Anda di halaman 1dari 11

17/11/2012

Sabtu, 17 Nov 2012

Agama: Jangan Terlalu Pantas Menghukum Orang. Langit Ilahi


| 3 Muharram 1434H | 28 Pembaca Online | Salam, guest! Login or Register
Search here ...

Lakukanlah sesuatu untuk menambah NILAI kehidupan & menyelesaikan MASALAH ramai orang & bukan menginginkan pujian sanjungan ramai orang. ~ Khalid Al-Walid ~

Q&A

FORUM

PODCAST

STORE

IKLANEKA

REWARDS

ARKIB

HUBUNGI

AHLI

You Are Here: Home Agama Agama: Jangan Terlalu Pantas Menghukum Orang.

Umum : Awal Hijrah dan Kesedaran Keba

About The Author


Hilal Asyraf
Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak. Lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf di alam penulisan. Lahir pada 16 Januari 1989. Pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor. Kemudian di Ma'had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah(MATRI), Perlis. Berkelulusan B.A(hons) dalam bidang Usuluddin, Yarmouk University. Telah menghasilkan beberapa buah Novel seperti Novel VT, Novel Hero, Novel Takdir dan lain-lain, juga beberapa buah buku Motivasi yang terkenal dengan siri Buku Motivasi Langit Ilahi. Telah berkahwin dan kini aktif menerima jemputan program dan mengendalikan bengkel. Number of Entries : 361

Agama: Jangan Terlalu Pantas Menghukum Orang.


Posted by: Hilal Asyraf Posted date: September 28, 2012 In: Agama | comment : 22

langitilahi.com/10112

1/11

17/11/2012

Agama: Jangan Terlalu Pantas Menghukum Orang. Langit Ilahi

Baru-baru ini terjadi satu peristiwa di mana seorang yang dikatakan mempunyai gelaran ustaz telah mengisytiharkan bahawa Ustaz Zahazan murtad kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina Rasulullah SAW di sebuah majalah. Pantas sungguh ustaz tersebut mengisytiharkan sesuatu yang sangat berat ke atas saudara seislamnya. Ini sekaligus menimbulkan fitnah, persepsi buruk masyarakat terhadap Ustaz Zahazan dalam keadaan yang pantas. Mula ada suara-suara seperti: Ish, tak sangka Ustaz Zahazan macam itu. Hem, Ustaz Zahazan ini sesat rupanya. Dan tak kurang juga mereka yang ikut melaknat, mengeji Ustaz Zahazan. Semuanya bermula dengan pengisytiharan ustaz tersebut terhadap artikel yang ditulis oleh Ustaz Zahzan. Mereka ini tanpa merujuk kepada Ustaz Zahazan mengapa menulis sedemikian rupa?, betul ke enta tulis sedemikian? dan pertanyaan-pertanyaan memohon kepastian. Terus sahaja diselar, mengisytiharkan Ustaz Zahazan murtad pada khalayak ramai. Akhirnya, editor telah membuat permohonan maaf menyatakan wujud ralat pada pihak mereka, yakni pada artikel Ustaz Zahazan, ada perkataan yang tertinggal lantas membuatkan makna artikel itu berubah sama sekali hingga kelihatan seperti menghina Rasulullah SAW. Atas isu ini, suka saya membawakan perihal menghukum orang. Asas pendapat saya adalah Jangan terlalu pantas menghukum orang.

langitilahi.com/10112

2/11

17/11/2012

Agama: Jangan Terlalu Pantas Menghukum Orang. Langit Ilahi

Pesan Guru Saya, Dr Ala Hilat. Di dalam menjatuhkan sesuatu status ke atas seseorang, saya akan sentiasa teringat kepada pesanan guru Aqidah saya di Yarmouk University, Jordan. Beliau bernama Dr Ala Hilat, dan jika diteliti buku-buku tulisan saya seperti LangitIlahi3: Fanzuru, Maka Lihatlah, atau Buku Motivasi Batu-Bata Kehidupan, nama beliau sering saya sebut. Beliau pernah berpesan kepada saya dan rakan-rakan sekelas: Jangan mudah kamu mengkafirkan orang. Walaupun kamu nampak dia(rakan seislam kamu) sujud kepada pokok. Tanyalah terlebih dahulu. Jika dia tidak tahu(yakni jahil), maka beritahulah kepada dia bahawa apa yang dia lakukan itu adalah perbuatan orang-orang yang tidak beriman. Lebih kurang begitu mafhum pesanannya kepada kami. Ya. Itu di dalam kes orang sujud kepada pokok. Sampai keadaan sedemikian sekalipun, guru saya melarang kami untuk pantas mengkafirkan orang. Menuduh orang. Mengatakan itu ini kepada orang. Tetapi kami diajar untuk mendekati orang itu, bertanya akan permasalahannya, dan mungkin dia melakukan itu atas kejahilannya, maka menjadi tanggungjawab kita untuk membantunya mengetahui apa kebenaran yang sebenarnya. Begitulah pesanan guru saya.

Berusaha Untuk Tidak Mengkafirkan. Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengeluarkan pandangan yang agak radikal di dalam isu hudud, hingga beliau menyebut Hudud adalah rekaan ahli fiqah. Ramai yang marah dengan statement ini, lantas mengkafirkan Tun. Saya yang ketika itu turut tidak senang dengan statement Tun, tetap beringat dengan pesanan guru saya tadi, lantas tidak menyertai kumpulan yang mengkafirkan beliau, tetapi berusaha memberikan pencerahan hingga terjadi diskusi antara saya dan beliau. Tidak lama kemudian, Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah datang memenuhi jemputan program di Jordan. Saya mengambil kesempatan bertemu dengan beliau. Walaupun saya tidak mengkafirkan Tun Dr Mahathir, namun saya menyatakan kepada Dr Asri bahawa saya kurang berkenan dengan sikap beberapa orang yang cuba mentafsirkan kata-kata Tun itu dengan tafsiran seakan-akan Tun bukan nak kata Hudud itu rekaan ahli Fiqah. Dr Asri berkata kepada saya ketika itu: Mengkafirkan orang ini berat. Jadi, selagi mana kita boleh tafsirkan kata-kata itu pada sesuatu yang bukan mengkafirkan dia, kita memang wajib tafsirkan. Kita nak ajak lagi ramai orang

langitilahi.com/10112

3/11

17/11/2012

Agama: Jangan Terlalu Pantas Menghukum Orang. Langit Ilahi

masuk syurga, maka tak logik kita sibuk nak kafir-kafirkan orang. Jadi di situ saya semakin kuat merasakan bahawa, bukanlah sikap seorang daie, yakni penyeru di atas jalan Allah SWT, sekiranya kita pantas mengkafirkan orang. Lantas saya teringat dengan kisah Abbas As-Sisy yang menangis melihat kerosakan masyarakat, dan kemudian Hassan AlBanna berkata kepada Abbas As-Sisy: Ketika ini barulah engkau mengerti makna dakwah. Ya, dakwah itu ditolak oleh rasa kasih sayang kita kepada masyarakat, rasa ingin memperbaiki masyarakat. Maka bagaimana kita boleh pantas mengkafir-kafirkan orang? Ini juga mengingatkan saya akan Sirah Rasulullah SAW akan ketika datangnya seorang lelaki yang ingin dirinya dihukum kerana telah berzina, Rasulullah SAW lantas memalingkan wajah, dan baginda menimbulkan banyak soalan kepada lelaki itu. Seboleh-bolehnya, Rasulullah SAW tidak mahu menjatuhkan hukuman. Justeru, Rasulullah SAW sendiri bukan seorang yang menyegerakan hukuman. Di dalam hadith yang lain, apabila seorang perempuan pergi kepada Rasulullah SAW untuk mendapatkan hukuman kerana dia mengaku dia telah berzina, Rasulullah SAW bahkan memberikan perempuan itu masa untuk melahirkan anak di dalam kandungannya dahulu, kemudian menyusukannya hingga anak itu boleh makan makanan selain susu ibu, dan itupun perempuan itu yang pergi kepada Rasulullah SAW untuk mendapatkan hukumannya, barulah Rasulullah SAW menjatuhkan hukuman ke atasnya. Jadi selagi mana kita masih boleh memberikan alasan, boleh kita tafsirkan ayat itu sebagai bukan ayat yang mengkafirkan diri, maka kita perlu melakukannya. Daie tidak akan pantas menjatuhkan hukuman, melabel orang dan sebagainya. Apatah lagi, apabila kita mula mengkafirkan orang, fitnah akan tercetus, dan ramai yang akan mula mengkafirkan orang yang kita kafirkan. Biarlah tersalah maaf, jangan kita tersalah hukum. Buruk padahnya.

