Anda di halaman 1dari 3

B4D11E1 Nilai : Kepercayaan Kepada Tuhan CATATAN ANEKDOT PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3 NAMA : __________________________________ KELAS : _____________________

Band 4
TARIKH MASA BUTIRAN : 12.3.2012 : 9.00 pagi : Pada tarikh 12.3.2012, murid ini telah mengikuti sambutan perayaan Tahun Baru Cina di dewan SK Convent. Didapati murid ini tidak membuat bising sepanjang acara berlangsung,, duduk dalam keadaan tertib, memberi tumpuan semasa acara dijalankan dan menghormati majlis sambutan perayaan tersebut tanpa perlu disuruh oleh guru.

Disahkan oleh : .............................................. (PN DEVI A/P MUTHUSAMY) Guru Pendidikan Moral Tahun 3

B6D7E1 Nilai : Baik Hati


CATATAN ANEKDOT PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3 NAMA : __________________________________ KELAS : _____________________

Band 6
TARIKH MASA BUTIRAN : 15.3.2012 : 11.30 pagi : Pada tarikh 15.3.2012, murid ini telah menunjukkan sikap baik hati dengan membantu rakannya yang sakit di kelas 3 Bestari. Seorang rakannya telah termuntah di dalam kelas dan murid ini telah mengajak seorang rakannya yang lain untuk membantu membersihkan baju rakannya yang terkena muntah. Kemudian, murid ini telah melaporkan kejadian tersebut kepada guru bertugas dan sikap baik hatinya ini dapat dicontohi oleh rakan-rakannya.

Disahkan oleh : .............................................. (PN. DEVI A/P MUTHUSAMY) Guru Pendidikan Moral Tahun 3

B5D13E1 Nilai : Bertanggungjawab


CATATAN ANEKDOT PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3 NAMA : __________________________________ KELAS : _____________________

Band 5
TARIKH MASA BUTIRAN : 28.2.2012 : 10.30 pagi : Pada tarikh 28.2.2012, murid ini telah bertugas di dalam kelas 3 Harapan. Murid ini telah menyapu sampah di merata-rata tempat dalam kelas tersebut. Dia memerhatikan keadaan dalam kelas tersebut dan mendapati meja dan kerusi tidak tersusun dan sampah banyak terdapat di dalam bakul sampah. Tiba-tiba dia berhenti menyapu dan berjalan menuju ke arah papan kenyataan untuk melihat jadual bertugas. Selepas itu, dia memanggil beberapa rakannya yang lain untuk bertugas seperti membuang sampah dan menyusun meja. Semasa mereka menjalankan tugas, murid ini mengarahkan rakannya untuk mencari sebatang penyapu yang lain untuk membantunya. Selepas selesai membersihkan kelas, murid ini dan rakan-rakannya tersenyum melihat kelas mereka yang bersih dan secara tidak langsung beliau berjaya memupuk sikap bertanggungjawab di kalangan rakan-rakannya.

Disahkan oleh : .............................................. ( MAYZAH BT HASSAN ) Guru Pendidikan Moral Tahun 3

B3D9E1

Nilai : Hemah Tinggi


CATATAN ANEKDOT PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3 NAMA : __________________________________ KELAS : _____________________

Band 3
TARIKH MASA BUTIRAN : 7.2.2012 : 9.30 pagi : Pada tarikh 7.2.2012,murid ini telah mengikuti kelas PdP Pendidikan Moral di Kelas 3 Kreatif. Selepas tamat kelas, murid ini telah mengucapkan terima kasih dan berjabat tangan dengan guru sebelum masuk ke kelas masing-masing. Murid ini telah mengamalkan sikap berhemah tinggi.

Disahkan oleh : .............................................. ( MAYZAH BT HASSAN ) Guru Pendidikan Moral Tahun 3

B4D8E1 Nilai : Berterima Kasih


CATATAN ANEKDOT PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3 NAMA : __________________________________ KELAS : _____________________

Band 4
TARIKH MASA BUTIRAN : 25.2.2012 : 10.30 pagi : Pada tarikh 25.2.2012,murid ini telah mengikuti program keceriaan sekolah. Mereka diberi tugas untuk membuat mural di dinding bersebelahan bilik operasi sukan. Murid ini telah melukis bersama-sama rakannya dan mewarnakannya. Selepas tugasan tersebut selesai, guru bertanyakan perasaan mereka. Murid ini telah menyatakan dia sangat gembira kerana tidak pernah melakukan aktiviti ini dan beliau juga berharap guru akan melakukan aktiviti tersebut di masa akan datang.

Disahkan oleh : .............................................. ( MAYZAH BT HASSAN ) Guru Pendidikan Moral Tahun 3

Anda mungkin juga menyukai