Anda di halaman 1dari 9

SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada para pendengar
sekalian. Saya, Muhammad Aiman Hafiz bin Md Faiezol dari BADAR, Badan
Dakwah dan Rohani.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang dan kesempatan
untuk menyampaikan tazkirah ringkas kepada muslimin dan muslimat sekalian.
Sebelum saya memulakan tazkirah, marilah kita bersama menadahkan tangan bagi
bacaan doa. (baca doa pendek)

Topik yang ingin saya sampaikan adalah hikmah mengingati kematian. Usia muda
dan tubuh badan yang kuat bukan jaminan untuk kita mampu hidup sehingga
mencapai usia tua.

Ulama ada mengatakan manusia itu hanya kumpulan hari-hari. Ada manusia masih
tidak sedar ‘modal’ harinya semakin berkurangan.

Betapa hinanya apabila saat dijemput Allah SWT, kita dalam keadaan melakukan
maksiat atau sedang berseronok hingga lupa tanggungjawab diri sebagai seorang
hamba.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia ialah orang


yang diberi panjang umur dan digunakan untuk membuat kebaikan sebanyak-
banyaknya dan sejahat-jahat manusia ialah orang yang diberi Tuhan umur
panjang, tetapi digunakan untuk melakukan kejahatan dan kerusuhan.” (Riwayat
Ahmad)

Baginda mengajar umatnya bagaimana hari-hari yang dilalui itu boleh menjadi
indah dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.
Daripada Ummu Salamah, beliau berkata, Nabi Muhammad SAW jika masuk
waktu pagi, Baginda akan memulakannya dengan doa: “Ya Allah, sesungguhnya aku
memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang
diterima.” (Hadis riwayat At-Thabarani dalam Al-Mu’jam Ash-Shaghir dengan
sanad yang disahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani)

Kita diperintahkan Allah SWT untuk meminta walaupun Dia mengetahui segala
keperluan dan hajat kita.

Perkara itu dinyatakan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan
apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu
kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka),
Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku.
Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan
hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 186)

Dunia ini bukan tempat untuk kita ‘menikmati’ sepuas-puasnya kehidupan ini. Dunia
ini adalah tempat percaturan manusia untuk mencari bekalan selepas kematian.

Ramai tidak menghiraukan urusan mengingati kematian seolah-olah merasakan


kematian itu ditulis untuk orang lain. Akibatnya, mereka tidak bersungguh-
sungguh melakukan amal kebajikan dan memperbaiki diri.

Rasulullah SAW menerusi sabda Baginda yang bermaksud: “Perbanyakkanlah


mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnung
pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia
diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi
diri.” (Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi)
Berbeza dengan perasaan ‘bercita-cita’ untuk mati, situasi itu membawa
seseorang kepada perasaan putus asa dan tidak reda menerima ujian.

Disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah SWT


mencabut daripada dalam hati musuh rasa kehebatan Islam, lalu Allah SWT akan
jadikan bagi kamu satu penyakit wahan.”

Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah wahan itu ya Rasulullah?”

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Cinta kepada dunia dan benci kepada
kematian.” (Riwayat Muslim)

Mengingati mati bukannya mahu manusia meminta lekas mati atau meninggalkan
segala urusan dan tanggungjawabnya di dunia.

Sebaliknya, mengingati kematian mendorong manusia menetapkan matlamat yang


jelas hidupnya di dunia dan akhirat. Manusia yang sering mengingati mati
menyedari Allah SWT sentiasa mengawasi setiap tindakan yang dilakukannya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad):


Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetap ia akan
menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui
segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang
kamu lakukan (serta membalasnya).” (Surah Al-Jumu’ah, ayat 8)

Kematian setiap Muslim itu bergantung kepada amalan yang dilakukan sepanjang
hidupnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dan, sesungguhnya amalan itu
bergantung dengan penutupnya.” (Riwayat al-Bukhari)

Dikhuatiri jika tidak sempat bertaubat, kita akan mati dalam keadaan sia-sia.

Sehubungan itu, kita perlu sentiasa mengingati hal berkaitan kematian diiringi
amalan antaranya memperbanyakkan istighfar.

Baiklah, kita berehat seketika sebelum meneruskan lagi tazkirah ini. Jangan
kemana-mana dan sabar menunggu, as shobru minal iman. Kita bersambung
selepas ini.

(5 minit ke2)

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pendengar sekalian.


Kembali lagi bersama saya Muhammad Aiman Hafiz bin Md Faiezol dari BADAR,
Badan Dakwah dan Rohani. Saya akan menyambung topik saya pada hari itu iaitu
hikmah mengingati kematian.

Sesungguhnya para pendengar sekalian, setiap yang bernyawa pasti akan mati,
mati adalah terputusnya perhubungan antara roh dan jasad dan detik permulaan
menuju ke alam akhirat. Mati adalah ketentuan Allah Subhanahu Wata'ala yang
pasti akan terjadi dan kita tidak dapat lari daripadanya tidak kira di mana pun
kita berada. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Ali-Imran ayat 185:

Maksudnya: "Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada
hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Oleh itu, sesiapa yang
dihindarkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya
dia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia melainkan hanyalah kesenangan
yang memperdayakan".
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala telah menentukan ajal seseorang sejak
azali lagi. Apabila sampai ketikanya ia tidak akan dipercepatkan atau dilewatkan
walau sesaat pun. Malaikat Izrail yang ditugaskan mencabut nyawa tidak kira di
mana pun tempatnya, keadaan dan kedudukan seseorang itu. Apabila nyawa sampai
di kerongkongan segala pintu taubat telah ditutup dan penyesalan pun tidak
berguna lagi.

Ketika nyawa dicabut nafas kita tersekat-sekat, mulut terkunci dan anggota
badan lemah longlai. Pada saat itu, tiada siapa yang boleh menolong kita. Apabila
ajal sampai, tidak ada apa-apa lagi untuknya di dunia kecuali amalan baik atau
buruk yang akan kembali kepada dirinya sebagai bekalan. Ketika menghadapi
kematian, orang yang tidak beriman berasa gerun serta penuh penyesalan kerana
diperlihatkan amalan buruknya. Manakala orang-orang yang beriman ketika
diperlihatkan amalan baiknya akan berasa gembira. Firman Allah Subhanahu
Wata'ala dalam surah Al-Isra' ayat 71:

Maksudnya: "Ingatlah hari kiamat pada hari ini kami memanggil tiap-tiap
kumpulan manusia dengan nama imam (kitab amal) mereka, maka sesiapa yang
diberikan kitab amalnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membaca
kitab mereka dengan mereka dengan gembira dan mereka tidak akan dianiaya
sedikit pun"

Para pendengar yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya hukum mengingati mati adalah sunat muakadah, dan hikmah


mengingati mati adalah supaya kesempatan hidup di dunia ini dapat kita
manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Sedarlah wahai kaum muslimin, orang yang
tidak ingat kepada mati sentiasa akan berada dalam kerugian. Bertaubatlah dan
beribadatlah dengan segera, jangan ditangguh-tangguh kerana kita tidak tahu
bila ajal akan tiba, mungkin hari in, mungkin esok atau lusa, hanya Allah
Subhanahu Wata'ala sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Oleh
itu, beringatlah sebelum menghadapi kematian kerana memang sudah lumrah sifat
manusia mudah lupa dan sering dilalaikan dengan kemewahan harta, pangkat,
anak-anak dan sebagainya. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-
Munafiqun ayat 9:

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta kamu dan anak-
anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah dan sesiapa yang melakukan
demikian maka mereka itulah orang yang rugi"

Dengan mengingati mati juga, ia dapat menegah diri kita daripada melakukan
maksiat dan perbuatan yang berdosa serta dapat menghindarkan daripada
perasaan cinta terhadap kesenangan dunia. Jangan sangka dengan memiliki tubuh
badan sihat dan kuat, umur masih muda maka ajal belum akan tiba. Ingatlah,
berapa ramai orang yang telah meninggal dunia dengan cara kematian yang tidak
disangka atau mengejutkan sama ada ngeri ataupun tidak seperti terbakar, lemas,
kemalangan dan sebagainya. Oleh itu, janganlah kita lalai dengan dunia, leka
dengan kesenangan yang ada tanpa meningkatkan amal dan taqwa kepada Allah
Subhanahu Wata'ala, sentiasalah mengingati mati dengan mempersiapkan diri
dengan amal ibadah untuk bekalan di akhirat kelak. Sesungguhnya mengingati
mati memberi beberapa kesan kebaikan dalam kehidupan kita, antaranya:

Mendorong kita untuk memperbanyakkan doa agar kita mati dalam keadaan
khusnul khotimah seperti doa yang sering kita baca selepas sembahyang yang
bermaksud: "Ya Allah berilah kesudahan kepada kami dengan kesudahan dengan
kesudahan yang baik dan janganlah Engkau berikan kesudahan kepada kami
dengan kesudahan yang tidak baik".

Mengingati mati merupakan persediaan untuk menghadapi kematian dengan


memperbanyakkan amalan soleh bagi kehidupan yang bahagia di akhirat dan
dijauhkan dari azab api neraka.

Memberi keinsafan dan menghalang kita daripada terjerumus melakukan dosa dan
maksiat serta menjadikan kita orang yang sentiasa bertakwa.

Mengingati mati juga menggalakkan kita untuk sentiasa bertaubat. Dan orang
yang sentiasa bertaubat dikasihi oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
Baiklah, kita berehat seketika sebelum meneruskan lagi tazkirah ini. Jangan
kemana-mana dan sabar menunggu, as shobru minal iman. Kita bersambung
selepas ini.

(5 minit ketiga)

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pendengar. Kembali lagi
bersama saya Muhammad Aiman Hafiz bin Md Faiezol dari BADAR, Badan
Dakwah dan Rohani.

Saya akan menyambung topik saya pada hari itu iaitu hikmah mengingati
kematian. Apakah setiap saat kita selalu mengingat kematian? Setiap yang hidup
pasti akan mati dan kehidupan berlangsung tanpa disadari dari detik ke detik.
Dan kita harus menyedari bahawasanya hari-hari yang kita lalui semakin
mendekatkan kita kepada kematian.

Seorang hamba Allah harus selalu ingat bahawa kita sedang membawa diri kita
bersama kematian, bahawa kita sedang berjalan menuju kematian, dan bahawa
kita sedang menunggu kematian itu entah datang pagi atau petang. Sungguh indah
ungkapan Ali bin Abi Thalib,

“Sesungguhnya kematian terus mendekati kita, dan dunia terus meninggalkan


kita. Maka jadilah kalian anak-anak akhirat dan janganlah kalian menjadi anak-
anak dunia. Sesungguhnya hari ini adalah beramal dan tidak ada hisab, dan esok
adalah hisab dan tidak ada lagi beramal.”

Ungkapan Ali ini mengingatkan kita bahawa manusia itu harus selalu siap siaga,
selalu memperbaiki keadaan dirinya, memperbaharui taubatnya, dan seharusnya
mengetahui bahawa kita sedang berhubungan dengan Rabb Yang Maha Mulia,
Kuat, Agung, dan Baik. Allah SWT berfirman :

“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila


telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu
kerjakan. “ (Surah Al-Munaafiquun : 11)

Cubalah kita renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia
ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama
sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang
memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya.

Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan
kemudiannya mati ; Allah menjelaskan dalam Quran tentang perilaku manusia
pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka


sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan
dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia
beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Al-Jumu’ah : 8)

Di antara kebaikan mengingat kematian adalah:

 Mendorong diri kita untuk bersiap-siap menghadapi kematian sebelum


datangnya.
 Memendekkan angan-angan untuk tinggal lama di dunia yang fana ini, kerana
panjang angan-angan merupakan sebab paling besar punca lahirnya kelalaian.
 Menjauhkan diri dari cinta dunia dan redha dengan yang sedikit.
 Memperkuatkan keinginan pada akhirat dan mengajak untuk berbuat ta’at.
 Meringankan seorang hamba dalam menghadapi ujian dunia.
 Mencegah kerakusan dan ketamakan terhadap nikmat duniawi.
 Mendorong untuk bertaubat dan muhasabah kesalahan masa lalu.
 Melembutkan hati, membuat mata menangis, memberi semangat untuk
mendalami agama dan menghapuskan keinginan hawa nafsu.
 Mengajak bersikap rendah hati (tawadhu’), tidak sombong, dan berlaku zalim.

Secara kesimpulan yang saya dapat buat berdasarkan topik ini adalah mengingati
mati bukan bermaksud kita meninggalkan urusan dunia serta menjauhkan diri
daripadanya akan tetapi mengingati mati merupakan satu kaedah supaya
kehidupan di dunia kita lebih baik dan lebih berjaya. Ini kerana dengan kita
mengingati mati, kita tidak akan melakukan perkara-perkara tidak diredai dan
dibenci Allah.
Sabda baginda Rasulullah: “Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan
menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnungi pada waktu susah, nescaya
perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia diingati pada waktu senang,
nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.” - (HR al-Bazzar
6987).

Baiklah para pendengar sekalian, setakat ini sahaja dahulu segmen tazkirah kita
pada kali ini. Diharapkan para pendengar dapat kebaikan dan manfaat daripada
tazkirah yang disampaikan.

Maafkan saya atas kekhilafan dan kekurangan saya sepanjang episod tazkirah ini.
Sesungguhnya, saya hanyalah manusia biasa. Yang baik itu datang daripada Allah
dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Jangan lupa untuk terus
dengarkan episod tazkirah yang seterusnya dari rakan-rakan Badar saya, setiap
hari pada jam 7 malam, hanya di Radio BBest, Mude dan Segar. Layari
radiobbest.smskb.edu.my untuk maklumat selanjutnya.

Sekian sahaja.
Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai