Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN BULANAN EXCO DAKWAH PENGHAYATAN ISLAM

BULAN MAC 2023

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah yang telah


memudahkan urusan exco kami . Bersempena dengan kehadiran bulan ramadhan yang mulia,
bulan dimana semua umat muslim berpuasa, kesemua pelajar asrama Umar Abdul Aziz dan
Rabiatul Adawiyah telah mula untuk menunaikan solat terawih bermula pada malam 23
haribulan Mac. Seterusnya, sahur bagi pelajar asrama telah dilaksanakan mengikut sunnah
iaitu melambatkan sahur. Sehubungan dengan itu, dewan makan asrama dibuka seawal pukul
5 pagi sehingga pukul 5.50 pagi untuk sahur.

Selain itu , kami juga telah menjalankan tadarus Al-Quran bermula pada pukul 6.10
sehingga 6.40 petang. Selepas itu, semua pelajar menengah rendah yang berada di dewan
makan akan mula mengambil makanan manakala pelajar menengah atas yang berada di surau
akan melaksanakan kulim, zikir, tazkirah dan selawat sementara menunggu azan. Setelah
mengambil makanan, akan dimulakan bacaan matsurat dan zikir di dewan makan. Di surau
pula, para pelajar akan diagihkan makanan ringan berupa kuih, air dan kurma. Alhamdulillah,
semua daripada perkara di atas berjalan dengan lancar disebabkan kerjasama yang baik yang
diberikan oleh semua pelajar muslimin.

Seterusnya , bilangan rakaat harian untuk solat terawih yang diadakan di Surau Al-
Khalili adalah 8 rakaat dan 3 rakaat solat witir. Namun begitu pada hari jumaat dan sabtu,
solat terawih akan dikerjakan sebanyak 20 rakaat dan 1 rakaat solat witir. Solat terawih
biasanya akan diimamkan oleh pelajar muslimin yang telah dipilih oleh exco kami dan telah
dimasukkan namanya ke dalam jadual imam. Akan tetapi, sekiranya ada di antara mana-mana
ustaz yang hadir ingin menjadi imam, semua pelajar asrama akan diimamkan oleh ustaz
tersebut.

Setelah itu, akan diadakan bacaan Al-Mulk beramai-ramai. Selepas tamat, salah
seorang pelajar muslimin yang terpilih akan menyampaikan tazkirah diikuti dengan salam
jamaie diantara semua pelajar muslimin dan muslimat. Syukur terhadap-Nya , program kami
berjalan dengan baik kerana mendapat sokongan daripada pelajar asrama.

Akhir kalam , saya daripada Exco Dakwah Penghayatan Islam ingin memohon ampun
dan maaf seandainya terdapat sebarang kekhilafan atau kesalahan sepanjang kami
menjalankan tugas kami di Asrama Umar Abdul Aziz.
Disediakan oleh ,

_______________________

( MUHAMMAD AMINNURASYID BIN MUHD MUAZZIN )

Ketua Exco Dakwah Penghayatan Islam

Asrama Umar Abdul Aziz

SAMT Sultan Hisamuddin SKK

Anda mungkin juga menyukai