Anda di halaman 1dari 8

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 5

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 5 Sopan Santun

Bilangan Murid : 20 orang

Tarikh : 18/9/2017

Masa :

Hari : Isnin

Tema : Lestarikan Bumi Kita

Tajuk : Pembakaran Terbuka

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut 1.2.6 Mendengar, memahami, dan menyebut
bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, pelbagai ragam ayat dengan struktur binaan
perkataan, frasa dan ayat dengan betul. ayat yang betul dan tepat.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir sesi pengajaran dan pemudahcaraan ini, murid dapat:

i) Mendengar sekurang-kurangnya 5 ayat yang mempunyai pelbagai ragam untuk


menjawab soalan.
ii) Menyebut sekurang-kurangnya 5 ayat yang mempunyai pelbagai ragam dengan struktur
binaan ayat yang betul dan tepat.

Sistem Bahasa

Tatabahasa : Menyebut pelbagai ragam ayat dengan struktur binaan ayat yang betul.

Kosa Kata :

Sebutan dan Intonasi

Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)

Kepelbagaian Strategi dan Teknik

Bahan Bantu Mengajar


Pengetahuan Sedia Ada

Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti PdP Catatan


Masa

Set induksi 1. Murid ditunjukkan pelbagai BBM:


bunyi haiwan.
(5 minit) Suara haiwan,
2. Murid diminta untuk meneka pembesar suara,
nama haiwan. laptop

Soalan:
3. Murid diminta menjawab Teknik: soal jawab

1) Apakah suara soalan.


KB: menjana idea
haiwan yang kamu
dengar? KP: Intrapersonal

2) Apakah haiwan
kegemaran kamu?

3) Cuba meniru suara


haiwan.

4. Guru mengaitkan isi


pelajaran dengan tajuk.

Langkah 1 1. Murid diminta untuk BBM


mendengar penjelasan
(15 minit) - Permainan “Radio Teks pendek,
ragam ayat.
Karat” lembaran kerja.
2. Murid diminta mendengar
BCB: bacaan imbasan
ayat yang disebut oleh
guru. Penggabungjalinan:

3. Murid diminta menyebut Kemahiran membaca,


ragam ayat yang Kemahiran menulis.
digunakan.

4. Murid diberi lembaran kerja.


D Teknik 5W1H
5. Murid diminta untuk Nilai:
mendengar rakaman
Semangat
dialog.
bermasyarakat.
6. Murid diminta untuk
mencatatkan rakaman ayat.

Langkah 2 1. Murid dibahagikan kepada BBM:


kumpulan.
(20 minit) Buku latihan,
2. Murid diminta untuk membina komputer, lcd, skrin
dialog dalam lembaran yang putih.
diberi secara berkumpulan.
Ilmu: Bahasa
3. Murid menyiapkan lembaran
kerja sementara guru
menyemak. KP: Interpersonal

KP:

Pembelajaran
Koperatif

Langkah 3 1. Murid diminta untuk BBM


menghafal dialog yang dibina.
(15 minit) Lembaran Kerja, buku
2. Murid diminta menyebut cop, cop
dialog yang dibina secara
berkumpulan.

Aspek yang dinilai: Penilaian:

1. Pembinaan dialog Guru menilai dialog dan

(ayat aktif/ ayat pasif). penyebutan murid.

2. Sebutan dialog.

Pemulihan
- - Murid diminta menyebut
ayat aktif dan ayat pasif

Pengayaan

- Murid diminta untuk menyebut


dialog dengan yakin.

Peneguhan:

- Prestasi baik murid dipuji


manakala prestasi murid
yang kurang baik akan
diberi motivasi supaya lebih
berusaha.

Penutup Penutup Kognitif: Murid diminta menyatakan KB: merumus


rumusan isi pelajaran pada hari
(5 minit) Rumus isi pelajaran Nilai Murni:
ini.

 Pembakaran Kasih sayang,


terbuka bekerjasama,
bertanggungjawab
 Langkah-langkah
mengatasi KP: Intrapersonal

 Nilai
Dialog

Langkah yang perlu diambil untuk mengatasi pembakaran terbuka.

Ah Wong : Isu pembakaran terbuka sering diperkatakan di media massa. Pada pendapat
kamu, apakah kesan-kesan negatif pembakaran terbuka ini?

Mei Ling : Saya berpendapat bahawa pembakaran terbuka boleh mengakibatkan jerebu. Di
samping itu, kesihatan orang ramai juga akan terjejas.

Ah Wong : __________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

(bertanya, ayat pasif)

Omar : __________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

(memberikan cadangan langkah, ayat aktif)

Siti : __________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

(memberi cadangan langkah)


Ah Wong : Isu pembakaran terbuka sering diperkatakan di media massa. Pada pendapat
kamu, apakah kesan-kesan negatif pembakaran terbuka ini?

Mei Ling : Saya berpendapat bahawa pembakaran terbuka boleh mengakibatkan jerebu. Di
samping itu, kesihatan orang ramai juga akan terjejas.

Siti : Omar, pada pandangan kamu, apakah langkah yang perlu diambil untuk mengatasi

masalah pembakaran terbuka?

Omar : Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang dan

mengambil tindakan berat ke atas orang yang melakukan pembakaran terbuka.


Ayat yang didengar:

1. Lembu merupakan haiwan yang menyusukan anak.


2. Laut didiami oleh pelbagai jenis ikan.
3. Nyamuk yang berterbangan di rumah dimakan oleh cicak.
4. Ayam yang dipelihara oleh ayah telah bertelur pada minggu lepas.
5. Harimau menggunakan paru-paru untuk bernafas.
6. Orang Utan merupakan haiwan yang mengalami kepupusan.

Ayat Radio Karat

1. Telur penyu dikutip oleh manusia untuk dijadikan hidangan yang enak.
2. Gajah diburu oleh manusia kerana gadingnya yang berharga.
3. Orang Utan mengalami kepupusan kerana aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.
4. Kepupusan Tapir disebabkan oleh pemusnahan habitat yang berleluasa.
5. Manusia memburu ikan yu untuk mendapatkan siripnya yang berharga.

Situasi:

Berjalan-jalan di hutan.

- Tiba-tiba, kamu terdengar suara harimau mengaum.


- Kamu terus berjalan.
- Kamu ternampak seekor kancil dikejar oleh harimau.
- Kamu menyembunyikan diri di belakang pokok besar.
- Kamu terus berjalan.
- Kamu dikejar oleh harimau.
- Kamu cuba melarikan diri.
- Kamu terjatuh lalu digigit oleh harimau.
- Kamu berasa sangat takut.
- Kamu dikejutkan dari tidur. Rupa-rupanya kamu telah pun bermimpi.

Secara berkumpulan:

Kumpulan 1 ( katak )
Kumpulan 2 ( ayam )

Kumpulan 3 ( ular )

Kumpulan 4 ( ikan )

Kumpulan 5 ( ketam )

Katak dikejar oleh ayam.

Ular mengetawakan ayam.

Ular dikejar oleh ketam.

Ular melindungi diri di dalam tempat selamat.

Ikan ditemui oleh ikan.

Ikan mengejar ketam.

Bayangkan kamu seekor monyet. ( aksi monyet ) (Tukar giliran)

- Kamu menggaru badan kawan kamu yang gatal.


- Kamu terjumpa pepijat di atas badan kawan kamu.
- Pepijat itu ditekan oleh kamu.
- Kamu terus menggaru badan kawan kamu.
- Kamu dipukul oleh kawan kamu.
- Rupa-rupanya seekor nyamuk sedang menghisap darah kamu.

Anda mungkin juga menyukai