Bila Tercetus Fitnah. Bukan mudah hidup dengan nama yang buruk. Sebagai contoh, jika kita tidak mencuri, tetapi tiba-tiba dituduh mencuri, masyarakat akan mula memandang kita seakan-akan kita benarbenar pencuri. Kita akan disisihkan, dikeji, dihina. Kemungkinan rakan sekeliling yang baik dengan kita, akan meninggalkan kita. Orang-orang yang percaya kepada kita, akan mula meragui kita. Ini juga akan memberikan impak negatif kepada pelajaran, pekerjaan, sekaligus kehidupan kita. Dapat kita lihat dalam arena saham, jika ada spekulasi, dan belum tentu pun perkara itu benar, tetapi hanya dengan kewujudan spekulasi, saham boleh jatuh. Kerana pelabur mula meragui dan tidak ingin menceburkan diri memberikan pelaburan. Apabila kita mula mencetuskan sesuatu label yang buruk kepada seseorang, hakikatnya kita telah mula menghancurkan kehidupan seseorang itu. Pekerjaannya, hubungannya dengan rakan-rakan, dan sekiranya dia mempunyai pengikut yang selama ini menjadikan dia sebagai contoh tauladan, kita telah meletakkan rasa sangsi dan ragu kepada jiwa pengikutpengikutnya, lantas membantutkan kerja-kerjanya. Bahkan kita mungkin boleh membawa kepada dia dicederakan, sekiranya ada yang pergi menyerangnya kerana tidak puas hati, atas dasar penyerang itu percaya dengan apa yang kita tuduh terhadap dia. Ya. Itu semua boleh berlaku. Kerana itu, mencetuskan fitnah adalah dosa yang sangat besar.

Al-Quran dan As-Sunnah Telah Memberikan Petunjuk. Allah SWT telah mendidik orang-orang yang beriman agar kita memeriksa terlebih dahulu berita yang datang kepada kita. Bukan terus mempercayai. Penyelidikan adalah wajib hakikatnya, agar kita tidak tersalah menjatuhkan hukum kepada orang yang tidak sepatutnya. Wahai orang- orang yang berim an! Jika datang kepada kam u seorang fasik m em bawa sesuatu berita, m aka selidikilah (untuk m enentukan) kebenarannya, supaya kam u tidak m enim pakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kam u (m engenainya) sehingga m enjadikan kam u m enyesali apa yang kam u telah lakukan. Surah Al-Hujurat ayat 6. Jelas-jelas Allah SWT telah memberikan pesanan ini kepada kita. Bahkan dispesifikkan lagi seruan ini khas buat orang-orang yang beriman kepada Allah SWT. Kerana implikasi fitnah

langitilahi.com/10112

4/11

17/11/2012

Agama: Jangan Terlalu Pantas Menghukum Orang. Langit Ilahi

adalah besar terhadap kehidupan dan kesatuan kehidupan mukmin. Kita sendiri amat makruf dengan fitnah yang pernah menimpa ahlu bait Rasulullah SAW, di kala Aisyah RH difitnah curang dengan Safwan ketika pulang dari Peperangan Bani Mustaliq. Hingga wahyu sendiri terhenti, untuk menguji keimanan orang-orang yang beriman ketika itu. Hatta Rasulullah SAW sendiri menjadi resah. Hinggalah Allah SWT sendiri membela Aisyah RH. Jelas, pantas menjatuhkan hukum bukan dari petunjuk Rasul SAW.

