Anda di halaman 1dari 13

PENDAHULUAN

Assalamualaikum wbkt, Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam syukur kehadrat Allah SWT dengan rahmat dan limpah kurnia-Nya dapatlah kita terus hidup di dalam menambahkan amalan kebaikan seharian serta mengurangkan dan menjauhkan dosa-dosa dan kesalahan. Insyallah. Hamba yang miskin serta dahagakan ilmu ini seringkali mengingatkan diri sendiri di samping mengingatkan saudaraku sekalian agar wujudnya kasih-sayang sesama saudara Islam dalam diri ini. Doa hamba agar saudara juga sentiasa mengasihi orang lain sama seperti saudara kasihkan diri sendiri. Pada e-book kali ini hamba yang dhoif ini ingin menulis serta membuat satu lagi perkongsian ilmu yang bertajuk Zikrulmaut Andai aku mati... Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Umar r.a Nabi SAW bersabda :
Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yg menghapuskan kelazatan (mati), Maka sesungguhnya (dengan mengingati mati itu), dia tidak akan dalam keadaan banyak (angan-angan) melainkan mensedikitkannya, dan tidak dalam keadaan sedikit (amalan) melainkan memperbanyakkannya. (Hadis riwayat al Baihaqi )

Sebelum kita menempuh alam kematian yang sebenar mengingati mati semasa kita hidup ini amat berfaedah khususnya dari segi kualiti dan kuantiti amal ibadah kita seharian. Jika kita tahu tarikh kematian kita sudah tentulah kita akan tekun beribadah serta melakukan amal ibadah dengan penuh kusyuk. Oleh itu wahai saudaraku semua sebelum kita menempuh alam kematian yang sebenar marilah kita perbanyakkan mengingati mati.

Firman Allah SWT :


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah a-liImran ayat 185)

Besarlah harapan hamba kiranya ebook ini disebarkan secara percuma kepada saudara kita yang lain. Mana yang berfaedah kita amalkanlah menjadi satu ilmu untuk amalan kita seharian. Hamba yang dhoif ini sentiasa menerima teguran dari pembaca sekalian lantaran merasakan diri tidak lepas dari melakukan kesalahan, jika ada sebarang kesalahan dari hamba bolehlah hubungi hamba di Facebook ibnu.mohamad@hotmail.my

Sekian.
Ibnu Mohamad

Bab 1 : Andai aku mati dalam keadaan aku belum sempat bertaubat
Ahh bila tua nanti aku bertaubatlah.. Kita sering berfikir bahawa usia kita belum sesuai untuk mati atau dengan kata mudah mati akan hanya sampai pada usia kita tua nanti. Sedarkah kita di Malaysia sekarang ramai yang mati mengejut seperti kemalangan jalanraya, keracunan makanan, penyakit barah, kena bunuh, bencana alam, dan lain-lain. Adakah kita jamin yang usia kita masih belum layak untuk mati? Jangan berfikir begitu wahai saudaraku. Lihatlah ramai saudara-mara kita, jiran kita atau berita di dada-dada akhbar usia 20an, 30an pun banyak yang telah meninggal dunia. Maka sematkanlah di dalam hati andai aku mati sebelum sempat aku bertaubat apakah bekalan aku mencukupi? Apakah aku terselamat dari seksaan kubur dan seksaan api neraka? Firman Allah SWT :

Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan. (Surah al-Baqarah ayat-48)

Saudaraku yang dikasihi, hamba mengingatkan diri hamba sendiri, jika kita rasa berat untuk bertaubat sekaligus kita mulakan perlahan-lahan sebagai contohnya bertaubat dari melakukan dosa yang besar dahulu, peliharalah solat dahulu dan insyallah dengan rahmat Allah SWT Yang Maha Penyayang yang lain-lain akan menyusur kemudian. Lakukan satu-persatu hinggalah kita berjaya menghindari dosa-dosa kecil pula.

Ingatlah banyak-banyak, andai aku mati sebelum aku sempat bertaubat adakah cukup amalan kita? Firman Allah SWT :

Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah ayat-160)

Bab 2 : Andai aku mati dalam keadaan aku membuka / mendedahkan aurat
Saudaraku sekalian khususnya saudari-saudari muslimah yang dikasihi. Andai kita mati dalam keadaan kita membuka aurat dan masih belum sempat bertaubat dari menutup aurat. Kita sering fikirkan emm bila aku kahwin nanti aku tutuplah aurat. Adakah saudari yakin umur saudari akan sampai hingga ke alam perkahwinan? Saudari ingatlah bahawa dunia sekarang ramai yang mati mengejut. Lihatlah di dada akhbar ada yang kemalangan jalanraya di usia muda, ada yang kena rogol lalu dibunuh di usia muda, ada yang kena ragut lalu membawa maut dan sebagainya. Maka dengan itu ingatlah saudari bahawa andai saudari mati dalam keadaan mendedahkan aurat belum sempat bertaubat adakah cukup amalan saudari untuk menempuh alam akhirat yang tiada perniagaan jualbeli di sana nanti? Saudari, bayangkan di saat saudari membuka aurat di khalayak ramai ini lalu mengayakan fesyen-fesyen terkini serta berpakaian seksi maka jika telah tertulis ajal dan maut saudari di waktu usia itu, bertanyalah dalam diri saudari andai aku mati di saat aku berpakaian seksi dan mendedahkan aurat sewaktu aku belum sempat bertaubat apakah nasib aku di sana nanti?

