Anda di halaman 1dari 17

KONSEP GIMNASTIK

Gimnastik diklasifikasikan secara umum sebagai senaman fizikal diatas lantai ataupun diatas peralatan tertentu untuk memperlihatkan kekuatan, kelenturan, koordinasi, daya ketahanan, ketangkasan dan pengawalan tubuh. Hal ini demikian kerana gimnastik melibatkan tiga komponen asas iaitu pengendalian fungsi pergerakan tubuh badan, penggunaan peralatan dan irama muzik (Ler Hui Yin, 2004).

Gimnastik sama seperti pelbagai aktiviti kanak-kanak yang lain, walau bagaimanapun, gimnastik melibatkan proses memperkembangkan kemahiran lokomotor dan keseimbangan tubuh dengan dengan baik .

Posted by Wen, Yaya, Ejat, Amin, Jal, Yip at 5:14 AM 0 comments

2.0

SEJARAH & PERKEMBANGAN AWAL GIMNASTIK

Sukan gimnastik telah bermula dan berkembang sejak 2000 tahun dahulu dan sangat berhubung rapat dengan peradaban manusia. Sejak 2000 tahun dahulu orang-orang Cina telah menggunakan senaman beramai-ramai bagi tujuan upacara keagamaan. Seratus tahun kemudian, orang-orang India dan Persia telah mengikutinya. Orang-orang Greek pula telah menamakan pergerakan ini sebagai GYMNASTICS dan tempat melakukan senaman ini secara beramai-ramai dikenali sebagai GYMNASIUM.

Walaupun perkembangan sukan gimnastik ini tidak dapat dikesan, tetapi Aristotle, seorang ahli falsafah berbangsa Greek telah menulis bahawa gimnastik tidak hanya sebagai seni, malahan ia juga merupakan salah satu bidang ilmu sains iaitu sains kemasyarakatan. Seorang ahli perubatan yang masyhur dan pengikut Hippocrates, Gelen,

telah mencipta teori mengenai gimnastik yang menunjukkan ia sesuatu gerak kerja yang berpengetahuan dan mempunyai nilai-nilai yang tinggi dan masih digunakan sehingga sekarang.

Orang Roman pula telah menggunakan fahaman kebudayaan latihan jasmani orang Greek dan kemudian diperkembangkan sehingga menjadi salah satu peralatan dalam latihan ketenteraannya. Mereka juga membina patung kuda kayu untuk berlatih pergerakan naik dan turun kuda sebenar. Selain dari itu, mereka juga berlatih pergerakan ketangkasan lombol yang lain sehingga dikenali sebagai kekuda lombol sampai sekarang.

Empayar Roman di bawah pemerintahan Theodosius 1 dalam tahun 493 Masihi telah menghapuskan Sukan Olimpik purba dan berikutan dengan itu, kegemilangan sukan tersebut juga turut merosot. Dengan runtuhnya Empayar Roman juga telah membawa kemerosotan minat orang ramai terhadap sukan gimnastik ini. Dalam abad ke-19, kebangkitan minat terhadap sukan purba ini kembali wujud. Dengan terbitnya buku, Gymnastics for youth oleh Guths Muth dalam tahun 1759 hibgga 1839 dan terjemahannya di sebar ke seluruh Eropah, telah banyak mempengaruhi perkembangan peringkat awal sukan gimnastik ini.

Pehr Ling dan Johan Ludwig Jahn merupakan penggerak utama sukan gimnastik, di mana Ling telah menyediakan asas pergerakan dalam Pendidikan Jasmani dan telah menjadi ikutan banyak Negara. Sementara itu, Jahn pula telah mengembangkan sistem gimnastik yang masih digunakan sekarang. Turnvereine atau kelab gimnastik merupakan idea beliau yang telah berkembang keseluruh Eropah sehingga ke Amerika Syarikat, dan

perkataan turners yang bermaksud gimnas ( peserta atau ahli gimnastik ), masih digunakan di sana sehingga sekarang.

Perdebatan tentang tafsiran gimnastik Jerman yang lebih kepada pergerakan di alatan dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan dibandingkan dengan penberian relative Swedish yang berdasarkan pergerakan berirama telah diperkatakan beberapa tahun kemudian. Pergerakan ini telah merebak ke Negara Inggeris di mana Skim Latihan Jasmani Tentera Bersekutu telah di tubuhkan dalam tahun 1860 yang lebih dikenali sebagai Staf Gimnastik Tentera. Kemudian daripada itu, Persekutuan Amatur Ginmastik telah ditubuhkan dalam tahun 1888. Perkembangan sukan ini terus mendapat sambutan dan pada tahun 1908, Alberto Braglia dari Itali telah memenangi johan keseluruhan acara gimnastik di Sukan Olimpik di London.

Selepas Perang Dunia Pertama, sambutan dan perkembangan gimnastik di England telah merosot disebabkan tanggapan bahawa ia berasal dari Jerman. Kemudian pihak berkuasa pendidikan pula telah mengharamkan pengajaran yang menggunakan alatan. Bagaimanapun selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan Inggeris telah memberikan sokongan, dan pengaruh yang dimainkan oleh televisyen telah mengembalikan kepopularan sukan gimnastik ini. Walau bagaimanapun, di negara-negara asal di mana gimnastik mula berkembang tetap terus maju dan menjadi sukan yang popular dan membawa kemegahan di peringkat Olimpik.

Posted by Wen, Yaya, Ejat, Amin, Jal, Yip at 5:14 AM 0 comments

3.0

GIMNASTIK DI MALAYSIA

Gimnastik telah pun diajar di sekolah-sekolah dan maktab-maktab perguruan melalui mata pelajar Pendidikan Jasmani sejak zaman penjajahan lagi, iaitu kira-kira dalam tahun 1900. Murid-murid hanya diajar senaman lantai, imbangan dan melombol. Pertandingan gimnastik antara sekolah-sekolah yang pertama telah diadakan pada 24 November 1962 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur bagi muridmurid lelaki sahaja. Pertandingan untuk murid-murid perempuan hanya dapat diadakan pada tahun 1980 sahaja.

Gimnastik telah mendapat sambutan ramai melalui pertunjukan di perayaan Hari Kebangsaaan dan temasya sukan sekolah-sekolah setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Malangnya sehingga kini penyertaan dari negeri-negeri tidaklah begitu menggalakkan dan boleh dikatakan setiap tahun hanya antara lima negeri yang mengambil bahagian daripada 14 negeri yang menganggotai Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Negeri-negeri yang aktif dan sering mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan gimnastik, khususnya peringkat sekolah-sekolah terdiri daripada Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan.

Posted by Wen, Yaya, Ejat, Amin, Jal, Yip at 5:14 AM 0 comments

4.0

JENIS-JENIS GIMNASTIK

Gimnastik Moden, seperti yang dikawal oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa menggabungkan enam jenis gimnastik yang berbeza iaitu;

* Gimnastik artistik

* Gimnastik berirama

* Sukan aerobik

* Sukan akrobatik

* Trampolin dan Tumbling

* Gimnastik Umum

4.1

Gimnastik artistik

Gimnastik artistik terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori perempuan dan kategori lelaki. Kedua-dua kategori ini pula terbagai kepada beberapa sub yang tersendiri. Gimnastik artistik kategori lelaki terdiri daripada enam acara iaitu Senam Lantai (Floor Exercise), Kekuda Berpelana (Pommel Horse),Gelang (Rings), Melombol (Vault), Palang Sejajar (Parallel Bars), dan Palang Tunggal (Horizontal Bar), sementara bagi wanita pula terdapat empat acara; Melombol (Vault), Palang bertingkat (Uneven Bars), Batang Titian (Balance Beam), dan Senam Lantai (Floor Exercise)

