Anda di halaman 1dari 4

VKHB2041 KELANA SISWA

GROUP 4A
SEMESTER A212

TOPIK:
LAPORAN HIKING PROJECT,
GUNUNG KERIANG

DISEDIAKAN KEPADA:
MOHD ZUKHAIRI HASHIM

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL ATIKAH BINTI SHARIFUDDIN
271042

TARIKH PENYERAHAN:
15 JUN 2022
LAPORAN HIKING PROJECT: GUNUNG KERIANG

Tarikh : 4 Jun 2022


Tempat : Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah
Masa : 6:30 pagi hingga 2 petang

Kehadiran:
1) Mohd Zukahiri Hashim
2) Semua ahli Kelana Siswa Group 4A, 4B, 4C

Ulasan:

Pada pukul 6.30 pagi, semua ahli berkumpul di Varsity Mall, UUM dan setiausaha
mengambil kehadiran ahli. Setelah semua telah tiba, sarapan pagi diberi dan mula untuk
menaiki bas mengikut kumpulan kelas masing-masing. Perjalanan mengambil lebih kurang
50 minit untuk tiba di perkarangan berkumpul di Gunung Keriang, Kedah. Taklimat
diberikan sebelum menaiki gunung. Selain itu, senaman regangan badan juga dilakukan
sebelum memulakan aktiviti mendaki. Lebih kurang pukul 9.30 pagi, aktiviti mendaki
dimulakan.
Gambar 1: Pintu Gerbang sebelum menaiki Gunung Keriang.

Gambar 2: Suansana ketika mendaki

Sekitar pada pukul 10:30 pagi, kami telah sampai ke puncak Gunung Keriang. Ahli-
ahli yang bertolak awal telah pun sampai terlebih dahulu. Perjalanan mendaki untuk sampai
ke puncak Gunung Keriang mengambil masa lebih kurang 50 minit hingga 1 jam. Ahli-ahli
yang telah tiba di puncak mengambil peluang ini untuk mengambil gambar kenangan dan
berehat.
Gambar 3: Gambar kelas 4A bersama Sir Zul di puncak Gunung Keriang

Setelah berehat di puncak, lebih kurang pada pukul 11:30, kesemua ahli mula untuk
beransur menuruni gunung. Setelah tiba di perkarangan berkumpul di Gunung Keriang, kami
semua menunggu ahli yang lain untuk turun dan memeriksa jika terdapat mana-mana ahli
yang tercedera. Setelah semua tiba, kedatangan diambil mengikut kelas masing-masing.
Setelah itu, sesi bergambar diadadakan mengikut giliran kelas. Setelah sesi bergambar, ahli
diberi makanan tengahari.

Gambar 4: Kelas 4A selepas turun dari Gunung Keriang

Setelah menyantap makanan tengahari, kami mula menaiki bas pada pukul 2 petang.
Perjalanan mengambil lebih kurang 50 minit untuk tiba di Varsity Mall. Setelah tiba,
kesemua ahli pulang ke kediaman masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai