Anda di halaman 1dari 8

Minggu 1

Hari ini, 29 September, Selasa merupakan hari pertama Program Internship


dilaksanakan. Memandangkan Isnin, 28 September, sekolah diarahkan tutup oleh
disebabkan jerebu, kami perlu melaporkan diri pada hari seterusnya. Perkara pertama
yang dilakukan oleh saya dan rakan-rakan adalah melaporkan diri kepada pengurusan
sekolah. Seterusnya, saya bertemu dengan guru pembimbing untuk membincangkan
tentang jadual kelas serta projek inovasi yang akan dilaksanakan. Saya diberikan
tanggungjawab untuk mengajar Bahasa Inggeris Tahun 3.
Pada 30 September, projek pertama telah dijalankan semasa waktu kokorikulum
iaitu 7.40 pagi sehingga 8.40 pagi. Projek tersebut dinamakan sebagai Pertandingan
Unit Beruniform yang mana pertandingan kawad kaki serta pertandingan membuat
sandwich telah diadakan. Pertandingan ini dijalankan serentak mengikut unit beruniform
masing-masing. Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk mengcungkil dan
mengembangkan bakat murid melalui pertandingan yang diadakan, memberi
pendedahan kepada murid SKDC dengan aktiviti yang dapat memupuk semangat
dalam disiplin dan jati diri murid secara tidak langsung, melahirkan rasa tanggungjawab
dalam diri murid untuk melaksanakan tanggungjawab tanpa paksaan serta mewujudkan
kerjasama dan semangat saling bantu membantu di antara sesama murid dalam
sepasukan. Aktiviti-aktiviti ini sangat mendapat sambutan daripada para pelajar.

Pasukan Kadet Remaja Sekolah telah menjuarai pertandingan kawad kaki manakala
Pasukan Pandu Puteri telah memenangi pertandingan membuat sandwich.
Pada hari Khamis, saya telah masuk ke kelas untuk kali pertama. Saya
menjalankan pengajaran dan pembelajaran seperti jalan telah dirancang. Kelas saya
mempunyai 40 orang pelajar dan tahap pembelajaran mereka adalah pada tahap
sederhana. Saya sangat gembira dengan penglibatan mereka semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Mereka sangat memberi kerjasama kepada saya.
Kesimpulannya, perjalanan program internship saya untuk minggu pertama ini
berjalan dengan lancar dengan kerjasama rakan-rakan internship yang lain.

Dilaporkan oleh,

Disemak oleh,

(NOR ANISAH BINTI YUSOF)

(PUAN NORMAH BINTI YAACOB)

MINGGU 2

Untuk minggu kedua ini, sesi persekolah terpaksa ditangguhkan akibat jerebu
yang semakin teruk. Sesi persekolahan untuk minggu ni dibuka seperti biasa pada hari
Rabu, 9 Oktober. Kami berjumpa dengan pihak pengurusan sekolah untuk
mendapatkan kelulusan untuk kertas kerja bagi projek kami yang kedua iaitu menghias
dan menceriakan bilik Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Projek ini diketuai oleh
Mohd Syafiq bin Che Mansor. Kami hanya dapat menjalankan projek tersebut pada
minggu hadapan disebabkan oleh kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan.
Pada minggu ini, kami hanya memberikan masa kepada pihak pengurusan sekolah
untuk menyediakan peralatan serta barangan yang diperlukan oleh kami.
Seperti biasa, setiap hari Khamis saya akan masuk ke kelas 3 Bestari untuk
meneruskan P&P bersama-sama mereka. Kawalan kelas adalah sangat baik kerana
sangat seronok dengan aktiviti yang disediakan oleh mereka. Penglibatan mereka juga
sangat memuaskan kerana mereka faham P&P pada hari tersebut dan berjaya
mengikut arahan yang diberikan kepada mereka. Namun begitu, kelas ini mempunyai
masalah kehadiran pelajar yang boleh dikatakan terlalu ramai yang tidak hadir dalam
sehari.
Pada minggu ini juga, Hari Sukan Negara juga telah diadakan serentak di semua
sekolah di seluruh Malaysia. Acara tersebut telah dimulakan dengan aktiviti senamrobik
yang telah disertai oleh guru-guru sekolah serta para pelajar tahun 4, 5 dan 6. Acara

yang disediakan untuk pelajar pada hari tersebut adalah bola jaring dan futsal. Kategori
yang dipertandingkan adalah mengikut tahun. Tugas saya dan rakan-rakan yang lain
pada hari tersebut adalah menyediakan serta mengemas pentas untuk acara
senamrobik. Pentas yang dibina oleh kami diperbuat daripada meja-meja pelajar dan
juga menggunakan playwood untuk mengukuhkan lagi lantai pentas tersebut. Ini
merupakan pengalaman yang sangat berharga untuk saya kerana saya tidak pernah
berpeluang untuk menimba pengalaman sebegini sepanjang menjalani sesi praktikum.

Dilaporkan oleh,

Disemak oleh,

(NOR ANISAH BINTI YUSOF)

(PUAN NORMAH BINTI YAACOB)

MINGGU 3

Pada minggu ketiga ini, keadaan jerebu semakin pulih. Oleh disebabkan itu,
aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah dapar dijalankan seperti biasa. Satu karnival sukan
telah dianjurkan oleh guru-guru penyelaras Tahun 6 sebagai aktiviti pasca UPSR
kepada pelajar-pelajar Tahun 6. Antara sukan yang dipertandingkan ialah futsal, bola
jaring serta bola tampar. Sukan ini adalah dipertandingkan mengikut rumah sukan iaitu
Merah, Hijau, Kuning serta Biru. Saya berpeluang untuk menjadi pencatat masa dan
mata bagi permainan bola jaring. Karnival ini telah mendapat sambutan daripada
pelajar-pelajar Tahun 6 bagi mengisi masa terluang mereka di sekolah selepas
menduduki UPSR pada bulan September yang lepas.
Selesai sahaja karnival sukan tersebut, saya dan rakan-rakan menyambung
kerja-kerja membuat mural di Makmal Komputer SK Desa Cempaka. Pada minggu ini,
kami telah memulakan lukisan kami pada dinding mengikut rekaan yang telah dibuat.
Kami menggunakan bantuan LCD untuk memudahkan kerja-kerja melukis dan kami
mengambil masa setengah hari untuk menyiapkan lukisan tersebut. Pada hari
berikutnya, kami menjalankan aktiviti mewarna lukisan yang telah dilukis pada dinding.
Kerja kerja mewarna ini sangat mengambil masa dan kami membuatnya dengan
penuh sabar. Pada 14 Oktober 2015, Rabu, sekolah sekolah di seluruh Malaysia cuti
bersempena sambutan Awal Muharram.

Kami menyambung semula kerja-kerja mengecat kami pada hari Khamis


sehingga Jumaat. Sehingga kini, projek kami telah siap 75 % dan hanya tinggal lagi
kerja kerja untuk memasang kertas dinding, alas meja serta membaik pulih carta
organisasi yang sedia ada. InsyaAllah, projek kedua kami akan siap pada minggu
hadapan seperti yang dirancang jika tiada aral melintang.

Dilaporkan oleh,

Disemak oleh,

(NOR ANISAH BINTI YUSOF)

(PUAN NORMAH BINTI YAACOB)

MINGGU 4
Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi program internship pelajar-pelajar
semester 8, Ambilan Januari 2015. Pada minggu ini, hari persekolahan hanyalah dua
hari sahaja kerana pada 19, 20 dan 22 Oktober, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
mengarahkan semua sekolah di semua negeri yang terlibat dengan jerebu ditutup.
Pada minggu ini, saya mendapat kunjungan daripada pensyarah pembimbing di
sekolah. Pensyarah pembimbing yang ditugaskan untuk membuat pemantauan ke atas
saya ialah Puan Rouzil Armiza binti Shamsir. Beliau datang ke sekolah untuk berjumpa
dengan pentadbir-pentadbir sekolah dan untuk menyemak fail internship saya mengikut
senarai semak yang diberikan oleh pihak Unit Praktikum IPG Kampus Pendidikan
Teknik.
Beliau menyemak fail internship saya dengan terperinci. Semasa beliau
membuat semakan, beliau banyak memberi nasihat kepada saya sebagai bekalan
untuk ke alam pekerjaan pada masa kelak. Belaiu juga sempat berkongsi pengalaman
beliau berkhidmat sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah di kawasan
pendalaman yang terletak di Kelantan. Daripada cerita yang dikongsikan, saya dapat
simpulkan bahawa untuk menjadi seorang guru tidaklah mudah. Persediaan mental dan
fizikal amatlah penting untuk berada dalam profession keguruan ini dalam tempoh yang
begitu lama.

Pada minggu ini juga, kami di sini telah kehilangan seorang guru iaitu Puan
Halifah binti Sidek. Tanggal 22 Oktober 2015, beliau telah pergi menghadap Ilahi kerana
penyakit buah pinggang. Beliau merupakan guru Matematik dan Sains ang sangat
dedikasi serta tidak pernah lokek ilmu dengan semua guru terutamanya guru-guru baru
seperti kami. Hanya iringan doa kami berikan kepada arwah. Semoga arwah tenang di
sana. InsyaAllah.

Dilaporkan oleh,

Disemak oleh,

(NOR ANISAH BINTI YUSOF)

(PUAN NORMAH BINTI YAACOB)

Anda mungkin juga menyukai