4.1.1 Gimnastik Artistik Lelaki

4.1.1.1

Senam Lantai ( Floor Excercise) Peserta lelaki juga turut menggunakan 12m x 12m permaidani. Suatu siri tumbling

perlu dipersembahkan terlebih dahulu sebagai demonstrasi keseimbangan , kekuatan dan fleksibeliti seseorang peserta. Peserta juga harus mempersembahkan pelbagai kemahiran, termasuk bulatan, skala, dan berdiri dengan tangan. Rutin senam lantai bagi lelaki selalunya perlu melakukan empat senaman yang perlu diselesaikan dalanm jangka waktu 60 hingga 70

saat. Persembahan juga di lakukan tanpa muzik berbeza dengan persembahan wanita. Peserta juga mesti menyentuh setiap sudut lantai sekurang-kurangnya sekali semasa melakukan rutin mereka.

4.1.1.2

Kekuda Berpelana ( Pommel Horse)

Senaman kekuda berpelana melibatkan penggunaan sebelah kaki dan kedua-dua belah kaki. Kemahiran menggunakan sebelah kaki secara amnya kelihatan seperti bentuk gunting ataupun secara menyilang diatas kekuda. Penggunaan kedua-dua belah kaki pula merupakan acara utama bagi acara ini. Peserta perlu menhayunkan keduda-dua kakinya sama ada dengan mengikut pusingan arah jam ataupun sebaliknya mengikut kesesuaian masing-masing. Dan terdapat banyak lagi pergerakan lain.

4.1.1.3

Gelang (Rings)

Acara ini banyak bergantung kepada kemampuan fizikal untuk dilakukan.Gelang digantung dengan wayar kabel selaras dengan ketinggian ahli gimnastik. Acara ini memerlukan ahli gimnastik bergayut pada gelang-gelang yang di sediakan dan membuat pergerakan seperti menghayunkan tubuh, berputar beberapa kali, berdiri dengan sokongan tangan diatas gelang sebelum mendarat.

4.1.1.4

Melombol (Vault)

Acara ini memmerlukan ahli gimnastik berlari pada landasan dengan kepanjangan maksimum adalah 25 meter sebelum melompat pagar ke atas papan anjal dan mendarat dengan

memastikan kedua-dua belah kaki. Pergerakan kuang-kuang boleh dilakukan sebelum mendarat mengikut kemampuan ahli gimnastik.

4.1.1.5

Palang Sejajar ( Parralel Bars)

Dilakukan diatas sepasang palang yang sejajar dan memerlukan kekuatan bahu untuk dilakukan. Satu siri berhayun dilakukan berkali-kali dan kekuatan yang selaras diperlukan.

4.1.1.6

Palang Tunggal ( Horizontal Bar / High Bar)

Sebatang besi (steel) dengar ukur lilir 2.4 cm digunakan sebagai palang. Peserta atau ahli gimnastik akan bergayut pada palang tersebut dan melakukan pergerakan-pergerakan seperti berputar melalui palang, kemahiran melepaskan pegangan, putaran, dan menukar arah putaran.

4.1.2 Gimnastik Artistik Wanita

4.1.2.1

Melombol ( Vault )

Seperti Acara melombol lelaki , acara melombol wanita juga memerlukan wanita berlari diatas landasan dengan maksimum jarak 25 meter. Kemudian melompat keatas beatboard(sejenis papan anjal) dengan tangan kemudian mendarat. Aksi berputar boleh dilakukan sebelum ahli gimnas mendarat.

4.1.2.2

Palang bertingkat ( Uneven Bars)

Palang bertingkat memerlukan (juga dikenali sebagai palang asymmetric, UK), gimnas mengemudi dua palang melintang yang ditentukan pada ketinggian yang berbeza. Kelebaran dan ketinggian boleh dilaraskan. Gimnas melakukan ayunan, bulatan (circling), peralihan, dan

membebaskan pergerakan, samaada dengan melangkau, di bawah, dan antara dua palang. Pergerakan mungkin melalui handstand. Gimnas selalunya menggunakan beatboard (papan anjal) untuk naik ke atas palang.

