaupun kata-kata itu berbeza dari segi sebutannya tetapi ia membawa satu
maksud iaitu pencapaian manusia di dalam segala aspek kehidupan samada dari aspek

pemikiran, kerohanian, kebendaan, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak,


tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok
manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa.
1. Konsep Budaya

Manakala budaya atau kebudayaan berasal daripada perkataaan Sanskrit buddayah yang
merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal,
secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Sukukata Bu
membawa pengertian asli, pertama atau sejati. Manakala Daya bermaksud mengandungi
akal, jalan fikiran atau penciptaan. Secara umumnya, budaya boleh didefinisikan sebagai
segala hasil akal dan pemikiran manusia yang asli (Kamus Dewan).
Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Menurut Melville J.
Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah
masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki
masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi (kajian manusia)
sebagai fahaman determinisme (atau penentuan) budaya. Herskovits seterusnya
memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke
generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau (atau ringkasnya
superorganik).
Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian,
nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain
penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.
Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Budaya adalah keseluruhan
kompleks yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, sikap, undang-undang, adat
resam dan kebolehan lain dan tingkah laku yang diperolehi oleh manusia sebagai ahli
masyarakat (Edward B. Taylor ; Primitive Culture ). Ahli antropologi dari alam
Nusantara, iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan
sebagai alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan di dalam masyarakat.

Menurut Ralph Linton,1947 dalam bukunya The Cultural Background of


Personality, budaya ialah susunan perlakuan yang dipelajari dan hasil daripada perlakuan
ini digunakan bersama dalam masyarakat. Selain itu budaya sebagai unsur
pengorganisasian antara individu dan membentuknya menjadi satu kelompok. (Ruth
Benedict,1947)
Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau
dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan
diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan
disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud
menanam atau mengerjakan.
Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan
cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak
rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok
masyarakat

PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA


Sejarah telah membuktikan akan kewujudan tamadun-tamadun besar yang
masyur seperti tamadun Mesir, tamadun India, tamadun Cina, tamadun Yunani dan
tamadun Islam. Kesan sejarah telah memperlihatkan kepada kita tentang ciri-ciri tamadun
yang sebenar. Setiap tamadun yang masyur mempunyai kemahiran daya reka cipta bagi
menyempurnakan lagi keselesaan hidup serta menyumbang kepada kemajuan teknologi.
Setiap tamadun juga mempunyai sistem pemerintahan yang teratur dalam sistem nilai

serta moral yang berwibawa bagi mengatur perlakuan masyarakatnya dalam kegiatan
kehidupan.
Sistem urbanisasi terancang juga merupakan ciri utama tamadun. Kewujudan
penempatan masyarakat dari beberapa penempatan disatukan dan membentuk bandar dan
kota. Setelah masyarakat tidak lagi hidup secara nomad atau berpindah randah dan mula
hidup dalam satu kelompok masyarakat maka terhasillah sistem organisasi yang teratur
seperti insitusi sosisl dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang
sempurna.
Budaya dan kesenian juga tidak lari dari menjadi salah satu ciri utama sesebuah
tamadun. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah,
kesenian, kesusasteraan dan nilai estitika yang dimiliki oleh setiap tamadun membuktikan
lagi penyataan ini. Untuk Untuk melengkapi jurang komunikasi bahasa maka lahirlah
satu bahasa serumpun dan sistem tulisan yang tersendiri bagi setiap tamadun. Kemajuan
bahasa dan tulisan menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan
pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu.
Cara hidup akan melahirkan budaya (contohnya daripada aktiviti harian) yang
melambangkan tamadun bangsanya sendiri yang membentuk jati diri dan identiti sesuatu
tamadun. Malahan sesuatu tamadun itu melambangkan bangsa, agama dan budaya.
Walaubagaimanapun, pertembungan antara tamadun telah memperkayakan lagi nilai-nilai
yang ada pada sesuatu tamadun.
Mari kita cuba memahami perhubungan antara tamadun dan kebudayaan dan
kesenian dengan melihat kepada tamadun dan budaya dan kesenian Melayu. Sebenarnya
tamadun melayu dapat dilihat dari dua dimensi iaitu rumpun bangsa (kelompok
Austronesia-Nusantara) dan kawasan atau wilayah (Kampuchea, Myanmar, Pattani,
Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sulawesi, Maluku, Sulu, Mindanao dan
kepulauan kecil yang lain). Namun saya akan cuba menerangkan dalam konsep dimensi
kawasan dan wilayah.

Ketamadunan Melayu adalah merupakan peradaban manusia yang sangat unik


kerana budaya dan tamadun Melayu telah mencapai tahap kematangan akibat daripada
adunan dan pengaruh berbagai-bagai tamadun dunia seperti India, Islam dan Barat hasil
dari interaksi perdagangan, perkahwinan dan penjajahan.
Tamadun melayu mempunyai sistem politik sejak zaman kesultanan Melaka,
sistem ekonomi yang bersifat trdisional dan sara diri, kepercayaan primitif dan agama
Hindu, Buddha dan Islam. Bahasa dan kesusasteraan(Peribahasa, pantun, syair) dan juga
budaya dan kesenian yang lahir dari cara hidup masyarakat tamadun Melayu. Sebagai
contohnya (dari aspek seni persembahan melayu) masyarakat melayu dapat diselami
melalui keindahan hasil karya seni persembahan.
Kebanyakan lahir dari kepercayaan primatif seperti Mak yong. Melihat dari sudut
cara hidup masyarakat Melayu tradisional yang bertamadun mereka mempunyai sistem
kepercayaan primatif yang mempercayai kepada benda ghaib, semangat, penunggu dan
sebagainya yang boleh membawa kesan baik dan buruk kepada mereka. Mak yong
asalnya merupakan ritual menyembah semagat dan roh. Walaupun kini aspek ritual dalam
seni persembahan mak yong telah tiada namun nilai estitika yang terdapat pada mak yong
bukan sahaja melambangkan falsafah budaya dan kesenian Melayu malah ianya mampu
menjadi satu wakil kepada kesenian melayu yang serba lengkap kerana persembahanya
merangkumi teknologi pembuatan pakaian yang sangat indah, kemahiran penggunaan
alat muzik yang merdu, bahasa dan kesusasteraan yang halus yang terdapat pada setiap
cerita, lagu dan lawak yang dipersembahkan.
CIRI-CIRI KEBUDAYAAN

Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), budaya dapat dibahagikan kepada dua
jenis iaitu budaya bersifat kebendaan dan budaya yang bersifat bukan kebendaan. Budaya
kebendaan adalah seperti peralatan yang dapat memberi simbol dan makna kepada orang
lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit. Manakala, budaya bukan kebendaan ialah
kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Masyarakat yang yakin kepada budayanya

akan menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada amalan dan larangan yang terdapat
dalam budaya tersebut.

Justeru, amalan positif atau negatif masyarakat tersebut

bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang dilaksanakan dan kekuatan unsurunsur yang terdapat di dalam budaya.
Terdapat lapan ciri-ciri kebudayaan yang telah di senaraikan (Ferraro,2006) iaitu:
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)

Budaya di kongsi
Budaya dipelajari
Budaya tidak kelihatan
Budaya mempengaruhi proses-proses biologi
Budaya saling berubah
Kesejagatan budaya
Budaya adaptif dan maladatif
Budaya bersifat intergratif

Budaya Dikongsi
Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat.Perkongsian ini bermaksud yang
setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia iaitu mereka yang berkongsi
sesuatu budaya masing-masing maklum tentang maksud sesuatu objek, idea atau perlakuan dalam
konteks budaya tersebut.. Sebagai contoh, nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyaarakat
menggemarinya, manakala
bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan
seharian.
Masyarakat melayu mengamalkan adap bersopan santun. Menberi salam dan amalan menziarahi rumah
orang lain merupakan salah satu budaya yang dikongsi. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan
manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat.
Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

Budaya Dipelajari
Budaya tidak lahir secara lansung tetapi perlu dipelajari dan melibatkan banyak unsur
seperti asimilasi dan adaptasi. Budaya tidak diturunkan secara bilogis atau pewarisan

melalui unsur genetik.Budaya itu dipelajari ketika kita berinteraksi dengan persekitaran
melalui proses enkulturasi.

Budaya Tidak kelihatan


Budaya tidak kelihatan adalah bermaksud budaya yang telah sebati dalam diri dan jiwa
kita yang mana kita tidak sedar bahawa tindak tanduk dan pemikiran kita sebenarnya
dipengaruhi oleh budaya. Ini kerana ia telah menjadi tabiat yang dilakukan secara
automatik. Sebagai contoh dalam melakukan rutin harian seperti gosok gigi, kita tidak
perlu mengarahkan diri kita untuk melakukan demikian.
Budaya mempengaruhi proses-proses biologi
Sebagai insan biologi, kita semua mempunyai kehendak-kehendak biologi yang sama
iaitu makan, minum, tidur, berlindung, berkumuh dan sebagainya. Budaya mempengaruhi
proses-proses biologi ini dalam memenuhi kehendak dan keperluan kita. Sebagai insan
sosial, kita merujuk kepada budaya untuk melaksanakan proses- proses biologi menurut
norma-norma yang diterima pakai oleh masyarakat kita. Sebagai contoh,
masyarakat Melayu sangat mementingkan sama adamakanan mereka halal atau
tidak. Oleh itu, jika seseorang yang berbangsa cina menga dakan rumah
terbuka dan ingin menjemput rakan-rakan berbangsa Melayu, dia seharus nya
memastikan bahawa makanan yang dihidangkan sesuai menurut kepercayaan agama
mereka.
Budaya Saling Berubah
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak
mengalamiperubahan. Perubahan ini dikajidaripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang
berlaku.rumah beratap gentingtelah digantikan dengan rumah beratap rumbia. Dalam sejarah
tamadunmanusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas sepertiperubahan sistem
ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun,perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.
Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.
Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:

1)
2)
3)
4)
5)
6)

pertambahan bilangan anggota masyarakat


pertambahan keperluan dan keinginan manusia
penemuan dan penciptaan teknologi baru
pertembungan budaya
konflik yang berlaku
perubahan alam sekitar.

Kesejagatan Budaya
Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok
manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. Walaubagaimanapun, budaya yang
sejagat itu berbezaantara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian
anggota.
Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

peralatan dan kelengkapan hidup manusia


mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
sistem sosial.
Bahasa
Kesenian
sistem pengetahuan.
agama dan kepercayaan.

(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg.Hutington etc.)

Budaya adaptif dan maladatif


Sifat adaptif adalah salah satu ciri budaya yang memastikan kelangsungan masyarakat
manusia. Manusia primitif pada masa dahulu, perlu mendapatkan sumber-sumber dari
alam semula jadi untuk terus hidup. Budaya memungkinkan manusia mengawal dan
menggunakan alam persekitarannya untuk kepentingan diri sendiri. Sebagai contoh,
manusia telah mencipta peralatan untuk memburu binatang dan sebagainya. Sifat adaptif
inilah yang memastikan manusia terus kekal dan dominan di muka bumi. Berlainan pula
dengan budaya maladaptif iaitu tidak menyumbang kepada kelangsungan masyarakt
manusia.

Dalam jangka masa panjang,

kehancuran masyarakat manusia.

Misalnya,

aspek negatif boleh membawa kepada


tabiat merokok yang merupakan satu

budaya yang diterima secara global. Namun demikian, merokok merupakan budaya
maladaptif kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan turut mencemarkan udara.

