Anda di halaman 1dari 9

TEKS EMCEE FORUM PERDANA 2017

PEMBUKAAN ACARA

Sebelum kita memulakan majlis kita pada malam ini, mari


bersama-sama kita membaca surah al-Fatihah, moga-moga
fadhilatnya untuk

1- Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga


baginda, sahabat-sahabat baginda, pengikut-pengikut
sahabat, dan mereka yang mengikuti mereka hingga ke
akhir zaman,

2- Untuk diri kita, ibu bapa kita, ahli keluarga kita, guru-guru
kita, sahabat-sahabat,

3- Begitu juga para dermawan dan para sukarelawan, para


pegawai Masjid, Muslimin dan Muslimat sama ada yang
masih hidup atau yang telah kembali ke hadratNYA,

4- Semoga juga majlis pada hari ini diberkati oleh Allah


s.w.t.

Al-fatihah...

‫احلمد هلل رب العاملني والصالة والسالم على أشرف األنبياء واملرسلني وعلى أله‬
.‫وصحبه أمجعني‬
Assalamualaikum Wrth Wbth.

Saya Muhammad Kamal bin Md Yunos, insyaAllah saya selaku


pengacara majlis untuk acara kali ini.
Terlebih dahulu majlis mengalu-alukan kehadiran:

1- Al-Fadhil Ustaz Dr Suhaimi Mustar, Pengerusi Eksekutif


Masjid Assyakirin . Serta para Ahli Lembaga Pentadbir
Masjid Assyakirin

2- Ahli-Ahli Panel Forum Perdana

(a) Yang Berbahagia Datuk Dr Mohd Daud Bakar

(b) Y Bhg Datuk Dr Zahazan Mohamed

(c) Y Bhg Ust Jamaluddin Abd Wahab

3- Al-Fudhala’ Qari Singapura, Qari Muhd Sadid Bin Abd Latif

4- Wakil-Wakil Masjid

5- Ketua-Ketua Qaryah

6- Para Pegawai Masjid, Para Sukarelawan Masjid.

7- Muslimin dan Muslimat sekalian,

“Ahlan Wa Salan” diiringi ucapan terima kasih di atas


kesudiaan memeriahkan majlis pada hari ini.

Pertama dan utama mari bersama-sama kita memanjatkan


setinggi-tinggi kesyukuran kita kehadrat Allah s.w.t. dengan
IzinNya dapat kita berkumpul di Stadium ini, untuk bersama-
sama mengikutikan Acara Tahunan anjuran Masjid Assyakirin,
iaitu Forum Perdana 2017, InsyaAllah.

Di kesempatan ini juga, pihak penganjur ingin merakamkan


setinggi-tinggi penghargaan terima kasih terutama kepada
pihak penaja serta seluruh pihak, yang menjayakan Forum
Perdana 2017 anjuran Masjid Assyakirin secara langsung atau
tidak. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran,
amin.

__________________________________________________
BACAAN AL-QURAN

__________________________________________________

Hadirin Hadirat yang dihormati,

Sebagai pembuka tirai majlis kita pada malam yang berbahagia


ini supaya memperolehi keberkatan, majlis dengan penuh
ta’zim menjemput Qari Muhd Sadid Abdul Latif, Qari yang
pernah mewakili Singapura dalam Musabaqah Tilawah Al-Quran
Peringkat Antarabangsa bagi tahun 2011.

InsyaAllah beliau akan membaca Surah ……………. dari ayat


hingga ayat ………... Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

(Sesudah Bacaan)

SODAQALLAHUL ‘AZIM. Majlis mengucapkan terima kasih


kepada Qari Muhd Sadid Abd Latif, di atas bacaan ayat-ayat
suci al-Quran.

Hadirin Hadirat sekalian

Intisari dari bacaan ayat-ayat al-Quran:

1 Ayat ……. surah Al


………………………………………………………………………………………………………
………………………………..

…………………………..

Semoga kita memperolehi manfaat dari bacaan itu tadi

Hadirin Hadirat sekelian


5 orang pemuda : Ust md Syahid Abd Latif, (Ketua Jabatan
Dakwah Masjid assyakirin), Ust Md

Farid Yaacob , (imam Masjid Assyakirin), Ust Md Syahid Salleh,


(Pegawai Dakwah Masjid Hasanah),Qari Md Sadid Abd Latif
(Pesrta tilawah Al Quran Antara Bangsa 2009 dan 2011), dan
Md Amir Mansor (Dari Kumpulan Major 9)

Mereka berlima telah bergabung untuk menghiburkan kita


semua dengan persembahan mereka. Majlis mempersilakan…

Terima kasih semoga kita semua telah terhibur dan mendapat


sedikit sebanyak keinsafan diatas sumbangan tersebut.
…………………………………………..

_______________________________________

UCAPAN PENGERUSI EKSEKUTIF


_______________________________________

Hadirin dan hadirat yang di muliakan,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Pengerusi Eksekutif


Masjid Assyakirin, Al-Fadhil Ust Dr Suhaimi Mustar. Dengan
segala hormatnya, dipersilakan.

(Selepas Ucapan)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada


Al-Fadhil Ust Dr Suhaimi Mustar, di atas ucapan tadi.

