Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN EXCO KOKURIKULUM TAHUN 2011

SMK (P) METHODIST, MELAKA


DI KEM TASIK BIRU, JASIN, MELAKA.

Suatu Kursus Kepimpinan Exco Kokurikulum telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dan
Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK (P) Methodist, Melaka di Kem Tasik Biru, Jasin, Melaka
selama dua hari dari 25 Februari 2011, Jumaat hingga 26 Februari 2011,Sabtu. Kursus ini disertai 80
orang pelajar. Rata-rata peserta kursus ini terdiri daripada pengerusi dan setiausaha kelab,persatuan,
permainan dan unit badan beruniform. Rombongan kami diiringi sembilan orang , dua orang
daripadanya guru lelaki.

Kami bertolak ke Kem Tasik Biru dengan menaiki dua buah bas yang disewa khas pada pukul
1.00 petang, 25 Februari 2011. Perjalanan mengambil masa satu jam. Pada pukul 2.00 petang, kami
tiba di Kem Tasik Biru yang menjadi tempat penginapan kami sepanjang kursus itu. Taklimat
diberikan oleh Komandan Kem, Encik Yusri. Beliau menasihati semua peserta agar mematuhi segala
peraturan kem. Jika tidak, tindakan disiplin yang sewajarnya akan dikenakan terhadap sesiapa sahaja
yang ingkar. Selepas mendirikan khemah, kami seterusnya dibawa ke dewan untuk minum petang
dan solat Asar bagi mereka yang beragama Islam. Kami dibahagikan kepada lima kumpulan dengan
diketuai seorang ketua bagi setiap pasukan.

Untuk menjayakan kursus tersebut, jawatankuasa pengendali kursus telah dilantik seperti yang
berikut:

Ketua Perkhemahan : Umabarathy a/p Sivasubramaniam


Timbalan Ketua Perkhemahan : Sarah Tay
AJK Makanan & Minuman : Koh Bee Ting

AJK Kebersihan : Nurul Fariza bt. Idris


Norhayati bt. Isnin

Pada pukul 5.00 petang, aktiviti Water Confidence. Hal ini penting bagi kami untuk membina
keyakinan sebagai bakal pemimpin. Tanpa keyakinan diri, sudah tentu kami tidak mampu memimpin
rakan-rakan yang lain. Selepas itu, aktiviti Telur Sebiji Riuh Sekampung serta Huruf dan Angka
dijalankan. Aktiviti-aktiviti sebegini dapat meyedarkan kami tentang menguasai kemahiran-
kemahiran tertentu seperti gaya pertuturan dan kesabaran diri. Selain itu, aktiviti ini dapat memupuk
semangat kerja berpasukan.

Tepat pukul 1.00 pagi, taklimat ringkas mengenai Night Walk Gerilla Attack diberikan kepada
peserta sebelum aktiviti ini dijalankan. Aktiviti ini telah menyedarkan kami tentang kebolehan dan
kemampuan kami sebagai insan yang mempunyai kekuatan diri yang unggul kerana berjaya
menempuh segala halangan pada malam tersebut. Sebaik sahaja aktiviti ini tamat pada pukul 4.00
pagi, Komandan Kem menyuruh kami tidur kerana masing-masing keletihan.

Anda mungkin juga menyukai