Anda di halaman 1dari 5

Guru didakwa di Mahkamah: Sayalah Guru

Itu
Posted by admin on November 18, 20130 Comment

Percayakah anda? Sayalah pemandu kereta ini

Saya tidak mungkin melupakan segala-galanya sehingga roh berpisah dari jasad saya. 21 Mei
2006, lebih kurang jam 2.05 petang. Sungguh Malaikat Izrail memasuki dalam kereta dan
mencabut dua nyawa yang berada disisi saya. Cumanya ketika itu bukan giliran. Saya kira
semua orang tidak menginginkannya termasuk saya. Kemalangan yang menjadi kejutan kepada
golongan guru seluruh Negara. Dua tiga akhbar utama menyiarkan berita itu. Pada ketika itu
perjalanan kami dari Johor Bharu ke Segamat usai latihan/pemilihan sepak takraw negeri Johor
dan saya akan membawa skuad Johor ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Perak
seingat saya.
Fasa pertama latihan dan kami akan pulang dua malam ke rumah sebelum datang semula ke
Johor Bahru untuk latihan selanjutnya. Namun segala-galanya ternoktah di atas lebuhraya utara
selatan KM 50.2. Bermulalah satu perjalanan yang mencabar tetapi cukup mendewasakan.
Menjadikan saya lebih berani dari semalam termasuk bercakap secara direct dengan orangorang besar dalam hireki pentadbiran pelajaran negeri Johor.
Kata Nisah Harun dalam novel Mencari Locus Standi tentang mahkamah; tiada yang
menggembirakan di daerah ini. Tiada siapa yang mahu datang ke tempat ini andai tidak
dipaksa atau terpaksa. Mahkamah jadi tempat yang perlu disiahkan, seolah-olah sekali
melangkah ke sini akan sial sepanjang hayat! Ayat ini membekas dalam diri saya. Segalanya
menjadikan saya mesra dengan bahan bacaan berkaitan undang-undang, pekeliling-pekeliling
perkhidmatan awam berkaitan tahan kerja, tatatertib dan lain-lain.

Ya! Segalanya ada hikmah dan mendidik. Dua tahun saya turun naik mahkamah Kluang. Hari
pertama memasuki mahkamah 14 April 2007, cukup mengerikan apatah lagi hadir tanpa wang
jaminan. Ketika itu saya tidak faham bahawa seseorang yang didakwa di bawah seksyen 41 (1)
AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 yang jika tertuduh disabitkan dengan kesalahan
boleh dijatuhkan hukuman denda tidak kurang RM5000 dan tidak lebih RM20,000, penjara
tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih sepuluh tahun (Act A 1065) mana-mana individu
yang menghadapi pertuduhan sedemikian perlu hadir ke mahkamah dengan wang jaminan paling
kurang RM5000 ( bergantung budi bicara Majistret)
Saya tahu sekiranya saya menulis secara tuntas dan sehabis jujur akan banyak pihak yang
tersinggung. (Jadi saya cuba untuk tidak menyentuh banyak pihak) Sementelah kes saya ini
akhirnya dibela oleh KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN (KPPK) dalam
bahasa Inggerisnya di sebut National Union Teachers Progress (NUTP). Termasuk tekanan yang
diberikan kepada saya, apabila menulis satu artikel di dalam Buletin KPPK keluaran Oktober
2007. Ekoran itu satu surat cadangan kepada pihak Lembaga tatatertib telah dihantar bertujuan
mencadangkan saya ditahan kerja. (Saya tidak mahu menyebut siapa yang mencadangkan saya
ditahan kerja, segelintir guru di Johor dan orang-orang kuat KPPK mengetahuinya dan yang
pastinya individu itu telah bersara)

Sila rujuk pekeliling perkhidmatan


awam bahawa seseorang penjawat awam yang ditahan kerja akan menerima separuh dari
emolumennya setiap bulan. Ketika itu, jika tidak silap saya setelah ditolak hutang rumah,
pinjaman peribadi, simpanan dan insurans, saya hanya layak menerima RM72.15 sahaja. Namun
keyakinan kepada Allah, prinsip berani kerana benar, rahsia surah An-Nur, Muhammad, Thoha
terbukti benar. Sungguh kenikmatan berdoa lebih dirasai apabila kita diuji berbanding jika kita
berdoa dalam keadaan senang. Bukanlah maksudnya kita tidak berdoa tetapi percayalah! orang
yang berdoa dalam keadaan terdesak antara hidup dan mati, bebas dan dipenjara, ditamat atau
tidak kerjaya akan lebih bersungguh-sungguh menjejaki dasar hati. Saya masih sentiasa teringat
selepas solat tentang kenikmatan berdoa ketika saya di dalam keadaan yang cukup menguji itu.
Alhamdulilah! Ya Allah kekalkanlah kenikmatan berdoa itu kepadaku dan seluruh umat Islam.
Isu tahan kerja saya mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung KPPK Miss Loke Yim
Pheng, bekas Timbalan Pengarah Pelajaran Johor Tuan Haji Jamian Jaafar (telah bersara), Mr
Chaw Tah Soo wakil KPPK Segamat), pengetua saya pada ketika itu Puan Hajjah Muriatun Mohd
Said yang menyebelahi saya. Lalu maafkan saya Tan Sri menulis secara jujur berkaitan

cadangan tahan kerja. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Dato Haji Kusaini Bin Haji
Hasbullah (Bahagian tatatertib), dan orang yang memahami cerita ini Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin
Haji Awang (ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia) yang menolak cadangan tahan
kerja tersebut. Kepada Miss Loke yang menjalankan amanah sebagai Setiausaha Agung KPPK
yang mempertahankan saya dengan bercakap secara bertentang empat mata dengan
kepimpinan atas Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bayangkan jika cikgu berada di tempat saya. Sedangkan perjalanan saya adalah urusan tugas
rasmi. Bawa murid-murid dengan bersurat arahan. Saya masih menyimpan segalanya (satu fail
lengkap dan segala catatan peribadi turun naik mahkamah dari hari pertama hingga hari terakhir,
yang jika saya turunkan segalanya di dalam blog ini; akan ada pihak yang tersinggung atau mahu
marah dengan catatan jujur tersebut), malahan orang yang menandatangi surat itu juga masih
hidup dan saya sendiri pernah bersemuka dengannya apabila dalam satu majlis, beliau
memburukkan cara pemergian saya.. (sukar untuk saya menuliskannya terasa kelopak
mata ini panas! Ya Allah berikanlah aku kekuatan menghadapi tipu daya dunia yang penuh
dengan kepalsuan ini).
Saya tahu seorang guru tidak kebal dari segi undang-undang. namun ada bebrapa perkara
berkaitan hal kebajikan seorang guru yang membawa murid ke tempat pertandingan, latihan atau
apa sahaja yang perlu diambilberat oleh pihak berwajib
Sungguh besar pengajaran yang Allah berikanlah! Andainya satu masa kita sebagai guru biasa
menjawat jawatan tinggi ingatlah kebajikan dan keselamatan terhadap anak-anak buah kita
adalah satu amanah yang besar. Jika tidak yakin dengan hujah saya ini bacalah kitab yang
berjudul UMAR ABDUL AZIZ, SiRAH RASULULLAH, 10 SAHABAT YANG DIJAMIN SYURGA
Jika orang-orang bawahan kita ditimpa sesuatu musibah atau ujian berat dari Allah, lindungilah
mengikut kemampuan, ziarahlah melihat keadaannya;
Dunia mahkamah sungguh asing bagi seorang guru biasa seperti saya, pun ianya adalah satu
pengalaman yang sangat berharga. Saya dapat melihat sendiri bagaimana pendakwaan,
pembacaan tuduhan, pembicraan berlangsung. Masih ingat lagi tentang kes bunuh yang
dibacakan ketika hariu saya ke mahkamah dan perbicaraan kes dadah, curi motosikal. Yang
dapt saya lihat dan dengar sendiri. Berbalik kes saya, setelah sekian lama akhirnya kes itu
dibicarakan dengan pendakwa mengemukakan 2 pegawai penyiasat, doktor, seorang pegawai
puspakom yang memeriksa kereta saya sebagai saksi . Ketika perbicaraan berlangsung, duduk
di kandang tertuduh itu terasa kaki dan tangan sejuk seakan menanti hukum gantung walaupun
hakikatnya jika kalah dalam kes itu saya setakat dipenjara dan bukan digantung.
Akhirnya Mahkamah memutuskan akan memberi keputusan pada 30 September 2009. Saya
masih ingat malam yang damai itu, di mana solat hajat dilakukan secara beramai-ramai.
Tempatnya markas PAS Segamat. Terima kasih kepada PAS kawasan Segamat, pemuda PAS,
muslimat PAS, ibu, anak, isteri, sahabat-sahabat, rakan-rakan guru sekolah, kenalan rapat
setempat tinggal saya dan kurang lebih dalam lapan puluh orang yang hadir pada malam itu,
bersujud memohon kemenangan untuk saya dalam kes itu.
Lalu 30 September 2010, apabila saya masuk ke kandang tertuduh selepas nama saya dipanggil.
Saya masih ingat segala-galanya. Mulut saya kumat-kamit membaca lima ayat awal surah

Thoha, apabila peguam saya C.C Ayathurai (dibiayai sepenuhnya oleh pihak KPPK) bangun
memaklumkan Hari ini telah ditetapkan untuk keputusan
Majistret muda. Seingat saya namanya Mohamad Azhar Arif menganggukkan kepala sambil
sekilas memandang wajah saya dan kemudian terus membacakan keputusan. Begini bunyinya;
Setelah mempertimbangkan hujah-hujah pihak pendakwaan dan pembelaan. Mahkamah
berpuashati dan mendapati pihak pendakwa gagal mewujudkan prima facie terhadap
tuduhan. Oleh itu mahkamah memutuskan Encik.. didapati tidak bersalah,
dilepaskan dan dibebaskan sepenuhnya
Dam! Majistret mengetuk tukul kayu yang lazim dan terus bangun berlalu. Selepas itu terdengar
laungan Bangun, saya menoleh kepada ibu dan kakak yang duduk di kerusi dalam mahkamah
di belakang saya. Kedua-duanya berpelukan sambil menangis. Saya menekup wajah. Cuba
menahannya Pun airmata saya gugur jua.. Syukur kepadaMu Ya Allah! ENGKAU yang
memberi ujian! ENGKAU jua yang memberi kemenangan..
Sumber: zharulnizam shah

Anda mungkin juga menyukai