__________________________________________________

FORUM PERDANA

Hadirin Hadirat yang sekalian,

Untuk pengetahuan sekelian, hampir setiap tahun masjid


Assyakirin mengadakan majlis gilang gemilang sebagai
kemuncak program program sepanjang tahun,

Tahun lalu , 2016 kita mengadakan Konsert Destinasi hati Yang


berlangsung Di Masjid Sultan,…Tahun sebelumnya 2015
Simposium Belia yang ke-2 dengan tema “Young & Dangerous: Fulfilling
Life Destiny” bertempat di Pusat Konvensyen Politeknik Singapura ………

2013 Forum Bicara Ummah: "Ummatan Wasata" (Umat


Pertengahan) Menurut Perspektif Syarak & Aplikasi
Amali Dalam Kehidupan Majmuk Masakini, dengan ahli
dengan ahli penal teerdiri dari

(a) Yang Berbahagia Sohibus Samahah Dr Ust Mohd Fatris


Bakaram

(b) Al-Fadhil Prof Dr. Ashraf Hashim

(c) Al-Fadhil Dr Ust Izhar Ariff


(d) Al-Fadhil Dr. Ust Firdaus Yahya Al-Hafiz esbagai
moderator………

Buat julung julung kali nya di adakan di Garden By The


Bay.

 Pada tahun 2012 pula, kami berjaya menganjurkan forum


perdana di Oditorium Shaw Tower, dgn ahli panel terdiri
daripada Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Dr Firdaus Yahya Al-
Hafiz, Dr Syed Khairudin Aljunied dan Ustaz Irwan Hadi
Shuhaimy selaku moderator dengan tajuk "ISLAM ITU
INDAH...." jika disertai dengan Iman, Ilmu, Ihsan
dan Islah.

Pada tahun 2011, alhamdulillah kami dapat teruskan acara


forum perdana di Stadium Yio Chu Kang, ahli panel terdiri
daripada Dr. Ust Firdaus Yahya Al-Hafiz, Dr Ust Izhar Ariff dan
Imam Muda Hassan sebagai moderator dengan tajuk: “Al-
Quran dihayati Tamadun Islam diteladani”

Jika kita masih ingat lagi ….

 Pada tahun 2010, kami telah mengadakan forum perdana


di di tempat yang sama ini. Di stadium Jurong west
ini.Pada ketika itu ahli panel terdiri daripada SS.Mufti Dr
Mohd Fatris Bakaram, Dr Ustaz Zahazan Mohamad dan
Ust Syed Nasir sebagai moderator dengan tajuk Konsep
Khaira Ummah: Apa Kaitannya Dengan Kita?"
Diantara yang dikupas oleh ahli panel iaitu menekankan
kepada jemaah bahawa, Islam yang kita inginkan adalah
sebagaimana yang dihayati oleh generasi awal umat
Islam. Ahli panel juga telah mengetengahkan contoh
contoh Khaira Ummah yang disepakati oleh ulama’ ulama’
kontemporari. Antaranya: Menghayati al-Quran dan al-
Sunnah dengan betul. Mudah, tidak menyulitkan dan
lembut, tidak keras. Saling mengenal, bukan membenci
dan lapang dada, bukan ta’asub. Beiijtihad, bukan
bertaklid dan menganjurkan pembaharuan, tidak beku.
Seimbang, tidak melampau dan tidak pula meringan
ringankan. Konsisten, tidak goyah. Akhir sekali secara
kesimpulan tajuk tersebut ialah Khaira Ummah diukur
melalui kekuatan iman, keluasan ilmu, kukuh jati diri dan
sedia memberi sumbangan. Khaira Ummah memplopori
dan mencorak agenda masa depan keluarga dan
masyarakat. Khaira Ummah peka terhadap kebaikkan,
kesejahteraan alam sejagat

InsyaAllah forum perdana pada malam ini akan membawa kita


kembali nostalgia 7 tahun yang lalu dengan seorang daripada
ahli penal masih kekal Bersama kita pada malam ini yang
telah bersama sama dengan kita pada forum tersebut.

Kini sampai kita ke acara kemuncak, iaitu Forum Perdana


2017.

Forum Perdana pada malam ini akan mengupas tajuk, Ummah


Berjiwa rahmah
Dengan ini saya menyerahkan majlis kepada Al-Fadhil Ust
Jamaluddin Abd Wahab, selaku moderator. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

………………………………………………………………………………………

(Selesai Forum)

Majlis mengucapkan terima kasih juga kepada Yang Berbahagia


Sohibus Samahah Ustaz Dr Zahazan Mohamed di atas bacaan
doa tadi.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih


kepada Al-Fudhala Ahli panel dan Moderator, di atas kupasan
topik forum dengan begitu terperinci. Semoga kita yang hadir
pada hari ini memperolehi manfaat dan kita sampaikan kepada
saudara-saudara kita yang lain, insyaAllah.

__________________________________________________

PENUTUP

Muslimin Muslimat yang dikasihi,

Saya, Muhammad Kamal md Yunos selaku pengacara Majlis,


mewakili Ahli Lembaga Masjid Assyakirin, Para Pegawai Masjid
serta sukarelawan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
terima kasih terutama kepada pihak penaja serta seluruh
pihak, yang menjayakan Forum Perdana 2017 anjuran Masjid
Assyakirin secara langsung atau tidak.
Majlis juga mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih
Hadirin Hadirat sekalian, yang sudi hadir Forum Perdana 2017
ini. Semoga kita beroleh manfaat, InsyaAllah.

Ucapan terima kasih tidak terhingga juga diucapkan Al-Fudhala


Ahli Panel dan Moderator Forum Perdana ini.

Semoga Allah s.w.t. membalas sebaik-baik ganjaran, amin ya


Rabbal ‘Alamin.

Wassalamualaikum Wrth Wbth.

__________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai