Anda di halaman 1dari 12

Aktiviti kokurikulum dalam membina perkembangan kognitif dan bahasa pelajar berdasarkan kepasa kebolehan individu.

Saya Sasikala A/P Elangovan telah menjalankan Program Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) bagi semester pertama. Saya menjalankan Program ini secara individu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Semenyih Selangor. Sekolah ini telah ditubuhkan padsa tahun 1948 dan diterajui oleh Encik Ratanasami yang berkhidmat sebagai Guru Besar pertama sekolah ini. Seterusnya pentadbiran sekolah diteruskan oleh guru besar- guru besar yang lain dan sekaran en. Thanaseelan adalah guru besar kepada sekolah ini. Pengurusan sekolah yang sangat sistematik menunjukkan bahawa sekolah ini amat peka dengan peranannya dalam merealisasikan segala hasrat negara terutamanya FPK berhubung dengan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan di sekolah ini.

Semasa menjalankan Program Pengalaman Beasaskan Sekolah ini saya telah membuat pemerhatian dan kaji selidik untuk mengatahui program dan aktiviti yang dijalankan di sekolah ini. Menurt kajian saya pelbagai aktiviti telah dijalan kan di sekolah ini. Dari segi kurikulum, ko kurikulum dan lain-lain lagi. Pertama sekali mari kita lihat program yang dijalankan di sekolah ini dan macam mana program itu membantu perkembangan kanak- kanak dari segi kognitif dan fizakal.

Sehubungan dengan itu, mari kita lihat Program kurikulum dahulu. Program dan aktiviti kurikulum ini bertujuan membina perkembangan kognitif dan bahasa pelajar berdasarkan kebolehan inividu tersebut. Antara aktiviti kurikulum yang dilaksanakan untuk membina perkembangan kognitif dan bahasa pelajar SJK(T) Ladang Semenyih ialah pertandingan membaca pantas dan pertandingan bercerita. Dengan menyertai Program ini murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan pantas. Dengan memberi peluang kepada murid dengan

membaca bahan bacaan seperti majalah-majalah yang diterbit oleh sekolah seperti Didiku, Kuil, English Garden dan Kumutham pelajar dapat meningkatkan lagi tahap membaca mereka. Pertandingan ini bertujuan untuk membolehkan murid membaca dengan kuat, memahami maklumat, menaakul dan menghayati teks.

Seterusnya, Program khas Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis(KIA2M) juga telah dijalankan di sekolah ini untuk membantu pelajar-pelajar tahun satu yang masih lemah dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Program ini telah diperkenalkan bermula pada tahun 2006. Dalam konteks pelaksanaan KIA2M di SKKMB, kemahiran asas yang disenaraikan adalah kemahiran teras dan kemahiran lanjutan. Kemahiran teras terdiri daripada kemahiran mengenal, membaca, dan menulis huruf A hingga Z manakala kemahiran lanjutan membekalkan satu kelas KIA2M murid yang dengan disediakan kemahiran dan guru asas yang

tambahan. Terdapat

berpengalaman diterapkan supaya murid-murid lemah ini dapat dibantu dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bersesuaian dengan tahap kemampuan mereka.

Selain itu, Program seterusnya Pelaksanaan Program Pemulihan Khas dan Intervensi (P1NCH) diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Semenyih. Ini bertujuan untuk mencapai sasaran sifar Literasi dan Numerasi (3M) dengan mengenalpasti dan membantu murid-murid yang gagal menguasai kemahiran asas tersebut. Dalam meningkatkan prestasi kecemerlangan murid dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah, pelbagai aktiviti yang disediakan di sekolah seperti Minggu Bahasa, English Days, kelas intensif UPSR untuk murid tahun 6, kelas tambahan pada waktu cuti dan banyak lagi.

Pihak pentadbiran SJK T Ladang Semenyih ini sentiasa menambah baik aktiviti kurikulum untuk membina perkembangan kognitif dan bahasa pelajar. Terdapat pelbagai aktiviti yang diajurkan pihak pentadbiran sekolah untuk muridmurid yang cemerlang dalam bidang akademik contohnya Kelas Adik Cerdik.