Dahulukan Sangka Baik. Allah SWT telah berfirman: Dan orang- orang yang m engganggu serta m enyakiti orang- orang lelaki yang berim an dan orang- orang perem puan yang berim an dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, m aka sesungguhnya m ereka telah m em ikul kesalahan m enuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang am at nyata. Al-Ahzab ayat 58 Allah SWT berfirman lagi: Wahai orang- orang yang berim an! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kam u tidak m enyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kam u m engintip atau m encari- cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kam u m engum pat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kam u suka m em akan daging saudaranya Yang telah m ati? (jika dem ikian keadaan m engum pat) m aka sudah tentu kam u jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan- larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kam u kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerim a taubat, lagi Maha Mengasihani. Surah Al-Hujurat ayat 12. Jelas sangka buruk, menuduh-nuduh, bukan dari didikan Islam terhadap ummatnya. Justeru, hendaklah kita ada sikap tabayyun, yakni ingin mendapatkan penjelasan. Pergi bertanya terlebih dahulu, sebelum membuat tuduhan. Lebih-lebih lagi di era dunia kaya dengan penulisan hari ini. Typo error adalah perkara biasa berlaku. Tertinggal perkataan adalah biasa terjadi. Silap interprestasi atas apa yang dibaca, didengari dan dilihat juga berlambak-lambak. Justeru, mengapa terlalu pantas mengisytiharkan seseorang itu begitu dan begini hanya dengan membaca apa yang tertulis di media? Justeru mendahulukan sangka baik adalah pertahanan yang baik. Apatah lagi apabila seseorang itu kita kenal sebagai seorang yang baik selama ini. Kenyataankenyataannya sebelum ini tidak pernah menyimpang dari aqidah yang sejahtera, dan tidak pernah pula mengajak kita melakukan perkara-perkara yang mungkar dan mengajak kita menjadi hambaNya yang ingkar. Jadi mengapa mudahnya kita menghukum seseorang yang sedemikian, dari satu perkara yang kita rasakan silap?

Penutup: Jauhilah Pantas Dalam Menghukum, Jauhilah Orang Yang Pantas Menjatuhkan Hukum. Saya kekal berpendapat bahawa antara ciri daie adalah tidak pantas menghukum. Sokongan saya akan pendapat ini adalah hadith Rasulullah SAW yang mengisahkan bangun seorang lelaki yang tiba-tiba menyatakan kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, takutlah kamu kepada Allah! Jelas dia merasakan Rasulullah SAW punya rasa tidak takut kepada Allah, dan itu adalah satu fitnah. Maka Rasulullah SAW pun menjawab: Bukankah aku(sebagai Rasulullah) adalah orang yang paling takutkan Allah? Bila lelaki itu beredar, Khalid Al-Walid bangun dan berkata: Bolehkah aku memenggal kepalanya? Masakan mungkin, dia masih melaksanakan solat. Rasulullah SAW menghalang. Khalid tidak berpuas hati, lantas berkata: Berapa ramai orang yang mengerjakan solat namun lidahnya tidak bersama dengan hatinya(merujuk kepada orang munafiq). Rasulullah SAW lantas menjawab: Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia, dan mengorek perut mereka. Kisah ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

langitilahi.com/10112

5/11

17/11/2012

Agama: Jangan Terlalu Pantas Menghukum Orang. Langit Ilahi

Ya, itu Rasulullah SAW. Itu qudwah kita. Jadi bagaimana seorang mukmin itu boleh jadi antara cirinya adalah cepat menjatuhkan hukum?

Didiklah diri kita memeriksa terlebih dahulu. Didik diri kita untuk bertanya kepada yang tertuduh. Kerana itu, di dalam Islam, wujudnya mahkamah, tempat untuk yang tertuduh diberi peluang membela dirinya. Kerana itu, di dalam Islam, sesiapa sahaja yang menuduh seseorang itu berzina, tanpa membawa saksi, disebat 80 kali. Dan orang- orang yang m elem parkan tuduhan (zina) kepada perem puan yang terpelihara kehorm atannya, kem udian m ereka tidak m em bawakan em pat orang saksi, m aka sebatlah m ereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kam u m enerim a persaksian m ereka itu selam a- lam anya; kerana m ereka adalah orang- orang yang fasik. Kecuali orang- orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta m em perbaiki am alannya, m aka sesungguhnya Allah Maha Pengam pun, lagi Maha Mengasihani. Surah An-Nur ayat 3-4. Justeru, tinggalkanlah orang yang pantas dalam menghukum orang lain, mengkafirkan orang, menerekakan orang, menuduh orang telah murtad dan sebagainya. Agar kita tidak terpengaruh dengan mereka. Mari sama-sama muhasabah diri. Kadangkala, dalam menuduh orang lain, pantas sahaja kita. Dalam melihat keadaan diri kita sendiri, kita lambat-lambatkannya.

33
Tw eet

28

1.5k
Like

Previous

Next

Related posts

Agama: Muslim BercitaCita Meninggalkan Perkara Yang Sia-Sia

Agama: Perubahan Demi Generasi Hadapan

Agama: Roh Pengorbanan Dalam Jiwa Insan

Agama: Pastikan Korban Bersyariat

Comments (22)
Kamal Hafiz
September 28, 2012 at 3:06 am Bagus akhi.. Respon yang pantas! ^^ patutla senyap sebentar.. Nta menulis ni rupanya.. Reply

Muhammad
September 28, 2012 at 4:01 am Assalamualaikum saudara.. Bagaimana pula pendapat saudara tentang pendapat yg mengatakan ibu bapa RasuluLlah s.a.w adalah kafir dan masuk neraka? Adakah ini khilaf? Reply

mustafa
langitilahi.com/10112 6/11

17/11/2012

Agama: Jangan Terlalu Pantas Menghukum Orang. Langit Ilahi


September 28, 2012 at 5:14 am DALAM KES SYIAH PULA..APA PANDANGAN SAUDARA.. BOLEHLAH KITA MENGHUKUM MEREKA SI ANU2 SEBAGAI SESAT DAN TERKELUAR DARI ISLAM.. YANG JELAS MENGHINA SAHABAT2 RASULULLAH.. SEBAB KITA BIMBANG.. JIKA TIDAK DIBENDUNG DARI AWAL.. PENGARUH MEREKA AKAN MEMBARAH DALAM MASYARAKAT.. Kita tidak mahu terlalu mengambil sambil lewa keadaan ini. Dikatakan 20 ribu penganut syiah di malaysia. Reply

putery
September 28, 2012 at 6:06 am Assalam.sy xsebelah mana2 pihakcuma nyadalam pembetulan tu dikatakan tertinggal satu perkataan iaitu masyarakatnya. maka sepatutnya ayat yang nak ditaip tu jadi macam ni Nabi Muhammad s.a.w sebelum menerima wahyu, masyarakatnya hidup dalam keadaan tidak beragama tetapi menerima hidayah pada usia 40 tahun. Xde connection langsung dalam ayat tersebut.. Reply

Kanzaki Katy
September 28, 2012 at 7:09 am Berguna! Reply

maya osman
September 28, 2012 at 7:58 am kalau yg prnah mngalami bgaimana peritnya dhukum tnpa disoal priksa..dia akn thubgtulah skitnya aq rsa bla dftnah sseorg yg sdah aq anggap sperti sahabat sndiri..sakitnya xdpat dgmbarkn dngan kata2dan pcyalah klembutan blum tn2 mnjdi pnawar tp mmpu mnjdi rcun pling brbisatrlalu pntas aq dhukum,tnpa smpat dan tnpa aq dbri pluang untk mmbuat pnjelasan dan mmbela dirithankz akhi Hilal,artikel nie bleh sy jdkn kkuatan untk truskn lgkah syinsyaallah tnpa mnyimpan dndam Reply

ibn najib
September 28, 2012 at 8:00 am abu syafiq ni jahil, penyesat ummat Islam Malaysia, mengajar akhlak buruk pada kanak-kanak Reply

Ahmad Firdaus
September 28, 2012 at 9:23 am Rasulullah SAW memang tidak menganut apa-apa agama sebelum kedatangan wahyu, Baginda SAW sering berkhalawt sendirian di Gua Hiraq dikala masyarakat pada masa itu menyembah patung-patung menurut ajaran nenek moyang mereka. Tidak terjumpa pula saya riwayat atau kisah Baginda SAW mengamalkan ajaran yang diturunkan kepada Nabi Isa A.S. Jadi, adakah Ustaz Zahazan tersilap? Kalau ada pendapat sahih dan muktabar, abaikan pendapat saya. Reply

langitilahi.com/10112

7/11

17/11/2012

Agama: Jangan Terlalu Pantas Menghukum Orang. Langit Ilahi

Nabieyl
September 28, 2012 at 9:44 am perkongsian yg berguna Reply

abc
September 28, 2012 at 12:14 pm thx 4 share Reply

soutulmujahid.com
September 28, 2012 at 1:03 pm sokong artikel ni. tapi, kenapa perlu hitamkan nama org yg mengkafirkan Ust Zahazan? rata2 tau dah yg menyebarkan fitnah tu adalah makhluk yg bernama Abu Syafiq. Dasar Ahbash memang suka menyebarkan fitnah, mengkafir, dan menyesatkan org lain. Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qayyim pun disesatkan, apa lagi Ust Zahazan!!! Reply

rozi
September 28, 2012 at 3:14 pm nauzubillahi min zaliq. Reply

minnsyah
September 28, 2012 at 8:27 pm berguna, ^^ Reply

Roslee
September 29, 2012 at 1:26 am Macamana pulak dgn artikel dlm dua blog ni yg bertarikh 12 Mei 2009 dan 12 Disember 2009 jauh lebih awal daripada penerbitan artikel tu dlm majalah MIDI yg bertarikh 15 September 2012? http://amiratulnadiahhasan.wordpress.com/2009/05/12/post-33-life-begins-at40/ http://mancocaine.blogspot.com/2009/12/umur-40-tahun.html Reply

Mazlisan
September 29, 2012 at 6:03 pm Apa-apapun, dua perkara sahaja ingin komen: (1) u Zahazan MESTI perjelaskan aqidahnya yang sebenar tentang agama Baginda Rasulullah SAW sebelum menerima wahyu. Jika dia benar, kenapa susah sangat untuk ditulis diblognya tentang perkara ini. Jika dia benar, kenapa perlu dirumitkan perkara ini. Nyatakan sahaja apa pegangannya itu, dan berlepas tangan daripada majalah itu kan senang !!! (2) Kenyataan yang sudah diperbetulkan juga itupun tidak benar dengan apa yang terkandung dalam al-Quran. Dalam alQuran banyak menceritakan agama-agama masyarakat Jahiliyyah. Jadi, dimana kebenaran dakwaan mengatakan masyarakat sebelum wahyu adalah masyarakat dalam keadaan tidak beragama ??? Kemana lagi mahu menyorok ???

langitilahi.com/10112

8/11

17/11/2012
Reply

Agama: Jangan Terlalu Pantas Menghukum Orang. Langit Ilahi

rauna
September 30, 2012 at 1:39 am Manusia, memang begitu. Pantas sekali menghukum. Pucuk pangkal belum tahu penamatnya pula ditoko tambah mengikut selera. Reply

Nadhirah DM
September 30, 2012 at 9:07 am Takde salahnya nama insan tersebut dihitamkan. Kita tak mahu sebarkan aib orang lain pada dunia. Walaupun kebanyakan dah tahu, masih ada juga yang tak tahu. Sedangkan aib sendiri dilarang dari dihebahkan, apatah lagi aib manusia lain. Maaf, perkongsian pendapat saja Reply

Zulnasri
October 3, 2012 at 4:58 am Kalau sekadar belajar Fiqh tapi tak belajar usuluddin, mungkin tuan2 akan turut sama mengkafirkan ustaz Zahazan. Belajarlah Muqaranah Al-Adyan subjek dalam usuluddin, dan tuan2 akan sedar kenyataan tersebut tidak silap. masyarakat mmg tidak beragama pada masa itu dan masyarakat jahiliyah majoriti hanya menyembah berhala tanpa beragama. tafsiran agama perlu difahami dalam konteks. dan tidak salah menyatakan Rasulullah S.A.W. pada masa itu tidak beragama, kerana Baginda tidak menganut agama Yahudi, Nasrani atau mana-mana ajaran Nabi2 sebelum itu. Rasulullah hanya beruzlah daripada masyarakatnya dan mencari Allah melalui khalwah di Gua Hira. Abu Syafiq terlampau cintakan nabi sehingga membuat kenyataan melulu tanpa kajian dan tanpa meneliti khilaf dalam sirah. Ini namanya cinta dengan emosi, bukan dengan ilmu. Tak ada beza beliau dengan Wahhabi Tegar. Wallahualam. Reply

nur
October 3, 2012 at 3:10 pm Assalamualaikum..alhamdulillah jazakallah ya akhi.perkongsian yang sangat2 berguna bagi ana sangat2 membuka minda dan fikiran ana bahawa sebagai seorang daie, kita tak seharusnya begitu mudah untuk menghukum seseorang tapi mendekati dan menyelidiki terlebih dahulu InsyaAllah semoga Allah sentiasa merahmati kita. Reply

durratun nasihah
October 10, 2012 at 12:20 am insyaAllah..ustz zahazan bukan antra org2 yg sesat aqidahnya..ustz bh kan seorg yg fhm al-quran..sllu dgr beliau di IKIM fm..semoga Allah melindungi ustaz zahazan & org2 yg beriman.. Reply

Hafizah Zainuddin
October 24, 2012 at 1:19 pm shukran

langitilahi.com/10112

9/11

17/11/2012
Reply

Agama: Jangan Terlalu Pantas Menghukum Orang. Langit Ilahi

my
November 17, 2012 at 7:52 am ya saya berpendapat seperti putery.bila ayat itu ditambah masyarakatayat itu telah tidak ada connection langsung. tidak seperti ayat asal.disebabkan desakan beberapa pihak maka pihak editor majalah membuat pembetulan.tapi pembetulan yang dibuat bila dibaca kembali ayatnya menjadi sangat janggal.Ini mungkin sememangnya ayat yg dimaksudkan adalah seperti ayat asal.wallahulam.bersangka baik boleh tapi kena guna akal juga menilai seseorang. Setiap kita kena berhati2 dengan penceramah2 atau ustaz2 samada yg ada dialam maya atau pun yg selalu keluar TV.tak semestinya yg selalu keluar radio dan TV itu betul dan yg tak keluar TV itu salah.Berdoalah selalu agar kita diberi imam yang soleh iaitu yang boleh membawa kita ke jalan yg lurus iaitu ilmu daripada ulama2 yang mempelajari secara terus dengan ulama2 yg terdahulu yg mana mereka pula belajar dari keturunan2 sahabat2 nabi dan keluarga nabi saw.Mohon doa juga kita dijauhi dari fitnah dunia yakni fitnah agama kita.Berdoalah pada Allah insyaAllah Allah akan bawa kita kepada guru yang betul. Diakhirat nanti kita akan dihimpunkan bersama orang2 yang kita belajar dari mereka.kalau salah guru kita ,maka kita akan dihimpunkan bersama orang yang salah.org yang salah tidak akan membawa kita ke syurga.mereka tidak mampu memberi manafaat kdp kita di akhirat nanti.jadi berhati2 lah dalam menempuh dunia akhir zaman yg penuh dgn fitnah ini. Reply

Leave a Comment
Name* Email* Website

Submit Comment

MOST POPULAR
Umum: Jawapan Hilal Asyraf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Umum: Tatu Allah&Rasulullah, dan Girls Generation.

RECENT
Umum : Awal Hijrah dan Kesedaran Kebangkitan

ALL CATEGORIES
Agama English Himmah Berita Fotografi Karya

KARYA ANDA!
Anda suka menulis? Emailkan hasil karya anda kepada kami. editor@langitilahi.com

Umum: Perutusan Awal Muharram 1434H oleh Pengasas LangitIlahi.Com

Karya Pembaca Kehidupan Komik Motivasi

langitilahi.com/10112

10/11

17/11/2012
Permulaan: Titik baru.

Agama: Jangan Terlalu Pantas Menghukum Orang. Langit Ilahi


Kehidupan: Semuanya Bermula Dengan Masalah Iman. Motivasi: Rasa berdosa yang tidak sepatutnya. [Komik] Demi Masa Muat Turun Poster Teknologi Pemuda Sisters

NEWSLETTER
Your Name

Your Email

Subscribe

Copyright 2012 LangitIlahi.com. All rights reserved. LangitIlahi.com (LI) are registered trademark of LangitIman Resource

langitilahi.com/10112

11/11

Anda mungkin juga menyukai