Anda di halaman 1dari 4

KHUTBAH KEDUA

26 April 2019 / 20 Syaaban 1440H

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Marilah kita terus mempertingkatkan ketakwaan kita kepada


Allah s.w.t. dengan melaksanakan perintahNya dan menjauhi
daripada segala tegahan dan laranganNya.

Saudaraku yang dikasihi,

Khutbah pertama sebentar tadi telah menjelaskan kepentingan


menjaga kebajikan ahli keluarga, termasuk para belia kita. Usia
belia merupakan suatu usia penting dalam kehidupan. Terdapat
pelbagai peluang yang dapat dimanfaatkan semasa usia muda.
Sama-samalah kita membantu golongan muda kita agar mereka
terpandu dalam meraih kejayaan dalam kehidupan mereka.

1
Saudaraku,

Sejak tertubuhnya Yayasan Rahmatan lil Alamin atau RLAF


pada tahun 2009, ia dikenali sebagai wadah yang
memperjuangkan nasib mangsa bencana alam dan konflik
kemanusiaan terutamanya di negara-negara jiran dan rantau
Asia umumnya.
Pada masa yang sama, untuk menanamkan ciri masyarakat
pembawa rahmah ke dalam identiti masyarakat Islam
Singapura, RLAF telah lama memulakan program pemerkasaan
belia untuk berbakti di dalam kerja-kerja kemanusiaan dan
pembangunan masyarakat susah. Hingga kini lebih dari 1.4 juta
dolar telah dibelanjakan bagi menyokong projek-projek
sedemikian di Singapura dan di beberapa negara yang
diusahakan oleh belia-belia masjid, madrasah, ITE, dan
kumpulan keusahawanan sosial. Sejauh ini, lebih dari 1,900
belia telah melibatkan diri dalam projek-projek kemanusiaan
tajaan RLAF.
Kerja-kerja kemanusiaan ini yang disokong oleh Yayasan
Rahmatan lil Alamin membolehkan golongan belia kita membuat
sumbangan yang bermakna dan positif. Menerusi projek-projek
sedemikian, kita dapat sama-sama membawa kecerian dan
harapan kepada masyarakat-masyarakat yang amat
memerlukan. Sekaligus, ia dapat melahirkan dan meluaskan
jaringan belia Muslim sebagai ejen pembawa rahmah.

2
Pada hari ini, Yayasan Rahmatan Lil Alamin dengan kerjasama
masjid-masjid seluruh Singapura mengadakan kutipan dana
melalui tabung-tabung khas yang diletakkan di masjid. Dana
terkumpul akan menyokong usaha murni Yayasan Rahmatan lil
Alamin dalam memperkasa belia-belia kita sebagai ejen
pembawa rahmah pada semua. Hulurkanlah sumbangan ikhlas
anda melalui tabung tersebut atau lelaman
rlafoundation.org.sg atau aplikasi bijak MuslimSG.

Semoga sumbangan ikhlas kita dapat membantu golongan belia


kita dalam usaha mereka menjalankan kerja-kerja kemanusiaan
yang murni ini. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

3
4

Anda mungkin juga menyukai