Kelas ini bertujuan untuk mengembangkan lagi potensi murid-murid ini agar mereka lebih maju dalam bidang akademik. Selain itu, untuk murid-murid yang kurang menonjol dalam bidang akademik, pihak pentadbiran sekolah menyediakan kelas tambahan atau kelas pemulihan untuk mereka. Pihak sekolah percaya bahawa para pelajar ini bukan tidak pandai, cuma potensi yang ada dalam diri mereka belum dapat dikeluarkan sepenuhnya. Pihak pentadbiran sekolah juga tidak menyusun pelajar didalam kelas berdasarkan kepandaian. Sebaliknya mencampurkan semua pelajar agar pelajar yang pandai boleh mengajar dan membantu kawan-kawan yang ketinggalan. Aspek perkembangan intelek dan kognitif juga turut ditekankan oleh pihak Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Semenyih melalui pertandinganpertandingan seperti pertandingan syarahan yang dianjurkan bakat-bakat

terpendam dalam kalangan murid berjaya dicungkilkan dan digilap. Hal ini adalah salah satu kaedah yang ddigunakan untuk menanam keyakinan diri setiap pelajar terutamanya untuk tampil menonjolkan kebolehan diri. Selain itu pihak sekolah juga turut mengadakan program-program yang berupa ilmiah seperti Program Galakan Membaca. Program sebegini dapat membantu melahirkan murid-murid yang lebih berilmu pengetahuan dan maju ke hadapan.

Proses P&P di dalam bilik darjah juga dapat dipertingkatkan dengan penyelarasan rancangan mengajar. Guru memainkan peranan yang penting dalam menjayakan P&P yang berkesan. Oleh itu guru perlu menggunakan modul pengajaran KSSR semasa P&P berjalan kerana ingin mewujudkan suasana yang dapat menarik minat murid-murid. Guru juga perlulah memberi latihan dari sumber luar agar cara pengajaran dapat dipelbagaikan supaya murid-murid tidak bosan. Murid-murid akan berasa lebih seronok dengan teknik pengajaran yang berbeza. Namun guru perlulah memilih teknik pendekatan mengajar yang sesuai dengan situasi murid agar dapat mencapai objektif pengajaran yang dihasilkan.

Selain itu, kurikulum sekolah dapat dipertingkatkan dengan mengadakan program-program khas seperti program motivasi, program juara 5A, program kelas

pemulihan dan banyak lagi. Program-program sebegini dapat mempertingkatkan pencapaian kecemerlangan dan keseluruhan dalam bidang akademik murid di semua peringkat khususnya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Sekolah juga perlu mengadakan sebuah majlis anugerah kecemerlangan akademik murid-murid sebagai pengiktirafan kepada pencapaian mereka. Penganugerahan ini secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi mereka agar lebih bersungguh-sungguh.

Tuntasnya, pengurusan kurikulum yang baik dapat menghasilkan acuan yang bagus dan mantap dari segala aspek. Kurikulum juga memberi peluang kepada murid untuk membina ilmu pengetahuan melalui pengalaman dan mengasah bakat dalam pelbagai bidang di sekolah. Suasana yang harmoni dan mesra dapat diwujudkan serta melahirkan individu yang seimbang dari perkembangan kognitif dan bahasa pelajar.

Aktiviti kokurikulum dalam memperkembangkan bakat dan potensi setiap individu murid.

Seterusnya, mari kita lihat aktiviti kokurikulum yang memainkan peranan penting dalam memperkembangkan bakat dan potensi setiap individu murid. Justeru iru, SJK (T) Ladang Semenyih juga menjalankan aktiviti berkaitan membina motivasi dan sahsiah pelajar. SJK (T) Ladang Semenyih telah melancarkan banyak aktiviti kokurikulum untuk memperkembangkan bakat dan potensi setiap individu murid. Antara aktiviti yang dijalankan bagi meningkatkan tahap kemampuan fizikal muridmurid adalah Minggu Kesihatan. Sepanjang minggu ini, murid-murid didedahkan dengan kepentingan menjaga kesihatan diri mereka serta diterapkan dengan nilainilai murni seperti pentingnya menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

Kokurikulum merupakan antara agenda utama di SJK (T) Ladang Semenyih bagi merealisasikan FPK. Terdapat tiga jenis kokurikulum yang dijalankan di sekolah ini iaitu persatuan, kelab dan permainan dan unit beruniform. Antara unit-unit beruniform yang terdapat ialah Pengakap, Tunas Puteri, Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Terdapat juga persatuanpersatuan akademik seperti Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris dan persatuan atau kelab bukan akademik seperti Kelab Badminton, Kelab Bola Sepak, dan sebagainya yang menjadi pilihan murid-murid untuk mengasah minat dan bakat mereka.

Aktiviti kokurikulum yang dianjurkan di sekolah ialah sangat membantu pelajarnya dari segi memperkembangkan potensi diri mereka contohnya

menganjurkan perkhemahan unit beruniform dimana, potensi kepimpinan mereka dapat diasah dan ditonjolkan sejak dari kecil lagi. SJK (T) Ladang Semenyih juga selalu menganjurkan pertandingan pertandingan seperti pertandingan bercerita,

syarahan dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menggilap bakat yang terpendam dikalangan pelajar SJK (T) Ladang Semenyih. Kemudian sekiranya potensi mereka telah dikenalpasti mereka akan dibawa menyertai pertandingan diluar peringkat sekolah. Bagi murid-murid sekolah ini yang lebih cenderung terhadap aktiviti sukan dan permainan, pihak sekolah menyediakan kemudahan dan alatan yang secukupnya untuk mereka menjalani latihan disamping diberi jurulatih yang cekap untuk menggilap potensi diri murid-murid tersebut.

Pertandingan bercerita dan syarahan dapat memperkembangkan bakat dan potensi individu dan melahirkan individu yang berketrampilan. Hal ini kerana murid-murid memerlukan keberanian yang tinggi untuk berhadapan dengan orang ramai. Dengan mewakili sekolah dalam sesuatu pertandingan seperti pertandingan khat atau melukis dapat menonjolkan kebolehan seseorang murid yang mungkin dia sendiri tidak mengetahuinya. Selain itu, aktiviti perkhemahan dan aktiviti luar yang memerlukan kerjasama dalam pasukan dalam melakukan tugas dapat melatih murid-murid menjalankan tugas dengan baik seterusnya menjadikan mereka individu yang berketrampilan. Disamping itu, aktiviti seperti pameran ICT amat membantu dalam melahirkan individu yang berketrampilan. Hal ini kerana, pemikiran muridmurid akan terbuka luas dengan mengenali dunia luar. Selain itu juga, larian merentas desa turut diadakan bagi mengembangkan bakat larian yang dimiliki murid-murid serta memupuk semangat kesukanan dalam diri mereka. Program luar bilik darjah juga turut diadakan seperti perkhemahan peringkat sekolah yang melibatkan pelajar tahap dua. Program ini dapat melatih murid-murid berdikari serta memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan segala kemahiran yang dimiliki seperti kemahiran teknikal dan manipulatif selaras dengan kepercayaan Piaget bahawa kanak-kanak adalah seperti ahli sains muda yang sering mencipta dan menguji teori-teori dalam dunia mereka. Program ini juga dapat meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi murid-murid kerana aktiviti yang dijalankan memerlukan mereka untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain.

Justeru itu, sekolah mengadakan Program Bersepadu Sekolah Sihat yang bertujuan melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan

berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara. Antara aktiviti lain yang telah dilaksanakan ialah perkhemahan Unit Beruniform, Hari Sukan 2010 dan larian merentas desa. Antara objektif aktiviti kokurikulum ini dilaksanakan adalah untuk menyeimbangkan perkembangan jasmani pelajar dan pengukuhan interaksi dan intergrasi di kalangan pelajar sekolah. Selain itu, matlamat kokurikulum adalah untuk meningkatkan minat, bakat, kemahiran dan daya kepimpinan pelajar serta meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai-nilai murni. Jadi, dapatlah dirumuskan bahawa kegiatan kokurikulum amatlah penting untuk memperkembangkan bakat dan potensi setiap individu murid.

Aktiviti berkaitan membina motivasi dan sahsiah pelajar dan lain-lain kativiti berkaitan perkembangan diri pelajar

SJK (T) Vallambrosa melancarkan banyak aktiviti untuk membina motivasi, sahsiah dan perkembangan diri pelajar. SJK(T) Vallambrosa telah melancarkan Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber. Ia diadakan untuk meningkatkan daya kepimpinan dan meningkatkan penguasaan kemahiran penyelenggaraan Pusat Sumber Sekolah. Ia bermatlamat memupuk sifat kepimpinan di kalangan pengawas. Justeru itu, Panitia Pendidikan Seni Visual menjalankan beberapa aktiviti yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang optima. Contohnya, pertandingan mewarna dan penghasilan kraftangan. Pertandingan ini bertujuan melahirkan insan yang harmoni, kritis dan kreatif. Program seumpama ini membantu untuk meningkatkan Kebangsaan. perkembangan emosi selaras dengan Falsafah Pendidikan