Budaya bersifat intergratif


Pelbagai aspek yang saling berkait rapat antara satu sama lain adalah merupakan budaya
yang sebenar.

Budaya terdiri daripada aspek-aspek seperti ekonomi,

pendidikan,

keluarga, agama, kerajaan, kepimpinan teknologi, keluarga, sistem perubatan, seni


hiburan

dan keupacaraan.

Aspek ini saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Sesuatu perubahan kepada mana-mana aspek budaya akan mencetuskan perubahan pada
aspek-aspek yang lain. Sebagai contoh, negara yang mengalami kemelesetan ekonomi
akan turut menjejaskan aspek-aspek budaya yang lain. Institusi keluarga mungkin akan
goyah akibat tertekan dengan kebimbangan kehilangan sumber pendapatan.

FUNGSI BUDAYA DALAM MASYARAKAT


Sebagaimana yang dinyatakan kebudayaan adalah sistem tingkahlaku yang telah diatur ,
pemikiran dan nilai-nilai yang mempunyai beberapa fungsi untuk mengawal dan
mengatur kehidupan individu dan masyarakat. Terdapat beberapa fungsi budaya dalam
kehidupan iaitu:
1) Memenuhi keperluan hidup
Semua manusia memerlukankeperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian, manusia
menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan rumah
dansebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan dan
aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewarisi ilmu pelayaran, maka
akan dibina kapal
2) Panduan bertingkahlaku
Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupanmanusia. Manusia
memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripadaagama. Budaya mempunyai peranan

memberikan panduan kepada anggotamasyarakat dalam bertingkahlaku dalam memberikan


panduan,meliputi:
i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.
ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.
iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.
3) Mengatur hubungan manusia
Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran,tetamu dan sahabat.
Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan yang mana sesuai dengan ajaran
Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan
mengatur hubungan sesama manusia.
4) Galakan manusia mencipta
Dalam mempengaruhi pembinaan peradaban manusia, budaya memainkan
peranan penting dalam menggalakan dinamiknya budaya tersebut. Budaya
menggalakkan dan mencetus idea mencipta dalam diri manusia. Manusia
mencipta sesuatu yang baru bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
Sebagai contoh manusia mencipta kapal untuk berhubung dengan suatu tempat
yang lain.
5) Alat penyatuan dan pengenalan indentiti
Budaya ialah pencorak yang membentuk imej luaran dan dalaman sesuatu
masyarakat. Budaya mempunyai dua peranan iaitu yang pertama membina imej
negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan yang kedua
memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian,
kemanusiaan, spiritual dan mental (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14).

KEPELBAGAIAN BUDAYA
Budaya dan masyarakat itu didapati berbagai-bagai, diversiti dalam dimensi masa dan
ruang. Oleh kerana terdapat diversiti dalam budaya itu maka didapati berbagai-bagai
usaha untuk mengkelasifikasikannya; misalnya pembahagian seperti barat dan timur;
primitif dan moden; tradisi dan moden, berdasarkan sekitaran alam, kawasan budaya dan
ke dalam kulturkreise. Pembahagian itu berasaskan pada masa atau ruang. Dalam proses

mengkelasifikasikan budaya terdapat berbagai-bagai kritik, tentangan dan terdapat pula


berbagai-bagai sokongan dan ulasan.
Merujuk kepada Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas,

Melville J.

Herskovits menyebutkan kebudayaan memiliki 4 unsur pokok, iaitu alat-alat teknologi,


sistem ekonomi, keluarga dan kekuasaan politik. Manakala, Bronislaw Malinowski
mengatakan ada 4 unsur pokok yang meliputi sistem norma sosial yang memungkinkan
kerja sama antara para anggota masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan alam
sekelilingnya, organisasi ekonomi, alat-alat dan lembaga-lembaga atau petugas-petugas
untuk pendidikan (keluarga adalah lembaga pendidikan utama) dan organisasi kekuatan
(politik). Terdapat beberapa elemen atau unsur yang menunjukkan kepada kepelbagaian
budaya iaitu:
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)

Bangsa
Struktur Masyarakat
Kepercayaan dan agama
Bahasa
Adat Resam
Jantina
Keseniaan

Bangsa
Menurut Kamus Dewan (1999), bangsa merupakan sekumpulan orang yang mempunyai
ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Kamus Pelajar (1993) pula memberi
takrifan bangsa sebagai kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifatnya.
Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama,
yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut.
Contohnya, Melayu, Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan
telah membetuk identiti Malaysia yang ada kini.
Struktur Masyarakat
Masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan
bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat
yang sama. Struktur masyarakat atau kelas sosial berperanan untuk mewujudkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat. Pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam
satu masyarakat juga akan menentukan pola kehidupan masyarakat. Contohnya, murid

golongan bawahan dapat bergaul dan berinteraksi dengan murid golongan atasan tanpa
mengira budaya dan masyarakat lain. Hubungan yang baik juga dapat memupuk nilai
persahabatan, kerjasama dan toleransi dalam bilik darjah yang menjamin kesejahteraan
dan keharmonian murid. Secara langsung, satu suasana pembelajaran yang kondusif
akan terbentuk.

Kepercayaaan
Menurut Kamus Dewan (1994), kepercayaan merupakan keyakinan atau akuan mengenai
kebenaran berlakunya sesuatu perkara.

Seseorang yang menaruh kepercayaan akan

berasa pasti terhadap sesuatu perkara yang berkenaan. Kepercayaan juga adalah sesuatu
yang dipercayai dan diterima dalam kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, masyarakat
Melayu banyak meninggalkan pelbagai kepercayaan yang mengandungi pelbagai pantang
larang, tunjuk ajar dan nasihat yang berguna kepada anak cucunya yang masih mentah
dalam kehidupan harian.

Kepercayaan dan pantang larang tersebut bertujuan untuk

mendidik tetapi disampaikan seara halus supaya tidak menyinggung perasaan mereka
yang ditegur malah dapat memperkayakan adat dalam masyarakat. Antara contoh
kepercayaan masyarakat Melayu adalah seperti kepercayaan kepada pawang, dukun dan
bomoh. Manakala, contoh pantang larang masyarakat Melayu adalah melarang anak
duduk di atas bantal, menjahit di waktu senja, tidak boleh bersiul atau menyanyi di
dapur dan banyak lagi. Masyarakat Cina juga turut mempercayai alam semesta dikuasai
oleh semangat yang kekuatannya adalah luar biasa. Semangat yang berada dan hidup di
dalam fenomena alam seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuhan, gunung dan
fenomena lain. Begitu juga dengan masyarakat India yang mengaitkan dewa dewi, unsur
alam, unsur jahat seperti hantu, roh dan penunggu serta kesan negatif.
Nilai dan kepercayaan adalah saling berkaitan. Kepercayaan memberi halatuju
manusia tentang kehidupan.

Manakala,

nilai merupakan prinsip-prinsip

yang

menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat. Nilai dalam

masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut. Terdapat beberapa nilai


masyarakat,

antaranya adalah etnosnetrik iaitu menilai budaya masyarakat lain

berpandukan nilai, kepercayaan dan norma sendiri. Kedua, relativisme iaitu sesuatu
budaya tidak boleh dinilai secara arbitari dengan menggunakan nilai, kepercayaan dan
norma sendiri. Dan ketiga, xonsentrisme iaitu anggapan bahawa budaya masyarakat
lain adalah lebih baik daripada masyarakat sendiri.

Bahasa
Cole (1998) berpendapat bahasa adalah satu set simbol dan aturcara-aturcara yang
disusun bersama dengan kaedah yang

bermakna dengan sistem komunikasi yang

kompleks. Melalui bahasa kita dapat membentuk identiti kelompok dan penyatuan dalam
masyarakat. Bahasa dikatakan menjadi alat komunikasi untuk manusia bekerjasama,
melestarikan kebudayaan dan penerusan pemikiran. Bahasa juga berfungsi untuk
memenuhi pelbagai tujuan bagi menggambarkan suasana atau menyampaikan maklumat
penutur dengan pendengar (fungsi komunikatif) supaya pendengar menyambut (fungsi
apelatif), untuk menyatakan perasaan (fungsi ekspresif) atau menaakul kebijaksanaan
(fungsi kognitif). Dalam kumpulan yang menggunakan bahasa sebagai alat komunikas,
terdapat pula unsur dialek yang mempengaruhi bahasa yang digunakan. Sebagai contoh
di Malaysia, orang Melayu bertutur dalam bahasa Melayu tetapi dialek antara negeri
membezakannya. Orang India bertutur dalam bahasa Tamil yang diambil dari negeri
Tamil Naidu. Orang Cina Pulau Pinang dan Melaka menggunakan Hokkein, sementara
orang Cina Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban berbahasa Hakka.
Adat Resam
Adat resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu
yang telah diakui oleh masyarakat. Adat juga adalah piawai iaitu adapat atau kelaziman
yang diharapkan daripada anggota masyarakat, turu mempunyai kesan (isbat) kepada
pelaku sama ada positif atau negatif. Di Malaysia, setiap masyarakat Melayu, Cina dan
India mempunyai adat resam masing-masing. Contohnya bagi masyarakat Melayu, adat
dapat dilihat pada tiga aspek iaitu adat resam kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat

resam kelahiran seperti melenggang perut diamalkan ketika wanita hamil tujuh bulan dan
cukur jambul setelah bayi dilahirkan. Bagi adat perkahwinan, meminang dan bertunang
bertujuan untuk mengenali pasangan dengan lebih mendalam sebelum dinikahkan.
Manakala, adat kematian pula adalah kenduri arwah atau tahlil yang diadakan dan diurus
oleh waris atau saudara untuk disedekahkan kepada arwah. Setiap kaum masing-masing
mempunyai adat resam dalam kelahiran, perkahwinan dan kematian dan ianya berbeza
mengikut anutan dan kepercayaan kaum tersebut. Masyarakat Cina pula lebih
mementingkan anak lelaki dan nama terdiri daripada tiga perkataan dengan dimulai
dengan nama keluarga.

Masyarakat India pula mempunyai adat resam yang

mengamalkan adat Valaikaapu iaitu adat ketika wanita India mengandung sulung
menjangkau usia tujuh hingga sembila bulan, dipakaikan sebentuk gelang tangan yang
dinamakan Suulkaappu. Tujuannya juga untuk memberi nama kepada bayi yang baru
dilahirkan.
Jantina
Kepelbagaian budaya juga boleh dilihat dari aspek jantina (gender). Menurut
Butler dan Manning (1998), the term gender describes masculinity and feminity the
thoughts, feelings and behavior that identify one as either male or female. Walaupun
ada persamaan antara lelaki dan perempuan, masih terdapat perbezaan ketara di antara
mereka. Lelaki secara fitrahnya bersikap keras dan agresif berbanding perempuan yang
lebih bersopan santun dan berhemah. Perempuan lebih cepat matang tetapi pada satu
tahap umur tahap kematangan adalah sama. Campuran jantina di dalam bilik darjah
memberi peluang murid-murid dari segi jantina serta meluaskan lagi ruang persefahaman
dan toleransi.
Kesenian
Kesenian atau seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :

Seni Suara

Seni Gerak

Seni Rupa

Permainan Tradisional

Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang
dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan.
Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan
(kehalusan). Seni suara boleh dibahagikan kepada dua iaitu seni vokal dan lagu dengan
iringan muzik. Contoh seni vokal adalah nazam atau marhaban manakala contoh lagu
dengan muzik pula ialah dikir, ghazal dan seni muzik.Seni gerak mengandungi segala
gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur unsur keindahan . Seni ini dapat dilihat
pada gerakan tangan , kaki , badan , mata dan anggota badan yang lain. seni gerak orang
melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni tari dan seni drama. Contoh seni
tari dalam kebudayaan ialah tarian kuda kepang, zapin dan Makyong. Seni rupa pula
dalam masyarakat melayu merupakan ciptaan yang megandungi unsur-unsur seni yang
dihasilkan oleh orang melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan
sebagainya. Seterusnya adalah permainan rakyat.Dalam tradisi lisan, permainan ini yang
dikenali juga sebagai pemainan masa lapang atau sukan rakyat termasuk dalam kategori
"folk games". Permainan ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga
berperanan dalam aktiviti sosial untuk menyerikan majlis-majlis keramaian, perkahwinan
dan sebagainya. Contoh permainan rakyat ialah wau bulan dan gasing.
Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun
temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih
terserlah dan dikenali ramai. Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil
pebagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan
masyarakat Melayu. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan
menarik.

KESIMPULAN
Kesimpulanya, sesebuah tamadun lahir hasil daripada interaksi manusia atau
masyarakatnya yang melahirkan satu cara hidup. Masyarakatnya mampu berkembang
daripada pelbagai sudut sosial dan sains. Melalui perkembangan sosial dan sains,
masyarakat sesebuah tamadun mewujudkan kesatuan budaya dan kesenian yang
mewakili ketemadunan mereka sendiri. Ketamaduan setiap kumpulan manusia atau
masyarakat mempunyai identiti yang melambangkan jati diri dan falsafah kehidupan
yang maju dan selari dengan pegangan agama dan norma-norma masyarakat.
masyarakat yang tidak mempunyai budi pekerti dan sopan santun yang tinggi adalah
masyarakat yang tidak bertamadun kerana ia meruntuhkan ketemadunan mereka sendiri
Dalam penyelidikan antropologi budaya memerlukan satu proses yang kompleks bagi
memahami perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat itu. Perlakuan
itu harus mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan kajian itu. Budaya itu dapat
dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota masyarakat. Perlakuan
manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat
resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari
berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya.
Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang
dihasilkan.
Fungsi budaya dalam kehidupan adalah untuk memenuhi keperluan hidup,
sebagai panduan untuk bertingkah laku, mengatur hubungan manusia, sebagai galakan
manusia mencipta dan sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti. Dalam kehidupan

masyarakat terdapat pelbagai kebudayaan. Kepelbagaian budaya ini boleh dilihat dari
segi bangsa, struktur masyarakat, kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina.
Diakhir tugasan ini dapat disimpulkan bahawa kebudayaan memainkan peranan
penting dalam pembentukan sesebuah tamadun itu. Budaya mencerminkan corak dan
melambangkan indentiti mesyarakat dalam tamadun tersebut.

RUJUKAN:
1. Abd Shukor Mohd Ali,Muhammad Yusuf ; Tamadun Islam Dan Peradaban

Manusia; Universiti kebangsaan Malaysia.


2. Azhar Hj Mad Aros (2000). Titas Kertas 2. Petaling Jaya : Fajar Bakti
3. Ismail Hussein, A. Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi (1993). Tamadun

Melayu jilid Satu. Kuala Lumpur : DBP.


4. Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur : DBP.
5. Lucy Mair (1989). Antropologi Sosial Permulaan. Terjemahan Azemi Salim.
6.
7.
8.
9.
10.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka


www.yabina.org/artikel/A'02_46.htm
http://www.scribd.com/doc/10302206/Hubungan-Etnik-Di-Malaysia-SecaraUmum
http://www.scribd.com/doc/51286438/Hubungan-Etnik-2011-Konsep-Asas
http://www.searchinpdf.com/Fungsi-fungsi-Budaya#
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Malaysia

Anda mungkin juga menyukai