Anda di halaman 1dari 2

Ahad/20.5.

2018

Assalamuualaikum wr.wb.
‫ وعلى آله وصحبه ومن وااله‬، ‫ والصالة والسالم على رسول اهلل‬، ‫ والحمد هلل‬، ‫بسم اهلل‬
Muslimin dan Muslimat yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian. Bagi pihak LPM
Assyakirin dan seluruh warga kerja, kami mengalu-alukan kehadhiran jemaah sekelian di
Masjid Assyakirin ini. Kami juga ingin mengucapkan selamat melaksanakan ibadah puasa di
Bulan Ramadhan dan kami mendoakan kullu aamin wa antum bikhair, semoga anda semua
didalam kebaikan yg sepanjang tahun.

InsyaAllah malam ini merupakan malam ke 5 kita bakal mendirikan solat sunat Terawih.
Namun, sebelum itu izinkan saya membuat beberapa pengumuman mudah-mudahan kita
beroleh manfaat.

1. Untuk makluman jemaah sekalian, Solat Sunnat Tarawih pada malam ini akan
diimamkan oleh Y.Bgh. Ust Suhaimi Jamalludin , manakala Bilalnya pula ialah Sdr
Faydzully On Md Razif.Solat Sunnat Tarawih pada malam ini akan didirikan
sebanyak 20 rakaat beserta 3 rakaat Witir..

2. Lembaga Pentadbir Masjid Assyakirin mengucapkan jutaan terima kasih kepada


jemaah yang telah menderma dan menaja bagi menjayakan program² Ramadhan
1439H ini, Hanya Allah sahaja yang dapat membalas sumbangan jemaah sekalian
dengan sebaik-baik ganjaran . Amin.

3. Kami dengan segala hormat mengundang jemaah sekalian untuk berbuka puasa di
Masjid Assyakirin sepanjang bulan Ramadhan ini bertempat di besmen bagi kaum
muslimin manakala muslimah di aras 2. Bubur Ramadhan juga akan diagihkan setiap
hari selepas solat asar sepanjang Ramadhan .

4. Pendaftaran bagi tujuan menderma buat berbuka puasa,bubur ramadhan dan sahur
masih di buka.

5. Pungutan Zakat di Masjid Assyakirin telah mula beroperasi . Kaunter Dibuka dari
Jam 10 pagi hingga 7 malam setiap hari. Perhatian agar membawa wang yang
genap bagi memudahkan proses pungutan zakat dan para jemaah digalakkan untuk
menunaikan zakat seawalnya bagi mengelakkan kesesakan di saat-saat akhir bulan
Ramadan. Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah selepas jam 7 malam,
boleh lah memasukkan kedalam tabung khas Zakat Fitrah yang telah di sediakan oleh
pihak masjid

6. Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan khas untuk muslimah setiap hari
Isnin – Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tgh hari di dewan solat aras 3.
Manakala tadarus bagi Muslimin diadakan selepas solat sunat terawih dan witir.
Muslimin muslimah dipersilakan hadir.

7. Mohon kerjasama kepada semua jemaah agar merapatkan saf setiap kali mendirikan
solat jemaah. Sekian....

Anda mungkin juga menyukai