Anda di halaman 1dari 4

Tema : Jati Diri, Patriotisme, Kewarganegaraan

Tajuk : Hari Kemerdekaan

Tahun : Tahun 5

Standard Kandungan :

3.4 Menulis Imlak dengan tepat.

Standard Pembelajaran :

3.4.2 Menulis imlak frasa dan ayat dan mengandungi pelbagai jenis kata ganda
dengan ejaan dan tanda baca yang tepat.

Objektif :

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i) Menulis imlak frasa dengan ejaan yang tepat melalui petikan yang
dibaca oleh guru.
ii) Menulis ayat yang mengandungi pelbagai jenis kata ganda dengan
ejaan dan tanda baca yang tepat berdasarkan petikan yang
bertemakan Hari Kemerdekaan.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:

Langkah 1 : Murid diperdengarkan dengan lagu “Tanggal 31” dan guru


memegang bendera Malaysia iaitu “Jalur Gemilang”.

Langkah 2 : Murid diminta untuk menyanyikan lagu “Tanggal 31” dengan


iringan muzik sambil memegang dan mengibarkan “Jalur
Gemilang”

Langkah 3 :
Petikan:

Hari Kemerdekaan juga disebut Hari Kebangsaan. Hari Kemerdekaan negara


kita jatuh pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Pada tarikh keramat ini seluruh
rakyat Malaysia yang berbilang kaum bersama-sama menyambutnya dengan
riang gembira dan yang penting dapat menambah rasa cinta rakyat terhadap
negara.

Acara sambutan Hari Kemerdekaan biasanya dimulakan dengan upacara


menaikkan bendera Malaysia iaitu “Jalur Gemilang”. Sewaktu bendera
dinaikkan lagu “Negaraku” dinyanyikan bersama-sama dengan penuh
semangat. Selepas itu,ikrar taat setia dilafazkan sebagai janji taat setia rakyat
kepada negara. Pada Hari Kemerdekaan, pemimpin negara turut memberikan
ucapan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan penonton juga dapat menyaksikan


perarakan kereta berhias yang berwarna-warni dan penuh bercahaya,
persembahan pancaragam oleh pasukan beruniform, pertunjukan jet di udara
dan melihat kemahiran penerjun-penerjun negara terjun dari helikopter sambil
mengibarkan “Jalur Gemilang”.

Acara kemudiannya diteruskan dengan persembahan kebudayaan. Pelbagai


persembahan seperti tarian, nyanyian dan sketsa diadakan. Persembahan ini
dijayakan oleh semua kaum di Malaysia. Semua persembahan yang
dipersembahkan sungguh menghiburkan. Rakyat Malaysia yang datang sendiri
sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan ramai yang tidak melepaskan peluang
untuk mengambil foto peristiwa yang berlaku pada hari tersebut. Sambutan
Hari Kemerdekaan disambut dengan sangat meriah.
Tema : Jati Diri, Patriotisme, Kewarganegaraan

Tajuk : Hari Kemerdekaan

Tahun : Tahun 5

Standard Kandungan :

1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara


daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara
bertatasusila.

Standard Pembelajaran :

1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber


menggunakan kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk dengan betul
dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Objektif :

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i) Berbual tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam


situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.
ii) Berbual menggunakan kata nama ganti nama diri dan kata ganti
nama tunjuk dengan betul

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:

Langkah 1 : Murid diperdengarkan dengan lagu “Tanggal 31” dan guru


memegang bendera Malaysia iaitu “Jalur Gemilang”.

Langkah 2 : Murid diminta untuk menyanyikan lagu “Tanggal 31” dengan


iringan muzik sambil memegang dan mengibarkan “Jalur
Gemilang”

Langkah 3 :

Anda mungkin juga menyukai