Pelbagai aktiviti yang mampu mendidik jiwa murid-murid dijalankan oleh Panitia Pendidikan Moral antaranya adalah ceramah sempena Pesta Ponggal, taklimat agama Hindu, Pertandingan Menyanyi Lagu Motivasi, Pertandingan Menyamar dan kuiz Moral. Aktiviti-aktiviti ini dikendalikan pihak sekolah sendiri dengan kerjasama para penceramah yang dijemput khas daripada organisasi tertentu. Program seperti ini selaras dengan kehendak FPK bagi melahirkan insan yang patuh kepada tuhan serta bersyukur atas segala kurniaan tuhan. Aktiviti-aktiviti yang berunsur kerohanian ini juga mendidik murid-murid supaya berakhlak mulia dan sentiasa berpegang kepada nilai-nilai murni dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Aktiviti kerohanian juga adalah usaha untuk mencapai salah satu objektif pendidikan peringkat rendah iaitu mengukuhkan asas keimanan serta mengamalkan akhlak yang mulia.

Saya sangat tertarik dengan budaya di sekolah ini yang menekankan tentang tema mingguan. Tema mingguan ini bermaksud pada setiap minggu, akan diadakan tema yang dapat membentuk akhlak para pelajar contohnya tema pada minggu saya melakukan PBS ialah menghormati ibubapa. Perkara ini bagi saya sangat menarik untuk dijadikan wadah mebentuk akhlak para pelajar di SJK(T) Vallambrosa. Bagi memupuk sikap sikap para pelajar yang sentiasa mengingati Tuhan dalam setiap perkara dan sentiasa takut dalam melakukan sesuatu pekerjaan, sekolah ini mengadakan budaya membaca pada setiap pagi, sebelum memulakan kelas dan sebelum balik. Satu lagi budaya yang ditekankan disekolah ini adalah budaya menghormati guru dan orang yang lebih tua. Semua murid-murid diminta memberi salam kepada sesiapa sahaja tidak mengira tukang kebun atau tukang cuci. Salam pula perlu diberi dengan sopan dan lemah-lembut disertai dengan senyuman.

SJK(T) Vallambrosa juga akan menganjurkan Hari Kecerian Sekolah pada setiap tahun. Jadi semua murid-murid dipertanggungjawabkan untuk menghias kelas masing-masing dengan dibantu dan dipantau oleh guru kelas mereka. Budaya lain yang terdapat di SJK(T) Vallambrosa ialah para pelajar perlu beratur dengan cantik dan kemas di koridor kelas setiap pagi sebelum kelas dimulakan. Pengawas dipertanggungjawabkan untuk memantau keaadaan semua pelajar sehingga semuanya masuk ke kelas masing-masing.

Lain-lain aktiviti yang dilaksanakan di sekolah seperti program ibu bapa dan guru (PIBG), program keselamatan dan kesihatan serta aktiviti

kemasyarakatan merupakan pelengkap kepada kecemerlangan murid di sekolah. Penglibatan ibu bapa amat penting dalam menjayakan matlamat FPK yang ingin melahirkan individu yang bertanggungjawab kepada ibu bapa, masyarakat, agama, bangsa dan juga negara. Peranan ibu bapa amat penting dalam melahirkan anakanak yang berjaya selain guru di sekolah. Ibu bapa akan mengambil tugas guru semasa di rumah. Mereka perlu memastikan anak-anak mereka belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni yang diamalkan di sekolah turut diaplikasikan di rumah.

Selain itu, program yang dijalankan di sekolah juga mampu untuk meningkatkan tahap perkembangan pelajar supaya menjadi pelajar yang seimbang. Sekolah banyak menjalankan aktiviti supaya pelajar-pelajar bercampur dan membentuk sikap toleransi serta bekerjasama antara satu sama lain. Melalui sikap ini perpaduan akan dapat dipupuk di jiwa mereka seterusnya menjadikan mereka seimbang dari segi sosial dan rohani. Sebagai contoh aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di sekolah bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat yang suka menolong, namun ia juga dapat melahirkan rasa hormat menghormati dalam kalangan mereka. Setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai matlamatnya yang tersendiri dan semua aktiviti itu menuju ke arah mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Program keselamatan dan kesihatan yang dijalankan di sekolah amat penting untuk membentuk murid yang seimbang dari semua aspek. Program sebegini dapat melahirkan murid yang dapat menguruskan diri sendiri dan dapat mengamalkan nilai-nilai murni di sekolah sejajar dengan matlamat FPK. Tubuh badan yang sihat dapat meningkatkan perkembangan fizikal individu. Jadi kebersihan diri dan alam sekitar dapat melahirkan budaya sekolah yang ceria dan menarik. Program keselamatan seperti aktiviti demostrasi kebakaran dan program keselamatan di jalan raya dapat melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan seimbang.

Anda mungkin juga menyukai