Ingatlah saudari ajal itu tetap dan tidak akan bertambah atau berkurang walau sesaat melainkan saudari menjalani kehidupan solehah dengan berdoa atau melakukan amalan-amalan yang dengan rahmat dan kasih-sayang-Nya maka usia saudari dipanjangkan. Jika saudari menjalani kehidupan yang lalai maka siapa yang mahu berdoa untuk saudari? Terjaminkah saudari boleh hidup hingga waktu tua di mana waktu yang saudari tetapkan untuk beramal ibadah? Maka dengan itu saudari bertaubatlah dari mendedahkan aurat di khalayak ramai. Cuba saudari bayangkan, saudari berjalan di khalayak ramai dengan mendedahkan aurat, seorang lelaki yang memandang saudari lalu terbit perasaan ghairah dalam dirinya maka saudari mendapat satu dosa dan lelaki tadi juga mendapat satu dosa, saudari bayangkan sahaja 10 lelaki yang memandang saudari dengan perasaan yang sama sudah tentulah saudari mendapat 10 dosa sedangkan tiap-tiap lelaki hanya mendapat 1 dosa seorang sahaja. Firman Allah SWT :

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya

dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudarasaudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah an-Nur ayat-31)

Bab 3 : Andai aku mati dalam keadaan aku melakukan maksiat


Jangan sesekali tanamkan di dalam hati selepas aku buat dosa ini aku bertaubatlah.. Saudaraku, kita tidak tahu tarikh kematian kita. Maka beringatlah bahawa andai aku mati dalam keadaan aku sedang melakukan maksiat, bagaimana nasib kita di alam sana nanti? Firman Allah SWT :

Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelapgelita) dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Surah Yunus ayat-27)

Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka di dalam nerakalah tempatnya. Bagi mereka di situ, hanyalah suara memekikmekik dan mendayu-dayu (seperti suara keldai). (Surah Hud ayat-106)

Saudaraku beringatlah tiapkali ingin melakukan dosa maksiat. Andaikata Allah mengutuskan malaikat-Nya untuk mencabut nyawa kita pada waktu yang telah ditetapkan dan saat itu kita sedang melakukan maksiat, sempatkah kita memohon ampun pada saat itu? Kita pergi menghadap-Nya di dalam keadaan begitu hina. Bertaubatlah saudara dari melakukan maksiat, firman Allah SWT :

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah an-Nisaa ayat-110)

Bab 4 : Andai aku mati dalam keadaan aku menderhaka kepada kedua ibu-bapaku.
Saudaraku sekalian, hamba mengingatkan diri hamba sendiri. Berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa kita, jangan sekali kita mati dalam keadaan kita menderhaka kepada kedua ibu-bapa kita selagi dia tidak menyuruh kita melakukan perbuatan yang dilarang. Firman Allah SWT :

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (Surah al-Ankabuut ayat-8)

Saudaraku, di dalam sebuah hadith Riwayat Imam Bukhari ada menceritakan bahawa rasulullah SAW meletakkan dosa menderhaka kepada kedua ibu-bapa ini di dalam dosa-dosa yang besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar? Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah. Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu. Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654

Bayangkan andai aku mati di dalam keadaan aku menderhaka kepada kedua ibu-bapaku adakah aku boleh terlepas dari seksaan di akhirat kelak? Malah di dalam al-Quran pun ada menyebut bahawa dilarang menggunakan atau bercakap kasar terhadap kedua ibu-bapa kita, firman Allah SWT :

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Surah al-Israa ayat-23)

Bab 5 : Andai aku mati ketika di dalam perjalanan hendak ke tempat kerja
Apabila kita hendak keluar rumah pergi ke tempat kerja maka anggaplah andai aku mati di dalam perjalanan aku ke tempat kerja ini maka aku perlu membaca doa sebelum menaikki kenderaan, membaca bismillahirahmanirahim, atau membaca doa-doa yang lain. Di dalam perjalanan menuju ke tempat kerja berzikirlah banyakbanyak kepada Allah di dalam hati seperti Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar atau La illa ha illallah sepanjang perjalanan kita ke tempat kerja. Sekiranya ajal kita sampai di tengah jalan kita mati di dalam mengingati Allah. Firman Allah SWT :
Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang; (Surah al-Insan ayat-25)

Bab 6 : Andai aku mati semasa tidur tadi


Bermula dari awal pagi tatkala aku membuka mata sewaktu hendak bangun tidur untuk mendirikan solat subuh. Pertama sekali kita kena ucapkan Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah kerana dia menghidupkan kita kembali. Andai aku mati semasa tidur tadi sudah tentulah aku tidak dapat melihat dunia lagi, tidak dapat melihat isteri yang tercinta, anak-anak yang disayangi. Bayangkan aku mati semasa tidur malam tadi sudah tentulah pagi ini kita dihujani airmata oleh orang yang kita sayang. Syukurlah banyak-banyak kepada Allah kita masih hidup. Oleh itu segeralah dirikan solat subuh untuk mengingati Allah SWT, Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. (Surah Taha ayat 14)

Bab 7 : Andai aku mati selepas mendirikan solat


Ingatlah andai aku mati selepas mendirikan solat dan ini merupakan solat yang terakhir dariku dan aku perlu lakukan yang terbaik dari yang sebelumnya. Berdirilah kerana Allah SWT. Dirikanlah solat ini sebaik yang mungkin dan bersyukurlah banyak-banyak kerana kita masih bernafas dan boleh mengerjakan solat ini. Maka jika kita mengandaikan ini solat yang terakhir dari kita maka dirikanlah dengan penuh kusyuk. Firman Allah SWT :
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Surah al-Alaa ayat-15) Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. (Surah al-Baqarah ayat 238)

Bab 8 : Andai aku mati selepas bekerja pada hari ini


Setibanya di tempat kerja bersyukurlah kepada Allah SWT kerana kita terselamat dari sebarang kemalangan atau malapetaka. Lalu ingatlah andai aku mati selepas bekerja pada hari ini maka buatlah persiapan yang sebaiknya. Ikhlaslah kerja kerana Allah SWT untuk mencari nafkah halal kepada kaum keluarga kita. Bayangkanlah kalau kita mati di waktu kita sedang bekerja pada hari ini kita sempat berniat bahawa kerjaku hari ini kerana Allah SWT. Firman Allah SWT :
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah al-Anaam ayat-162)

Maka dengan itu bekerjalah bersungguh-sungguh kerana Allah SWT. Ingatlah rezeki ini akan kubawa untuk kaum keluargaku dan menjadi darah dagingnya. Halalkanlah punca rezeki ini dengan bekerja bersungguh-sungguh.

Bab 9 : Andai aku mati di dalam tidur nanti


Sebelum kita tidur ingatlah andainya Allah SWT memerintahkan malaikat-Nya mencabut nyawa kita sewaktu kita sedang nyenyak tidur, apa persiapan kita? Adakah kita tidur dalam keadaan berwudhuk? Menutup aurat? Atau dalam keadaan seluar pendek dan sebagainya? Waktu itu kita dah terputus hubungan dengan manusia, siapa yang menanggung malu? Sudah tentulah saudara terdekat kita andai kata kita mati dalam keadaan membuka aurat, berseluar pendek dan sebagainya. Waktu sedang kalut menyedari kita sudah hilang nafas mereka-mereka yakni saudara terdekat sudah tentunya panic, apa yang boleh buat hanyalah panggil Pak Imam atau Pak Haji maka terlihatlah dan tahulah keadaan kita. Maka buatlah persiapan sebelum tidur, andai aku mati dalam tidur ini nanti. Jika diizinkan-Nya lagi maka bangkitlah untuk mendirikan solat malam sebagai tanda syukur kepada-Nya kita masih dipanjangkan usia. Firman Allah SWT :
Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam. (Surah al-Insaan ayat-26) Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu tahajjud" padanya, sebagai sembahyang membangkit dan menempatkanmu pada hari (Surah al-Israa malam serta kerjakanlah "sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu akhirat di tempat yang terpuji. ayat-79)

Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), [2] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. [6] (Surah al-Muzzammil ayat 2 dan ayat 6)

Bab 10 : Andai aku mati di dalam keadaan mengejut


Saudaraku, ada yang mendapat petanda awal bahawa dia akan pergi untuk selamanya seperti sakit tua, sakit terkena barah atau leukemia, sakit jantung, sakit menghidap AIDS atau sebagainya. Jika ada petanda kita sempat bertaubat dari dosa-dosa silam. Andai kata kalau aku mati di dalam keadaan mengejut yakni tiada tanda-tanda menunjukkan kita akan mati seperti terlibat dengan kemalangan jalanraya, terlibat nahas bencana alam, dibunuh, atau lain-lain lagi adakah kita sempat bertaubat? Maka sentiasa beringatlah akan alam akhirat iaitu alam yang kekal abadi. Carilah bekalan kita untuk di alam akhirat kelak. Firman Allah SWT :

Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. (Surah al-Baqarah ayat-86)

Anda mungkin juga menyukai