Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENDAHULUAN
Pameran bertema adalah merupakan satu sudut yang disediakan untuk
mempamerkan maklumat-maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan topik-topik
mengikut bulan atau tarikh-tarikh tertentu seperti perayaan-perayaan tertentu, sambutan
Bulan Kemerdekaan, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Raya Aidil Fitri, isu semasa dan
lain-lain lagi. Maklumat ini amat penting disebarkan kepada seluruh warga sekolah
melalui Pusat Sumber yang berperanan sebagai pusat penyebaran maklumat.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM


Antara objektif yang diharapkan dari sudut pameran bertema yang diwujudkan ini ialah;
i. Mengetahui hari-hari penting yang disambut di sekolah dan di seluruh negara
mahupun dunia
ii. Dapat menambah ilmu pengetahuan tentang hari-hari atau program yang disambut
di negara mahupun di sekolah
iii. Mengetahui dan peka dengan isu-isu semasa yang dipamerkan.

3.0 MATLAMAT PROGRAM


Di Malaysia terdapat berbagai-bagai tarikh penting dan perayaan yang disambut
sepanjang tahun. Walau bagaimanapun tidak semua orang mampu mengingat tarikh-
tarikh dan perayaan yang sering disambut di seluruh negara mahupun dunia. Di sekolah
juga terdapat banyak program yang dirancang dan dilaksanakan oleh panitia mata
pelajaran seperti bulan kokurikulum akademik. Setiap program ini mampu memberi
banyak maklumat kepada para pelajar. Melihat kepada kepentingan inilah maka Pusat
Sumber Sekolah bercadang untuk mewujudkan sudut pameran bertema di Pusat Sumber
untuk menyebarkan maklumat tentang perayaan atau program yang dilaksanakan kepada
seluruh warga sekolah. Antara matlamat yang ingin dicapai setelah sudut pameran
bertema ini dilaksanakan ialah;
3.1 Dapat mengetahui maklumat tentang perkara-perkara khusus tentang program
yang dijalankan oleh pihak sekolah
3.2 Dapat menyatakan penghargaan kepada individu yang terlibat dengan perayaan
tertentu contohnya Hari Ibu, Hari Guru, dan Tokoh-tokoh Kemerdekaan serta
lain-lain lagi
3.3 Dapat menjadikan Pusat Sumber sebagai pusat penyebaran dan pencarian
maklumat

4.0 TARIKH / MASA / TEMPAT


Tarikh : Januari – Oktober
Masa : 7.40 pagi sehingga 2.00 petang
Tempat : Perpustakaan (Sudut Pameran Bertema)

5.0 KUMPULAN SASARAN


Program Sudut Pameran Bertema ini mensasarkan semua murid SK (F) Palong 5 yang terdiri:
1) Tahun 1 : 69 orang
2) Tahun 2 : 77 orang
3) Tahun 3 : 67 orang
4) Tahun 4 : 91 orang
5) Tahun 5 : 66 orang
6) Tahun 6 : 94 orang

Jumlah : 464 orang

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN


6.10 Program ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Kerja PSS dengan kerjasama Ketua Panitia
dan guru-guru setiap panitia yang terlibat.
6.11 Setiap panitia akan menyediakan sudut pameran bertema mengikut tajuk-tajuk yang telah
diberikan.
6.12 Setiap panitia akan mengendalikan kuiz untuk program sudut pameran ini.
6.13 Hadiah akan diberikan kepada 10 pemenang bagi setiap pameran.

7.0 JAWATANKUASA

Penasihat: En. Haminudin b Bohari (Guru Besar)


Pengerusi : En. Mohamad Azwan b Ahmad (GPK Pentadbiran)
N/Pengerusi 1: Pn. Taripah bt Ahmad (GPK HEM)
N/Pengerusi 2: En. Alfian b Mansor (GPK Kokurikulum)
Penyelaras: Pn. Nor Anisah bt Yusof
Jawatankuasa Pelaksanaan
Penyediaan bahan: Panitia yang terlibat
Soalan Kuiz: Panitia yang terlibat
Hadiah: AJK PSS
Dokumentasi: Pn. Haryanti bt Abd Kadir
Jurugambar: En. Muhammad Asyraf bin Khaja Mohideen

8.0 JADUAL PELAKSANAAN


BIL BULAN PANITIA TAJUK/AKTIVITI ANGGARAN CATATAN
PERBELANJA
AN
MENGIKUT
PANITIA
,ASING-
MASING
1 JANUARI PSS KEMBALI KE RM 100 KERTAS A4
SEKOLAH/BACK PLASTIK
TO SCHOOL LAMINATE
HIASAN
2 FEBRUARI PSS TAHUN BARU RM 100 KERTAS A4
MORAL CINA PLASTIK
LAMINATE
HIASAN
BAHAN MAUJUD
3 MAC PSS SUKAN DAN RM 100 KERTAS A4
PJ OLAHRAGA PLASTIK
LAMINATE
HIASAN
BAHAN MAUJUD
4 APRIL PSS PUASA RM 100 KERTAS A4
PAI NUZUL AL PLASTIK
QURAN LAMINATE
HIASAN
5 MEI PSS HARI RAYA KERTAS A4
DSV AIDILFITRI RM 100 PLASTIK
LAMINATE
HIASAN
BAHAN MAUJUD
6 JUN PSS HARI RAYA KERTAS A4
PAI KORBAN RM 100 PLASTIK
LAMINATE
HIASAN
BAHAN MAUJUD
7 JULAI PSS SERONOKNYA RM 100 KERTAS A4
MATEMA MATEMATIK PLASTIK
TIK LAMINATE
HIASAN
BAHAN MAUJUD
8 OGOS PSS MALAYSIAKU RM 100 KERTAS A4
SEJARAH PLASTIK
LAMINATE
HIASAN
BAHAN MAUJUD
9 SEPTEMBER PSS PAMERAN RM 100 KERTAS A4
RBT REMPAH PLASTIK
LAMINATE
HIASAN
BAHAN MAUJUD
10 OKTOBER SEJARAH PERAYAAN RM 100 KERTAS A4
MUZIK HARI PLASTIK
P.SENI DEEPAVALI LAMINATE
HIASAN
BAHAN MAUJUD
11 NOVEMBER PSS PERPUSTAKAAN RM 100 KERTAS A4
KU PLASTIK
LAMINATE
HIASAN

9.0 BAJET KEWANGAN


BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH

1 Kertas A4 RM 12.00 x 11 RM 132.00


2 Plastik Laminate RM 25 x 11 RM 275.00
3 Runcit RM 63 x 11 RM 693.00
4 Hadiah RM 2.00 x 10 unit (11 bulan) RM 220.00
JUMLAH RM 1320.00

Sumber Kewangan 1. PCG PSS


2. PCG Panitia Mata Pelajaran

10.0 PENUTUP
Sudut pameran bertema ini diharapkan dapat memberi input kepada pelajar-pelajar
tentang hari-hari penting yang disambut dan diraikan di sekolah dan seluruh negara. Selain itu
pengetahuan ini akan dapat diaplikasikan dan digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

Anda mungkin juga menyukai