4.1.2.3

Batang titian ( Balance Beam)

Gimnas perlu melakukan tarian yang direka (choreographed) dalam tempoh 60 ke 80 saat yang mengandungi lompatan, kemahiran akrobatik, somersaults, putaran dan tarian pada satu batang lompatan berpadu. Acara ini memerlukan kestabilan, kelenturan dan kekuatan.

4.1.2.4

Senam Lantai (Floor Excercise)

Acara lantai diadakan pada 12m 12m segi empat berpermaidani, biasanya terdiri foam keras di atas lapisan papan lapis, yang disokong oleh spring atau blok foam dipanggil umumnya lantai "lompatan" (spring floor) yang lebih lembut daripada lantai biasa. Gimnas wanita melakukan senaman koreografi selama 70 ke 90 saat. Peserta wanita boleh memilih iringan muzik tanya vokal.

4.2

Gimnastik berirama (Rhytmics Gymnastics)

Gimnastik berirama hanya dipersembahkan oleh wanita (walau bagaimanapun terdapat versi baru acara ini untuk lelaki dipelopori oleh Jepun). Acara ini melibatkan prestasi lima pergerakan wajib berasingan dengan penggunaan lima jenis peralatan seperti bola, reben, gelung, belantan, tali di kawasan lantai, dengan keindahan yang lebih hebat berbanding akrobatik. Markah-markah pergerakan merangkumi 20 markah penuh, yang dinilai berdasarkan Artistry (koreografi dan muzik) dan Kesempurnaan (Execution).

4.3

Trampolin dan Tumbling

Trampolin dan tumbling terdiri daripada empat acara iaitu, individu, berirama, double mini dan power tumbling. Sejak 2000 tahun yang lalu, trampolin individu telah termasuk sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik. Pergerakan-pergerakan individu melibatkan gimnas perlu melompat berulang kali untuk mencapai ketinggian yang berbeza dan semakin meningkat, diikuti oleh sepuluh siri lompatan tanpa berhenti yang menuntut gimnas turut mempersembahkan kemahiran udara (aerial skills).

4.4

Gimnastik Umum ( Display Gymnastics)

Sekumpulan ahli Gimnastik yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dengan pelbagai keupayaan yang dianggotai 6 sehingga lebih 150 atlet. Mereka mempersembahkan rutin-rutin berirama, menari. Kumpulan tersebut boleh terdiri daripada jantina yang sama ataupun bercampur. Pameran gimnastik umum terbesar adalah empat tahun sekali yang mula diadakan pada 1939.

4.5

Gimnastik Aerobik (Aerobic Gymnastics)

Gimnastik aerobik (dahulu Sukan Senamrobik) melibatkan acara atau persembahan yang dianggotai oleh individu, pasangan, trio atau kumpulan sehingga 6 orang menitikberatkan kekuatan dan kelenturan. Rutin dipersembahkan di sesuatu kawasan lantai kecil dan biasanya selama 60-90 saat.

4.5

Gimnastik Akrobatik (Acrobatik Gymnastics)

Gimnastik Akrobatik pada awalnya dikenali sebagai Sukan Akrobatik, merujuk kepada perkataan akro yang secara ringkasnya boleh di lakukan oleh perempuan dan lelaki. Gimnastik jenis ini boleh dilakukan sama ada berpasangan, trio ataupun sekumpulan empat orang dalam sekali persembahan. Gimnas akan mempersembahkan pergerakan rutin seperti pergerakan kepala, tangan, dan kaki.mereka juga boleh memilih iringan muzik tanpa lirik.

Posted by Wen, Yaya, Ejat, Amin, Jal, Yip at 5:13 AM 0 comments

5.0

KEPENTINGAN GIMNASTIK KEPADA KANAK KANAK

Penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti gimnastik atau kelas gimnastik memberikan mereka pelbagai faedah kepada mereka dan merangkumi aspek-aspek fizikal, kognitif dan fisiologi. Faedah ini akan memberikan impak kepada kehidupan mereka sehingga mereka meninggal dunia.

5.1

Kepentingan Fizikal

Aktiviti gimnastik membantu kanak-kanak mempertingkatkan kemahiran fizikal mereka. Hal ini akan memudahkan mereka menguasai pelbagai permainan lain dengan lebih baik contohnya bola keranjang, bolasepak dan lain-lain. Disamping itu, gimnastik turut membantu mengurangkan kecederaan otot kerana menitikberatkan kelenturan tubuh.

5.1.1 Kekuatan Otot

Mempertingkatkan kekuatan otot melalui aktiviti tumbling, melompat, melentur, dan menampung berat badan dengan menggunakan salah satu daripada anggota tubuh mereka dalam pelbagai posisi memebantu kanak-kanak membina tubuh yang kuat dan bertenaga. Otot-otot

tubuh mereka terbina dengan baik semasa latihan. Ahli-ahli gimnastik lebih kuat, membantu membina daging tubuh yang pejal, menyekatakan otot, meningkatkan kesimbangan dan juga memperbaiki postur tubuh.

5.1.2 Tulang yang Sihat

Gimnastik yang melibatkan kemampuan menahan atau menampung berat badan membolehkan kanak-kanak atau ahli-ahli gimnastik membina tulang-tulang yang kuat dan sihat. Aktiviti ini memerlukan kanak-kanak bekerja melawan graviti, bermaksud seseorang kanakkanak perlu menggunakan sebelah tangan, kaki, atau sebelah kaki untuk menahan ataupun menampung berat badan mereka sendiri.

5.1.3 Kelenturan Tubuh

Selain itu, gimnastik turut membantu kanak-kanak memiliki kelenturan tubuh yang lebih baik. Secara ringkas, aspek ini melibatkan kemampuan atau keupayaan kanak-kanak menggerakkan otot-otot mereka dengan had maksimum. Hal ini demikian kerana gimnastik mementingkan kemampuan untuk menguasai pelbagai posisi persembahan bagi setiap peralatan. Dalam kehidupan seharian pula, gimnastik dapat mengurangkan tekanan, membantu meningkatkan koordinasi, meningkatkan kesedaran tubuh.

5.2

Kepentingan Lain

5.2.1 Kemahiran Kognitif

Pengelibatan kanak-kanak dalam gimnastik bermakna mereka melatih otak mereka sama seperti mereka melatih tubuh mereka. Penemuan terbaru menyarankan bahawa terdapat perkaitan

yang kukuh antara fizikal kanak-kanak dan pencapaian akademik. Sel-sel saraf didalam otak dapat dikuatkan. Oleh hal yang demikian maka tidak hairanlah jika kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti fizikal secara konsisten seperti gimnastik mempunyai gred yang lebih baik dalam akademik berbanding dengan kanak-kanak yang tidak aktif. Kajian membuktikan bahawa kanakkanak dapat memperkembangkan kemahiran kognitif dengan lebih efektif didalam persekitaran yang melibatkan kedua-dua komponen tubuh dan minda (Barret 1998). Gimnastik dalam pendidikan pergerakan awal kanak-kanak dikaitkan secara langsung dengan perkembangan neurologi kanak-kanak dan membantu mereka menguasai kemahiran membaca dengan lebih baik.

5.2.2 Kemahiran Sosial

Kanak-kanak juga boleh menguasai kemahiran bersosial apabila terlibat dengan gimnastik. Mereka boleh berinteraksi dengan kanak-kanak lain didalam kelas yang sama. Disamping itu, sesetengah kelas gimnastik menggalakkan kerja berpasukan dan berpasangan di dalam kelas. Semakin banyak kanak-kanak bergaul dengan dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain yang berbeza di sekolah dan program selepas persekolahan, lebih banyak mereka belajar tentang cara untuk mengendalikan konflik dan berbaik dengan rakan yang lain.

5.2.3 Membantu Mengurangkan Masalah Tingkahlaku

Kanak-kanak atau remaja yang terlibat dengan sesebuah organisasi yang memerlukan pengelibatan mereka secara konsisten seperti kelab gimnastik akan mengelakkan kanak-kanak daripada terlibat dengan pelbagai masalah tingkahlaku seperti terlibat dengan rokok,

penyalahgunaan dadah dan alkohol. Tambahan lagi aktiviti sihat seperti ini boleh dipercayai oleh ibu bapa.

Posted by Wen, Yaya, Ejat, Amin, Jal, Yip at 5:13 AM 0 comments

6.0

ALATAN GIMNASTIK YANG SESUAI DIGUNAKAN OLEH KANAK-KANAK PRA-SEKOLAH

Seiring dengan kemodenan dunia, terdapat pelbagai peralatan gimnastik boleh didapati di pasaran. Walau bagaimanapun, tidak semua jenis peralatan yang dihasilkan sesuai digunakan terutamanya bagi kanak-kanak prasekolah.

Sukan gimnastik bagi kanak-kanak prasekolah sebenarnya banyak dipraktikkan dalam pendidikan jasmani. Antara jenis jenis peralatan yang sesuai digunakan bagi kanak-kanak prasekolah ialah tali, belantan, bola, reben, gelong, oktagon, landing mat dan junior voulting board. Kesemua peralatan ini digunakan oleh ahli gimnastik sebenar ketika mereka menjalankan sukan gimnastik ini. Namun terdapat banyak lagi peralatan lain yang digunakan oleh ahli gimnastik namun kebanyakan alat yang lain tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak prasekolah disebabkan oleh faktor umur dan bagi menjamin keselamatan mereka.

6.1

Tali

Tali merupakan salah satu alatan yang digunakan dalam sukan gimnastik artistik dalam aktiviti senaman lantai. Tali hanya dimainkan oleh gimnas perempuan sahaja.Tali sangat sesuai digunakan oleh kanak-kanak prasekolah dalam melakukan sebarang aktiviti ketika pendidikan jasmani. Hal ini kerana permainan yang menggunakan tali melibatkan

banyak penggunaan tangan dan kaki. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan aktiviti seperti menari dengan menggunakan tali. Aktiviti ini membolehkan kanak-kanak menggunakan kemahiran motor kasar seperti bahagian kaki, tangan dan kepala. Hal ini kerana aktiviti menari memerlukan seseorang bergerak dalam pelbagai aksi dan arah. Selain menari, aktiviti lain yang menggunakan tali ialah permainan lompat tali.

6.2

Belantan

Belantan juga merupakan salah satu alat yang digunakan dalam sukan gimnastik. Belantan juga digunakan dalam aktiviti senaman lantai. Ahli gimnastik yang profesional menggunakan belantan untuk menghasilkan gerak yang lebih menarik. Belantan berbentuk besar dihujung manakala kecil dibahagian pangkalnya.Belantan dalam sukan gimnastik dimainkan secara melontarkan ke atas dan bergerak ke arah kiri dan kanan mengikut gerakan badan.Belantan juga sesuai digunakan oleh kanak-kanak prasekolah kerana permainan ini memerlukan badan bergerak ke pelbagai arah. Hal ini boleh membantu menguatkan motor kasar seperti bahagian kaki, tangan dan leher.

6.3

Bola

Bola juga merupakan salah satu alatan yang digunakan dalam sukan gimnastik.Bola sangat sesuai digunakan oleh guru untuk membantu perkembangan motor kanak-kanak. Permainan dengan menggunakan bola dapat membantu meningkatkan perkembanagn motor halus murid. Sebagai contoh aktiviti, guru boleh menyuruh muridmuridnya memusing jari dengan menggunakan hujung jari.

Aktiviti ini dapat membantu menguatkan otot jari dan motor halusnya. Disamping itu aktiviti lain yang boleh dilakukan dengan menggunakan bola ialah aktiviti menangkap bola. Aktiviti ini dapat membantu kanak-kanak membina keyakinan dalam diri.

6.4

Reben

Sukan gimnastik juga melibatkan penggunaan reben. Reben sangat sesuai digunakan oleh kanak-kanak prasekolah kerana penggunaan reben tidak memudaratkan kepada kanak-kanak.Permainan yang menggunakan reben dapat membantu menguatkan motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Hal ini kerana permainan yang menggunakan reben memerlukan seseorang menggengam reben itu dengan baik.Selain itu permainan reben juga dapat membantu daya imbangan dan koordinasi badan kanak-kanak itu. Sebagai contohnya guru boleh mengajarkan kanak-kanak cara membuat ombak dengan menggunakan reben melalui alunan yang dihasilkan daripada reben. Antara langkah yang dapat diajar oleh guru ialah dengan memberikan arahan kepada kanak-kanak supaya memegang bucu reben berkenaan seterusnya menyuruh murid-muridnya memusingkan tangan kehadapan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri untuk mendapatkan corak ombak.

6.5

Gelung

Gelung juga merupakan salah satu peralatan yang digunakan dalam sukan gimnastik.Gelung sangat sesuai dimainkan oleh kanak-kanak kerana ianya tidak mendatangkan bahaya. Permainan gelong ini dapat membantu kanak-kanak menguatkan bahagian tangan,kaki dan pinggang.Sebagai contohnya aktiviti melambung gelong dapat membantu menguatkan jari kanak-kanak.

6.6

Oktagon

Oktagon merupakan salah satu alat yang digunakan bagi membantu para gimnastik melambungkan diri ke udara. Selain itu oktagon juga digunakan oleh ahli gimnastik bagi membantu memanaskan badan sebelum melakukan sesuatu pergerakan dalam sukan gimnastik.Oktagon juga sesuai digunakan oleh kanak-kanak, hal ini kerana oktagon dapat membantu menguatkan motor kasar seperti bahagian kaki.

6.7

Landing Mat

Digunakan bagi membantu seseorang atlet semasa melakukan pergerakan. Alat ini sangat sesuai di gunakan oleh guru prasekolah dalam melakukan setiap aktiviti. Hal ini kerana alat ini berperanan sebagai pelindung dari sebarang kecederaan. Selain itu alat ini juga diletakkan didalam kelas kerana ianya dapat mengelakkan kanak-kanak daripada mengalami kecederaan yang serius sekiranya mengalami kemalangan semasa melakukan aktiviti di dalam kelas.

Posted by Wen, Yaya, Ejat, Amin, Jal, Yip at 5:12 AM 0 comments

7.0

KOMPONEN-KOMPONEN DALAM GIMNASTIK

Komponen-komponen Kelenturan (flexibility)

Kebaikan

Satu had pergerakan yang positif dalam suatu sendi atau rangkaian sendi

v Menghasilkan pergerakan yang lembut, berirama dan berestetik v Memudahkan pergerakan kemahiran

khusus v Mengurangkan kecederaan Kekuatan (strength) v Meningkatkan tahap pencapaian Apabila sejumlah daya dikenakan, v Fizikal dapat berfungsi dengan baik maka otot boleh menghasilkan v Keselamatan dan mengurangkan kontraksi kecederaan v Menyumbang kepada kepantasan, daya tahan dan kuasa Kuasa (power)

Menyumbang kepada kekuatan dan kelajuan Daya Tahan (endurance)

v Menghasilkan sifat fizikal yang bertenaga

Kebolehan untuk melakukan aktiviti fizikal

v Dapat melakukan aktiviti dengan lebih lama

Anda mungkin juga menyukai